walk on wings, tread in air: Raya 2009 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Raya 2009
2009-10-02

Raya tahun ni macam biasa kalau balik Trengganu...tak best.

Hahahaha.

Tahun ni balik Tganu awal, Rabu 16 Sept malam tu aku dah berangkat.
Memula En Wan bawak. Sampai Karak dah rabak-rabak mulut menguap sambil pegang-pegang peha aku nak mintak belas suruh aku take over. Dah paham sangat aku ngan tektik dia ni. Berbuih mulut aku suruh dia tido siang tu, padahal masing-masing dah tak keje Rabu tu. Tapi dia sibuk masa tu la nak angkat barang pi rumah baru, masa tu la nak pi carik kepala paip la, nak booking lori segala. Tau-tau dah kul 6pm. Tido pekejadahnyaaaaaa.

Memandangkan aku dah puas mentekedarah siang tu, maklom tak puasa, so aku agak betenaga banding ngan dia. Aku bawak from Karak sampai Jabor (sebut betul-betullllllll) dengan speed yang boleh tahan jugak la sebab En Wan bagi aku sejam setengah je untuk drive from Karak to Jabor.

Macam nak tercabut stereng dia punya gegar.
Luckily polis semua sibuk buat qiamullail, jalan pun lengang lagi, kira clear la pergerakan aku malam tu.

Elok je masuk kawasan FELDA kat Jabor tu hujan selebat-lebatnya, gila babi punya lebat siap petir kilat depan muka. Tetiba je keta depan kitorang gedebangggggg terbabas masuk parit. Takkan nak buat dek je kan, terpaksa la benti jugak. Tapi nak benti pun boleh buat apa. En Wan dah terpisat-pisat nak kuar ke tak, hujan lebat ni, konfem lencun. Tapi dia kuar jugak. Pastu jadik polis trafik jap tahan lori. Seb baik ada 2 lori and a few keta benti tolong tarik. Dah la kawasan tu gelap. Pakkal je bulan pose, aku dah terbayang kang elok je keta tu dah naik ke atas, sekali nampak ponti lam keta. Masa tu boleh la kalau nak tengok aku lari lagi laju dari keta.

Khamis tu, aku ada keje kat UMT.
Tengahari singgah A&W sebab En Wan PAKSA aku makan.
Baik gila laki aku kan? Siap paksa-paksa makan lagi.
Alasan, sebab kalau aku pitam lagi, dia tak larat nak angkat sebab puasa.

Surprisingly....kat dalam A&W tu beratur panjanggggg mamat-mamat ala-ala mat rempit nak beli burger. Walaupun hati aku suurh bersangka baik, tapi sebab naluri syaiton aku berbisik pekejadahnya ko beli burger dengan pakai topi tutup sekerat muka siap pakai spek itam lam A&W ni???? Pastu time order muka tertunduk-tunduk main tunjuk-tunjuk je menu 'Nok nih...nih...nih...'. Pastu tarik-tarik topi tutup muka.

Bak kata pepatah takut kerana salah kan?

Yang akak kaunter tu saje je ulang soklan 2-3 kali.

'Root beer nak aiskrim ke?'

'Nok'

'Ha? Nak?'

'Uh, nok'.

'2 scoop?'.


Time ni akak ni dah buat muka menyirap je. Ye la kan...siap mintak 2 scoop tu over okkk.

Ko jangan kak, dapat penumbuk kang.

Tapi agak-agak bila ko nak makan rootbeer aiskrim tu bang? Kul 7.20pm karanggggg????

Siap pakai spek itam tu yang aku tak tahan.
Gila babi punya cover.
Tapi sebab aku pun sama beratur so lantak kau lahhhhh.

Jumaat sesi mengemas rumah.
Habis barang-barang lam gobok mak aku, aku lemparkan keluar.
Tapi aku tanya la dulu.
Memandangkan mak aku dah paham sangat perangai menantu dia kalau mengemas memang tak sah tak membuang barang, dia iyekan aje.
Sampai lemari kasut pun aku campakkan keluar.

Yang lelaki-lelaki diketuai oleh En Wan mengecat rumah. This year rumah bertukar ke kaler peach. Tapi hall je la. Mana sempat weh nak cat satu rumah, lusa dah nak raya.


Anak-anak sedara En Wan.

Muka-muka bangun lambat di pagi raya lantas tak semayang raya padahal masjid kat tepi rumah aje. Ini lah juga muka-muka yang kena sergah ngan pok sedara diorang lepas tu sebab monteng sembayang. Lantak korang aku tak tauuuuuu.



Ni je la aku uploadkan, malas ok tempek muka yang sama.

Baju ni actually ada stripe kaler merah tapi dikejauhan tak nampak pulak. Gasak lah.
Baju ni En Wan yang pilihkan. Alasan dia sebab tahun ni beraya kat Tganu so baju kurung aku haruslah menampakkan ciri-ciri kedesaan gitu. Kain kena kain cotton, corak pun yang simple-simple kurang menyerlah. Kalau muka bini kau macam Norfazura takpe la ok pakai baju kaftan pagi raya pun tetap menyerlah. Muka bini kau kemek okkkkk, pakai baju macam ni harus menampakkan lagi kekemekkan tersebut. Gasak jugak lahhh.

Tahun ni Ija dah nak bergamba.
Mungkin tahun ni, gen-gen camwhore yang diwarisi dari bondanya sudah menampakkan kematangan.

Tahun ni jugak dia dah boleh terima baju melayu cekak musang, itupun setelah dipujuk dan dicekik oleh aku. Memang cekik darah kalau nak suruh dia pakai baju. Suka nau bogel. Pun, ikut genetik mak dia jugak.


Entah saper la yang sangat handal pegang kamera sampai blur jadiknya gamba ni.
Tapi tak kisah la, yang pastinya siapakah yang paling jahil dalam gambar tersebut di atas?
Ni gamba lepas salam-salam.
Tahun ni mata aku kurang sket bengkak menangis sebab aku rasa aku baik ngan mak mertua. Kalau salam raya ngan mak aji tu insyallah habis 5-6 tisu buat hembus air hidung.



Eh, ada lagi la gamba aku??
Hehehe.

Ni gamba lepas makan nasik minyak ngan nasi dagang, mekap pun dah tanggal separuh.
Dan macam biasa muka laki aku yang always sengsara kalau suruh bergamba.



Mak sedara lagi gedik dari anak-anak sedara kan?

Rumah pertama yang diserang adelah rumah mak tiri En Wan.
Pekena nasi dagang.
Mana tak gemuk gue??
Dan aku sangat gembiranya dapat makan nasi dagang terlupa perut ko tu dasar tak boleh makan terlebih sikit je konfem membusung.





Cuba kalau suruh bergamba ngan kaum klorga dia wahhh kemain lagi sengih.
Aku lempang kanggggg.
Nanti la kau bang, tahun depan raya kat Bangi, kau siapppp.

Baru salam raya dah nak lempang laki.

Kiri sekali Kak Long En Wan, pastu Mek Rahaya adik En Wan (mak lain), yang gembira lah sangat ni laki aku, pastu baju pink tu anak sedara En Wan, Afiq. Berminat???
Sila carik kat School of Law, UiTM.




Ni kat rumah sepupu En Wan, owner of Wan Manang Songket.
Yang duduk kat kerusi tu la Wan Manang.
Mak aku cakap, Sultan Brunei beli songket direct ke rumah dia.
Sesaper yang nak beli songket Wan Manang ni sila la datang ke Kuala Trengganu, pandai-pandai tanya orang kiri-kanan mana rumah dia sebab aku dah 9 tahun kawen ngan En Wan pun tak ingat-ingat lagi rumah dia kat mana.

Disebabkan kat rumah mak aku dah belasah nasi minyak 2 pinggan, pastu rumah mak lagi satu pekena nasik dagang, so kat rumah Wan Manang ni aku minum air je. Padahal dia buat nasi beriyani Cam best je. Nak gak capai pinggan, tapi tersedar yang tube aku bergulung ke atas, dah tersentil je la pulak perut aku. So, kensel!!!

Yang aku tau trademark kalau beraya rumah Wan Manang ni air dia mesti kaler hijau. Aku pun tak tau air apa. Air klorofil kot.



Series bangsat la baju ni.
Memang baju putih and kuning akan nampakkan aku lagi hitam (memang dah hitam dah pun) and lagi gemuk. Sia-sia je aku berebut baju ni ngan makcik kat Plaza Shah Alam. Kalau aku tau baju ni will not look good on me, aku pass je kat makcik tu. Makcik tu pun tak agak-agak nak pakai baju see thru. Kemain lagi.

Padahal kan ni raya pertama tau.
Lepas je balik dari rumah mak tiri En Wan kitorang singgah balik rumah dulu, salin baju sebab aku tak tahan la tengok semorang gorjes ngan baju lip lap lip lap, aku penuh kekampungan. Dah la muka Jawa. Biar la baju tu happening sikit. Tapi rupanya tetap tak happening. Aku nak lontar baju ni jap lagi.



Ni kat rumah uncle En Wan, Dato' apa ntah, yang mana satu Dato'nya pun aku tak tau. Bukan aku selalu pergi pun. Aku main salam je semorang. Nak bertanya ,mana satu Datinnya, segan. Kang sibuk sangat nak buat peramah, dibantainya dia speaking Trengganu piau punya, ha kauuu, terbelalak aku kat situ sorang-sorang nak menjawab. So, baik aku diam je.

Kat sini pun aku minum air teh je buat syarat. Dia buat nasi beriyani gak. Tapi sorry la, ni ada berapa lagi rumah aku nak singgah ni kang asik mentekedarah je tetas pulak benang spender aku.




Ni kat rumah pakcik En Wan, yang sebelah dia tu la.

Tu ntah hapa la dia kelentong orang tua tu.
Bukan leh caya dia ni, ada je bahan nak kenakan pakcik dia.

Aku macam tak kisah kat mana-mana pun boleh tunjukkan kemesraan suami isteri kan? Tak kisah la kat rumah orang ke, mak mertua ada kt depan ke.
Pedulik haper kannnn....orang ada laki, kena la eksyen kat semorang yang sedang tak berlaki yang duduk depan aku tu. Hahaha.

Anak-anak sedara En Wan selalu cakap 'Mok cik sayang ngat ngan Pok ye?'

Dah tu??
Takkan nak sayang kat bapak korang pulak.
Kang makan penumbuk Kak Long pulak aku ni.


Bersama-sama anak sedara En Wan yang tak makan saman.
Yang tengah tu Amri, a dokter to be. First time balik bercuti dulu lagi blonde rambut dia, ni dah kurang sket karat. Agaknya dah jumpa awek Melayu kot..hehe. Dia ni makan kuih raya rumah orang macam makan nasik okk. Siap suruh tambah lagi. Seb baik aku yang dok sebelah ni pun sama muka tak malu siap tolong tuan rumah carik balang kuih lagi. Eh, dah nama raya kan. Haruslah makan kuih raya, kang tak makan kang takkan raya haji sok ko nak hidang kuih yang sama kottt.



Agak bimbo jugak la muka aku masa ni.
Nak cas cute macam powerpuff girls tapi nampak jugak kedut kat tepi mata.
Muntah la korang hadap muka aku.




Ni namanya beraya sakan.
Sampai rumah je membuta sampai ke malam.
Bangun-bangun je carik nasik.
Aku balik Subang raya kedua malam.
Sebab esoknya pindah rumah.
Gamba rumah baru mintak maaflah, belum terbukak hati nak letak.
Gamba rumah yang sudah ditinggalkan ada, tapi len kali aku letak.

posted by aveo757 @ 3:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER