walk on wings, tread in air: Goodbye <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Goodbye
2009-10-04

Theater set dah pindah 2 minggu before raya. So tinggal yang cukup syarat je supaya aku tak mati kebosanan kat rumah.


Dah macam rumah brader-brader kilang Sony.
Eh, macamana aku tau?


Huru hara kan?


Kolam baru En Wan, beli yang plastik punya je sementara kolam baru nak siap. Ye ye je beli yang besar, tau-tau ikan mati. Kot ada sesaper yang beranak belum beli besen baby, aku hadiahkan ni je.


Katil dah bungkus, tinggal tilam je.


Ini lah keadaan rumah aku on the nite before kitorang officially pindah. On the same nite yang baru sampai dari Tganu. Huru-hara kan? Rupanya lagi sengsara nak mengemas barang-barang kecik like fail-fail, toiletries, groceries, barang dalam fridge banding ngan katil meja kerusi semua. Baju lagi la satu hal. Tak cukup lam beg, dalam plastik sampah hitam tu aku sumbatkan.

Sumpah aku dah takde rasa nak pindah lagi.
(buat masa skarang la)
Tobat!!

En Wan panggil this moving company apa ntah nama dia, tapi company melayu la. Ok tu ok la, tapi since pekerja dia bangla, kena gak monitor. Memang la selamba dia angkat tv 42" tu sorang-sorang, memang kagum. Dan selamba jugak la dia meletakkan tv aku tu, dah macam menghempas pun ada gak aku tengok. Ada satu mamat tu lagi la, sebelah tangan kepit 2 pintu lemari aku which is panjang and berat. Sebelah tangan lagi selamba tapir jenjet side table. henjet okkkk, jenjet!
Gila babi punya gagah perkosa. Makan apa kau nih?? Biawak panggang?

Aku macam biasa la, tolong susun-susun barang lam kotak je, nak tolong angkat tu haram. Dah aku bayar kau, kau la angkat kan. Tapiiiiii Noritake biar aku yang angkat. Ni kalau sumbing sebiji cawan, aku bagi sebijik kat muka kau sampai sumbing mulut.

Tapi series penat la pindah rumah nak pulak kalau barang kau dah banyak. Leceh okk. So, dengar sini aku nak bagi nasihat, sesaper yang rasa ada hati nak pindah lagi tu tolong la jangan beli barang banyak-banyak skarang. Dulu cara-cara menyewa pun dah pakai 3 lori (tapi yang 1 tan je la) mengangkut.






So ni after a week pindah, malam last we all masuk rumah lama, bagi final touch, touch up dinding-dinding mana yang kitorang gantung frame tu, pastu cat mana-mana yang patut. Siap basuh bilik air, mop lantai, basuhkan kolam ikan segala. Tinggal aku tak lap kipas je lagi.

Chandelier kat hall, aircond, heater, oven, langsir and katil Redza memang dah masuk lam pakej, sebab aku malas nak ngangkut lagipun. Kipas and lampu lain tu of cos la kena tinggal kan melampau la kalau nak angkut sekali. katil Redza tu masa beli dulu taknak kalah, katil double decker terus. Tak sedar anak ko sorang je. Yang trajisnya, Redza tak penah tido pun kat katil tu walaupun setengah jam. Dia buat terjun tiruk ada la. Dulu masa beli katil tu berangan dalam tahun yang sama nak beranak lagi. Konon. Sampai skang haram. Angin je yang keluar.

Jap lagi nak beli Biodex.
Wah, dan-dan.

Dah macam surau lak hall aku ni kan?.
Lapang je.

Sedih gak nak tinggalkan rumah ni.
Lepas kemas-kemas semua aku naik atas sorang-sorang tengok bilik aku, sedih gila.
Walaupun cuma empat tahun tinggal situ tapi banyak kenangan.

Kenangan kena tipu ngan kontraktor lahabau.

Dulu aku pindah masuk rumah ngan keadaan dapur masih berbatu bata, lantai simen pun tak, tingkap pun takde, ada frame je, upah Indon tolong tido kat hall jaga jangan bagi anjing masuk sebab pintu blakang takde. Memang sial palis la kontraktor tu. Dah mampos kena langgar lori babi ke apa ntah dia.

Aku ingat lagi aku serang rumah dia. Dok kondo okkk, biasa la kan, kalau dah keje makan duit client tu rumah sure kaw punya. Dah la rumah dia kat kawasan hardcore kongsi gelap kat Klang tu, ikutkan akal yang waras memang aku tak pegi. Tapi sebab aku ikutkan hati yang panas dia dah burn duit aku RM16K, tapi rumah kongsi Indon lagi cantik dari rumah aku, aku serang gak. Pedulik apa. Tapi sebelum serang tu aku dah mengucap siap-siap lam keta, mana la tau kena tetak ke tak sompek aku nak ngucap.

Masa aku ketuk pintu rumah dia, takde orang sahut.
Wah, baran la aku aku ni.
Jerit panggil nama dia sambil tendang-tendang grill dia taknak bukak pintu.
Aku pun jerit sambil buat scene kat situ 'Oh ko dah songlap duit aku pastu ko blah. Ambik duit aku namblas ribu nak bagi anak bini makan, apa ko tak rompak bank je terus?'

Apa benda lagi ntah aku merepek kat depan rumah orang tu siap menyumpah biar anak dia bodoh sebab dia bagi makan duit tak halal. Keji gila aku okkk. Memang macam kena rasuk. Aku rasa jiran-jiran kat situ nak ngan taknak je call hospital gila.

Boleh bayangkan tak aku terpekik macam ungka mati anak dengan keadaan rumah dia kondo yang sah-sah jiran dekat-dekat je. Orang tepi tengah blakang semua siap selak-selak langsir nak tengok langsuir meroyan tendang-tendang pintu rumah.

Eh, sape hari tu yang nak jadikan aku idola??
Ambik kauuuuu.
Idola kau sebenarnya penah jadik pompuan gila.

Hahahhaha.

Pastu bini dia bukak pintu siap boleh soal aku apesal aku pekik-pekik kacau rumah dia?
Ewahhh, cantik pantek kau nak sound-sound aku.
Kalau laki ko tak songlap duit aku, ko ingat aku teringin ke nak hadap rumah kau yang kecik ni? (wahhhh, berlagak sialll)

Pastu dia call laki dia, laki dia balik ngan bawak 2 orang escort. Geng-geng kontraktor dia la kot.
Memang aku cuak jugak masa tu.
Tapi memikirkan aku kecewa gila bila tengok rumah aku tak siap, pastu kesian tengok En Wan menangis mengenangkan duit kena sapu, memang aku seru-seru Jin Aprit masuk lam badan. Mau kau tak hangin. Masa tu Redza belum umur setahun pun. Kau tak sedih ke membayangkan anak ko kecik-kecik duk lam rumah separuh siap? Aku ni kumpul duit macam nak rak sebab nak bagi anak aku hidup selesa, dia selamba badak sebat duit aku. Musibat.

Anak dia dok lam kondo cantik-cantik, abis anak aku??

Oh, sori.Aku nekad, kalau aku kena hentak pun ok gak, boleh jadik kes polis.
Sebab aku dah buat report polis 2 kali Sarjan tu rilek je cakap, kes-kes macam ni susah nak settle sebab kes civil, bawak naik court pun makan tahun, pastu rumah awak kena pagar ngan polis selagi kes tak selesai. Eh lecehlah. Dia kalau tak kes mati memang takkan cepat punya proses.
Apa kau ingat aku nak let go 16K aku?
Baik aku carik pasal, pueh ati pun pueh ati.
Walaupun sebenarnya tindakan aku tu boleh memanjangkan lagi cerita.
Eh mampos lah. Malas nak pikir.

Tapi seb baik kontraktor tu tak hentak aku.
Ntah apa yang aku bincang-bincang ntah, esoknya kawan dia datang siapkan. Sebab kawan dia kata, 'Kita ada manyak plojek li Putlia Hat, kalau you celita sama customer saya, saya rugi tau'

Haaa, tau pun kau!!
Kau kira rugi kau je, rugi aku ni saper nak bayar balik? Aku seligi kang.

Tapi dia buat ala kadar je. Janji siap punya keje.
Memang kitorang kuarkan duit lagi nak siapkan rumah.
Mak Aji suruh kitorang pejam mata je la.
Lepas aku dah reda-reda tu aku pikir-pikir balik, mungkin 16K tu rezeki aku yang tak halal kot, memang patut pun hilang. Mana kita nak tau kan. So aku redo je la.

Pastu kenangan bergaduh ngan Indon yang buat kolam ikan En Wan.
Ni lagi binawe.
Malas aku nak cerita.
Klik sini
and sini

Pastu kes bibik yang sengal tu.
Eh, macam-macam peristiwa la.
Tu yang sedih nak tinggalkan.
Tapi sebab rasa gembira masuk rumah baru mengatasi rasa sedih, so kejap je aku sedih pun.

Gamba rumah baru....sorry, setakat ni tak mendapat keizinan laki gue.
Sebab aku belum mintak izin lagi.
Haha.
Tak kelakar lansung eh?

Senang citer...aku malas la.

Ok, aku nak pi makan kenduri kawen depan rumah Maj Aji ni.
Ntah saper kawenkan anak pun aku tak kenal.
Tau-tau tuan rumah paksa kitorang semua datang makan.
Dah la pagi tadi Mak Aji masakkan lontong, pastu dah siap masak baru teringat menantu tak makan lontong, dia pi buat nasik lemak pulak (ni pun aku makan jugak). Pastu ada orang datang beraya, sambil susun-susun kuih lam balang, aku sapu jugakkk. Skarang, nak pi makan nasik orang kawen pulak.

Balik kang konfem aku laki bini gila nak beromen ngalahkan pengantin.

posted by aveo757 @ 10:57 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER