walk on wings, tread in air: Tiba-tiba nak update lagi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Tiba-tiba nak update lagi
2009-10-13



Keje banyak gila ni, tapi aku nak take five (ye sangat la five), bosan ngadap keje. Balik-balik buat proposal, baca notes, buat comparison chart, buat report, ngadap nombor-nombor lam akaun yang yang entah bila la nak berganjak ke tujuh angka. Ah, bosan.

Memula aku nak bagitau, aku telah berjaya menterminatekan P1W1Max yang aku guna tak sampai 7 hari. Memula macam fedup ngan TM sebab lembab nak mampos sambungkan line tepon. Tu baru nak pasang line tepon, belum nak re-connect streamyxnya. Technician yang pasangkan line tepon cakap streamyx akan dipasang a week after. Woooo, gila la aku nak tunggu lagi seminggu kan. Sejak pindah 23 September lepas, sangap aku kat rumah takleh nak siapkan keje, hari-hari kena masuk opis sebab nak siapkan keje padahal keje tu aku boleh siapkan kat rumah kalau ada internet. Ni asal malam je aku ngadap En Wan, En Wan ngadap aku, sudahnya beromen je keje tapi hasilnya takde.

So dalam keadaan baran ngan TM, aku gi sign up P1W1Max dan-dan tu jugak.
Dah la sales P1W1Max kat Giant ni cam bagus.
Macam tau je apa yang dia cakap padahal aku tau dia main belasah je.

Memula tu dia buat demo guna W1Max demo unit, tapi dia bagi password dari kotak WiMax yang baru. Memang seploh kali kau masukkan password konfem takleh access la kan. Aku ni tak perasan password dia tu salah, so aku pun godeh-godeh la IP segala (ni pun macam terer la konon).

So aku tanya la kena guna specific IP ke?

Dia reply 'Oh, tak payah pakai IP, benda ni kita sekali je masukkan password, pastu lain kali nak guna on je computer, takyah masuk apa2 password dah'.

Oh, aku blank.


Pastu aku ni agak-agak nak blaja la dari dia, maklum la aku ni kan benak sket bab-bab IT ni.

'Camne benda ni works? Takyah cucuk kat line tepon eh, just plug and play?'

'Ohh, sebab P1W1Max ni dia guna gelombang'

Terasa makin bodoh bila dengar jawapan dia.

Memang la pakai gelombang wehhh. Aku tanya sbb aku pelik streamyx pun wireless jugak but still ada wire DSL, yang ni takde.
Dan aku pun malas nak tanya lagi.



Yang bangkainya asal malam je speed gila slow yang tak boleh diterima akal fikiran yang waras apetah lagi akal fikiran aku yang tak berapa nak waras kadang-kadang ni.

Masuk malam ke-empat, tak boleh tahan aku call customer service.

Alasan paling bijak yang dia boleh bagi kat aku 'Oh, malam-malam kawasan you memang congested. Kalau siang tak'

Aku memang panas la kan kalau orang bagi jawapan bangang macam ni.

'Saya tau la siang laju sebab semua pegi opis, takde saper yang nak guna internet siang-siang kat kawasan perumahan ni. The reason saya pasang internet sebab saya nak buat keje malam. Kalau tak, saya tak beli P1WIMax ni letak kat rumah, baik saya buat keje kat opis'

Mula la aku tinggikan suara pulak.
Cuba jangan naikkan darah aku boleh tak?
Keje aku banyak tak siap ni.

Aku dah memekak-mekak hempas-hempas barang, terus En Wan callkan TM call centre nak tanya if streamyx dah masuk ke belum.
Alhamdulillah, dah ada.
Terus aku nasik bungkuskan W1max ni, esok jugak En Wan hantarkan balik straight to HQ siap bagi dua tiga rangkap pantun. Lantak. Nasib baik yang pegi tu laki aku, kalau suruh aku yang hantar, aku bentangkan pidato terus.

Ok. Habis cerita internet.

Rumah pulak.

Masih dalam keadaan huru-hara.
Kolam masih kolam biru. Aku nak tanya kat En Wan bila nak buat kolam pun tak terkeluar suara dari anak tekak. Kang aku tanya, silap-silap anak tekak aku yang terkeluar dia kejekan. Ikan tinggal lima ekor la katakan, nak pakai kolam kehapanya. Baik letak ikan tu lam besen mandi anak aku. Jimat pun jimat.

Jiran aku depan belakang masing-masing tengah berlumba-lumba renovate rumah.
Kontraktor aku pun bagitau housing area sini paling ramai yang renovate rumah, renovate yang gila-gila lak tu.

Rumah depan aku ni, renovate aje dah makan sejuta okkk.
Aku pun tak paham apesal dia beli rumah kat sini, kan baik kau beli banglo sebijik terus. Jiran lagi satu pulak renovate rumah je dah sama harga ngan rumah yang aku beli ni. Cipet betul. Gila kaya raya dorang ni. Bak kata laki aku, kat housing area sini, kalau tengok rumah-rumah end lot, paling bangsat pun ada sebijik BMW or Merz, rumah aku je yang parking Honda ngan Aveo kat depan okkk. Kaler hijau pulak tu. Betapa hinanya kedudukan aku, cis bedebah!!!

Ni next week, ada perjumpaan penduduk kawasan sini, diorang nak set up committe. Aku nak jalan kaki je pi meeting tu nanti, pakai jeans ngan T Shirt MILO. Konfem terselamat dari kena jadik ketua jalan.

Tapi aku bangga, 70% dari penduduk sini melayu. And yang renovate rumah juta-juta kat sini semua melayu. Seronok tengok ada melayu yang kaya-kaya. Esok kalau ada orang nak datang rumah aku, aku bagi landmark 'Ada nampak rumah besar tiga tiga tingkat belah kanan tak? Haaaa, masuk simpang tu. Terus lagiiiii, ada nampak rumah atap minangkabau yang ada 3 bijik keta kat porch tak? Haaa lepas tu belok kiri, terusssss. Pastu nampak tak rumah corner lot yang ada swimming pool empat tingkat tu? Haaaaa, rumah saya depan rumah yang swimming pool tu'.

Takde de aku nak bagi landmark rumah sendiri.
Konfem korang tak perasan rumah aku nanti.














posted by aveo757 @ 12:03 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER