2009-10-18

To that blogger



Aku rasa one of aku punya reader sedang mengalami masalah dihentam kat blog. Dulu dia pernah ngadu kat aku yang orang kutuk dia sebab dia pakai nama iras-iras nama aku. Then orang kata dia tiru cara aku blogging. Pastu tak tau la apa yang dia kena skarang. Bagi aku tu semua kebetulan je kot. Tak payah worry too much. Lantak la apa orang nak kutuk ko dik. Kalau ko rasa ko betul, ko teruskan je la. Nama green apple ni pun aku tak patenkan. Kalau ada dua tiga belas lagi green apple pun takpe, takde hal.

Orang kalau nak mengutuk or mengentam kita, dia akan buat apa jugak cara. Benda yang kita tak pernah terfikir pun dia akan bangkitkan. So, kalau kau rasa entry ko original, takde apa yang ko perlu takut. Pada pendapat aku yang selalu kena kutuk ni, kita kena manfaatkan orang-orang yang tak suka kita. Sebab diorang ni sanggup habiskan masa dan tenaga mengadap and membelek blog and FB kita semata-mata nak mencari kekurangan diri kita. Kita sebenarnya perlukan orang-orang macam ni untuk evaluate kekurangan diri. Kalau takde orang-orang yang concern macam ni kita mungkin masih kat situ jugak tak gerak-gerak. Ko ingat senang ke nak dengar orang yang sangat jujur panggil ko BODOH, CAMWHORE, MULUT LONGKANG, TAK ISLAMIK kat public? Walaupun dorang berselindung atas nama ANONYMOUS, which aku pun pelik sebab kalau nak bagi komen membina tu haruslah ikhlas. Mungkin komen tu bertujuan bukan untuk memBINA, tapi lebih ke arah memBINASAkan, tapi kita sebagai orang yang dikritik anggap ajelah semua komen tu membina. Takkan nak kena puji je kot, kena kritik sekali-sekala apa salahnya. Senang apa, free-free je ada orang yang sudi nak kritik kita. Secara tak lansung kita boloeh memperbaiki diri. Tapi untuk yang mengkritik pun, kalau kita nak mengubah orang, haruslah ubah diri sendiri dulu okk. Jangan asik busy nak mencari kesalahan orang lain, hari-hari bukak blog sebab nak cari kesalahan orang and tak sabar nak memaki sedangkan kita lupa nak carik kesalahan diri sendiri. Esok, ko sibuk tegur orang sana-sini, orang dah berubah, ko yang tak berubah-ubah sebab ko rasa ko betul je.

Ada readers yang baru-baru ni baca entry lama-lama aku tetiba hantar komen balas sebab bengang dengan sesetengah anony yang mengutuk aku macam tak pakai otak, macam kena rasuk ngan hantu tok batin. So dia tanya kenapa aku publishkan jugak komen orang tu.

Ada certain komen yang aku rasa sangat tak bijak and tak perlu aku publish. Ni kira memang level low class dari keberet punya komen so aku taknak korang baca komen tu and wonder how come such low class IQ boleh terbabas masuk blog aku (eh, series mulut longkang).

Ada certain komen yang memang menyakitkan hati tapi aku tetap publish sebab aku rasa komen macam tu aku perlu simpan and jadikan panduan. Panduan untuk aku mengingatkan diri aku supaya aku tak jadi macam dia. Contoh, kalau orang tu maki aku kaw-kaw, aku berharap aku tak jadi gila meroyan macam dia, at the same time bersyukur sebab aku masih dibekalkan kekuatan dalaman untuk bertindak menggunakan otak, bukan gunakan hati. Orang-orang macam ni bukan takde otak, cuma placing otak dia ada sikit senget. Tu pasal diorang bertindak gunakan hati. Kalau otak diorang tak senget mesti diorang tak macam tu. So jangan balas balik apa yang dorang cakap. Anggap je dorang 'tak sihat'. Sama la jugak kalau kau melayan orang gila, memang sampai ke sudah tak habis. Dia mengamuk-ngamuk tengah jalan takkan kau nak marah kan, dah nama pun orang gila, so kita sebagai yang waras ni harus bertolak ansur. Dia dah tentu-tentu gila, ko jangan pulak nak menggila sama. So sama la dalam konteks maki blog orang ni, ko simpan je apa yang dorang cakap tu sebagai panduan dan berharap ko takkan jadik berpenyakit macam dia.

Tipu sangatla kalau aku cakap aku tak marah and sentiasa cool bila kena maki. Tipu sangat namanya tu. Bagi aku sanggup menerima kritikan tu lebih baik. Yang tak boleh dikritik tu la yang bahaya. Tak percaya, ko tengok la sure ada yang rasa pedas baca entry aku ni akan balas balik.

Sometimes, orang yang suka maki-maki secara 'baling batu sembunyi tangan' ni sebenarnya mengutuk kita sebab pelbagai motif. Ada yang sakit hati dengan keistimewaan kita, ada yang bengang dengan cara kita and ada jugak yang tahap loser mengutuk kita atas sebab suka-suka dah takde benda nak buat. Yang 'suka-suka' ni memang aku kesian la. Aku ni kalau boleh nak mintak lebih dari 24 jam sehari nak buat keje tak sempat-sempat, dia leh siap ada free time nak kelebet blog sebab nak carik bahan buat modal mengutuk.

Tapi, orang-orang yang memaki kita ni sebenarnya tak faham konsep istimewa tu. Diorang sakit hati kita disukai ramai (macam iklan susu cap junjung pulak), kita dipuji-puji, kita diidolakan. Tapi diorang tak sedar sebenarnya seseorang itu dipuji bukan sebab dia istimewa. Tapi sebab Allah menutup keaiban orang itu. Jadi sedar-sedar lah, ko mengutuk orang membabi buta yang takde hujung pangkal asal boleh maki puaskan hati kau je, kau tak sedar sebenarnya ko serlah aib diri kau sendiri.

Kita semua ada akal. Cuma bezanya bijak ngan kurang bijak je. Tapi bukan bodoh. So gunakan la akal kau tu untuk berfikir secara lojik. Mana ada manusia yang sempurna. Sehebat mana pun dia mesti ada lemah kat mana-mana. So, tak perlulah kau bersusah-payah nak hentam dia sehabis daya semata-mata nak tunjuk kat semua orang buruknya dia kata mana. Semua yang buruk tu memag datang dari kita, tinggal lagi Tuhan nak kasik nampak ngan tak je. So ko tak payah susah-susah. Contohnya macam A berusaha nak nampakkan keburukan B. So hari-hari dia bagi komen maki. Tapi A tak sedar, yang orang nampak is keburukan kau sebenarnya, bukan keburukan B.

Kenapa kau nak sakit hati dengan kelebihan orang lain? Semua kelebihan tu sebenarnya datang dari siapa? Malas la aku nak jawab, kang orang kata aku ada split personaliti pulak tetiba nak jadik ustazah. Kang betul aku transform jadik ustazah kanggggggg.

Dulu aku rasa down jugak bila dapat komen-komen neraka ni. Tapi En Wan cakap kat aku sebenarnya aku perlu berterima kasih kat orang yang mengutuk aku tu. Walaupun komen dia bukan komen membina, takkan membawa aku kemana-mana pun, setidak-setidaknya komen dorang tu buatkan aku rasa nak tunjukkan something yang lebih baik.

Contohnya dulu aku ada kawan yang suka 'memuji' kulit amerika latin aku ni siap cakap 'Pompuan kalau itam siapa nak?'.

So aku berusaha buktikan ada orang nak aku.
Maka berhabislah aku kat Guardian beli krim pemutih.
Walaupun sampai skarang tak putih-putih, tapi aku buktikan ada jugak orang nak kat aku. Tak kisah la orang yang nak kat aku tu tak sehensem kau pun, janji dia tak poyo macam kau, carik bini asal yang kulit putih je. Padahal kau tu hitam. Sok kalau anak pompuan kau keluar kulit hitam cam aku baru kau tu. Masa tu telan air liur banyak-banyak ye.

Masa aku baru jual rumah dulu, ada la satu orang ni YM aku tanya berapa aku jual. So aku cakap la so and so harga dia. Then dia tanya berapa harga rumah baru aku, aku cakap 'ada la'. Dia leh bengang and reply 'Hek eleh, macam la aku nak beli rumah kau pun yang ko taknak bagitau harga tu. Aku dah ada rumah laaaa'.

Apehal eh dia ni?

Kang aku cakap tiga per empat juta kang ko kata aku berlagak.
Bila aku mengelak bagitau harga, punnnnnnn ko kata aku berlagak.
Tapi kau sibuk nak ambik tau.
Dah pandai tanya soklan tu pandai la jugak bersedia terima apa jawapannya.

So orang-orang macam ni la yang sebenarnya buatkan aku rasa 'aku perlu buktikan sesuatu'. Tah apa yang aku nak buktikan pun aku tak tau, nantilah aku pikir. Tapi aku percaya pada kata-kata 'orang yang berjaya adelah orang yang dikritik, bukan yang mengkritik'. Takde la nak kata aku berjaya kan, berjaya buat hutang tu mungkin la. Tapi secara dasarnya macam tu. Kalau nak berjaya terima je la apa orang nak cakap, selebihnya kau decide, mana yang ko rasa ok, ko ambik. Yang rasa sampah, buang. Nama pun sampah. Ko nak simpan sampah buat apa kan. So jangan disimpan sampah itu di dalam hati.

Bila aku dalam keadaan stress, aku selalu ingat pesan Pak Aji.
Masa kecik-kecik dulu kan kitorang agak susah, so dia tau ramai orang pandang rendah kat kitorang especially some of my schoolmates.
So dia cakap, kita kena selalu rasa diri kita lemah dan serba kekurangan. Jadi, bila kita dikeji, kita still boleh terima sebab apa yang dikata tu masih dikategorikan tahap baik kalau nak dibandingkan dengan kelemahan diri kita.

Ni cuma pandangan aku je sikit sebanyak sebab aku pun ada pengalaman dikutuk dalam blog, in fact sampai skarang pun, cuma nak ngan taknak je aku publish. Jadi, to that adik blogger, jangan susah hati ok?? Cheers.



p/s : siapa yang ada FB aku je yang tau ape jawapan ujian akhir tahun.