2009-10-26

Konsert lagi


Sabtu lepas Redza buat concert kat Putrajaya.

Tahun ni dia jadik panglima. So tarian pun sopan sket la banding last year urut dada nenek Tganu dia tengok kemain seksi baju cucu dia, see thru lagi. Seb baik dia tak sound 'Bakpe Redza paka baju hok gini? Skolah apa Diana hantar Redza nih?'
Sentap aku kanggg. So this year satu nenek pun aku tak ajak. Tak reti la aku nak bersopan santun tengok konsert, walaupun tu just concert budak-budak tapi aku ngan En Wan buat cam melayan konsert Beyonce. Dah nama konsert kan, haruslah happening. Takde de nak tengok aku dok diam bersandar okkk. Siap pewitt pewitt lagi lam hall. Seb baik dia memang dah sediakan kerusi, kalau takde kerusi dah lama aku bangun buat head banging kat depan. Oh lupa, rambut sudah pendek, tak best pulak head banging takde rambut.
Ha, cakap pasal rambut, apa produk yang best untuk lebatkan rambut? Cibaila rambut aku dah start gugur. Time shampoo lagi la berhelai-helai turun. Sampai laki aku sound 'Ni saper punya bulu besepah ni? Geli'.

Elehhhh geli kononnnnn. Time aku tadah kat kau tu takde pulak ko terpikir geli.

So, sebelom dia al-botak, haruslah kita mencarik pelbagai ubat-ubatan untuk melebatkannya. Ada cadangan?


                                                         Who says boys can't wear pink?


Ni kat hall entrance.
Dari jauh lagi dah bau cam kenduri kawen sebab siap ngan bunga rampai lagi dorang sediakan. Siap renjis-renjis air mawar lagi. Tetiba je aku jalan slow-slow tunduk pandai lantai masa masuk hall. Feeling-feeling pengantin remaja. Aku dulu kawen tengah jalan je okk, nak gak merasa bersanding kat dewan.
Memula aku ingatkan kena pakai songkok. Well, takkan dah pakai baju melay tu nak sarung topi koboi kot, so aku sarungkan songkok. Patutla dia menghempas-hempas taknak pakai. Aku ingatkan dia buat perangai sebab dia ni ada masalah sket pakai songkok. Sekali member kena pakai tanjak okkk. Nampak anak aku sarung tanjak tu tetiba je aku nak emo terasa-rasa macam dah nak terima menantu. Tahapa ntah aku lately, asik nak nangis je.

Bila sampai kat hall teacher dia suruh aku ambik balik songkok.
'See? Ija dah kata kat mama semalam (tadi) kan, Ija pakai tembolok.'

'Tengkolok' teacher dia betulkan.

Tembolok tu lainnnn.
Tu perut mak ko yang dah nak sama tinggi dengan tetek ni.

Anak aku ni ada masalah tatabahasa dan nahu.
Tak kira la benda tu jadi tadi or tahun lepas, dia akan tetap guna word 'semalam'.

Dan jangan tanya kenapa aku padamkan mata aku.
Saje tetiba tebiat nak feeling-feeling eksklusif.






Door gift yang akhirnya aku sapu semua sebab meja aku penuh ngan Chinese. Dorang tak reti guna bendalah ni.



Pengantin.....9 tahun yang lalu


Sengih-sengih nampak mak dia. Yang bapak dia kat tepi snap gamba ni dia tak perasan pun. Maklomla, mak cam pompuan gila angkat-angkat tangan terjerit-jerit panggil anak, konfem la dia kenal.



Tu diaaaaa....tanda-tanda awal anak ada harapan gi clubbing besar sok.



Tengok la anak aku. Orang lain sibuk susun-susun kan diri, dia leh siap teropong mak dia.



Gamba tiada kaitan ngan konsert. Ini adelah makanan aku untuk hari ni. Lazat dan pemusnah diet.