2009-12-28

Talk, talk, eat, eat, drink drink..money coming!


Jumaat lepas adelah wedding anniversary Pak Aji ngan Mak Aji yang ke-35.
Macam selalu, aku tukang beli kek sebab aku je yang tak suka makan coklat, so kek kena ikut selera aku. Kalau tak, aku boikot tak balik Bangi enam tahun.

Mak Aji dari pagi asik call aku, tanya bila nak balik, jangan lupa bawak ni, kang singgah kedai belikan ni. Padahal aku tau dia tak puas hati kenapa aku lom wish dia. Selalunya pagi-pagi aku dah wish. Tahun ni kitorang adik beradik sepakat nak buat dek. Kasik panas sket. Aku dah tentu-tentu la jauh di mata, tak kisah sangatlah kalau lambat wish. Yang depan mata tu ha, Ima ngan Ibal terpaksa bukak topik lain semata-mata taknak bagi Mak Aji terasa apesal la anak-anak wat dek je hari tu.

Kul 5.30pm baru la celebrate, itupun tunggu si itam tak balik-balik dari beli hadiah. Lembab.



Jangan beli kek ni, tak sedap!!
Seb baik ada kacang, kalau tak, fail berganda-ganda rasa dia. Aku lupa apa nama kek ni, tapi SR kata ni kek terbaru. Ni macam punya secret resipe, ko simpan je la. Tak bagi resepi kat aku pun takpe. Menyesal aku beli. 




Dipersilakan Pak Aji memainkan sebuah lagi sempena anniversary sendiri...

Dah lama gila aku tak dengar Pak Aji layan bendalah ni.
Dulu masa skolah, time-time Pak Aji main piano, masa ni la best nak lipat baju ke, gosok baju ke, kopek ikan bilis ke. Sebab bila buat keje sambil dengar Pak Aji main adelah sangatlah kill the time. Kalau takkkkkkk. Memang haram nak nampak aku dengan rela hatinya gosok baju. Sure aku hempas-hempaskan iron tu. Tu yang kejap-kejap terbakar kain Mak Aji aku kejekan.

Pastu berbirat belakang aku kena hanger.




Hadiah from si itam.
Untuk pengetahuan kau Ima, gelang yang mama pakai tu aku dah cop. Haha.

Everytime mak aji gi tempah barang kemas, mesti dia tanya aku if cantik tak kalau dia buat camni, buat corak camni, bla bla bla. Dah tanya aku kan, of course la aku akan menasihati dia agar mendesignkan gelang-gelang yang sesuai digunasama oleh aku di masa-masa terdesak nanti. Jnagan yang tebal-tebal, yang kiut-kit je. Kaler mesti campur-campur. Jangan terang sangat kaler gold dia, kulit aku ni al-maklom lah. Walaupun tak suka pakai barang kemas, tapi kalau dah free tu aku ambikkk. Nama nak beli mintak mahap lah. Baik aku beli handbag baru.


Apesal la mak aku ni tombam sangat?

Anak sedara aku dah makin bulat. Tapi omak dia laaaaagi bulat. Dah macam mengandung balik aku tengok. Anak dia punya lah halus, dah nak masuk 4 minggu pun still baju tido sampai ke buku lali, takyah pakai seluar.

Every week aku kena pastikan aku balik Bangi selagi Ima ada. Bukan aku nak jaga dia. Tapi nak gossip. Memandangkan dia sangat kat rumah tak gerak-gerak jadi menjadi tanggungjawab aku mengupdatekan dia dengan berita-berita terkini. Bukan selalu dapat bergossip every week. Gossip kat sms tak feel.



Aku pun ada misai okkk, apa ingat si Sekar tu je ke yang ada?


Sabtu, sepupu aku kawen.
Sepupu ni belah Pak Aji, so agak islamik sikit.
Memula aku gelabah carik selendang. Nak pakai tudung la konon. Habis wardrobe Mak Aji aku punggah. Ada la dalam 20 minit aku bega-begakan tudung tu last-last...hmmphhh.

Memang aku jugak la yang paling jahil kat dalam dewan tu. (antara sedara-mara la).
Tapi macam la baru first time gi wedding tak pakai tudung kannnnn. Kecoh.




Well, every wedding yang kitorang pegi mesti la snap gamba sendiri kan. Gamba pengantin tak snap takpe, janji gamba aku banyak. Sendiri punya kawen, sendiri snapla, apa nak suruh aku snapkan pulak.

Tahun ni je aku dah pakai baju yang sama untuk empat wedding.
Sebab aku memang malas nak gosok baju batik, malas nak gosok baju Thai silk dan juga malas nak pi hantar dry celaning baju-baju yang lain. Orang pemalas macam aku memang layak pakai baju macam ni. Ko gelek baju tu ngan bulldozer pun tak apa-apa.

Eh, aku dah kurus kan?
Lalalala.



Kiri : Muka takde efek.
Kanan : Camwhore


 
Redza snapkan.




Mesti ada yang pernah dapat flyers macam ni kan? Selalunya dorang selit kat newspaper.

Entah la ye. Tapi bagi aku, gaya penyampaian dalam flyer tu pun dah tak meyakinkan.
Ada sesaper yang boleh bagitau aku apa bendanya bisnes ni? Aku memang suka kalau takyah masuk opis, melepak je kat mamak tau-tau akaun aku dah ada patratustujuhbelas juta.