walk on wings, tread in air: Soalan default <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Soalan default
2009-11-26



Soalan untuk :

1. Korang yang masih single : 'Eh, takkan sorang lagi. Bila nak kawen?'

2. Korang yang dah bercouple : 'Bila nak makan nasik minyak?'

3. Korang yang dah kawen : 'Bila nak berisi?'

4. Korang yang dah ada anak : 'Takkan sorang je, bila nak tambah?'

Peramah kan orang kita?
Aku rasa ini memang soalan default orang Melayu kalau nak mukadimah cerita.

Tu la yang aku malas nak bersembang ngan makcik-makcik (especially). Apa ingat aku suka sangat ke nak menjawab dengan berlapik-lapik sambil tunduk tersipu malu 'Takde rezeki lagi, makcik'. Apetah lagi kalau kena join kopek-kopek bawang time kenduri. Memang konfem lagi sahih, ni la soklan yang dorang tanya dulu. Nak pulak kalau buat kenduri kat kampung Mak Aji.

'Anak sapo ko nih?'

'Anak Dahlia'

'Ohhhhh, anak dak Dahlia. Yang kawen tak sompek-sompek nak ngabihkan blaja tu ko?'

'Ye, saya la tu makcik'.

'Bapo anak ko dah?'

'Sorang baru. Jimat'

'Ko jangannn. Anak dak Kambing (orang kampung mak aji memang terer gelar-gelarkan orang) tu ompek dah. Bosar sok sonang!'

Dan aku pun terpisat-pisat pikir nak tukar topik apa.

Kalau ikut hati memang aku jawab 'Entah lah makcik, beromennya hari-hari tapi tak lekat-lekat jugak. Tersumbekkk kot'.

Macam dah takde soklan lain.

Meh aku pulak tanya soklan, 'Dah lama makcik kawen ye? Apa suami makcik tak teringin ke nak kawen lagi satu?'.


p/s : Tolong hentikan soklan bila nak tambah anak lagi.















posted by aveo757 @ 12:06 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER