walk on wings, tread in air: Ben 10 comes to town <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Ben 10 comes to town
2009-11-30

Takmo cerita pasal raya sebab Hari Raya Haji tahun ni sangat best. Kang adik aku yang tengah tunggu hari tu terpisat-pisat baca, dah satu hal lak kempunan kang tak dapat rasa rendang daging + limpa + paru and kuah lodeh and sambal goreng and ketupat yang semuanya Mak Aji and the geng yang buat. Eh, terbagitau pulak.

Hajat hati tu besar la jugak, pagi Khamis nak balik Bangi nak masak rendang segala. Plan awalnya, nak angkut bibik ngan Redza balik Bangi pagi tu, masak2 semua, pastu tengahari aku plan jumpa customer jap kat Bangi then balik Subang ambik En Wan pulak sebab dia tak boleh cuti Khamis tu.

Sekaliiiii, kontraktor rumah datang pulak. Entah apa lagi En Wan suruh godehkan rumah ni, dari kul 8.30am santak ke kul 3pm.

Aku call Mak Aji tanya kot-kot la dia lom masak apa-apa lagi, aku nak gerak skang tolong dia.

'Tak yah masak'

Tu dia orang tua-tua kalau sentap.

Tapi aku tau dia dah masak sebenarnya. Saje la tau perli aku.
Tak sesuai ok nak sentap-sentap petang raya.
Kang aku balik Tganu kanggggg.

Tapi raya sangat-sangat best. Nak pulak sebab selama ni aku memang raya haji kat Tganu. So this year balik Bangi sebab jalan nak balik Tganu banjir. Hehehe. Tercapai impian aku nak makan ketupat ngan rendang paru, (yang Mak Aji buat, aku buat tak sedap). Fuhhh, makan rendang memang tak tolak, nikmatnya bagaikan klimaks empat kali.
Malangnya takde gamba.
Tak payah la kot, macam la rumah aku sorang je ada ketupat kan.





Semalam, kitorang surprisekan Redza ngan POWER OF THE OMNITRIX - BEN 10 show kat KLCC. Lepas baca kat The Star pasal Ben 10 datang, En Wan terus book tiket, Itupun dah nak habis. Dapat la tempat duduk tengah-tengah. Mentang-mentang la omputih punya show, cekik darah sampai RM90.

Kalau yang blakang-blakang tu aku tak tau la dia nampak ke tak si Ben 10 kat depan. Aku yang dok tengah ni pun nampak halus je Ben 10. Tapi nasib baik alien dia besar and tinggi tapi jalan macam bapuk. Kira ok la overall, kalau dok depan-depan pun bukan aku paham cerita dia. Tu pun seb baik Redza tukang ceritakan sinopsis.



Memula sampai haruslah kena paw dulu ngan Redza.
Merchandise Ben 10 kalau dah masuk KLCC haruslah berganda harga dia.
Seb baik anak aku sorang.
Kalau sepuluh, mau seribu je abis kat mainan semalam.
Tapi kalau seploh anak, awal-awal lagi aku takkan book tiket ni. Tengok la ko VCD pirate Ben 10 aku belikan kat pasar malam. Berapa nak, cakap. Seploh? 



Memang jangan harapla nak suruh Redza pandang kamera kalau dah dapat mainan.



Beng Teng.



Berkat mencekik rendang sampai ke malam.
Hasilnya, semalam aku timbang adelah 47.6kg. Pakai lak baju kembang, adelah seperti 67.7kg dikejauhan.


En Wan ngan aku sama-sama ngantuk sebenarnya ni. Budak-budak punya pasal, layan je la. Tapi memang aku terlelap pun.





The show.
Alien yang tinggi ni jalan macam bapuk okkk.


Kipas Ben 10 yang sangat power sebab ada kuar cahaya kesaktian 'It's Hero Time' yang dalam masa sejam dah tinggal sebilah je kipas dia. So, siapa lagi sakti? Ben 10 ke anak aku? Jawab.


Mainan kedua yang dirembat masa second half of the show.

posted by aveo757 @ 1:19 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER