2009-08-03

Tag by chics



1. What time did you get up this morning?
6.30am. Penangan ubat batuk and selsema, aku tido dari kul 8.30pm. And skang hidung aku tersumbat sebelah sumpah tak selesa sebab mulut aku melopong sejak tadi nafas kot mulut tapi takpe, ia tidak membataskan pergerakan aku untuk update blog. Sila kagum dengan kegigihan aku.


2. How do you like your steak?
Well done.
Nak gak try medium, tapi aku tengok satu macam punya merah je daging dia. Berair-air je bila potong. Euwwwwww. Jijikkkk.

(Hahahah..sorry chics..:)


3. What was the last movie you saw at the cinema?
Transformers kot.


4. What is your favorite TV show?
FRIENDS.

Dulu rumah geng-geng aku kat UNIMAS digelar rumah FRIENDS oleh certain grup of people yang cas sopan adat ketimuran. Al maklum la, rumah yang jadik port budak laki melepak tengok tv, main monopoli, main Uno, so whatt??? Bukannya aku main pelir diorang. Sampaikan rumah kitorang ni jadi perhatian warden siang malam macamkan aku bodoh nak beromen ngan jantan dalam kawasan U. Apa ko ingat aku punya level takat beromen kat hostel??? Plissss.


5. If you could live anywhere in the world where would it be?
A wonderful place to kick up my feet, a place called home.
Tapi pastikan rumah tu bersih dan bebas dari segala LEGO yang bersepah-sepah sebab kalau aku terpijak aku akan serta-merta menjadi naga tasik chini. Jadi, seblom aku jadik naga tolong simpan segala lego-lego kau ni kalau tak aku lontar keluar.


6. What did you have for breakfast?
Lom breakfast lagi.
Malas la nak makan lately.

Tapi kalau aku dah start nak makan ha kauuuu, nasik lemak sambal kerang letak telur goreng. Kang kul 11am kang nak makan nasik lagi sekali. Petang kol 4pm kang pisang goreng pulak.

Aku memang paham sangat perut aku ni, kalau aku breakfast, aku akan rasa cepat lapar. Lom kol 12 aku dah menggigil kebuluran. Bila tak breakfast, aku tak rasa lapar, tu yang sampai ke petang baru aku sedar aku lom makan lagi. Tu pun kalau aku sedar la. Kalau aku tak sedar, mau sambung tak makan sampai ke malam. Tau-tau je terlentang kat bilik air.


7. What is your favorite cuisine?
Nasi putih with apa-apa lauk janji boleh masuk kat tekak.
Nasik putih dengan sambal belacan alone pun takpe.
Janji NASIK.
Ohh, series tekak jawa.


8. What foods do you dislike?
Durian and apa-apa yang melibatkan cokelat and kopi.
Tapiiiii..kalau eskrim vanilla with choc chip takpe.
Eh, ngada-ngada.


9. Favorite Place to Eat?
Aku takde feveret place to eat.
Ikut selera tekak nak makan kat mana.
Kalau rasa nak makan nasik beriyani aku gi mamak.
Kalau rasa nak makan roti telur aku gi mamak.
Rasa nak makan nasik goreng cina aku gi mamak.
Kalau nak mee tomyam pun aku gi mamak.
Kira mamak ni macam one stop solution untuk perut aku.


10. Favorite dressing?
27 dresses.

Boleh tak?



11.What kind of vehicle do you drive?
BMX kaler biru with sport rim kaler green apple.


12. What are your favorite clothes?
Bra and panties.


13. Where would you visit if you had the chance?
Tolong la carikkan mana kubur Leslie.


14. Cup 1/2 empty or 1/2 full?
Aku tak pakai cup, aku pakai teko.


15. Where would you want to retire?
Kat mana-mana pun boleh asalkan ada duit supaya aku tak nampak macam dagang Pak Malau dagang bertempat dagang saya dagang merempat.

Tetiba je feeling-feeling Nordin Ahmad.



16. Favorite time of day?
Makan time.
Nak pulak kalau ada orang belanja, memang tak kisah la makanan tu berlemak ke berminyak ke, rezeki jangan ditolak mak aku pesan.


17. Where were you born?
HKL, Venice.


18. What is your favorite sport to watch?
Aku tak suka bersukan or tengok sukan apetah lagi berita sukan. Melainkan pembaca berita tu Farid Kamil, insyallah aku layan kejap.


19. Who do you think will not tag you?
Sesaper yang hate aku kot.


20. Person you expect to tag you back first?
Sesaper yang suka aku kot.


21. Who are you most curious about their responses to this?
Sesaper aje.


22. Bird watcher?
Oh yesssss. I love bird.
I have one.
Dark in color, great in performance.

Muahahahah.
Panggggggg sedas.


23. Are you a morning person or a night person?
Depends.

Kalau ada keje lom siap, aku suka la bangun pagi2 siapkan keje.

Kalau rasa nak beromen tu malam sedap sket kot..hahah.


24. Do you have any pets?
Yup.
I do have one.
A very extraordinary bird that flies without wings.

Pangggggg
sedas lagi.


25. Any new and exciting news you'd like to share?
Yes, aku tak sihat, ada kat spital ni. So plis jangan expect aku update hari2, ni pun aku gagahkan diri, harap2 takde apa-apa la. Boleh kuar pagi ni.

Aku pitam Sabtu lepas, malam, lepas Isyak. Seb baik tak mati.
Kalau tak, dah senang dah tu, badan dah siap berbungkus ngan telekung tinggal nak sembayangkan je lagi.

Series aku tak sihat lately, but dokter kata takde apa-apa, maybe penat sangat.
Or maybe banyak sangat buat dosa so Dia bagi reminder sket.

Jap lagi nak check lagi sekali, badan rasa panas balik. Doakan aku ye. Blog ni aku bagi someone pegang the password, apa-apa jadik kat aku sok, aku suruh dia delete je blog ni. So, kalau sok-sok tetiba blog ni dah takde, pandai-pandaila sedekahkan aku al-fatihah.



26. What did you want to be when you were little?
Well, mak bapak dulu-dulu takat sales exec ni semua mana pandang.
Nak yang gempak-gempak aje, tak dokter, engineer, tak engineer, arkitek.
Padahal anak ko bodoh.

Aku antara yang bercita-cita nak jadi dokter.
Tapi cita-cita je la.
Buat masters pun pengsan tujuh kali ada hati nak jadik dokter.
Blah la.


27. What is your best childhood memory?
Age 3-4 yrs.

Nampak lelaki pakai topeng mickey mouse kat hall rumah mak aji sambil buat funny faces kat aku. Memula tu aku gelak la jugak tapi bila aku realized yang pintu depan bertutup tang mana ko masuk ni??

Later baru aku tau yang belakang rumah sewa Mak Aji dulu memang ada kes laki mati kat situ. Bunuh diri. So pepaham je la apa yang aku nampak tu.


28. Are you a cat or dog person?
Dua-dua tak nak sebab berbulu.


29. Are you married?
Ehhh, I am single tau. Cuma bukan dara je lagi.


30. Always wear your seat belt?
Always, sebab selagi aku tak pakai seatbelt alarm keta aku tu memekak.


31. Been in a car accident?
Abis, mana datangnya parut kat dahi aku ni?
Apa ingat aku suka-suka toreh???


32. Any pet peeves?
Malas la nak pikir tengah-tengah sakit ni.


33. Favorite Pizza Toppings
Apa-apa pun boleh janji cheese dia tebal. Makan je dulu, nak menyesal kemudian-kemudian..


34. Favorite Flower?
Calla Lily.

The last time aku dapat was 2 years ago when En Wan buat special delivery kat ofis aku dan-dan esoknya kepoh seofis aku ada skandal.
Asal isteri orang dapat bunga je, dia ada skandal. Ntah mazhab mana ntah dorang ni pakai.


35. Favorite ice cream?
Choc chip.

Tapi kata tak makan cokelat (???)
Abaikan...


36. Favorite fast food restaurant?
KFC.


37. How many times did you fail your driver's test?
Never.

Wahahahah.

Terer tak aku?
Tererrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Apa tak terernya.
Berapa kali kepala aku kena tepuk ngan En Wan time prektis bawak keta malam-malam. So by the time JPJ test, aku dah otai.



38. From whom did you get your last email?
Entah jin aprit mana bagi email mintak tolong keluarkan duit USD500,000. Sedara Mandela kononnnn. Hak puii.


39. Which store would you choose to max out your credit card?
Giant.


40. Do anything spontaneous lately?
Mencarut.


41. Like your job?
Of cos.
I make the rules, I break the rules.


42. Broccoli?
Sangat-sangat suka walaupun penah terpikir gak apa benda yang ada kat celah-celah brokoli tu eh?


43. What was your favorite vacation?
Anywhere, as long as I am with him.


44. Last person you went out to dinner with?
En Wan


45. What are you listening to right now?
Si Harrison Ford bergaduh ngan bini dia kat depan aku ni. Entah citer apa la. And also bunyik mesen sebelah aku ni beep beep beep beep aku terajang kanggg.


46. What is your favorite color?
Pink.


47. How many tattoos do you have?
Nak mampos???


48. How many are you tagging for this quiz?
Tak penah tag sesaper, nak buat, buat je la.


49. What time did you finish this quiz?
Lama...sebab aku tak sihat.


50. Coffee Drinker?
Eh berapa kali nark cakap la. Aku tak suka kopi!!! Aku lempang jugak kangggg.