2009-08-14

Siapa kata 32 tak best?


Happy Birthday to me...:)

Aku takde rasa apa pun bila dah cecah 32 cuma rasa apesal aku tetap tak sedar-sedar diri aku dah semakin tua?

Oh mungkin sebab En Wan lagi tua dari aku. Sebab dia pun macam tak berapa nak sedar, aku lagi la kan.

Aku celebrate birthday malam semalam, sebab tonite En Wan ada dinner.
Masa ni la kau nak ada dinner jugakkkk. Tapi aku takde hal, janji celebrate. Kalau tak, memang aku akan sentap sampai birthday yang ke 42 sok aku ungkit lagi.

So, semalam pi TGIF je, sebab tekak aku tersangatttttttttt la nak makan Ribeye steak.




Tekun mentelaah menu yang sesetengahnya aku pun tak reti camne nak sebut. Mana yang aku tak reti nak sebut tu aku main tunjuk je 'I want this'. Kurang sket la nampak jakunnya kan?


Masa ni aku lapar gila okkk, sengaja aku tak makan tengahari. Sebab aku tau kalau aku tak habiskan steak tu, En Wan ungkit sampai patblas hari. Sememangnya steak tu besar and aku tau aku tak penah habis everytime makan steak. Dah la steak ni mahal. Kira mahal la dari steak RM11.90 yang aku makan kat gerai depan rumah aku ni. Cara-cara steak murah pun kalau tak abis, dia punya mengungkit macamkan steak tu harga sebelas ratus sembilan posen. So aku ambik pendekatan bijak untuk berlapar di siang hari so that aku boleh telan semuanya tak kasik can lansung dia nak mengungkit kemudian hari. Fuhhh! Lega aku dapat mengumpat dia.


Starter.

Buffalo wings. Sangat masam, tapi best. Konfem la best kan, bukan aku yang bayar.




Cuba tengok muka orang yang kena bayar ni. Sengsara kan?

Pedulik apa aku.



My choice..:)

Memula nak pilih broccoli and fries tapi the word CHEDDAR CHEESE tu sangat tempting, so aku pilih mashed potato lantas mempersetankan the thoughts yang perut aku akan menjadi makin tebal dengan lemak tepu segala. Pegi mamposla kan kalau kau tepu ke tak, malam ni kasik aku tepukan tekak aku dengan makanan yang best.



 

Sementara tunggu main dish sampai, kita buat sessi camwhore dulu.
Takkan aku sorang je camwhore kannnnn..passing-passing la tittle tu kat orang lain sama.


Ada sesaper boleh tolong nasihatkan brader kat sebelah aku ni supaya blaja-blaja senyum kalau bergamba dengan bini tak? Boleh tak jangan biar aku nampak macam syok sendiri? Padahal terang-terang aku cakap 'readyyyyyy', dia tetappppp nak buat muka keling botol. Walaupun sebenarnya balik-balik aku jugak yang nampak macam keling regardless aku buat muka kontrol cun macamana pun. Ahh lantakkk. 




Time ni kalau kau ulang-ulang kat tepi aku 'sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna' empatplohpat kali pun aku buat dek je. Sesal tak sesal, boleh jalannnnn.

Nampak sedap kan?

Memang sedappppppp!!

Sedappp??
Anakanda kata sedappp???

Sila ambil bau saje.



En Wan punya...yang hanya dimakan 2-3 suap pastu dia tolak atas alasan tak reti nak makan benda-benda merepek macam ni.

Dia ni memang serasi ngan nasik goreng ikan masin cecah budu je.

Nyampah aku.
Dah taknak makan tu takpela, siap buat muka herot-berot cebik-cebik pastu kejap-kejap 'Eiii..takleh masuk' 'Eiiiii...nak muntah tengok daging merah-merah'.

Kau nampak tak tangan aku tengah pegang pisau ni. Pakkal ramai orang. Kalau tak, sirloin steak tu aku gantikan ngan daging perut kau.


Mujur jugak aku celebrate malam tadi, sebab pagi-pagi hari ni aku period pulak. Eh apa la besday boleh period pulak. Orang masa ni la nak "celebrate" sekali bijik buat hal pulak. Takpe, next week je la. Eh, next week dah pose. Haha..nasib kau la bang.
Sampai skang abdomen aku sakit lagi. Dia punya sakit satu macam sampai aku benti dua kali tepi hiway sebab sakit sangat.
Eh, gila babi okk dia punya sakit, tak penah aku tau period pain boleh sampai ke tahap sakit macam ni sampai berpeluh-peluh tapiiiii sempat aku singgah Secret Recipe beli kek untuk diri sendiri.

Aku beli 3 slices, satu American Brownies (walaupun tak makan coklat), satu Marble Cheese and another one Blueberry Cheese, yang akhirnya dua-dua cheese cake tu Redza belasah sorang-sorang siap nyanyi sendiri 'Pey Pey Pe Yu Yu Ijaaaaaaaaaaaa' (happy birthday to you, Ijaaa).

Memang aku tak makan cokelat tapi since **** ye ye je promote 'You shud try American Brownies, best nak mamposssss!!'.

So aku pun nak try la betul ke sedap nak mampos. Aku dah bajet, ni kalau tak sedap, memang mampos dia aku kejekan!!

Aku nak say thank you very much to semua yang bagi wish kat FB and to those yang hantar sms tengah-tengah malam semalam and this morning. Aku tak mampu nak reply sorang-sorang sebab aku ni pemalas orangnya. So aku reply kat sini je la ye. Tima kasih banyak-banyak. Terimalah gamba dariku untuk tatapan semua.



Ehhhhh, gamba dia lagi. Serius camwhore ok dia ni.
Ade aku kesah?