walk on wings, tread in air: Bibik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Bibik
2009-08-12



Saper dah baca Interview From The Grave by Mike Yap about dia menginterview MJ?
Jawapan MJ pasal pendant mak dia tu buat aku meremang bulu tengkuk. Series macam real.
Sok kalau aku mati, jangan ngengada nak suruh orang tua ni interview aku pulak okkk, sure aku takde cerita lain nak bagitau dia melainkan cerita seksa kubur.
Oh, nauzubillah.

Mak mertua aku ada kat rumah now..yihaaaaaaaaaa.
Aku ngan mak mertua aku very the gang.
Nak pulak dia suka memenuhkan fridge aku dengan kepok lekor, kepok keping, sambal belacan, budu, sotong, kadang-kadang cili hidup pun dia bawakkan dari kampung.
Bertuah tak aku dapat mak mertua macam ni?
Kalau aku cerita kat mak aji pasal kebaikan mak mertua aku kan, mesti dia sambung 'Ko memang bertuah punya menantu, kalau aku memang tak kuasa nak layan muka kau ni'.
Memang malang la bakal bini Ibal dapat mak mertua camni sok.

Bila mak mertua aku ada kat rumah selalunya aku bolayan ngan En Wan.
Sebab aku suka ngendeng kat mak mertua aku, biasa la kan orang tua-tua ni selalu ada je benda dia nak cerita. So aku memang suka sesekali dengar cerita penglipurlara ni. So tadi mak aku bukak cerita pasal maid saper ntah kat kampung dia.

Teringat aku kat maid aku yang sengal dulu. Bibik Ida nama dia. Percaya tak kat passport dia nama dia Syida??? Pundek lah. Entah-entah nama ko Suparnah binti Kordi.

Ada satu hari tu rumah aku ada ramai gak la orang, kakak ipar and nephews En Wan datang lepak malam-malam. So aku ni jenis yang selagi ada orang dalam rumah selagi tu aku nak kuarkan apa yang ada kat dapur kasik dorang makan, so untuk budak-budak aku goreng drummets and nugget, pastu yang si tua-tua ni aku bagi makan kepok lekor pastu aku buat cekodok udang sekali.

Biasa la kan, kalau dah ramai-ramai tu memang laju je makan. And sebagai tuan rumah, ko mesti nak sediakan segalanya so that tetamu ko balik rumah pun happy, perut kenyang. Tak tau la orang lain tapi sebagai keturunan Jawa bapak aku pesan, kalau tetamu datang rumah jangan bagi lapar, apa yang ada bawak je kuar walaupun serdak kuih raya (ni aku tambah sendiri. Kalau pak aji baca ni konfem dia lari masuk batu belah batu bertangkup).

Eh tapi hari tu ko datang rumah aku, aku hidang air oren je kan Fuza?
Hahaha, nasib la...masa tu aku rush nak balik Bangi, sorry ah beb.

Berbalik kepada cerita tadi, so yang ramai-ramai ni sambil makan sambil sembang, so makanan tu kejap-kejap abis, kejap-kejap aku tambah. Memang la penat sikit, tapi takkan la ko nak bercekak pinggang ngan pegang sudip sebelah pi sound 'Eh korang ni tak reti benti dari mencekik dari tadi ke?'

Kang laju je En Wan angkat aku terus masukkan aku lam kuali pulak.
Dah la aku ngan kaler kuali tu sangat seiring.

Yang si bibik aku ni over gila.
Aku yang menggoreng sikit tak berbunyik, dia yang tukang hantar pinggan ke depan pulak mengomel tak sudah.
Memula tu aku dengar jugak dia buat bunyi 'hmmppphhh..tskkk..tskkk'.
Aku memang pantang orang buat keje mulut bising.
Konsep aku senang, kalau ko taknak buat, ko tinggalkan. Takyah nak tolong buat tapi menghempas-hempas. Kang aku hempaskan pinggan tu atas kepala kau satu sen tak guna.
Kalau nak buat, buat biar ikhlas.

Aku memang jarang tak sound orang kalau benda tu menyakitkan hati aku.
Dah la muka kau tu alone boleh buatkan aku nak kena stroke pagi-pagi, dengan rambut serabai tak reti nak ikat, mata terpisat-pisat boleh nak offer buatkan aku teh o, pastu mug depan mata pun tak nampak sebab mata pun kau takleh bukak. Bukan reti nak basuh muka dulu ke apa ke. Bangun-bangun je terus masak nasik. Eiii...geli aku.

So, bila dia mengomel tu aku diam lagi, sebab ada tetamu kan. Aku taknak la tetamu aku tersengkang kepok lekor kat tekak pulak dengar suara aku menjerit maki hamun dia. So aku diamkan and peratikan je dia ni tapi hati aku dah mendidih dah ni.

Sampai satu masa tu, kepok lekor dah habis goreng, so ni kira hidangan last la ni nak bawak ke depan. Dia bawak.

Tau dia cakap apa kat depan?

Dia letak pinggan tu pastu dia boleh sound 'Makannya ditinggalkan untuk orang di dapurrrr...'

Eh, cilakanya kau.

Aku yang tuan punya tanah pun tak kata apa-apa, kau pulak yang lebih.
Mak mertua aku ngan kakak ipar aku terpinga-pinga kat depan.
Mujurrrrrrrrrr En Wan masa tu kat bilik, kalau tak aku boleh bajet malam tu budak ni tido spital, and En Wan aku tido lokap.

Terus terbenti anak-anak buah aku mengunyah bila dia cakap macam tu.
Masa tu Tuhan je tau macamana perasaan aku.
Seb baik masa tu jin aprit aku takde kat rumah, kalau tidak, memang terbalik rumah tu aku keje kan.

Kejap lepas tu tetamu pun balik.
Aku tengok pinggan kepok lekor aku penuh lagi. Aku tarik tangan dia pegi dapur, aku letak pinggan tu atas meja 'Kau nak makan sangat kan? Ha sekarang kau habiskan aku tunggu!'

Memang aku rasa 2 hari dia berak bau kepok lekor kot.

Series ini la bibik paling barua yang aku penah jumpa.
Dah la keje lembab, mentekedarah laju.
Hari-hari tahan aiskrim mat kool elok je mencangkung depan porch makan aiskrim, yang anak aku ni dia boleh tinggalkan bodohhhh je dalam rumah.
Asal aku suruh listkan apa barang yang takde kat rumah aku nak pi beli kat Giant, out of 10 items, 6 daripadanya biskut, cokelat, aiskrim, roti krim, bla bla bla. Bila aku tanya ni siapa punya ni?

'Alah kak, beli la untuk kunyah-kunyah'

Ini bukan untuk kunyah-kunyah bodohhhhhhhhhhhhhh, ini nak bagi ko terberak-berak!!

Tapi takpe, En Wan kata jangan bising-bising, belikan aje.
Ok, fine, aku belikan.

Selang 3 hari aku tengok semua benda yang aku beli tu memang sudahnya dia sorang je yang kunyah.
Tiga hari je okkkkk, tiga hari!

Sehari dia makan roti seploh keping (aku tak exagerrate okkk, ini benar-benar kejadian. Aku rasa dia ni bela hantu).

Pastu aiskrim Moo Walls tu sehari habis sepaket terus. Aku rasa dia buat aiskrim ni macam makan nasik.

Padahal dia bangun pagi je terus masak nasik satu pot, mak dia pesan katanya kalau nak rezeki murah, pagi bangun mesti masak nasik dulu, jadik rumah sentiasa masuk rezeki. Masalahnya rezeki tu balik-balik masuk ke perut kau sorang sebab asal aku nak buat nasik goreng untuk breakfast je nasi yang ko masak tu mesti dah takde. Tapi bila aku buat breakfast kang ko sama naik makan jugak.

Badan halus je, kemetot, keje malas, makan macam bela jin.
Lepas tu siap mintakkan aku beli baju, sebab baju dia semua dah tak muat.
Cantek kan muka dia???
Tak kuasa okkkk, aku bagi dia pakai baju-baju T. Shirt aku je.
Boleh pulakkkk dia kata baju tu besar sangat untuk dia.
Memang mintak kena seterika je dia ni kan???

Oren Sunquick aku sebotol besar tu seminggu je dah habis. Apa taknya, makan nasik je buat air oren. Breakfast selera mat salleh okk, minum air oren. Kang asal haus je bancuh oren jugak. Aku yang tuan rumah ni pun makan nasik minum air putih je, ko pulak besar pangkat kejap-kejap mentekedarah oren. Yang aku hot tu bila aku tanya apa lagi barang rumah yang takde, dia leh suggest aku beli oren je takyah beli Ribena sebab dia tak minum Ribena.

Kepala lutut kauuuuuu.

Kau ingat aku beli Ribena tu untuk ko minum pagi petang???? Itu untuk tekak anak aku okkkk. Aku pedulik apa kau tak suka Ribena.

Aku tak heran sangat la kalau baca pasal maid yang kena belasah sampai bengkak-bengkak muka tu, kita tak tau hujung pangkal so tolong baca je, takyah nak bagi komen tambahan, biar dorang settle kat court. Sebab kalau yang bengkak muka tu bibik Ida, memang patut pun, ni jenis yang datang Malaysia sebab nak rasa apa itu selesa and senang. Bukan nak keje sangat pun.

Seb baik la dia lari dari rumah.
Kalau tak, mungkin aku yang lari.
Kalau aku tak lari, konfem aku mati kena stroke.

Tapi seingat aku, memang aku takde selera nak beromen ngan En Wan masa dia dok rumah ni. Dah la masuk bilik aku main terjah je takde la reti nak ketuk pintu.

Kitorang mana reti kunci-kunci pintu bilik ni, let alone nak kunci pintu bilik air. Satu time tu kitorang baru lepas mandi. En Wan tengah nak sarung spender, baru sampai lutut, si bibik ni main masuk je bilik aku. Seb baikkkk aku ada ada depan En Wan (eh, kenapa aku boleh ada depan En Wan masa dia sarung spender?? ohh..abaikan..) Cepat-cepat aku depangkan towel yang aku pakai untuk cover dari dia nampak laki aku yang tengah menonggeng tu.

Tak pasal je elok member tengah sarung spender dah terpaksa turunkan balik spender tu sebab aku buat tiger show depan dia pulak.....muahahhaha.

Eh, terbabas.
Dah..dah.

posted by aveo757 @ 11:14 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER