2009-08-16

Seploh ciri-ciri lelaki idaman



chipsmore tag aku SEPLOH LELAKI IDAMAN.
Aku tukar sket tajuk dia.

Aku nak buat tag TUJUH LAKI YANG AKU TAK BERAPA NAK HADAP TAPI KALAU DAH TERPAKSA REDHO KAN AJE (berani lawan tajuk tag aku..??).


1. Taknak mengaku salah.

Aku paling pantangggggggggggg laki yang dah buat salah, tapi diam taknak say sorry. Pastu dia pulak yang merajuk taknak makan, taknak bercakap, asik bantai membuta padahal kau yang buat salah apa nak suruh aku pulak sujud kat ko mengongoi-ngongoi mintak ampun?? Eh, macam laki aku je ni..hahaha.

Memang sangat the En Wan okkkk. Memang!!!

En Wan kalau buat salah kan nanti dia diam. Pastu dia lari-larikan diri dari ko like dia makan dulu, tak ajak ko sekali. Bila ko masuk dapur je kan, time tu la dia tetiba kenyang, terus basuh tangan, dok depan baca paper. Kang bila aku pi depan lepak sesama kat hall dia naik atas masuk bilik. Pastu bila aku tido kat sebelah tetiba je kang dia letak bolster kat tengah-tengah konon macam border la, aku takleh masuk kawasan dia apetah lagi nak pegang dia. Eh, aku tendang jugak dia ni kang.

Cuba kalau aku yang buat salah, wahhhhhhhhhhh selagi ada kelibat aku kat dalam rumah tu sehabis hati dia perli aku. Pastu dah marah-marah aku pandai pulak sorokkan kunci keta takut aku lari dari rumah. Purse aku pun dia sorokkan. Hek elehhhhhhhhhhh, kalau sayang cakap la sayanggggggg. Nak main sorok-sorok barang lak. Kang aku telanjang depan kau kangggg, baru dia menggigil kote kau tahan stim.

Selalunya ni je tektik yang aku gunakan.
Dan hasilnya..marvelles!!!!
Dan-dan tu jugak dia say sorry.


2. Tak reti nak tunjuk caring kat awek.

Semua orang expect partner ada this kriteria.
SEMUA ORANG okkk.
So plis beringat sket yang takde saper pun suka kalau kau dah ambik dia jadik awek, pastu kau buat dek dengan harapan awek kau setia menchentai kau sebab ciri-ciri isteri idaman saya adelah YANG MEMAHAMI, YANG MEMPUNYAI KESABARAN YANG TINGGI dan YANG TIDAK CURANG.

Chantekkkkkkkkkkk muka kau???
Dah kau tak care ada hati nak suruh dia tunggu kau lagi? Boleh jalannnnnnnnn.

Kalau dapat pompuan yang memang setia tunggu kau regardless kau buat apa pun kat dia, itu adelah bonus, sila hantar pisang kat masjid. Tapiiiii, kalau awek kau tu adelah Diana Ishak, mintak mahapppppp. Aku takde masa nak tunggu laki yang dah tau kau dok jauh setahun tak sekali jumpa tapi tak reti nak jaga hati awek. Eh, tolong jaga hati aku sket boleh tak??

Kalau rasa bil tepon tu mahal, setidak-tidaknya kau hantar la email ke, surat ke. Sejuk hati aku yang dok jauh ni, at least takde la aku meroyan dalam bilik everytime balak-balak member press-press motor kat depan tunggu awek bersiap nak pi tengok wayang malam-malam Sabtu, yang aku ni malam minggu dok hadap Cerekarama sambil makan meruku. Loser gila.
Eh, macam cerita aku je ni. Gagaga.

Yang dah kawen tu pulak, kalaupun kau tak balik rumah seminggu, outstation la katakan...tolong la call tanya khabar. Kalau dah malas sangat nak call, hantar la sms tanya apa citer bini hari ni. Kot ye pun malas sangat nak type panjang-panjang kau type je la yang simple-simple.

'How r u?'
'M bz..ltr'
'M mtg, ltr'

Walaupun aku tak paham apekejadaharam kau tulis, tapi at least aku tau kau care and yang penting aku tau kau hidup lagi. Walaupun sebenarnya kalau mesej rupa ini dapat kat aku, aku memang berdoa kau mati lagi baik. Dah la tak balik seminggu, hantar mesej pun macam kan keypad ko tu ada 6-7 huruf je.

Tapi takpe...maybe that's the best yang dia boleh buat. Terima je la.


3. Loving macam tak loving.

Ni pun penting.
Aku suka lelaki yang loving. Once in a while hantar bunga kat ofis. Or buat sudden surprise like kau bukak je pintu rumah nampak Mat Belon melompat tepuk-tepuk tangan nyanyi Happy Birthday kat kau.

Tapi nak tunjuk loving tu biar la natural and paling penting masuk akal.

Jangan la kejap-kejap kau sms 'I love you sayang' macam dah takde ayat lain kau nak bagi.

Kang kejap lagi 'I miss you so much!! Muahhhhh (24X)'

Kang masukkkk lagi 'I can't live without you'

I can't live without you tengkorak kauuuuuu!!
Kau yang tinggalkan aku setahun pegi outstation pastu mengada-ngada can't live without you, aku terajang kanggg.

Memang la siapa tak suka kalau laki hantar mesej macam tu kan. Tapi kalau hari-hari kau mesej benda yang sama je, muakkkkkkkkkkkkk!! Takde idea lain kau nak type banggg? Ke text kau tu semuanya autoreply?

Tapi ada gak yang terlampau loving sampai aku geli nak baca text kau. Ni selalunya kes-kes baru nak ngorat. Baru chatting 3-4 hari dah nak stim-stim kat sms 'I wish I can hold you close to me right now, caress you, and cuddle with you the whole day. Oh baby, I want you now.'

Eh pundek lah. Check dulu kote kau tu cukup panjang ke tak baru boleh nak stim-stim ngan aku. Geli sialllll.


4. Berlagak

Oh series aku takleh tolerate lansung dengan laki macam ni. Biar kau tak kaya (tak kaya takpe tapi jangan sampai manjang takde duit), biar kau tak hensem (eh menipunya), biar kau tak glemer, tapi tolong jangan berlagak.

Aku dah penah jumpa laki macam ni, siap boleh berkapel lagi so aku tau camne rasanya berdepan ngan laki yang berlagak. Semua orang kalau tak banyak, sikit mesti ada rasa proud dengan kelebihan diri tapi jangan la berlagak macamkan kau tu bagus sangat.

Cerita yang best-best je. Skolah asrama la katakannn.
Kalau cerita pasal ex-gf ni memang kalah la semorang. Awek dia je la yang paling jelita, paling ramai orang usha tapi dia jugak yang jadik pilihan. Kalau kau tu lelaki terpilih sangat apehal ex kau sampai tigablas orang????? Oh ye la...suddenly kau realized yang diorang semua tu tak sesuai dengan jiwa kau kannnnn.

Masa mula-mula nak tekel tu, memang cerita yang gempak-gempak je, abang long saya engineer, abang ngah saya businessman, kakak saya lecturer, adik saya dapat masuk kelas Tingkatan Tiga terbaik seluruh Sekolah Menengah Pundek Alam. Saya budak boarding school.

Memandangkan kau rasa kau antara yang hensem kat kolej, maka kau layak merendah-rendahkan muka orang lain. Padahal kau tu ada rupa je. Orang lain takde rupa tapi ada harta. Orang lain takde rupa tapi ada budi bahasa. Orang lain takde rupa tapi ada awek cun kat kampung. Kau ada apa?? Ada telor je tu pun belum tentu boleh guna. Sendiri guna boleh la kot.

Kuiz Fizik dapat 94/100 dah rasa macam kau tu engineer Toyota. Balik-balik nak study Fizik, asal masuk library je nak pinjam buku Fizik. Dah tau Biology kau BIOL, study la benda yang kau BIOL. Yang kau nak study benda yang kau dah pandai buat apa. Pastu kondem-kondem 'Biology ni ntah hapa-hapa, benda yang kita tak nampak. Macam Fizik tu lain la, benda yang kita nampak, momentum, kinetik, kita boleh calculate .... bla bla bla'. Mentang-mentang la aku bodoh mengira, saje je nak highlitekan perkataan 'calculate'. Dah la hutang aku bayar tak habis. Ada hati nak cerita pasal calculation. Memang la Biology tu tak melibatkan benda-benda yang kita nampak dengan mata kasar. Tapi melibatkan imaginasi. Lihat dengan mata hati, tapi sebab kau tu buta hati, patut la kau bodoh. Kalau melancap tu laju je kau berimaginasi!

Eh, macamana aku boleh tau?
TETTTTTTTTTTTT.




5. Kedekut

Aku takde la nak mintak kau belanja aku everytime kuar makan. Aku pun ada gak duit, bukannya sengkek. Tapi kau pun takkan takde common sense. Kalau aku dah bayar makan tu, kau bayar la duit bowling. Kalau aku bayar tambang bas pegi town, ko tolong la bayar tiket wayang. Lain la kalau ko tu gigolo aku, memang aku tak kisah nak berabis kat kau.

Kalau aku kata nak belanja makan je, laju je kau bagi suggestion, tempat yang kaw-kaw lak tu. Cuba kalau turn ko belanja aku makan kalau boleh ko nak cari Burger Ramly, tu pun egg benjo je.

Dulu ex aku macam ni. Asal pegi Pakson je kan dia saje je merayap-rayap kat BUM Equipment belek-belek baju tapi tak try pun. Bila aku suruh try dia pun kuarla ayat macam lancau 'Takpelah, I takde duit nak beli baju ni'.

Kalau dah tau takde duit yang ko terconggok kat sini tak gerak-gerak sejam apekejadah???
Tu saje la nak bagi hint suruh aku belikan. Walaupun aku bodoh dah tau dia nak mengikis tapi aku layankan jugak, but at least aku bijak untuk menilai diri sendiri mampu ke tak mampu nak beli satu-satu barang tu. Kalau aku tau aku takde duit, the first thing aku buat is dok rumah jangan kuar. Sebab tu kalau aku takde duit, aku hanya pegi ke tempat yang aku nak tuju, aku beli, then balik. Takde de aku nak masuk kedai sana, masuk kedai sini. Dah tau kau takde duit, balik je la. Dan disebabkan aku rasa aku ada duit sket, so aku suruh la dia try, so that aku boleh belikan. Takpela, biar dia bergaya, kalau dia look good aku senang hati, nak beromen pun selera. Tapiiiiiiiiiiiiii bila dah look good, dia pasang 3-4 awek kat belakang aku. Afundek tak?



6. Selebet

Kalau kau rasa kau tak sehensem Azizan Nin, tolonggg la jangan selekeh.
Tak kisah la kalau baju kau tak berjenama, kalau ko pakai Pagoda sekalipun, tapi kalau ko kemas, insyallah aku stim.

Aku mengaku aku suka tengok laki yang hensem macam laki aku (hahahha, sila bagi penampar).
Tapi, aku lagi suka kalau laki tu PRESENTABLE dan WANGI.
Hensem tu bonus.
Tak hensem takpe beb, tapi tolong la pakai deodorant.
Kalau ketiak ko tak shave pun aku tetap maafkan sebab aku bukan nak hadap ketiak kau pun.
Tapi kalau badan kau macam bau stokin, well....dipersilakan brambos.

Tetapiiiiii...kalau kau hensem, badan kau best, kau pakai perfume Dunhill, tapi kalau kau makan cokelat pastu ada hati nak french kiss aku, kau siapppppppp!!!! Aku muntah dalam mulut kau.
Benda lain about diri aku kau lupa takpe.
Tapi kalau kau lupa yang aku tak boleh bau cokelat, ko french kiss la kepala lutut aku.



7. Tak boleh terima dugaan

Asal ada problem je emo. Ada keje banyak kat ofis pun nak stress sampai kat rumah.
Ko boleh tak tinggalkan stress kau kat ofis.

Ada certain orang yang memang pandai bagi nasihat apetah lagi mengkondem orang. Kalau kita down tu, wahhh, bertan-tan nasihat dia bagi which nasihat dia tu semua boleh pakai. Tapi cuba kalau dia kena timpa masalah, kau bagi la nasihat apa pun, dia mesti nak sangkal. Seboleh-boleh dia nak tunjuk apa yang dia buat tu betul.

Macam laki aku tu la kan, kalau aku stress dengan keje, dia pun nasihatkan aku which nasihat-nasihat dia tu sometimes aku tak rasa macam nasihat tapi macam perli aku je, macam saja nak bagi darah aku naik. Bila aku dah bengang dengar nasihat dia, aku akan jadi lagi semangat nak settlekan keje-keje aku so stress aku sikit sebanyak hilang. Ada la jugak baiknya nasihat orang tua ni kan.

Tapiiiiiiiiiiiiii kalau dia yang stress like baru-baru ni dia ada problem ngan boss dia, wahhh, aku ni ye ye je la bagi nasihat kat tepi sambil usap-usap kepala dia, tangan aku naik turun punya la semangat bagi motivasi, last-last 'Di tengok la tv sorang ye, abang takde mood, nak tido'.

Keringgggggggg air liur aku bercakap.
Kalau aku tau aku ptuih putih kan je.

Kang esok pagi pegi keje menonong je dia kuar, selalunya kalau aku terlupa, dia akan panggil 'Di, abang nak gi keje ni'. So aku berlari-lari cium tangan and kiss dia.

Cuba kalau dia tengah stress, aku berlari-lari 'Jap bang, nak salam!!'

'Takyah la..balik kang'.

Oh, boleh pulak salam balik karangggg.
Selalu kalau aku tak salam pagi-pagi kau sentap.

Pastu kang kejap-kejap call aku kat opis 'Di, abang takde mood la...abang rasa nak nangis'
'Di, abang nak benti keje la..'
'Di, balik Di, teman abang kat rumah. Abang ponteng'.

Tu lah dia.
Sape kata laki ni strong sangat.
Takde deeeeeeeeeeee.

Laki aku ni dulu aku ingatkan strong sangat la.
Sebab bila aku dok bayangkan dia dok overseas lama, pastu kebolehan dia juggle time blaja dengan keje sebab masa dah suntuk dah gatal sangat nak kawen so dia kena kumpul duit cepat, pastu masa aku sambung blaja dia keje rajin buat OT sebab nak tanggung aku, so aku rasa dia sangat strong. Tapi rupanya, laki ni strong kat luaran je. Kalau suruh keje berat like angkat guni beras, cangkul lubang kubur memang boleh. Tapi bila melibatkan hati dan perasaan (wahhh so, familiar la ayat ni....) dia pun lebih kurang kita je.

Maybe macam En Wan bila dia stress keadaan dia lagi teruk sebab dia tak merokok. Kalau merokok tu mungkin boleh legakan tekanan kot. Nak mabuk-mabuk kasik hilang stress pun kedai mamak depan rumah aku ni takde jual todi. Nak pi clubbing pun takut kena halau ngan bodyguard je, dia ni toksah kata nak dance, berlari setempat pun fail. And maybe lelaki ni payah nak nangis so kalau dia stress tu agak sengsara jugak la nak handle. Or mungkin kes laki aku ni dia susah nak terima dugaan sebab dia ni MANJA. Anak bongsu katakan. Dari kecik apa nak semua dapat, so bila terkehel sket mula la stress. Lain la macam aku kan, dari kecik dah stress asik makan penampar mak aji. Tu yang skang asik nak menampar orang je keje.



8. Menggelupur

Ni lagi satu.
Menggelupur tak kira tempat.

Selalunya terjadi pada lelaki yang rasa dia cool, dia hensem, dia bergaya dan hot.
Asal masuk kelompok study group pompuan je kontrol gila babi barua punya kontrol. Nak pulak kalau girl yang dia selalu usha adasekali dalam grup tu. Wahh..muka maintain serius sebab kalau ko tak serius masa kat study group ko nampak tak bijak dan tak behave okkkkkk.

Tapi kau silap.

Pompuan adelah manusia bijak (adehh.. sexist pulak) wanita ada sixth sense, dia boleh tau laki tu hipokrit ke tak. So tolong jangan menampakkan kegelupuran kau nak kontrol diri konon macam kau concentrate sangat baca buku padahal dalam kepala kau tengah bayangkan apekah rasanya meramas tetek aku. Pliss la...

Pastu macam ex aku yang minat kat satu budak ni (bukan aku la, dia kan hottttttt).
Asal terserempak ngan budak pompuan ni mula la menggelupur tadi ko ye ye berdekah-dekah gelak ngan member tetiba je ko buat muka terpelajar.

Elok tengah bersembang ngan aku (masa ni belum kapel), bila budak pompuan tu join kitorang tetiba je ko jadik pendiam konon kau memang tak boleh masuk la ngan geng huhahuha macam aku ni.

Woi, boleh tak jangan gabra??
Jadik la diri sendiri.

Oh, lupa pulak. Diri kau tak best sebab tu la kau selalu pretend kan?