walk on wings, tread in air: Perkara yang laki aku suruh buat tapi aku tak suka tapi disebabkan aku mithali maka aku buat jugak : <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Perkara yang laki aku suruh buat tapi aku tak suka tapi disebabkan aku mithali maka aku buat jugak :
2009-08-26



1. Nak pegi mana kena sound dia.

Macam solehah sangat bunyiknya kalau aku kata everytime nak melangkah keluar rumah aku akan bagitau En Wan mana aku nak pegi walaupun takat pegi kedai mamak belakang ni. Macam tak kena lansung the word ‘solehah’ tu ngan aku kan, nak pulak masa mintak izin tu aku tengah pakai low cut neck baby T ngan micro-short skirt. Oh, sumpah orang tak caya aku innocent..muahahahhaha.

Contoh, semalam aku gi Giant nak pos surat. Pejabat Pos tu kalau kau langkah 7-8 tapak kaki je dah sampai Guardian. Hajat di hati tu nak beli hand sanitizer ngan make-up remover, so aku call En Wan tanya boleh tak aku masuk Guardian. Padahal aku dah terconggok depan pintu Guardian ni, tinggal nak langkah masuk je.

Bila dia kata ‘Takyah, tunggu abang balik. Gi sama-sama’, boleh aku pusing balik rumah.

Ni patuh ke bodoh namanya??

A friend of mine kata aku macam taat tak bertempat. Sebenarnya aku tak taat pun tapi takut kena lempang. But surprisingly, aku tak kisah lansung kena ikut arahan macam tu. Nak kata enjoy menjadi isteri mithali tu tidak la jugak, eh memang tak lansung..hahah. Tapi maybe sejak dari mula lagi aku di-train (read : diseksa naluri seorang wanita yang gemar berpeleseran tanpa batasan) untuk pi mana-mana kena bagitau, so lama-lama terbiasa. Apa kata korang cuba. Tengok jadi gila ke tak. Aku sebenarnya dah gila dah ni..saje je cover line.


2. Nak beli apa-apa kena bagitau dulu.

Ni pun satu hal lagi. Padahal aku memang dah ada kat kedai mamak ni beli roti. Sekali nampak magazine. Boleh ajelah kalau aku nak capai satu beli kan?

Tak okkkk.

Tetap aku kena call dulu En Wan tanya boleh beli ke tak. Kalau dia kata boleh, baru beli. Kalau tak, melopong je la depan mamak yang tengah kunyah sirih tu. Dulu selalu gak aku melopong, sikit je lagi sirih tu nak masuk mulut aku pulak. Tapi sejak En Wan dah cut expenses aku sehari seploh ringgit, mana aku nak korek beli magazine?? Kalau lemak perut aku ni leh jual lama dah aku korek.

So, kalau nak beli apa-apa tunggu la weekend time kuar dating tu boleh la aku tunjuk apa-apa yang aku nak, tu pun kena service baekkk punya the nite before. Series laki aku ni, kalau part jaga akaun memang superb la, habis semua benda yang tak perlu (dia la kata tak perlu) dia cantas. Seb baik la kau kawen ngan aku okkk, kalau kawen ngan orang lain, jawabnya lapan hari je la kau kawen. Konfem pastu bini kau lari.

Tapi, sebenarnya bagus gak En Wan kawal perbelanjaan aku. Sebab kalau dia tak kawal, mau aku gila babi spend sampai kena tangkap ngan polis hutang kad kredit juta-juta. Boleh aku bayangkan skang aku tengah ngadap dinding lokap sambil nyanyi lagu Dendang Perantau.


3. Makan kena habiskan.

Kalau kau bawak aku pi KFC konfem licin aku selesaikan.
Tapiiii kalau kau bawak aku pi makan tomyam, takkan la serai pun aku nak kunyah banggg??? Dah la tomyam zaman sekarang ni lagi banyak sampah dari daging.

Tapi En Wan sangat-sangat pentingkan benda-benda macam ni. Kalau boleh, makanan yang aku tak habis tu dia nak habiskan.

Aku memang mengalu-alukan dia makan leftover aku. Orang tua-tua kata, saper makan makanan lebihan kita, orang tu senang ikut cakap kita. Ni kira versi nasik kangkang yang tak berapa kejam la.

Tapiiiii, takde perubahan pun kat laki aku. Balik-balik akuuuu jugak yang ikut cakap dia. Series mithali aku ni.


4. Tengok berita.

Ko tak rasa macam kena penderaan batin ke bila kau kena paksa tengok berita??? Like apekejadah la wehhhh dah umur 32 nak kena paksa ngadap berita. Dah la newscaster tua-tua. Cuba la letak Kamal Adli ke, Farid Kamil, Fahrin Ahmad, kalau dah takde orang sangat letak la Roslan Shah pun aku konfem tengok.

Atas alasan, sebab aku malas baca sokabar so aku kena tengok berita.

Plisss la okk.

The only time aku tengok berita secara berterusan dan fokus was masa Form 5 time kecoh soalan lisan ada keluar pengetahuan am. Ha, masa tu memang toksah kata berita beb, Hari Ini Dalam Sejarah pun aku belasah. Series pengetahuan am aku memang limited. Melainkan cikgu tu nak tanya soalan tentang isu-isu am yang lain seperti apa nama glemer artis yang nama sebenar dia Zaimah binti Saimon (jawab kalau bijak lestari), ataupun siapa nama laki Suliza Salam, or kenapa Uji Rashid tak jadik kawen ngan DJ dave...insyallah aku score. Sebab aku cuma baca paper hari Ahad je, tu pun Pancaindera ngan BiPop. Mujur aku tak layan URTV ngan Mangga. Kalau tak, takde de aku buang masa blogging camni, konfem aku dah jadik Kak Pora skang.


5. Cuci bontot Redza lepas berak.

Dulu asal Redza berak je, bertolak-tolak aku ngan En Wan sampai boleh jadik gaduh. Kau tolak aku, aku tolak kau, saper take turn basuh taik dia. Sampai nak kering bontot anak aku tunggu mak bapak basuhkan. Kesian pulak.

Tapi sebab aku dah biasa basuhkan bontot Ibal masa kecik dulu, jadik aku mengalah la. Lagipun, si Redza ni dah siap kencing berak lam perut aku dulu, so apa ada hal kan. Disebabkan aku tukang basuh taik, jadi aku tugaskan En Wan tukang bangun malam buat susu and salinkan pampers. Ohhhh, mesti berkira okkk. Beromen sama-sama, apa ingat aku sorang je kena jaga anak?

But En Wan is very superb at bangun malam. Itu aku respek. Rezda bunyik 'ngek' sikit je, dia dah tersedar. Aku jangan harap la. En Wan ramas tetek aku beria-ia pun aku leh berdengkur tak sedar.







Sebenarnya banyak lagi. Tapi takyah la aku tunjukkan ke-derhakaan-an kat suami aku to public kan..hehe.

posted by aveo757 @ 10:35 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER