2009-06-04

Smitten.....pada kereta itu



Hari ni aku kembali normal dan tersusun lagi teratur dari pagi sampai saat ini.
Tak tau la kot kejap lagi aku tertonggeng lagi.
Dok kat kerusi yang sama ni.

Pagi tadi kepala macam pening sket sebab aku tak tuam benjol semalam. Benjol sekali-sekala apa salahnya kan, nampak ganas sket. Kata brutalll.

Tengahari, lunch date ngan B. (B adelah bukan nama sebenar. Identiti adelah rahsia kerana dia agak dikenali di persada blogging Tanah Melayu)

Memang musnah diet aku hari ni.
Dah 3 minggu aku tak makan siang sebab nak kecikkan compartment.
Skang ni aku tengah dalam mode jakun dan membangga diri sebab suar jean saiz 24 aku beli kat HK tu aku dah boleh bukak without tanggalkan butang and zip.

Pehhhh, hari-hari aku landing bogel atas katil semata-mata nak puji diri sendiri perut dah kempis.

Sila jeles.

Seb baik akal aku waras.
Kalau aku mental lama dah aku letak gamba aku landing atas katil kat sini.
Makan ati la korangggg.
Wakakakaka...gila bongkak punya ayat.
Abaikan je la ye.
Pompuan gemuk kalau badan dah kurus sikit je memang macam ni.

Bila kita sudah berniat untuk lunch, maka kepala otak aku ni pun mula la bercadang nak makan yang merepek-repek, berlemak tu jangan cakap la. Makanan sedap semuanya berlemak. Tapi pedulik apa aku. Bukan selalu makan siang. So kitorang pilih Chicken Rice Shop.

Hehehe.

Cara cakap tadi bergedar-degar macam nak makan kat Mandarin Oriental je kan?
Tu la namanya 'intro mesti mau best'.
Sebab tu cikgu BM aku sayang kat aku.
Aku kalau buat karangan intro mesti yang macam best jenis taknak kalah.
Tapi isi cam jinjang.


Tu makanan dia.



Aku makan ni je.
Tapi kandungan lemaknya adelah 2.5 kali ganda dari nasik ayam dia makan tadi. Tu pun aku leh masuk ompek bijik je, pastu dia makan aku punya, aku belasah bean sprout dia. Dah melantak empat bijik baru menyesal, dan-dan nak jadi vegetarian pastu.


But part yang paling best bila dia bagi kunci kereta dia untuk aku test drive Honda Jazz baru.
Wohooooooooooooo. Terserlah kekerekkan aku bawak Jazz, biasa la kan, orang kalau bawak keta pinjam memang over sket. Dapat la aku lenjan keta ni tawaf satu Giant. Jadik la.



Tang ni aku konfius.
Ko nak snap kaki aku sebab nak buktikan kaki ko lagi putih or ko nak snap sebab nak tunjuk aku bawak keta tak pakai kasut?

Kalau tengok betul-betul gamba ni memang nampak yang aku tak pakai kasut masa driving.
Series aku tak pandai nak tekan gear dengan kaki beralas walaupun stokin. Kang orang bawak keta atas jalan, aku bawak atas divider.