2009-05-18

Maka dengan ini saya berikrar akan terus blogging sebab suami saya amat merestui aktiviti senggang saya ini.

Alhamdulillah, 24 April lepas aku advertised rumah kat blog, and today this house has been sold.

Tapi aku dok sini lagi sampai semua document settle.
Lagipun rumah baru tengah renovate, tu pun contractor kata makan dua bulan gak nak siap.
Tak kisah la, janji ko tak lari and aku nak masuk rumah baru before puasa.
Kalau rumah aku tak siap-siap gak, mungkin aku akan sambut raya korban awal sikit tahun ni.

And to the buyer, THANK YOU SO MUCH.
Hopefully transaction semua clear and we both sama-sama raya kat rumah baru, ok?

To those yang hantar email tanya pasal rumah, thank you for your interest.
Bukan taknak reply tapi masa tu this buyer dah booked the house so aku pun stop semua promo.

See??
Blogging adelah medium terbaik untuk berbisnes.
Bukan setakat jual brooch, baju, beg malah boleh juga nak jual rumah.

Bak kata En Wan 'Berapa tahun awak dah blogging, baru hari ni abang rasa blogging tu bagus'.

Tu ntah-ntah sibuk nak blogging gak.
Kena monitor laki aku nih.
Silap-silap sok tetiba je dia advertise jual keta aku.

Blogging juga sesuai untuk menjual barang-barang terpakai ataupun barang yang tersilap beli seperti beli kasut Ninewest secara online jauh-jauh kat US pastu tak muat kat kaki (sambil memandang Cheq).

Juga sangat sesuai mencari kawan-kawan baru. Ni siapa la yang hantar kad kawen kat aku nama NORHAYANI BINTI HAMID dengan pasangannya FAZLI BIN SEMAN.
[Hanie] ke?
Insyallah ye Hanie, kalau kat Shah Alam tu sampai la kot..:)
Akak ni segan nak mengenalkan diri, tapi kalau ko tengah bersanding tetiba dengar suara pompuan terpekik panggil nama Redza tu maka tu petanda akak datang majlis ko ye.

Okeh, kasik aku lepak dulu.
Aku ni buat-buat cam larat je padahal tak larat okkk.
Period pain ni.
Otak pun dah jammed walaupun aku ada banyak presentation slide tak siap nak present kat Singapore Ahad ni. Proposal untuk meeting esok pun baru siap empat perkataan je.

Kalau tak siap jugak malam ni, mungkin aku hanya akan berstriptease ajelah depan customer esok.