2009-05-14

Tidak bernas idea itu sebenarnya.

Barulah En Wan sedar bahawa dengan membawa aku berjumpa kekasih hati di Hong Kong adelah tindakan yang tidak bijak.

Sangat-sangat tidak bijak.

Walaupun aku suka dengan ketidakbijaksanaan dia itu.

Alangkan tak gi 'jumpa' Leslie pun aku angau macam nak mati kat sini everytime tertengok movie dia or terdengar lagu dia. Tu baru TER belum SENGAJA dengar lagu dia, pun aku dah termenung setengah hari.

Inikan pi bawak aku mengadap Leslie siap berpeluk bagai.

Aku sudah kronik.





Inilah kerja saya hari-hari.
Dah tak reti tengok cerita lain.
Kereta pun dah takde lagu lain selain mp3 kekasih hati.

Tolong la azankan telinga aku sikit.