walk on wings, tread in air: Attention Cheq and Rozie!! Aku jumpa En Zek kat YouTube <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Attention Cheq and Rozie!! Aku jumpa En Zek kat YouTube
2009-03-21

Ni namanya takde keje.

Aku dengan En Wan dah jadik hantu movie sejak sekian lama. Tapi lately ni makin menjadi-jadi. Tak pernah laki aku tak layan Diari AF, musim kali ni, toksah kata Diari AF, Konsert Mingguan AF pun lom tengok lagi. Ni semua sebab every nite kitorang layan DVD. Sampai apek DVD tu heran apesal aku asik mintak movie yang merepek-repek yang dia lom dengar.

Tapi apek ni punya DVD best okkk, gamba cun gila babi even cerita tu tak tayang lagi kat Mesia. Mana dia cilok aku malas nak tanya. Yang aku tau 7 DVD = RM48.

Murah kan?

Rachel Getting Married saper dah tengok??

BOHSANNNNN.
Tu je komen aku.

Semalam layan Race to Witch Mountain kat Bukit Tinggi.
Not bad, full dengan action.
Dok couple seat tapi terselit si kenit kat tengah-tengah.
Seb baik cerita tu ada robot, UFO semua, kalau tak konfem aku dalam tu 20 minit je, mesti Redza mengamuk nak balik.

Tapi bapak dia pandai.
Rasuah dulu sebelum masuk cinema.
Main game.

Tapi aku rasa yang merasuah tu yang lelebih main.

Tapi silap pilih seat pulak semalam.
Selama ni kalau duduk tak kisah la apa bentuk seat pun, kitorang akan pilih at least row ke 4 dari belakang and duduk kat centre.

Semalam kitorang pi dok kat tepi pastu kat area couple seat, row kedua dari belakang pulak tu.
Belangkas kat belakang aku ni aku rasa kalau ko tanya review filem tu konfem menyeringai tak reti jawab.

Sepanjang-panjang dalam tu dari mula cerita start sampai habis, dia dok bersok sek sok sek borak cerita pasal mak awak, mak saya, abang saya, kakak awak, semua suku sakat famili tujuh keturunan dia cerita.

Ni aku bajet sessi berkenalan dan tukar-tukar biodata la ni.
Before movie start, budak pompuan tu gayut kat telifon.

Laki tu tanya ‘Sape?’

‘Mak saya la’

‘Mak tanya ye awak keluar dengan siapa?’

‘Ha’ah’

‘Abis awak jawab apa?’

‘Saya tak cakap’

‘Kenapa tak cakap?’

‘Dia boleh agak saya kuar dengan awak’

‘Eh, mak awak dah kenal saya ke? Dia cakap apa-apa tak pasal saya? Ohhh, mak awak dah tau pasal kita yeeeeee’.

Pastu geletek-geletek budak pompuan tu.

Pantekkk.
Rasa cam tekak aku tercekik tongkeng ayam je dengar dua-dua ni berborak.
Walaupun aku tau dulu aku pun macam ni jugak.
Muahahahha.

Tetiba je laki aku ‘Mesti awak ngan **** dulu camni kan? Masuk cinema tapi tak tengok cerita.’

Hek elehhhh, apa lak aku kena ni.
Ko tu cuma takde peluang je nak tengok movie ngan aku before kawen, kalau tak ko pun sama cam jantan kat blakang ni ambik peluang nak geletek tetek aku kannn???


Pagi tadi awal-awal pagi dah sampai KL.
Dah lama gila kitorang tak merayap KL.
Sekali masuk KL lepak Time Square, tempat yang aku jarang gila pegi.
Masuk Sungai Wang segala.
Dah masuk pun still tak tau nak carik apa.
Last-last En Wan jugak yang mendahului carta bershopping, sudah rembat satu watch.

Dah la park kat Time Square pastu merayap masuk Sungai Wang, BB Plaza, LowYatt, sampai ke Pavillion…JALAN KAKI!!!

Mujur la aku ni pakai sandal je.

Dia bawak aku jalan kat tepi restoran-restoran and stall-stall cha ya nun alif ni dengan alasan nak kasik aku prektis dengan bau-bau masakan chinese stall so aku tak buat perangai kat HK nanti. And nak kasik aku exercise jalan kaki, sebab walaupun dapat pass MRT, kat HK dia tetap nak suruh aku berjalan.

Pastu dari Pavillion nak patah balik Time Square dah penat, alih-alih dia ajak naik monorail. Tau pulak penatttttt.

Tapi aku pun penat jugak.
So aku malas nak bertekak kat tengah-tengah jalan panas-panas buta ni, aku ikut je la.
And baru aku teringat aku lom pernah naik monorail lagi.

Jumpa pulak pakcik Jepun lam tu. Tetiba je aku jadik tak laku kejap.
Tapi memang horror la naik monorail tadi.
Entah nasib tak baik ada satu grup beruk dari mana punya bukit ntah, tak sure dari negara mana tapi foreigner. Macamkan tak penah naik train.

Bertolak-tolak dalam tu.
Padahal aku ada kat tepi ni tengah pegang tiang, dia boleh tolak aku ke tepi sebab nak pegang tiang tu jugak.
Memang sebijik cam lembu nak kena sembelih, dia punya gelupur tak hengat.
Tau la train nak bergerak, semua takut jatuh.
Tapi boleh tak ko bersopan sikit kot ye pun nak pegang tiang, yang ko mesti nak tolak aku tu apekejadah nya bangkaiiiiiiiiiiiiii???

Sampai kat stesen Imbi, ‘Sebab tu la abang nak Di belaja bawak kereta dulu, abang taknak Di kena tolak-tolak macam ni’

Sayang rupanya kat aku.
Kalau sayang, jom masuk McD.

Balik from KL singgah Summit beli Marley and Me, Bride Wars and Role Models.
Kalau nak tengok cerita-cerita macam ni memang kena beli DVD la jawabnya.
Takde de ko nak tengok laki aku masuk panggung nak layan cerita simple-simple camni.
Kalau nak ajak dia masuk cinema, movie tu haruslah yang sound efek dia sampai telinga ko berdengung. Kalau tetiba dia nak masuk cinema layan cerita cam Bride Wars, 7 Pounds ni semua mungkin kerana dia enjoy dengan performance aku the nite before.
Wahhh, puji diri sendiri.

Sekarang, En Wan tengah tido.
Dia ajak aku sekali.
Sorry la bang ye, aku tau sangat la modus operandi ko kalau tengah boring-boring takde keje nak buat ni.

Sorry, saya sedang period.

So, aku tengah layan YouTube.
Layan sekali dua, Ali Setan ngan Mekanik.

Bertahun aku tengok Ali Setan baru hari ni aku perasan budak ni lecturer aku kat UNIMAS dulu!

Cheq, Rozie, cuba ko perati laki ni, kenal tak saper??



ENCIK ZEK okkkkkkkk.
ENCIK ZEK!!!

Aku konfem ini Encik Zek sebab dia kan dulu ambik course teater, and from USM.
Cerita ni filming kat USM lak tu, maka sohih lah.

Terbayang-bayang aku kena sound ngan dia sebab acting aku dalam cerita ‘Bagaimana babi hilang ekornya’ nan ado.

Ni semua si **** punya pasal la.
Dia berbulu aku dah bertunang ngan En Wan, bila aku panggil datang latihan drama, dia tak datang. Last-last drama aku macam babi jugak hasilnya.
posted by aveo757 @ 6:46 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER