walk on wings, tread in air: Hero zaman dulu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hero zaman dulu
2009-03-24

Karakter : TOOKOO

“Aku skolah sampai darjah nam tauuuu, hmmmm“


Aku pernah terserempak dengan arwah Sudirman ni sekali, masa tunggu time nak depart to Fukuoka kecik-kecik dulu. Masa tu Sudirman dengan signature dia – pakai trench coat kaler hitam, spek itam ngan hat itam. Tapi saper la on earth tak kenal Sudirman? Leslie Cheung aku tu pun kenal Sudirman okkkkkk. Memandangkan dulu jarang nau dapat jumpa artis, sekali nampak artis jakun dia memang tak dapat disangkal lagi. Suara paling kuat menjerit haruslah adik laki aku, Ibal.

‘Suliman!! Suliman!!!’

Sedap anak tekak ko terpekik panggil Sudirman, macamkan sedara-mara ko je.

Tapi Sudirman sporting, dia toleh sambil angkat hat dia.
Wahhhhh, time tu tetiba je aku jatuh chenta kat Sudirman.
Tinggi pun lebih kurang je, kira jadik lah.

Dia ni takde la kategori hensem, tapi attractive.

Tiap kali aku tengok cerita KAMI ni mesti aku nangis.
Aku pun tak tau pesal.
Maybe sebab teringat zaman-zaman kecik dulu, time susah dulu, nak beli kaset pun usha kat pasar malam punya.

Tapi heran ek, dulu kalau ko beli kaset kat pasar malam takde hal pun, takde saper nak kondem ko beli barang pasar malam. Kalau sekarang tolongggggg sket, orang sekarang punya telepati jangan memain. Ko berdiri sebatu dari dia pun dia leh tau spek itam ko beli kat Focus Point or pasar malam seksyen 13.

Tapi beli DVD kat pasar malam boleh pulakkkkkk.



Karakter : ZACK.

"Cik Azura, sudikah Cik Azura berkawan dengan saya?“

Muntah kejap.

Ini kalau ada jugak yang tak kenal, aku hempokkkkk.

Tak ramai lelaki Mesia yang dah tua pun hensem lagi. Ni, antara lelaki yang aku kagum hensem dia kekal sampai sekarang walaupun aku rasa rambut dia skang rambut sampel.

Kalau dah nama orang tu hensem, tak kisah la ko kuar masuk Pusat Serenti pun. Boleh aje.
Si Salem tu takde pulak aku nak minat.

Tapi now Jamal dah berubah kan?
Alhamdulillah.

Aku rasa cerita AZURA cerita paling best Jamal.
Walaupun aku benci motor scrambler, tapi kalau Jamal yang bawak, aku ok je.

Bagi aku scrambler ni bukan semorang boleh bawak. Orang yang tinggi-tinggi je.
Orang cam Jamal, Rafi Hussin, Faizal Hussin, Faizal Tahir, tu sedap la kalau bawak.
Kalau kaki ko pendek toksah berangan nak bawak motor ni okkk, banyak-banyak buat solat taubat sket.

Actually lagu Jamal tak banyak yang aku suka, walaupun suara dia sedap.
Walaupun aku tak suka, ko bagi je la lagu Jamal kat aku, konfem aku leh habiskan.



Karakter : Azroy

Dialog paling tak bleh blah was dialog si Kuzi "ENTAHHHH, KATANYA DIA AKAN DATANG KE DEWAN PEPERIKSAAN’.

Cakap sekuat-kuat ada, padahal ko tengah dalam dewan periksa ni.

Bangang.

Cerita ni yang buata ku gelak simpati sebab dialog dia bahasa malaysia rapi.
Ko tak jumpa la bahasa-bahasa pasar kat lam cerita ni.
Gurau-gurau ngan member kat McD pun tatabahasa, nahu, semua nak kena jaga.
Memang masih bersopan laki zaman dulu.
Kira tak sesal la kalau ko kawen ngan laki tahun 80-an.

Tapi 80’s masih the best aku rasa.
Life penuh dengan kaler-kaler.
Pakai baju pun kena kaler yang terang-terang.
Sponge kat bahu tu selebar-lebar yang ada. Dah nampak macam pemain rugby. Tinggal ko tak sarung helmet dia je lagi.

Pastu skirt dulu-dulu mana ada singkat-singkat ni, semua pakai skirt labuh kembang paras betis.
Rambut trend kerinting kasar, jangan ikat rambut, biar kasik kembang. Fringe sampai bulu kening.

Oh rimasssssssssssssssssss aku.
Rasa cam nak tarik rambut dia sengkak sampai ke belakang.
Apa tak juling ke bijik mata ko rambut jatuh-jatuh kat depan mata?

Itu yang pompannya.
Yang jantannya seluar tu kalau boleh biar saiz XSS.
Seketat-ketat yang ada nak carik seluar.
Sampaikan kalau boleh telor tu nak termasuk celah bontot punya la takde space nak parking. Tak sampai hati aku tengok telor ko terkepit tak bernafas macam tu.

Tapi, I’m glad, Faizal Hussein masih aktif sampai skang.
Tak kisah la dah kawen dah ada anak pun.
Bukan aku nak kat ko pun kalau ko bujang.



Karakter : ................ (takde yang aku ingat, sebab dia tak penah jadik hero sorang-sorang. Kalau jadi hero pun ngan Isma Alif ngan Shah Reza)

Ni saper yang kata geli tengok dia pakai singlet??
Aku tak geli punnnnnnnnnnnnn.

Janji dada dia takde bulu.

Walaupun aku geli jugak sebab dia suka nau pakai jumpers.
Pantang betul aku tengok laki pakai baju camni.
Memang tertutup nafsu syahwat aku kalau En Wan pakai macam ni.
Sehensem mana pun laki tu kalau dia pakai baju ni terus aku macam kenselllllllllllllll.
Tolong la Dr Muz, jangan la ko pakai macam ni.

Tapi aku suka Ebby Saiful sebab suara dia best. Suara dia kategori MERDU.
Takde dah ko nak dapat suara merdu macam ni zaman skang, ada?? Ada??
Takdeeeeeeeeeeeeee.

Suara Anuar Zain merdu ikut lagu gak.
Ada lagu tak merdu lansung, dah macam penyanyi soprano je aku dengar.
Tapi kalau Anuar Zain kata lagu Lelaki Ini tu untuk aku, memang tak disangkal lagi, suara dia la yang paling merdu dalam dunia.



Karakter : Ali


Aku suka time dia panggil "As! Asmidar! Asmidar!"

Masa kecik-kecik tiap kali tengok Ali Setan, aku mesti berangan nak ada boifren macam Ali ni.

Standard la kan, pompuan kalau tak cun, bab berangan nak yang best-best je.
Nak laki hensem, bijak, kaya, kelakar, nakal, tapi beriman.
Dia mesti letakkan syarat kat level paling tinggi so that kalau tak jumpa lagi laki macam tu dia akan cakap 'I belum jumpa my Mr Right’.
Padahal takde laki nak kat ko pun.

Muahhhahha.
Keji gila aku hari ni.

But I’m talking about myself here.

Dulu aku macam tu la.
Tu pasal aku berangan nak kawen ngan Leslie.
Sebab aku tau takkan dapat punya.

Tapi sukati aku la nak berangan kawen ngan Leslie kan, aku berangan kawen ngan boifren ko kanggggg.

Orang dulu nama ALI je.
Tapi penuh dengan gaya.

Sekarang nama mantap, kat student list Azrul Affendi Orland0 Mustaza.
Gelupur kakak-kakak senior nak buat adik angkat.
Sekali datang rambut sikat kat tepi, spek empat segi jenis lense tebal tu, butang baju sampai ke tengkuk, kemeja longsleeve butang sampai kat wrist, bawak beg Garfield.

Hambik kau.

Tapi kira ok la kan, balance.
Nama tak best, tapi muka best.
Nama best, muka cam haram.

Sebab tu la agaknya nama aku best.



Ni dia hero paling paling best!!!!!!!!
Dah mati pun tetap the best lagi.

Series la, aku memang chenta mati punya ngan dia ni.
Sampai skang aku minat lagi dia ni.
Kenapa la Ya Allah, ada manusia hensem macam ni.

First movie dia aku tengok 'For Your Heart Only'.
Terussss aku say 'I Do' sorang-sorang depan TV.

Sampai satu tahap aku tengah gila punya angau kat Leslie, aku sangggup bayar extra kat kawan aku semata-mata nak dapatkan poster Leslie padahal poster tu ko dapat free beli bra Triumph betul tak ARIFAH???

Hampassss.

Kumpul duit belanja skolah okkk.
Dah la Form 3 pun duit belanja aku 50sen lagi.
Punya la ikat perut nak beli poster Leslie.

Pastu aku tampal poster tu lam almari.
Kalau aku study atas katil aku bukak pintu almari aku so that aku leh nampak muka Leslie.
Kalau dulu lepas mandi je aku bogel lam bilik.
Sejak ada poster Leslie tu aku jadik sopan sket, tetiba je nak tutup aurat.
Tengah berkemban tetiba towel jatuh, 'Opss, sorry'
Tetiba je aku nak say sorry kat Leslie.

Tahap kronik punya chenta, aku start beli kaset Leslie pulak.
Padahal aku tak paham pun.
Tapi kalau dah minat tu kan, beli jugak.
Pastu tekan play, pause, play, pause.
Nak tulis lirik punya pasal.
Ntah hapa yang aku tulis janji bunyik dia lebih kurang, boleh nyanyi sama-sama.
Kalau orang Cina dengar apa benda la pompuan ni sebut, silap-silap kena penampar.

Sampai satu level yang Mak Aji tak bleh tahan, sikit-sikit pasang lagu Cina, sikit-sikit aku tengok Jade Solid Gold sampai ponteng tuition, terus dia masuk bilik aku koyakkan poster Leslie.

Menangis okkkkkkk.
Aku rasa macam nak kuar dari rumah nak kawen lari.
Gila saiko jugak aku ni dulu.
Tetiba je ada plan nak kawen lari, saper ntah nak kawen ngan aku.

Dulu aku berangan nak masuk Universiti of Hong Kong.
Tu kira last resort nak jumpa Leslie la tu.
Tapi last-last Leslie aku ke mana, leh terjebak lak ngan Roti Paung Tganu.

Roti Paung pun roti paung laaaa.
Roti Paung ni jugak la yang rupanya plan sekian lama nak bawak aku jumpa Leslie.

I love you Roti Paung!
posted by aveo757 @ 11:06 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER