2008-09-24

Soklan menduga tahap ketidakbutaan terhadap IT


To all my partner in crime,

Harap boleh la menolong aku yang buta IT ni.

1. Apesal kan, aku nyer status Local Area Connection still 'unplugged' walaupun aku dah memplugkan cable, tapi bila check hardware semua ok? (ni aku tak tau la, orang kedai yang bagitau hardware ok). Tapi aku noticed light kat cable LAN blakang laptop aku ni tak blinking.

2. Saper ada link untuk virus scan FREE.

3. Macamana nak format PC weh? Kalau aku format aku nyer CD&DVD Burner sofware ni hilang tak? Bendalah ni memang dah ada masa aku beli laptop so aku taktau mana CDnya kalau nak re-install.

Segala jawapan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jawapan yang membantu bakal menerima sekeping gambar bogel kami anak beranak berserta sebalang kuih batang buruk untuk dimakan semasa menonton SUMOLAH pada hari raya pertama nanti.

Jawapan al-cilaka bakal menerima...buat la, tau la nasib ko.

p/s : ejey.m, aku tak save chat kita hari tu so aku lupa mana nak download virus scan. Semua yang aku tengok lam internet berbayar. Aku mana ada duit dolar-dolar sehh.