2008-08-29

Tagged


Aku kena tagged dek emellia.

Apa yang anda buat 5 tahun yang lepas.
 

1. Masa tu aku umur sweet 26 blom ada anak, blom plan nak ada anak pun, anak masih dalam keadaan air kencing lagi. Berat masih 42kg.
Ohh 42 sialllll, 42!! skang toksah nak jadik 42kilo, nak turun 42 gram pun ambik masa 3 hari.
Taik la.

2. Menyewa Kat Fairville Apartment kat USJ yang konon cam ekslusif tapi hampeh semata-mata. Takde swimming pool, gym haram, toksah kata kedai runcit, ko-op pun takde. Parking pun boleh untuk satu keta je. Tapi eksyen, nak masuk kena tinggalkan IC. Pak guard kehulu-hilir tapi keta boleh kena curik gak. Apa yang dia jaga pun aku tak tau.

3. Still pakai kancil. Kaler silver. Hadiah dari mak aji sempena first degree. En Wan lak masih ngan Honda Prelude yang dengan bangganya parking kat dalam. Tapi nak gi pasar malam keta aku, pasar tani keta aku, balik Bangi pun keta aku, gi shopping pun keta aku dengan alasan keta dia lowered gila babi nak masuk basement takut tersagat. Padahal sayang duit minyak, keta aku CC rendah, tekan pedal sampai tembus ke luar pun takde hal. Kalau keta dia, sekali tekan minyak doploh hinggit keluar.

4. Masa ni dah beli rumah tapi blom start bayar lagi, baru naik 2 tiang. Masa Sime UEP launch, kitorang laki bini pakai TShirt buruk ngan suar pendek je datang. Standard la hujung minggu balik dari bfast kat mamak. Sorang sales pun tak layan. Kitorang pun buat hal sendiri gi tengok-tengok pelan rumah, rumah contoh, ambik pamphlet. Tetiba En Wan ajak beli rumah.

'You mesti ada 10 ribu untuk booking dulu, lagi 10 ribu bayar next week'.

Cam bagus je cakap macam sengkek sangat la aku ni.
After 1 hour En Wan datang balik bawak booking money.
Wahh, masa ni lah ko nak tanya aku nak minum apa bagai. Ko dah tau keje ko tu based on komisyen jangan la pilih bulu, layan je la mana-mana customer.

5. Ayah En Wan meninggal. First time aku tengok En Wan jadik lembik selembik-lembiknya sampai aku kena papah. Aku tak suka tengok keadaan dia macam tu lagi. Termenung, fragile, senang menangis, malam-malam bangun sebut nama ayah dia. Aku ingat lagi En Wan termenung atas katil. Bila aku tanya kenapa, dia terus landing atas riba aku and nangis rindu ayah dia. Malam-malam aku kena tepuk dia bagi lena and peluk kuat-kuat supaya dia tak meracau. Betul kata mak aku, lelaki ni macamana dia macho sekali pun dia tetap ada sifat manja yang dalam keadaan-keadaan tertentu je kita boleh nampak.

Skang toksah kata nak peluk, pantang tersentuh sikit jawabnya panjang la adegan seterusnya.


5 perkara yang anda buat hari ni.

1. Pergi keje, buat keje dengan bersungguh-sungguh. Hari ni semangat rajin aku sampai. Buat keje sambil layan iPOD lagu rock kangkang.

2. Kol 2pm aku balik rumah sebab badan rasa demam. Makan ubat demam tapi tak tido. Sambung buat keje sambil chatting.

3. Dinner sorang-sorang sebab En Wan ada dinner dengan supplier. Makan nasik ngan ayam goreng ngan sambal belacan. Kalau En Wan takde memang aku takde mood nak makan. Main tolak-tolak nasik ngan air je.

4. Elok je lepas makan nasik aku belasah maggi tomyam semata-mata nak hirup kuah je. MSG pun MSG la.

5. Now tengah chat ngan Ah Beng and Yuzz (bukan ko ye Yuzz, ni cikgu Yuzz hensem punya)sambil update blog sambil wat report ngan muka penuh ngan mask.


5 makanan yang anda suka

1. Nasik ayam
2. Nasik putih + ikan bilis goreng
3. Bawang goreng
4. Teh ais / Teh O ais
5. KFC original snack plate ngan pepsi float


Apa yang anda buat kalu anda jadi jutawan

Aku dari kecik dah memang jutawan. Duit ni semua nuthing. Small matter. *blow nails*


5 keje yang anda penah keje

1. Data entry clerk kat UKM masa sem break year 1995.
Tak best sebab bos aku tu kawan baik mak aku. Pastu mak aji kejap-kejap datang opis spot check aku buat keje betul ke tak. Rimasss.

2. Cikgu tuition English and Maths.
Anak murid haruslah lelaki saje. Cute adelah bonus. Cikgu pun nak kena cuci mata.

3. Research Assistant kat MOSTI
Jadik tukang fotostat, tukang susun folder, tukang susun-susun kertas ngan pen masa meeting. Tapi best boleh lunch lama-lama dan boleh tido lam surau.

4. Medical Underwriter kat Prudential.
Macam ambik pHD je keje ni. Siap beli kamus Medical buat reference. Pening aku nak kena hafal beratus jenis penyakit. Ada satu kali tu kena check insurance proposal Ning Baizura. Semua ok, aku dah nak approve dah pastu bos kata "NO. You kena mintak dia jawab HIV questionnaires".

"Pehal lak??"

"Sebab dia artis".

Hek eleh.


5. Practical training kat SIRIM.
Practical 2 bulan jadik sebulan sebab lagi sebulan aku dikangkangkan oleh dokter sebab kaki aku patah catwalk sangat time turun bukit. Bersimen sebulan. Padahal tak ok betul lagi tapi aku suruh dokter tu bukak gak simen aku. Segan okkk semua pandang nanti.

Biasa la pompuan kalau tak cun tapi perasan cun dia memang selalu rasa semorang pandang-pandang dia.

............................................................................................................................

Tiba-tiba aku teringat Apeng, roommate aku masa kat U.



Drama 40 saat aku and Cikgu Apeng masa wedding Enonz.

Peng, kalau kau terbaca blog aku ni soalan aku satu je.
Ingat tak kau, aku ngan En Wan tido jemaah???
Apa yang terjadik??
Ngahahahaha.