2008-09-01

Another celebration


Sabtu sampai tadi aku ada kat Bangi, baru sat sat ni sampai umah.
Ima pun balik, Ibal dah tentu-tentu ada kat Bangi.

So kitorang plan buat birthday party (party yang mak sedara aku je dijemput) sempena birthday Redza 3 September ni and also Mak Aji 27 August lepas.

Opsss, to Bulat, happy birthday sayang, aku saje taknak wish ko kol 1 pagi kang ko kata aku masih tak dapat melupakan cinta kita yang hanyut di lautan sepi (feeling-feeling Ramlah Ram jap). Lagipun aku dah wish kat Frenster. Kira jadik la tu.

Macam biasa, aku tukang sponsor kek sebab kek kena ikut selera tekak aku. Nasib la kalau ko tak makan cheese kek.
Pastu aku sponsor barang nak buat Mi Sata (Singapore mali) tapi Mak Aji kena masakkan. Takkan nak tengok je kot Mak Ajiiiii. Kena la kerjasama.
Ima siang-siang dah volunter tukang beli satey.
Ibal macam biasa, tukang sorak. Masa ko blom sampai lagi, takpe. Aku kasik chan.
Nak memeriahkan suasana, ajak bala tentera mak sedara aku.

Macam selalu, Redza akan buat hal time nak potong kek. Dia wakilkan mak dia. Jadi secara tak lansung party Sabtu lepas sekali harung dengan birtday aku. Baru aku teringat birthday aku tahun ni lom ada kek lagi.

Mak Aji membebel sebab aku tak plan birthday cucu dia betul-betul. Takde party pack, takde ballons, takde kengkawan datang.
Ntah pa pe Mak Aji.
Padahal aku dulu kek pun kengkadang missed, nama nak buat party lagi la haram.
Kalau cucu dia sikit takleh ada cacat. Semua kena tip top.

Petang tu dia heret Pak Aji gi carik ballons and party pack sampai 12 pack yang aku tak tau dia nak bagi kat siapa. Takpe, layan kan je. Bukan duit aku.
Pastu dia bawak Redza pilih sendiri hadiah.
Aku ingatkan Redza beli amende la.
Sampai rumah dengan bangganya tunjuk crayon 12 batang kat aku.

Mak Aji cakap semua benda dia kata dah ada, last-last beli crayon je.
Jangan harap la aku nak beli crayon ni semua, tak pasal raya ni tukar cat baru satu rumah.

Malam tu lepas semua dah balik, aku, Ima and Ibal layan satey second round sambil tengok Batman yang sampai ke sudah aku tak paham. Pe benda cerita Batman ni??? Baik aku layan Maria Mariono Bros.

Ahad, takde benda sangat kecuali En Wan tunjukkan bukti cinta kat aku dengan Big Apple sampai 18 bijik. Alien aku je dia beli sampai 6.

Cinta betul abang kat Di kan?

Tau tak yang berat aku dah 47 kilo??
Apa kau nak mampos saje carik pasal dengan membagi surprise donut ber-yeast sama coklat-coklat ni semua kat aku??

Tapi dalam pada taknak tu, 3 bijik jugak aku sapu.

11pm.
Skang aku baru lepas buat weekly report yang 3 kali submit je lagi pastu goodbye!!!

Tetiba aku rasa sikit pun aku tak stress buat keje.
Maybe sebab kepala aku dah set aku tak lama kat sini, hujung bulan ni last, so aku buat keje dengan tenang dan gumbira.

Dah la.
Benci pulak aku menaip malam ni.
Entry yang cukup tak bermaya dari aku.
Penat puasa tak hilang lagi.
Dan juga menahan diri dan tangan dari menaip carutan-carutan yang sebenarnya memang aku nak taip sangat ni. Takpela, sesapa yang semalam hantar offline YM berbentuk cacian, aku nasihatkan, TRY HARDER NEXT TIME. Aku betul-betul takde mood nak maki orang. Kalau ada masa, aku memang mengalu-alukan korang hantar hatred mesej lagi.

Ok, nak kuarkan semua baju kurung kasik bibik gosok.
Dan simpan semua skirt2 ngan kemeja untuk sebulan.

p/s : Gambar party ada, tapi aku malas nak geledah laci spender laki aku nak carik kamera.