walk on wings, tread in air: Me masa kecik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Me masa kecik
2008-08-28

Masa aku kecik, takde de life aku macam Redza, apa nak semua dapat. Maybe sebab masa kecik aku jarang dapat apa yang aku nak kecuali penampar mak aji, so that aku bersumpah dalam masjid, kalau dah besar sok, dah keje, dah berjaya kawen ngan laki hensem tapi tak kaya (apa kaitan ntah), apa anak aku nak, aku akan usaha bagi.

Dulu, bapak aku cikgu je.
Dulu apa sangat la tittle cikgu ni kan.
Pulak tu aku dok Bandar Baru Bangi yang ada UKM and UPM nearby. Sah-sah la ramai Prof2, dokter2, pensyarah2 dok situ.
Mak aku lak kerani je.
Tapi aku tak tau pun kerani tu apa.
Keje besar la kot sebab hari-hari mak aku gi keje ada orang ambik. Dok seat belakang lak tu. Balik keje orang tu hantar sampai depan umah.
Kerani tu bos kot.

Bila kawan sekelas tanya 'Mak awak keje apa?'
Aku tak jawab. Aku tanya orang tu balik 'Awak cakap dulu. Mak awak keje apa?'

'Mak kita pensyarah'.

'Ohhh, pensyarah. (padahal tak tau pun apa benda). Mak kita kerani wakkkkkkk'

Budak tu pun taknak kalah ngan aku. Dia pun wat-wat macam tau 'Oh ye ke? Terer ek mak awak?'

Mak aku cakap masa memula kawen dulu, bapak aku mengajar kat Tampin, kampung mak aku. Kebetulan kot. Masa tu mak aku dah keje kat UKM. So, memasing dok asing. Disebabkan kat kampung ada nenek, so nenek tolong jaga aku. Every week mak aku balik kampung jenguk.

Nenek aku cerita, ada satu time tu aku kena chicken pox, (dulu aku eja KITCHEN PORK. Terlebih skolah omputih punya pasal) mak aku ulang alik dari Bangi ke Tampin everyday. Lepas ofis hour terus naik bas sampai Seremban, nanti bapak aku fetch naik porche carerra dia (keta katak a.k.a volkswagen). Esok pagi-pagi kol 5am dah gerak ke Seremban naik bas to Bangi.

Aku tak sure if aku mampu buat macam tu.

Bila aku drive keta nampak Volkswagen mesti teringat kat bapak aku.
Masa tu on the way from Bangi back to Tampin.
Dalam keta yang sempit tu sumbat segala datuk, nenek, aku dua beradik, mak ngan of cos bapak aku sebagai driver. Half way keta mati enjin. Try-try tak idup. Keta depan blakang asal potong je honk. Apehal la.
Sekali rupanya enjin jatuh 10 tapak kat blakang.
Apa punya keta la boleh bolos enjin.
Kira terer la bapak aku leh tackle bapak mertua ngan keadaan daif macam tu.
Salute la Pak Aji.

Sampai satu masa pak aji dapat tukar mengajar kat sekolah sains selangor. So kitorang sewa rumah kat Bangi, kira first house la ni. Sebenarnya bukan sewa rumah, tak salah aku sewa bilik je kot, sebab kawan-kawan mak aku pun ada dok sekali lam tu.
Masa ni aku dah ada adik, Ima.

Pagi, kitorang duduk kat rumah orang yang kitorang panggil 'Mak', dia jaga anak orang ramai-ramai. Tapi ramai anak pensyarah. Kira cam aku ni kalau grup celebriti jatuh C-list la.

Budak lain makan nasik atas meja, aku ngan adik aku makan nasik atas lantai alas sokabar, pinggan pun plastik kaler oren. Pastu tengahari semua kena tido, budak lain tido lam bilik, aku ngan Ima tido kat hall alas kain batik. Actually ada satu lagi budak yang C-list gak, so kira kalau tido memang konfem jemaah ngan dia. Nanti mak letak kain batik atas kerusi, lepas makan kitorang lari-lari nak cop kain batik paling cantik buat alas. Abis seronok dah tu kalau dapat kain batik yang kaler-kaler cerah. Selalunya aku la yang dapat kusam-kusam pelentung. Mana leh kalah ngan adik aku yang diktator. Asik nak menang je.

Padahal aku dengar makcik-makcik pensyarah ni kalau hantar anak 'Ni ada anggur, nanti bagi la budak-budak ni makan sama'.
Harammm.
Mak tak pelawa pun kitorang makan, melopongggg je aku adik-beradik tengok.
Masa tu aku kesian sangat kat adik aku. Dia kecik lagi, mana nak paham. Apa orang makan semua dia nak gak. Nak je aku bagi makan penampar sedas. Dah susah tu buat la cara orang susah.
Tapi aku rasa adik aku tak tau yang dia bukan anak orang kaya. So, keje aku dok pujuk dia 'Nanti papa balik, kita suruh papa beli macam tu, ok?'Ayat yang sama tetiap hari. Belinya tak jugak.

One of the budak yang sama dok situ was anak Datuk Mazlan Pusat Sains Negara tu.
See, berapa punya jauh la level dia ngan mak aku. Patut la dapat third class treatment.

Maybe sebab tu jugak dari kecik aku berangan, kalau ada anak sok aku taknak letak rumah orang. Nak ada maid jaga.

Memang aku kecik-kecik dah gatal pikir nak beranak semua.

Pastu mak bapak aku naik pangkat kot, beli rumah pulak. Setingkat je, kat Bangi jugak.
Masa ni dah sekolah, jiran-jiran pun semua muda setahun dua dari aku, so otomatik aku la ketua kat playground.

Petang-petang, budak-budak ni semua berkumpul depan pintu gate rumah, tunggu ketua kumpulan keluar. Selalunya main mak-bapak. Aku of cos la jadik mak. Semua kena ikut cakap aku. Ima jadik anak aku. Teo Yee Loo yang aku panggil Ah Chong (kalau dah nama Cina memang semua aku panggil Ah Chong) mesti akan jadik bapak.

Pastu budak Linda ngan adik-adik dia Man ngan Mek memang takde watak lain selain jadik jiran aku yang dah mati laki. Memula dulu Linda ni ada laki, budak nama Jai. Tapi budak ni sejak ada basikal taknak geng kitorang dah so mamposla kau. Aku matikan watak.

Depan rumah Linda ni ada wakaf. So wakaf ni kira rumah aku. Since budak Ah Chong tu ada basikal besar jenis ada seat kat blakang, so kira aku ada kenderaan, 'keluarga' aku ni kaya la. Rumah ada, beskal ada.

Linda ni selalu aku arahkan jadik orang miskin. Muka dia selenga so harusla watak tu dapat kat dia. Kebetulan ada satu jiran aku yang letak papan kat parit tepi rumah dia, besar gak papan tu. So orang miskin ni memang akan dok situ je la.

Tapi aku orang kaya yang tak belagak. Aku memang akan tunjukkan sifat terpuji mahmudah kat semorang. Aku petik bunga jiran, aku takkan petik bunga mak aji. Mampos aku kena kurung kat luar sampai isyak kang.

Aku petik daun, tumbuk-tumbuk ngan batu, pastu carik daun yang besar buat lapik nak bungkus bahan-bahan tumbuk. Konon-konon cam nasik lemak. Buat lam 3-4 bungkus pastu hantar kat Linda. Sedekah.
Baik kan aku?

Yang Linda ni bangang, pi bukak, makan.

Kalau boring main mak-bapak, aku wat pertandingan lumba lari.
Tapi aku takkan bertanding. Selalunya aku jadik tukang bagi hadiah. Ketua kumpulan kan. Hadiah tak susah, bapak aku punya piala melambak. Aku angkut 4-5 bijik bawak kuar. Kasik dorang feeling-feeling kagum ngan piala masing-masing jap, seblom maghrib kang aku kutip balik. Ada satu hari tu aku hadiahkan setem sorang satu. Dulu kan standard 'Hobi saya adelah mengumpul setem'. Ramai yang masuk pertandingan ni. Kira promo aku menjadik la. Budak rumah belakang pun nak masuk. Makin glemer la aku petang tu. Semua nak menang sebab nak dapat setem. Setem mak aku la, saper lagi. Aku bagi yang kaw-kaw punya, London, Amerika, yang jenis betuk tigasegi tu.

Dan tu la pertandingan lumba lari yang terakhir.
Malam tu aku kena sesah cukup-cukup ngan mak aji, dengan hanger okkkkkkk.
Birat siallllllllll.
Adik aku la gi bukak rahsia aku ambik setem dia.

Babi kau.

Kalau boring lagi, aku wat pertandingan ratu cantik. Baju tak jadik masalah, baju mak aji banyak. Selalunya game ni main lam umah and pastikan lagi sejam before mak aji balik keje, rumah bersih tanpa meninggalkan bahan bukti.
Macam biasa, aku takkan libatkan diri, aku nak jadik tukang mekap je.
Masa ni la aku prektikkan skill me-mekap orang.
Mekap mak aji jugak la jadik mangsa. Pedulik apa aku.

Hujung tahun masa darjah satu aku dapat hadiah Bahasa Inggeris terbaik, atuk aku belikan aku basikal BMX.
Semakin kukuhla jawatan aku sebagai ketua kumpulan.
Ketua mestila ada beskal baru ada ramai pengikut.
Masa ni dah ramai nak kawan ngan aku sebab aku ada beskal.
Budi, Jai, Fahmi, Shukri...see? Semua jantan.

Masa ni dah ada dua grup.
Satu grup ada beskal, satu grup tumpang beskal orang.
Linda masuk grup tumpang beskal. Selalu Linda bonceng beskal aku. Sebab aku ketua, so kalau bawak beskal aku mesti paling depan. Takde siapa berani potong aku walaupun aku bawak lambat.

Ronda-ronda beli eskrim batang asam boi. Masa ni aku dah ada maid, Kak Kiah nama dia. So Kak Kiah ni rajin bagi aku duit sebab aku tolong belikan pad Sanita dia.

Lepak tepi longkang berderet je makan eskrim ramai-ramai.
Pastu dah habis, tiup pulak plastik tu kasik kembung, ikat, letupkan kat telinga member.

Meriah okkkk.

Kalau hujan takleh main kat luar.
Tapi no hal.
Aku leh main ngan Ima.

Selalunya wat drama cerita sedih.
Ada satu time tu aku terlampau menghayati watak.
Sebab cerita tu sedih sangat, aku ambik beg mengaji, masukkan 2 helai spender ngan baju selai, salam Ima, keluar rumah.

Padahal bapak aku ada terlentang kat hall tengah tido.

Mengongoi Ima nangis kakak dia nak larikan diri ni.
Aku pun tak tau pesal aku emo sangat.
Siap cakap 'Kak, jangan la pegi kak, nanti Ima nak tido ngan sape'

'Maafkan akak, akak terpaksa pegi'
Siap salam peluk-peluk.
Gila drama.

Aku dah keluar pintu date langkau 2 rumah jiran pastu dengar sore mak aku menjerit 'Hei, masukkkk!!!!'
Tak cukup tanah aku lari.

Selalunya time mandi aku akan mandi ngan Ima.
Dalam bilik air pun aku leh berlakon.
Pinjam kain batik Kak Kiah, berkemban, masuk lam kolah.
Feeling-feeling anak dara tengah mandi kat tepi sungai. Kepala paip tu bukak sampai habis biar macam ada bunyik air terjun sket.
Berkeladak je air kolah pastu.
Asal mak aji tanya saper mandi lam kolah sorang taknak jawab.
Yang mak aji pun sama, dah tau mesti anak-anak dia punya keje lagi nak tanya. Takkan bapak aku yang masuk lam kolah kotttt.

Aktiviti paling best adelah korek tabung.
Kitorang dulu ada tabung kapal terbang. Bulat sangat katerbang tu. Kaler kuning biru.
Pak aji tukar duit lima puluh sen..lima puluh sen..lima puluh sen..(terbayang Azian Irdawati ngan lipstik merah and baju kaler merah dia). Dia masukkan lam tabung anak-anak dia. Ajar anak menyimpan. Malangnya anka-anak jenis tak makan saman. Anak-anak dia yang diketuai oleh aku akan baring atas katil dengan tangan kiri menegak ke atas pegang tabung sambil tangan kanan pegang sepit rambut hitam godek-godek duit. Best..best.

Hari-hari beli ABC okkk.
Heaven.

Maybe sebab masa aku kecik, mak bapak aku still susah lagi time tu so toys ni memang jarang sangat beli. So bila dah skolah rendah, aku takde minat nak beli dolls ke, Barbie, set memasak, set pegi ke pasar, set pegi ke kebun, bla bla bla.

Tak heran.
Sebab aku still leh enjoy main tanpa sebarang alat bantuan. Hanya menggunakan akal yang bijaksana. Kena pandai mencarik kawan yang bangang-bangang so that aku nampak sangat bijak dan sentiasa menjadik ketua kumpulan.

Ni baru cerita sampai Darjah Satu.
Kang kalau sambung cerita sampai lusa aku tak tido.

posted by aveo757 @ 9:48 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER