walk on wings, tread in air: I'm in the payroll! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


I'm in the payroll!
2007-05-10

HUAH HUAH HUAHHHHHHHHHHHHHH!!
Aku berjaya! Aku berjaya!

Kompeni tu akhirnya offer aku post tu. Best! Best!
Dah lama aku berangan nak masuk kompeni gempak macam ni. Rezeki, rezeki. Alhamdulillah.

Macam tak percaya bila Manager tu call cakap dia offer aku post tu and kalau boleh nak aku start keje sana 28 May ni. Boleh ke? Aku tak rasa kompeni aku nak lepas aku secepat tu.
Offer besttttttttttttttttt!!..:D

TAPI...

Seperti yang aku jangka.
Dari dulu sampai skang, aku selalu notice, everytime aku dah prepare nak brambos dari kompeni ni, mesti ada benda yang akan membuatkan aku rasa nak stay sini.

Dulu, masa aku tengah kobar-kobar nak tulis surat resign, kompeni aku offer share, untuk jadi one of the BOD. Tapi percentage sangat-sangat ciput la comparekan dengan Directors lain.
Ok, takpe aku stay. Dan bermula la hidup aku kat opis dengan routine sign cheque...

Pastu aku rasa bosan, nak blah. Tengah semangat pi intebiu sana sini, tetiba tahun tu mencanak-canak sales figure aku sampai 3/4 of the companys profit datang dari aku. Sebab aku rasa happy sangat ngan achievement tu, aku decided untuk stay. Aku pikir aku boleh buat lebih lagi tahun depannya.

Masuk tahun depannya pulak, CEO aku buat plan A, B, C, D yang semuanya plan taik. Dia rombak the structure of the units pastu suruh aku jaga accounts yang takde prospek. Konon nak tengok aku boleh develop ke tak tempat tu. Ok, takpe. Ko underestimate kitorang ekkkk. Tuhan tu adil. Lagi sekali niche market aku dapat develop. Yang dulu orang tak pandang, sekarang semua sibuk nak masuk area tu, baru tau area tu lubuk emas. Podahhhhhhh.

Kegampangan management terserlah bila area yang aku develop tu dia pi letak kat bussiness unit yang lain, dia suruh pulak unit aku masuk line aquaculture. Pekejadahnya?? Aku bukan budak marine, aku budak molecular. Aquaculture kat Mesia ni mostly hatchery je, mana ada buat molecular work. Paling hebat pun disease detection. Plan hancusssss.

Pastu kesilapan terbesar adelah apabila ko masukkan segala ipar duai ko dalam kompeni, masuk-masuk je terus jadi front man. Padahal tak penah kekal walau setahun dalam mana-mana kompeni sebelum ni. Job hop sana sini, konon career advancement. Kalau dalam 4 tahun 5-6 kali job hop, nampak sangat tak perform. Entah-entah tak sempat confirm, sempat probation period je. Dan aku rasa ramai blah dari kompeni ni bukan sebab bos macam cilaka, tapi management sucks!!

And again, today.
Kol 12.00noon CEO aku panggil.

Apesal??? Ko tau aku gi intebiu tempat lain ek?

Seperti yang aku jangka, dia offer aku untuk jadi HEAD of new unit, entah apa unit tu aku lupa. And the new unit akan kick start minggu depan. Siap bagi aku list nama staff untuk aku pilih siapa yang akan keje bawah aku. Dia suruh aku jaga account government research seluruh Malaysia.

Bunyik macam best je. Kalau aku jenis terpedaya ngan dakyah dia mesti aku dah agree nak ambik role tu. Tapi sorry la beb, aku dah letihhhhhh. Dalam masa 4 tahun ni berapa banyak changes ko dah buat? Changes are good, that's true. Tapi ko implement satu-satu benda terlampau cepat, ko tak pikir habis sebelum buat satu benda. Hari ni ko decide nak buat benda ni, lagi 2 bulan ko tukar ke benda lain. Ko ingat ini main LEGO? Ko nak buat, ko buat. Agak-agak ko boring dah, ko restructure ikut sedap anak tekak ko.

Ada satu budak kat kompeni aku ni, 3 tahun dulu dia lab personnel, tahun kedua turned to sales. Baru minggu lepas dia letak budak ni kat advertising line. Sudahnya dah 4 hari aku tengok budak ni dok main game. Budak lab masuk advertising?

Tau sebab apa?
Sebab, kalau dia ambik budak degree marketing or design or apa-apa yang related, sah-sah gaji kena bayar tinggi. Kalau ambik budak yang takde kena-mengena ngan advertising, ko cekik la darah dia bagi gaji rendah. Ingat aku tak tau tektik ko? Pastu ko purak-purak la kata ko bagi diorang peluang untuk cuba line yang berbeza. Hampassssssssssss.

Semua benda ko nak buat. Ko nak buat trading, ko nak jadik manufacturer, ko nak jump into IT bussiness, ko nak enter advertising line. No wonder lepas satu-satu agency kena tarik. Ko sendiri tak tau apa fokus ko kat bisnes ni. Kalau setakat nak make money, baik ko jual yong tau foo. Pun boleh kaya la.

So, esok ada top management meeting. Konon-konon semua top-top ni orang yang dipercayai la. Dia tak tau, seorang top dalam tu sudah save resignation letter dalam laptop, tunggu nak print je. Apa-apa pun, aku dah verbally confirm untuk masuk kompeni baru. Aku dah penat struggle nak achieve target but the end of the day, aku tak dapat apa.

Aku dapat penat.
Aku kena sound bila loss deal.
Tapi bila dah lock deal, aku kena maki ngan customer sebab barang lambat sampai.
Apesal barang lambat sampai?
Sebab ko tak settle invois lama, so shipment kena tahan.
Apesal tak settle invoislama?
Ohh, sebab saya baru saja membeli Mercedes and BMW.

Bila barang sampai, delivery pulak lambat.
Sebab apa lambat?
Ohhh, sebab customer aku kecik je, diorang kena settlekan customer yang besar-besar dulu.
Hoih bodoh! Kecik besar tak pakai dalam bisnes okkkk? Si kecik tu beli barang guna DUIT jugak.

Dan aku aku jugakkkkkk yang kena maki bila barang rosak, technical people tak show up.
Bila aku kena maki, maknanya aku sorang yang kena maki. Yang mangkuk ayun penyebab aku kena maki ni semua mampos pi mana aku tak tau.

Udah-udah la, ko toksah la buat keje menipu ni.
Kesian kat budak-budak yang tinggal ni. Dorang ni yo-yo-an je berangan bila lock deal besar-besar, maka cake pun besarrrrrr.
Kepada mat jenin-mat jenin sekalian, keje je la kat situ baik-baik. Anggaplah anda membuat keje kebajikan. Aku dah penat 4 tahun buat charity.

Tapi esok aku tetap akan masuk meeting. Sebab aku nak tengok apa penyudahnya plan Z CEO aku ni.

Doakan la aku success kat tempat baru.

Esok, masuk je opis aku nak mengadap HR dulu, nak usha berapa AL aku tinggal, apa prosedur kalau aku nak brambos dari sini awal, bond aku dah habis ke belum, (kompeni ni jenis bukit sket, tak pasal je kang dia kata aku still bond 2 tahun lagi sebab hantar pi Bangkok last year). Hmphhh, pi Bangkok pun nak bond ke???

Lepas tu baru aku nak susun ayat apa aku nak mukadimah kat bos aku.


posted by aveo757 @ 10:53 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER