walk on wings, tread in air: Celebration <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Celebration
2007-05-07

First of all, aku nak say THANK YOU kat semuaaaaaaaaaaa yang wish aku.
Tidak kurang kepada yang mengeji, tima kasih la jugak. Sila berdoa supaya keturunan anda tak kuat mencarut macam aku ok?

So, Ahad pagi kitorang dah gerak pi Genting. Celebration kali ni, tak le segah mana, sebab :

1. Laki aku takleh hanya boleh cuti Isnin, sebab starting esok sampai Sabtu, big boss from Japan datang, so dia kena jadik orang penting.

2. Kalau nak ikutkan, Jumaat malam dah boleh start bercuti ke tempat-tempat jauh sampai Isnin, tapi laki aku TAKNAK tinggalkan konsert AF dia. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

3. Aku takleh cuti panjang sebab ada big tender nak kena submit Khamis, yang kebarangkalian untuk direject adelah sangat tinggi. (dah sah bukan spec agency lagi mau suruh aku masuk tender, bosannnnnn!)

4. Takut tinggalkan umah lama-lama sebab blakang umah aku baru kena RAMPOK.

5. Aku takleh cuti panjang sebab dijangka aku akan banyak amik cuti tahun ni sebab nak gi intebiu tempat lain (AYAT PENYATA YANG SUNGGUH BERLAGAK SEKALI)

Lagipun dulu masa pegi Genting, Redza baby lagi, tak paham apa pun. So, kali ni dia dah pandai memerintah nak tu nak ini, best sket bawak jenjalan. Seperti dijangkan, outdorr and indoor games saja, dah habis RM250! Tapi sekali ngan makpak budak la. Yang lelebih excitednya laki aku kot. Semua benda dia naik. Aku awal-awal lagi dah buat hal. Dah la nak panjat Genting tu jalan macam kat Bukit Putus. Laki aku pulak siap buat drift la apa la, bengkakkkkkkkk je aku dalam keta. Sampai kat lobby hotel, aku dah nak pitam. Pening!

Before gi sana, kawan aku, bos aku semua bagitau Hotel First World tak best. Ada hantu la. Bilik kecik la. Carpet kotor la. Benda-benda yang keji la semua.

Tak punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Maybe laki aku book bilik besar kot. Ok je, macam bilik Pan Pac KL je aku tengok. Apa-apa pun, masuk je bilik, aku skodeng bilik air dulu. Cari paip toilet ada ke tak.

Ada.
Bagusss.

Letihhhh la pi hotel yang takde paip toilet. Nak cebok ngan apa?
Gelas?
Selet bontot ngan kertas tisu?

Actually banyak benda yang kitorang tak dapat naik sebab tak sesuai untuk Redza. Yang tinggi-tinggi memang konfem takkan naik, yang laju-laju tonggang-terbalik pun aku takkan naik gak, paling hebat pun naik Space ship ngan Jumbo. Itu pun aku dah tepekik. Blom offer naik roller coaster lagi tu.

Malas la nak citer. Layan gambar je la. Setakat Genting, apo lah sangat kan.

SLIDES REMOVED


Tapi itu hanyalah cerita serpihan. Cerita utama adelah apekah yang cik adik dapat untuk hadiah harijadi? (tiru ayat filem Ali Setan).

Takkan jalan-jalan je kan? Dah la takat Genting je. Apekah? Apekah???

Yesserrrrrrr..
Lepas balik dari Genting, laki aku tetiba je ajak gi Sogo. Dia kata ada sale. Dia ni kan, tau aje mana tempat ada sale, aku sendiri tak kosser nak ambik tau. Aku badjet dia mesti nak cari mainan Redza sebab dia dah berjanji ngan anak dia yang umur 2 tahun setengah tu (budak umur macam ni pun dia nak berjanji) nak beli mainan.

Masuk je first floor tu, dia kata 'Mama nak carik beg ke? Gi la tengok, abang nak gi toilet jap'

WHATTTTTTTTTTTTT??

Nak aku tengok-tengok beg? Tau tak aku memang benci tengok tapi tak beli? Tapi takpe, kita tengok-tengok dulu, lepas itu kita buat muka kesian. Nescaya muka kesian itu mampu merabakkan poket suar dia.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Beg CR yang baruuuu. Yihaaaaaaaa.
Sebenarnya masa kat Genting lagi aku dah usha kedai CR. Tapi setakat usha je la sebab apa kes aku nak shopping kat atas tu kan. Bukannya kedai CR takde kat bawah. Kat Genting aku bekenan kat beg yang kaler orange stripe pastu ada 4 poket kat tepi and depan, nampak sporty sket. Alih-alih kat Sogo, dia pi tayang new arrival collection, ni pun laki aku yang suggest. Memang taste aku. Thank you, laling.

So, itu untuk aku. Apekah untuk dia?




Memandangkan wallet Renoma yang aku bagi untuk hantaran dulu dah lunyai, begitu jugak belt dia, so aku hadiahkan la dia wallet AD ni. Bagus la laki aku ni, tak membazir macam aku. Dah 6 tahun baru dia ganti barang. Aku nak tahan 6 tahun? 6 bulan je dah sengsara tahan godaan bershopping.

Lupa nak cakap, aku tinggalkan bibik aku kat umah mak aku. Sorry la aku nak bawak dia. Dia tak melepasi piawaian aku so dia kena jaga umah. Nasib tak baik la kan, saper suruh tak superb, kalau bibik aku yang dulu, merata aku angkut. So, lepas balik dari Sogo pi ambik dia kat umah parents aku.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa. Mak aku surprisekan kitorang ngan cheese cake, untuk wedding anniversarry. Thank you Mak Aji..hihihi.


Dan ini hadiah untuk Redza yang aku pun tak tau sempena apa. Aku rasa bapak dia yang beria-ia nak main ni, sebab sampai je umah, dia terus bukak kotak ni pasang bendalah ni semua.

Dah, aku nak wat keje.


posted by aveo757 @ 7:15 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER