walk on wings, tread in air: Banyak sangat sendiri bikin punya prosedur. Pastu sendiri menggelabah. Sendiri mau ingatla. Dah, biarkan aku sendiri. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Banyak sangat sendiri bikin punya prosedur. Pastu sendiri menggelabah. Sendiri mau ingatla. Dah, biarkan aku sendiri.
2007-03-01

Macam-macam ada kat kapla hotak aku skang ni. Keje tu sah la tak penah abis, nak kena pikir camne nak kuruskan badan lagi, ngan bakal bibik baru yang akan datang tengah bulan ni, masalah ketidaksuksesan kami untuk mendapat baby lagi.

Today adelah kecelakaan juga apabila satu upright freezer 80C berharga RM35K yang dua bulan pending akhirnya sampai, TETAPI berkecelakaan. Dan cilake bodoh ini disebabkan oleh operation team kompeni aku.

Common sense la kan, kalau barang sampai someone kena check barang in good condition baru sign DO. Tapi 'kebijaksanaan' Head of Engineering Dept amat terserlah sampai aku malu nak mengaku Si Project Manager cum Engineer ini adelah sekompeni ngan aku. Siowwwwah!!!

Project Manager : Semua engineer takde, buat installation.

Bos aku : Habis u bukan engineer jugak ke? Apesal u tak turun tengok the machine? U memang all the time ada kat opis kan? U tak keluar pi mana-mana rite?

Project Manager : Our policy (ayat mukadimah biasa untuk selamatkan diri), the 4 engineers saje yang akan buat testing and receive goods.

Bos aku : Abis keje u apa? Kalau engineer takde, you or your bos tak boleh accept ke? You all kan engineering dept?

Project Manager : No, we can't. This is our policy, they have to wait until our engineers come back.

Bos aku : Habis kalau semua engineer kebetulan takde, outstation?

Project Manager : Too bad la, the forwarder kena bawak barang tu balik. *gelak-gelak* ---> ko ingat bos aku tengah wat jenaka?

Ko ingat barang yang DHL hantar tu ringan, boleh main kuis ngan kaki je? 500 kilo okk? Nak turunkan freezer tu pun satu hal, boleh buasir mamat-mamat DHL tu, ko sesedap rasa je nak suruh diorang pi usung balik dalam lori. Gilo apo?

Orang kalau terlebih pandai ni pelik sket, benda-benda simple macam ni pun takleh pikir. Setakat nak buat physical checking pun nak kena tunggu engineer balik ke? Ko bukak je la packing tu tengok ada scratch ke, dented mana-mana ke, tu pun nak orang ajar ke bang? Simple beb. Takat tengok bahagian luar je dah la, pastu sign DO tu. Then kalau engineer buat testing tetiba microprocessor pulak rosak ke, itu boleh claim kat manufacturer. Ini body pun tak check, alih-alih sign DO bodoh je, ko nak claim kat saper? DO dah sign? Nak suruh kitorang bear the cost? Meh sini aku sepak telor ko sket.

Ni aku ni.
Aku ni yang kena mengadap customer ni sokkkkkk!!! Berputar kapla aku dari petang tadi apekah ayat terbaik yang aku nak bagi kat customer. Apekah ayat power yang aku nak bagi ni oiii! Dengar tak nih?

Dah la engineer aku masa pi ukur aisle kat lab customer, dia siap bagitau barang tu akan dihantar minggu ni. Masa dia pi ukur tu dia belum bukak pun lagi the packing, tau-tau bagi confirmation nak hantar this week. Apa punya turrrrrr.

This week? This week bukan tinggal esok je ke lagi hari bekerja? Kalau customer call aku nak kelentong haper?

Suddenly we found out the freezer tu damaged?
Nampak sangat la kebangangan kompeni aku pi hantar engineer buat ukur tapi barang tak testing lagi.

Tak payah angkat phone?
'I left my hp at home?' Oh! Itu cara orang bacul. Macam la dia takleh sms aku kan?

Kalau dia call opis? Nak cakap kat recep jangan transfer line?
Ishh...bodoh lagi keji tektik ni. Tak boleh, tak boleh.

Kalau dia tetiba terpacul depan opis?
Haaaa...ni la yang aku ngeri ni. Ini la masanya aku rasa cam nak terkencet on the spot.

Dah la CEO dia jenis sore tak pakai hailer pun takpe. Kuat dia, Tuhan je yang tau. Macam la aku ni pekak badak. Nak je aku sound 'Lu boleh kasik slow lu punya tone ka? Wa punya tingkap bujur blom expired lagi okk?'

Last month masa aku gi sana nak explain delivery status freezer ni, dia punya sore tahap rempit. Macam nak pecah tulang osikel aku. Siap angkat-angkat tangan lagi masa sound tu. Karam Singh Walia memang takleh carik makan la, konfem. Yang si RA kat dalam lab tu, semua pakat toleh tengok aku kena marah. Tak payah pandang aku boleh tak? Buat-buat la pandang PC ke, tutup bukak lemari, lap2 bikar ke, macam la aku tak tau korang sebenarnya tengah tekun mendengar bijik butir CEO ko maki hamun aku. Tapi kalau korang pasang telinga sambil belakon buat keje takde la aku rasa cam budak bodoh kat situ. Ni tak, tak cukup dengan toleh, siap betulkan kerusi nak mengadap aku kena maki ni. Taik hanjing!

Aku masa sekolah dulu pun tak penah kena marah camni, paling hebat pun usung kerusi makmal yang tinggi tu keliling blok. Itu pun sebab tertinggal buku teks. Lalu depan kelas junior yang selalu aku denda sebab tak pakai lencana pulak tu. Budak tu sure terbahak-bahak tepuk lantai gelakkan aku. Ni dah tua-tua bangka pun kena marah lagi. Brengset.

Bukan salah aku laaaaaaa!!!!!!!!!!!! Barang tu lambat sampai bukan salah aku. Dorang yang buat ordering lambat! Barang tu damaged bukan sebab aku. Yang accept barang tapi tak check pun bukan aku!!!!

Bukan salah aku..
Retak semua ini..
Berpunca darimu..
Bertikam lidah lalu punah...

Pandai-pandai la korang abiskan lagu ni. Aku nak tido. Mintak-mintak esok demam.HHAHAHHA.
Bodoh.

posted by aveo757 @ 11:35 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER