2007-02-22

Ye la, ko kan pandai, semua ko tau. Aku tak tau apa pun, aku makan gaji buta je kat sini.


Budak sorang ni memang betul-betul buat aku and the rest sakit hati dengan perangai dia.
Aku tak tau nak kategorikan dia dalam kumpulan apa.
Apa yang kita cakap, mesti dia konfem AKU TAU punya.
Tak pernah la AKU TAK TAHU.

Okla, mungkin aku underestimate kebolehan budak ni yang serba tau.
Tapi kalau nak tahu-menahu pun tolongla yang lojik-lojik sikit.
Semua orang tau ko memang konfem tak tau benda "A" ni sebab benda ni melibatkan technical part yang sah-sah ko tak pernah involve pun.
3-4 orang engineer dihantar pi training untuk study bendalah ni.
Alih-alih bila ada satu case melibatkan benda "A" ni, dia pulak yang bersuara lantang cakap AKU TAU LA BENDA NI. DULU PERNAH BLAJA.

Kelapa lutut ko! Benda ni technology terkini, baru tahun lepas launch.
Apa kes ko boleh tau time ko blaja dulu?
Dah la ko bukan budak science.
Budak engine pun tak blaja bendalah ni dulu, ko pulak yang lelebih tau.
Bila orang soal balik, U TAU KE BENDA NI CAMNE NAK OPERATE?
Dan-dan ko cakap 'ALA, DULU PENAH BLAJA. LUPA LA, DAH LAMA, TAPI MEMANG I TAU BENDA NI".

Berbulu je aku.

Ye, kitorang la yang bangang sebab boleh dibangangkan senang-senang oleh budak yang bangang tu. Kitorang pun jenis maleh nak panjangkan citer sebab masing-masing tau dah lagi macam-macam bidaah budak ni keluarkan kalau kitorang tanya panjang-panjang. So, diamkan je la.
Tapi tu la, makin aku diam, cewaahhhhh makin menjadik-jadik la KETAHUAN dia ni.

Last week, one of my collegue tanya pasal human cell line.

Member : Diana, mana nak carik cell line?

Aku : Cell line apa? Human? Microb? Virus?

Member : Oo, lain-lain agency ke?

AKU AMAT SERBA TAU : Ha'ahh, you kena tau la apa you nak carik. Semua tu lain-lain agency tau.

Member : Kalau human ambik kat mana?

Aku : Human u boleh ambik kat SC or BD.

AKU AMAT SERBA TAHU : Ha'aah. Dua agency tu ada benda-benda yang you nak carik. U baca aje la.

Time ni nak je aku suruh dia pi ambik catalogue SC ngan BD tu.
Sebab aku tau dia tak penah dengar pun dua-dua catalog ni sebab secondtier je yang pegang catalog ni semua. Mana aku tak bengang, konfiden je tunjuk lagak.

Member : Apesal kena carik kat dua tempat?

Aku : Sebab tu you kena tau cell line human jenis apa you nak carik. Breast cancer?

AKU AMAT SERBA TAU : Ha'aahh you ni pun, study la product dulu.


Amboi...sajaknya ko menyuruh orang study product.
Ko tu lagi blur sepatah haram pun ko tak tau. Sedar la diri tu sket.
Aku kalau sedarkan orang kena guna kaki.

Bebulu betul la aku dengan Professor Serba Tau sorang ni.
Aku pun satu, bebulu tapi taknak sound.

Nak aku sound boleh.
Tapi dia masih belum mencapai satu level di mana harus aku sound.
Aku malas nak ambik port sangat hal-hal yang tak berkaitan.
Kalau hal kerja tu memang lantang je la mulut aku menjerit.
Tapi kalau part dia kaki kencing ke, belagak bagus ke, pakwe dia anak raja Brunei ke, itu aku setakat dengar untuk menambahkan pengetahuan boleh la kot.
Nak ambik port lelebih ni kalau boleh dapat naik gaji nak gak aku jadik kepoci.

Kot dah bengang sangat,haa macam ni la. Habis aku maki dalam blog.
Kira oraitla kan dari aku maki blog orang. Kahkahkah.

Dah dah, penat menaip ni meluahkan dendam kesumat di hati.
I really need a place to get that off my chest.

Ok. Dah, puas. Boleh buat keje.