2007-02-23

IPOH, a day trip. Ni last aku buat keje gila camnih.


Letih!

Letih jadik kelendan hari ni.
Today kol 6.30am, aku ngan hubby dah on the way to Ipoh. Syiannn Encik Wang, susah payah ambik half day off morning sebab nak temankan aku gi Ipoh nak submit tender document. Tengkiu honey!!

Bodo punya agency. Ade ke hantar tender Khamis lepas, by the time sampai opis dah Jumaat. Orang semua dah sibuk nak cuti raya, dia sibuk suruh nak keluarkan tender. Dah la document sampai Jumaat lepas kol 2.30pm. Kol 3pm opis dah tutup kedai. Camno? Kena submit today lak tu walhal semalam opis aku baru je resume work.

Jadi apekah jalan penyelesaiannya? Ye, benerrrrr. Kita korbankan cuti kita demi kompeni tercinta. Bak kata cikgu aku dulu, 'raya tu kan setiap tahun ada, SPM cuma tahun ni je, tahun lain takde dah'. Berbekalkan kata-kata penuh semangat itu, maka aku pun menvolunteerkan diri menyiapkan tender demi appraisal tahun depan. Takpela, bukan raya aku pun. Kalau raya puasa dia suruh aku buat cenggini, bak sini advance 3 bulan gaji dulu. Berkira? Weyy, aku bukan buat charity okk? Musti berkira.

Seb baik hubby aku escort, kol 9.15am dah sampai Jelapang. Kalau haku la yang jadi pilot, SAH, SAHIH lagi NYATA dan BERSULUH aku akan sampai 30minit seblom kol 12. Aku ni sungguh bercirikan pemandu berhemah selaras dengan cogankata aku nampak kat highway to Ipoh tadi 'Kenang-kenang yang disayang, pandu perlahan'. Blom penah aku nampak nasihat menyentuh hati macam ni. Hubby aku, lagi aku bacakan quote ni, lagi mencanak naik speed dia. Rasanya baru 2-3 kali je aku pecut sampai 140 selama aku ada lesen ni. Selalunya 100, kalau tengah pasang lagu jiwang-jiwang, turun sket ke 80.




::Tanjung Malim area..lengang::



::Tangan aku la tu yang sedang dalam percubaan meraba-raba::




::Suami sayalah yang hensem ini (saper lagi nak puji kan?)::



::Bini dia lah yang gila ini. Jangan sengetkan kepala anda. Posisi saya adelah true positive::


On the way back home, Encik Wang sudah melencong ke Sungai Buloh. Untuk apekah??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




::Objek yang dikenalpasti : menonggeng di khalayak ramai::

Gila ikan lagi hubby aku ni.
Tak sudah-sudah nak mengabiskan duit penuhkan kolam dia ngan ikan koi.
Aku nak volunteer jadik ikan duyung taknak.
Tak keluar sesen pun kalau ambik aku jadik maskot kolam dia.
FREE TREATMENT lagi ku bagi.