2007-02-15

Macam la ko sorang banyak duit


Ada satu makhluk kat sini yang sangat-sangat la belagak nak mampos.
Aku pun tak tau apa yang nak dibuktikan sebenarnya.
Hari-hari asik la bersembang pasal baju, kasut, handbag, sunnies bla bla bla hakk tuihhhhh!
Pastu kalau becakap tu taknak kalah dengan orang.
Sedar la sikit, kau tu tak le sehebat mana.

++ 'i beli baju ni kat bla bla bla, takde la mahal sangat, RM200 je'
Dia ingat dah habis hebat la tu beli baju setakat RM200? Orang lain RM200 tu boleh beli bra je.

++ 'tengok handbag baru i. Cuba teka berapa harga?' 
Aku paling benci main teka teki, so aku malas nak jawab. Tanya jawapannya pun tak. Tapi macam biasa la, takde orang jawab, akhirnya dia bagitau jugak. Hahaha. Nampak sangat perangai batak.

++ 'alaa, i punya eyeliner dah nak habis la, tak sempat nak pi Bobby Brown beli. Camne nak pi keje esok ni eyeliner takde?'
Tu sebenarnya nak pi canang kat sumerorang ko pakai makeup branded la kan. Kalau dah cun tu, ko pakai Silky Girl pun harusss jadik cover girl okk?

++ 'T Shirt Pangkor?? I tak pakai la baju macam tu'
Ko tau tak kenapa ko tak pakai baju-baju harga Pangkor, baju Langkawi murah-murah ni?
Sebab ko tu kalau bershopping harapkan swipe credit card manjang. Cash tak penah ada. Handbag ribu-ribu, tapi duit posen-posen!

++ 'I dah jual dah sunglass Burberry yg I beli last week. I beli DIOR pulak, RM1900'
Kesian, aku dah pakai DIOR tu 2 tahun sudah.


Aku cukup tak reti ngan perangai orang yang berlagak macam la dia sorang ada duit, macam la dia sorang beli barang harga ribu-ribu.
Come on la, kalau ko rasa nak belagak ngan harta benda ko yang macam mahal sangat tu, sila la show off kat budak-budak sekolah okk?
Kalau nak bercerita kat orang yang dah bekerja, yang dah pegang duit sendiri..jawapan dia, BUANG AIR LIUR!
Semua yang dah bekerja pun mampu nak beli barang-barang mahal.
Antara nak beli ngan taknak beli je.
So, jangan la perasan macam ko sorang je mampu pakai barang branded.

Kekadang aku tengok orang yang show off semacam ni, sebenarnya takde la hebat sangat. Disebabkan diorang komuniti yang tak hebat, so one of the cara nak menonjolkan diri adelah dengan berhabisan membeli barang-barang branded dengan harapan orang lain akan terkesima melihat. Contoh ade la budak tu, yang asikla kalau bercerita mesti bagitau siap ngan harga.
Pehhhh, tak main la beli ratus-ratus ni, riban-riban aje kuar dari mulut.
Tapi dalam riban-riban tu tak sampai satu per-ompek pun kuar dari poket dia.
Belagak bukan main, macam la duit dia yang kuar beli sumer tu.
Macam mana aku boleh tau? Sebab aku memang tau! Fullstop.

Contoh terdekat is makhluk gampang kat satu tempat ni (tempat sangat rahsia).
Dah la perasan semua orang suka dia, semua orang minat dia, semua orang jaki ngan dia.
Jaki haper kat ko???

Baju konfem mahal, kasut konfem mahal, handbag konfem ribu-ribu, tapi bawak keta Kancil!
Aku bukan nak mengeji la orang yang pakai keta Kancil ni, aku masa blaja dulu pun pakai keta Kancil je. Keta Kancil bukan topik utama dalam criter ni okk? Jangan salah faham.

Kalau ko bergaya macam nak rak, tapi pakai keta suam-suam kuku, kat RUMAH SEWA ko pun harap ada fridge yang kecik ngan TV 14 inch, ko rasa orang nak pecaya ke baju, handbag segala yang ko beli tu semua branded stuff?
Walaupun ko kata 'sumpah i beli', tapi ada orang nak pecaya ke? Ada?
Cuba ko pakai keta gempak RM150K++, ko pakai sunnies harga RM25 hengget pun orang nampak macam RM2500!

Ko ingat yang ko canang satu dunia ko beli tu beli ni, ada orang nak kesah?
 Kitorang sket tak kisah ko beli barang-barang mahal.
Cuma kesian tengok ko baru nak merasa pakai barang-barang mahal rupanya.

Aku penah la ada experience ngan satu makcik ni, ada tittle lagi.
Tittle sendiri dapat okkk, bukan tempias tittle laki dia.
Dia every 3 months pi Pasar Payang kat Tganu tu borong jewellery palsu.
Cincin harga RM35 tu kalau dah sarung kat jari dia, sebijik cam cincin mutiara Rafflesia.

Aku tak kata la 'marila membeli fake jewellery'.
Beli barang kemas ori ni pun mmg ada faedahnya. Pelaburan di masa depan.
Cuma nak beli apa pun belila, tapi jangan la buat macam orang lain tak mampu nak beli ok?

Selalunya orang yang berdegar-degar bagitau 'i beli barang ni cuma 5K je', 'i cuma beli baju kat Bernard Chandran je', 'i dah ada seploh beg Prada', 'i ada empat ploh pat Nine West', ni semua sebenarnya takle SEHEBAT mana.
Orang yang betul-betul hebat takkan tunjuk dia hebat dengan publisiti murahan sebegini.
Sebab bagi mereka yang konfem hebat ni, membeli barang harga riban-riban ni adelah satu benda yang biasa.
To those yang belagak cam kaya ni..maafkan la mereka.
Mereka budak baru blaja beli barang branded. Kalau salah tolong bubuh penampar.