2007-02-11

Bershopping la kamu sebelum barang yang kamu idamkan dishoppingkan oleh orang lain


Setelah Bali, kami mengulanginya semalam di IOI Mall.
Pencarian tepung gandum untuk dibuat cekodok udang petang ini telah berakhir dengan mengkayakan 2 orang apek di situ.
Akhirnya tepung gandum tak beli.
Bolehlah menggaulkan udang dengan 2 gadjet di atas kalau ada orang mintak aku buat cekodok udang petang karang.

Today pagi-pagi lagi aku dah perabiskan 2 RD aku yang bersawang tak berbaca since 2 bulan lepas. Reason??? Yeahhh..sebab aku nak start baca ini :




Buku ni aku dah beli tahun lepas lagi tak sentuh pun sebab aku dok perabiskan buku The Woman Story yang tebal nak mampos 1620m/s.
Dengan keje kuar pagi balik malam, nak melayan Redza lagi, melayan bapak Redza lagi, melayan anak 'kesayangan' aku from Indon tu lagi, baru la last month buku tu abis dibaca.
Tu pun aku baca lam keta masa tengah tunggu customer.

Dulu novel setakat 1000m/s ni kengkadang 4 hari dah habis.
Sampai satu time tu masa honeymoon 3 tahun before ada Redza, asik la dinner kat luar sebab aku takde mood nak masak bila dah baca novel-novel ni semua.
Apa taknya, Judith McNaught kan semua love-love story, so imaginasi aku ni terlebih sket.
Macam aku la heroin dalam citer tu.
Kalau kena part sedih konfem aku yang terlebih sentap sampai nak masak pun takde mood.
Kalau kena part happy tu kejap-kejap aku kiss laki aku, kejap-kejap aku gesel dia. Tebiat.

So lepas ada Redza aku dah tak sempat nak check new release in store.
Dua hari lepas aku check kat website, Judith dah released her new book, so laki aku bagi syarat, kalau nak beli, aku kena khatamkan dulu buku2 yang ada.
So, this week wajibulghunnah aku khatam Wally Lamb ni.




Buku ni pulak aku cilok dari bilik bos aku.
Bos aku rajin, dalam bilik dia ada banyak mags and buku2 ilmiah macam ni.
So, this is the only book yang aku cilok dari book shelf dia yang aku tak abis baca.
Not even half way.
Sampai kelepet-kelepet cover dia aku kejerkan. Reason?
Sebab I'm gonna do sales MY WAY.

Dan disebabkan 4 tahun I did it MY WAY, aku camni gak, tetap tak kayo-kayo.
Memandangkan dia tak perasan lagi buku ni lesap dari shelf dia, maka aku akan jadikkan aset.
Bila-bila free aku bukak walaupun aku tau takde de aku nak free.
Kot free pun, adelah lebih praktikal jika aku layan katil.

Setelah penat menghabiskan uwang, tiba-tiba kami mula sedar diri.
Megapa kami tak berupaya menahan godaan bershopping?
Mengapa kami begitu taksub dengan harta duniawi?
Mengapa kami begitu alpa dengan godaan mega, midi dan mini sales?

Jadi, selepas keluar saje dari parking IOI, kami telah menanamkan satu azam bahawasanya, kami perlu dietkan poket kami. Jadi, ini sajelah juadah dinner semalam.






Walaupun ia berjaya mendietkan poket suami (poket saya memang sentiasa diet), tapi ia mengagalkan usaha saya untuk mendietkan perut yang semakin berlipat tiga ini.




Masa nak balik tu lalu depan Bata.
Satu Marie Claire tu cunnnnnnnnnn nak mampos.
Waalupun harganya RM80 saje, tapi aku tak berani nak cakap kat laki aku.
Kang tak pasal dia menyinga kat situ, konfem aku balik naik bas.
Next week gaji masuk.
Akan ku ayat Encik Ridzuan lagi.
So, bulan Mac la aku start dietkan poket. Bulan ni tak jadik.