2007-02-16

Aku dah beli Every Breath You Take


Semalam, aku beli buku Judith McNaught yg the latest walaupun aku rasa dalam minggu yang sama ni jugak aku dah buat confession selagi Wally Lamb tak habis, aku tak boleh beli buku baru.
Godaan MPH terlalu hebat.
Seblom masuk Giant semalam, aku dah baca pendinding supaya tak terjebak dengan godaan MPH, apakan daya, aku manusia biasa. Lemah dengan godaan.

So....tadaaaaaaaaaaaaa!!!!




Mula-mula memang nak beli sebijik je. Bila aku belek-belek shelf kat situ, baru aku teringat dulu, di suatu zaman yang lampau, aku ada pinjam The House ni from kawan aku, aku sempat baca half way je, lepas tu aku dah sibuk melayan asmara dan preparation nak kawen.
6 tahun lepas aku dok baca buku ni sampai skang tak tau apa endingnya.
So, semalam aku telah memberi mandat ke atas diri sendiri untuk meng'up'kan lagi sebijik.

Lepas dah beli, aku pun sms hubby aku "Di dah beli buku Judith tu, tapi Di beli lagi satu. Total semua RM54.00. Sila bayar sebab semalam abang cuma hadiahkan Di Ferrero je".




::Tengkiu abang! I LOF U!::


Semalam masa dating ngan girlfrens, member aku siap bawak perfume 100ml tu dalam handbag dia semata-mata nak tunjuk hadiah dari tunang dia.
Sket punya gedabak la ok?
Masa dia kuarkan perfume tu tunjuk kat aku, sebijik cam orang jual perfume murahan, "Belila cik, perfume ni tahan lama, murah saje, buy one free seven". HAHHAHAHA..sorry Azie.
Gurau beb. Tapi aku suka la bau perfume ko tu.
Apsal Meng beli satu je?

Ann, boifren hang kasik apa? (sambil buat muka series).

Saiful, gf u kasik haper? (sambil jeling kat malaikat mata)

Malaikat mata, bf u kasik aper? (sambil pandang Saiful)

Hmm..sejak kawen ni aku dah tak hirau sangat pasal V-day.
Dulu masa kapel ngan hubby aku pun tak pernah celebrate sebab every V-day, dia memang kat Jepun. Macam saje je taknak balik cuti kan?
Bagus la sistem semester break Jepun ni, asal V-day, besday aku, anniversarry mesti dia tengah exam. Bagus!!


Aku : Bang, kenapa kita tak celebrate V-day?

Hubby aku yang sentiasa ada idea nak menjawab : V-day ni untuk orang yang blom kawen je. Diorang jarang jumpa and dapat berdua-duaan. Kita nak wat aper celebrate, kita hari-hari jumpa, hari-hari dinner sama-sama, tgk vcd sama-sama. Diorang takat boleh candle lite ngan tgk movie je. Kita siap ngan pakej mandi bersama sekali on V-day.


Ya, dia memang sentiasa ada jawapan.