2007-02-24

Feroz Qureshi's wedding.


Aku ni dah la bidan terjun, tak plan pun nak ikut sekali sebab aku dah inform awal-awal kata aku kat Ipoh paginya.
So, hubby aku kata takpela, hari tu Sabrina kawen kat Spore tak dapat datang, so this time kena pergi jugak.
Masa aku kawen terasa macam satu Singapore datang.
Tak baik la pulak kan kalau tak join.
Lagipun Abg Yoz (Feroz) ni dulu selalu lepak umah aku.
And his mum, Aunty Salmah (my mum's eldest sister) pun rapat ngan we all, kira jadik je la.

Masa sampai kat Sheraton, mak aku introduce aku kat abang sulung dia, Uncle Mad.
Sheikh something2 jugak tapi sebab nama masing-maisng panjang so aku tak kosser nak tanya lelebih.
Ini la satu-satunya uncle yang aku blom penah jumpa sepanjang aku hidup. Tak tau kenapa.
Tapi anak-anak dia aku penah gak la jumpa. Very the hensemm ok?? But all taken.



Abang Feroz aku yang cakap melayunya sangat bertabur



Bonda yang jadik orang kuat hari tu cam anak dia pulak yang nak menikah



Aunty Wan (kakak mak aku), tukang gubah hantaran



Aunty Siti (adik mak aku)




Baju merah tu Busu Noi (adik mak aku paling bongsu)

 Untuk menunjukkan tanda kemajmukan dalam famili, some pakai baju kurung, kebaya, punjab and jubah. Sebab klorga aku ni campur haduk rojak punya team. Mix of Pakistan, India, Arab, Jawa, Portugis and Malay. Details ni entah betul entah tidak la, yang bagitau pun atuk sedara aku. Tak kisah la, tapi kalau tengok muka mak aku and adik-beradik dia, memang ada possibility. Lantak, tak kosser nak tanya-tanya dah.






Pun adik mak aku gak, Mummy and tengah bertelipon tu Andak



Kembang gila muka aku, mak aku pun tak kembang sejambak cam aku.



Dengan adik Abang Feroz. Cun kan? Nak pulak yang si kembang tepi dia tu..laaaaaaagi cun. Tuii.


7 kereta je wakil pihak laki. Aku pulak tetiba je kena pegang dulang No. 4 iaitu jewellery. HOHOHOHO. Ambik berkatttttt. Mana tau ada rezeki aku nak pakai bendalah tu sok lusa. Aminnnnnn. Kebetulan semalam aku pakai baju kaler merah, jewellery tu pulak ada batu delima, iskkk memang sesuai benar la kalau aku yang pakai barang-barang tu. Sungguh serasi bersama!!

Port pertama kat rumah aunty kepada pengantin pompuan, tumpang sembayang Maghrib dulu. Makan-makan sket. Touch up lagi sket. Pastu baru gerak ke rumah perempuan. Masa kat rumah aunty dia ni, the husband borak-borak..oooo orang Tganu rupanya. Korek punya korek, hek eleeeehhh hubby aku tu waris dia rupanya. Takde orang lain ke yang aku jumpa? Balik-balik klorga jugak. Kecik dunia ni kan?



Uncle Zaaba aku ngan mak abang Feroz yang juga kakak mak aku, Aunty Salmah



Aku ngan sepupu, Nabila. Aku rasa budak ni available lagi..hihi






















Gedikan terakhir seorang fomfuan kembang bersama abang sedara



Parents Abang Feroz : Aunty Salmah and Uncle Haslam



Satu-satunya Thais dalam klorga aku, aunty Fatima



Aunty Munira ni gelak sepesen cam aku. Mengilai. Tapi dia punya version lagi scary la.

Majlis dia simple, sebab nikah je, takde pelamin pun kat rumah sebab reception dia buat tonite at Sheraton. Tapi still meriah sebab rumah tu penuh dengan kaler-kaler gold, fresh flower tak cukup kat tangga, kat dinding, siap gantung lagi kat siling. Macam kat Taman Firdausi pulak.
Yang jadi MC untuk pihak laki is Tuan (Hj?) Ishak, the bride's uncle. Aku rasa Ishak ni ayah kepada penyanyi Kamal. Ader sesaper ingat Kamal, also a singing lawyer tak salah aku yang dulu gossip ngan Shima penyanyi tu. Tak ingat? Takpe, tak penting. Aku nampak si Kamal ni pun sibuk jd photographer malam tu.

So, MC pihak laki, tak lain tak bukan dipersilakaaaaaaannnnn....bapak aku, also Hj Ishak. Tapi bapak aku bawak partner, Aunty Khadeja. Aunty Khadeja ni tolong ceritakan maksud hantaran-hantaran yang pihak laki bagi. Bapak aku pulak pembuka bicara la konon, sebab kawen ngan orang Mesia, so better wakil dari Mesia yang bercakap, kang tersentuh isu sensitip pulak.





Bapak aku tengah berdebar nak bercakap cam dia lak yang nak kena kawen. wakakakka. Yang menyengih ni Aunty Khadeja






Pantun pembuka kata from pihak kitorang :

Anak burung di tepi perigi,
Kupu-kupu terbang hinggap di dahan,
Izinkan kami memperkenalkan diri,
Salam Namaste dan Ahlan Wasahlan.

YEAAHHHHHHHHH!!! PHEWIITTTTTTT!!

Ni laaaaaaa pertama kali aku tengok majlis pernikahan yang bahasa perantaranya English.
Macam ada kat dunia lain pulak.
Sebabnya, Abang Yoz aku ni lemah tatabahasa Melayu, lagipun memang suku sakat mak aku ni English speaking, Singaporean katakan.
Akad nikah pun in English jugak. Jadikla...janji sah.
Dan memandangkan the group ada tempias-tempias Arab, so kitorang WAJIB make a lot of noise!

Aku rasa macam kat anugerah AIM pun ada gak semalam, siap bertepuk tangan tak hengat, tepuk dinding, lantai bagai. Arabian style katakan.
Masa nak iring Abg Yoz naik atas untuk sarung cincin, Abg Yoz aku siap sound, 'Ladies, make some noise!'.
Serentak dengan itu, we all pun 'WLOWLOWLOWLWOLWLOWLOWLOWLO'...hahahahahah. Nyaring gilaaaaaaaaaaa.

Aku yang join memekik pun macam nak pekak telinga sebab aunty-aunty aku punya sore lagi kuat. Seb baik aku tinggalkan Redza kat umah, kalau dia join, mesti dia mengucap panjang tengok mak dia bertempik macam tu.

Yang best, Kak Adila pun pakai kuti and long skirt sepesen ngan Abg Yoz yang pakai Punjab suit. Dia macam ni tau, kalau yang kawen tu is abang-abang mak aku, so the bride mesti pakai baju Arab. Macam kes Abg Yoz aku ni, walaupun aunty aku berdarah Arab tapi sebab husband dia Pakistan, so the tradition tu lebih kepada Pakistan sket.
That explains why Abg Yoz kena pakai Punjab suit semalam.



Cantiknya akak ni. Mana la Abang Yoz aku jumpa






Tapi..benda yang aku termiss was Mahendi (Henna) caremony. 
Aunty aku cakap that day diorang buat Mahendi kat satu club kat Spore yang strictly for women only and the party was TERBA-BO!!!! 
Semua aunty-aunty and cousin aku jadik penari gelek okkk?? 
Kalau aku join the gelek, dapekkk kurangkan 5 kilo.

Semalam, masa tengah makan-makan lepas nikah, sekali the singer sudah bukak lagu Hindi. 
Apa lagi, aunty-aunty aku start dia punya Banghra dance. 
Terkesima kejap hubby aku tengok. Macam nak pitam aku gelak. 
Aku rasa slowly the new besan akan dapat serasikan diri dengan 'suasana' baru ni.

Congrats Abg Yoz!