2025-12-13

Gossip Weibo


Ok sementara menunggu nak tengok cerita Tamil kat TV, marilah aku bertenang-tenang cerita pasal news-news kat Weibo. Ok dimulakan dengan news William Chen dah ada anak. 

Actually kat Weibo, ramai yang masih bergossip dengan berita tu. Sebab yang pertama, masih tak dapat dipastikan samada William and He Sui dah kawen atau just live together. Tapi itu bukan masalah besar sebab kat sana “baby first, marry second” tu dah common.

The thing yang jadi gossip tu sebab ramai tak suka dengan history He Sui berbanding dengan image William yang clean. He Sui pernah kawen tahun 2014. 7 tahun kawen then cerai. Sebelum cerai dia pernah ada hubungan dengan lelaki lain tapi tak menjadi. Tahun 2021 kenal dengan William dan bercouple. Sepanjang 4 tahun ni takde satu gambar dorang berdua. Jadi orang ingatkan gossip tu sekadar hoax je. Rupanya sepanjang 4 tahun ni dorang berdating kat gym. Takde siapa perasan pun taktik dorang ni.

Disebabkan isu dating kat gym, netizen kaitkan dengan Johnny. Mulalah dorang bukak balik gossip Johnny dengan mysterious woman kat gym awal tahun hari tu. Dorang kata mesti Johnny guna tektik yang sama sebab Johnny and William kawan baik since 2019 lagi. Konon dorang berdua share the same taktik - dating dengan girlfren masing-masing kat gym. 

Disebabkan William pandai simpan rahsia dan takde satu gambar leak, tau-tau je announce dah ada anak, so netizen kata ada possibility Johnny and Dilreba pun macam tu. Dah tak memasal semalam malam-malam buta naik balik gossip Johnny-Dilreba. Dek kerana William, masing-masing now mengkaji balik history Johnny-Dilreba.

Nak dijadikan cerita ada event Dior kat Paris. Dilreba duta Dior China. Di Paris dorang address Dilreba as MADAM, bukan MISS lagi. Terkejutlah semorang kenapa Madam? Dah kawen ke? Dengan siapa? Pastu ada sorang ni kata big brands sangat mementingkan personal life duta sebab segalanya akan bagi impak pada brand. Kalau Dior panggil Dilreba Madam, pasti Dior tahu apa yang netizen tak tahu (kawen).

Maka, naiklah balik gossip Johnny-Dilreba. Hanya gossip between Dilreba and Johnny saja yang management Dilreba tak pernah keluarkan statement penafian. Gossip dengan actor lain semuanya dorang keluarkan official statement untuk menafikan. Kenapa gossip dengan Johnny, management Dilreba senyap? Hat ni mengundang rasa pelik.

Aku sebenarnya tak yakin dengan gossip ni. Sebab Dilreba ni Islam, etnik Ughyur pulak tu. Mustahil dia kawen dengan Johnny. Sedangkan Johnny masih visit temple. Kecuali kat sana amalkan kawen campur tanpa tukar agama, yang tu aku tak tahulah. Kalau Johnny dah kawen atau ada steady gf aku percaya tapi kalau dengan Dilreba payah nak percaya. Tapi kalau betul dorang dah kawen memang powerlah Johnny. Dalam ramai-ramai, dia dapat Dilreba. Kahkahkah. Mau kiamat Weibo.

Ok itu satu cerita. Satu lagi announcement dari production Natural High. This season, Johnny diserap as regular member . Last year Johnny dijemput as guest. Disebabkan rating program ni naik mencanak and involvement Johnny changed the vibe dalam program tu, ramai minta Johnny kekal as regular member. Johnny awalnya refuse sebab schedule dia padat. Tapi tahun ni dia setuju as regular member cuma maybe dia takkan ada sepanjang season. Kalau 1 season ada 10 episod, maybe dia hanya akan involve 8 episod saja bergantung pada schedule dia.

Natural High ni macam Korea punya Running Man. Yang terpilih as regular member kriterianya mesti active, lasak, sporting, kelakar dan bongok-bongok perangainya. 

Shen Teng tu berlakon dengan Johnny dalam Pegasus 1. Hu Xian Xu berlakon dengan Johnny dalam Pegasus 2. Now Johnny tengah filming Pegasus 3 tapi dua-dua tu takde dah.

Jia Bing (Bing Ge) berlakon dengan Johnny dalam Our Dazzling Days. Belum tayang.

Gina Jin baru-baru ni dengan Johnny dalam program Top Car Racer. Dah tayang.

Kalau tengok Gina tu dalam Natural High pun dia satu-satunya perempuan, dalam Top Car Racer pun dia satu-satunya perempuan. Sebab dia gila-gila sikit so memang boleh join team lelaki-lelaki bongok ni semua.

Ada satu game between Wang Anyu dengan Johnny. Dorang kena re-create iconic scene dalam drama masing-masing tapi bersembang (tanpa skrip asal). Hanya aksi saja tiru drama. Anyu pilih Johnny as partner. Memang dah agak Anyu konfem pilih Johnny. Selesa betul dia dengan Johnny dari season 2 lagi. Tapi bila dah pilih Johnny, kau termalu-malu. Dah kenapa kau 🤣.
 
Pastu kat Weibo Anyu tulis dia berdebar dengan scene tu sebab kat situ dia realised how attractive Johnny. Kau rasa?? Tak ke mengundang sangat post kau tu? Nasib baik orang tahu Anyu and Johnny memang gila-gila, jadi takde yang buat gossip. Kalau Bai Jinting yang cakap gitu konfem kena cop gossip gay terbaru Johnny.

Tapi personally aku tersentuh bila scene game Bing Ge. Bila ditanya kalau transport ke badan orang lain, siapa yang dia akan pilih. Then Shen Teng tanya “Nak tak jadi Huang Jingyu”. Bing Ge jawab “Nope. Terlalu penat jadi Huang Jingyu”

Kalau orang yang tak faham maksud sebenar akan ingat penat jadi Johnny sebab asyik berlakon action genre je. Tapi Bing Ge dengan Shen Teng antara senior yang Johnny rapat. Dorang tahu ‘seksa’nya menjadi Johnny. Dengan macam-macam isu dia kena hentam, gossip, fitnah. Berlakon tu memang tahu dah always busy tapi menjadi Johnny tu sendiri orang tak sanggup. Bak kata Bing Ge “Penat”.

Tak tahulah apa jadi kat Weibo malam ni. Aku malas nak tengok. Harap-harap gossip dengan Dilreba tu tak merebak sebab nanti si WYX tak pasal-pasal muncul. Semak! Dia ni kau muncul rosak mood satu dunia. Amber Heard China orang gelarkan dia. Sesuaiiiiii ngat!


2025-12-12

Hibah: Hibah untuk orang sakit kenapa tak keluarkan lagi?


Post aku tunjuk gambar En Wan serahkan mock cek hibah semalam buatkan ramai tanya aku "Hibah untuk orang sakit kenapa tak keluarkan lagi?"

Hibah untuk orang sakit sebenarnya memang tak wujud dalam standard offer. 2 tahun lepas Prudential keluarkan offer hibah untuk orang sakit. Tapi dorang keluarkan limited time je. Siapa yang grab waktu tu memang untunglah. Sebab lepas tu tak bukak dah. 

Company berdepan dengan risiko kerugian sebenarnya bila offer hibah untuk orang sakit. Just imagine, orang yang dah ada risiko kematian yang besar diberi peluang untuk buat hibah. Walaupun nilainya rendah antara RM50-250K saja, tapi risiko tu dah ada. Sebab tu dia buka kejap je offer tu. Memang ramai gila yang grab. En Wan ramai client yang sign-up hibah untuk orang sakit.

Salah satunya client di Johor, yang dah pun arwah. Isterinya blog reader. En Wan paling ingat client ni. Sebab arwah kerap whatsapp En Wan bersembang pasal sakitnya. Maybe dia perlu someone untuk bercerita. Memandangkan En Wan memegang amanah dia (hibah), jadi dia agak selesa bercerita dengan En Wan. Hujung-hujung hayatnya, dia call En Wan tanya "Takde cara ke untuk isteri saya dapat nilai hibah yang saya apply kalau tak cukup 2 tahun?"

Sedih pulak bila ingat-ingat balik. Nampak yang dia teringin nak tinggalkan sesuatu untuk isteri. Anak kecik lagi. Hajat dia tak kesampaian. Hibah untuk orang sakit, tempoh matang polisi adalah 2 tahun. Kalau capai tempoh matang, waris akan dapat hibah. Kalau meninggal sebelum 2 tahun, company akan pulangkan balik kesemua duit caruman yang dah dibayar. Hibah tak dapat.

Orang kata hibah ni tak penting. Buat apa nak ambik hibah sebab hukum Allah tu terbaik (faraid) katanya. 

Takde siapa pertikaikan hukum faraid. Hibah tak menggantikan faraid pun. Faraid tetap jalan. Hibah ni untuk melengkapkan apa yang faraid tak boleh selesaikan. Faraid dibahagi ikut ketetapan. Tapi faraid tak ambil kira realiti hidup kita. Faraid memang hukum Allah yang sangat adil. Tapi manusia? Manusia tak selalu adil, tak bijak dan tak bertanggungjawab.

Harta yang dibahagi ikut faraid tu mungkin jatuh ke tangan orang yang tak mampu manage dengan baik. Ramai orang yang tak faham tanggungjawab sebenar sebagai penerima faraid. Dorang ingat faraid tu duit FREE untuk kegunaan diri sendiri. Padahal faraid tu datang bersekali dengan tanggungjawab. Dapat duit faraid, bantu balu besarkan anak, bayarkan hutang si mati. Itulah tujuan kenapa waris dapat sorang sikit, untuk memastikan dalam ramai-ramai tu ada yang bertanggungjawab. Masalahnya MOSTLY yang dapat faraid berjoli dengan duit tu. Selalunya balu terkontang-kanting uruskan segalanya berbekalkan bahagian faraid yang 1/8 tu.

Yang aku pelik tu sampai ke rumah pun nak dituntut dah kenapa? Terang-terang rumah tu nama suami dan isteri, dah kenapa yang bahagian si suami tu nak jugak direbutnya? Kau takde rasa simpati ke dengan menantu? Dahlah hilang suami, now rumah yang menjadi kenangan dia dengan suami pun kau nak sebat. Kau takde share pun dalam rumah tu! Kenangan kau pun takde dengan rumah tu. Nak ugut-ugut menantu bayar bahagian rumah si arwah tu dah kenapa?

Masa orang tu kerja macam nak mati bayar loan rumah, mak bapak di mana? Ada hulur? Takde.
Masa orang tu bayar duit kereta bulan-bulan, ada hulur? Takde.
Orang tu buat harta bersama, kau ada share ke? Takde.

So kenapa beria benau nak menuntut segalanya lepas arwah dah takde. Yes, aku tahu waris ada hak ke atas harta-harta si mati. Tapi, TIMBANGRASA letak mana? Orang kalau ada otak, dia ambil hak faraid dan selepas tu dia tanya menantu "Ada hutang-hutang arwah yang belum settle? Pakailah bahagian yang mak dapat ni untuk settlekan hutang arwah".

Itu kalau ada otaklah. Selalunya takde. Selalunya takde yang kisah pun pasal hutang ni. Korang yang buat hutang, koranglah bayar katanya. Ohh pandai. Hutang yang suami isteri tu buat bersama, kau tak nak campur. Tapi harta yang suami isteri tu buat bersama, kau sibuk nak!

Faraid tak tanya siapa yang jaga masa sakit?
Berapa jumlah perbelanjaan anak-anak setiap bulan?
Isteri ada pendapatan sendiri ke tak?
Rumah tu siapa bayar selama 20 tahun?
Loan kereta siapa settle tiap bulan?

Semua tu tak masuk dalam kiraan faraid. Bila mati, harta tetap dibahagi ikut formula. Maka hibah wujud untuk isi gap tu. Supaya spouse tak perlu serabut menunggu bahagian faraid. Ini bukan untuk ganti faraid, tapi melengkapkan sistem supaya bila kita takde, keluarga tak sengsara, anak tak terabai, dan amanah kita dijaga. 

Jangan ingat ada orang nak bela anak bini kita lepas kita takde. Jangan ingat ada orang nak tolong anak bini kita setiap bulan. Hari kematian kita tu je dah boleh nampak, orang nak sedekah RM100 pun berkira-kira. Kau rasa ada orang nak hulur tetiap bulan? Memang taklah.

Untuk orang yang sakit, memang takde hibah yang boleh dioffer. Sebab tu ambillah hibah sebelum sakit. Masa tengah sihat, buat. Yang dah sakit tu, aku suggest korang boleh try ambil investment. Nilainya tak sebanyak hibah, but sekurang-kurangnya adalah sikit amount untuk ditinggalkan. Kalau sampai tempoh matang, kau pun boleh keluarkan untuk guna sendiri. Kalau ditakdirkan meninggal, waris yang dapat. Tak perlu difaraid sebab dah ada penama siap-siap.

Yang masih sihat, bolehlah consider ambil hibah. Client En Wan yang dia visit semalam tu pun asalnya no idea lansung pasal hibah. Dia baca post aku and tergerak nak buat hibah. Tak sangka 3 bulan selepas tu suami accident and meninggal. 

Ada sorang blog reader yang En Wan dah approach dia since 2023. Masa tu dia minta quotation tapi dia tak proceed for what reason aku pun tak tahu. Awal tahun ni dia contact semula En Wan nak sign up hibah. Tapi dah ada rekod kena mild stroke. Maybe dia dah di-diagnose dengan heart problem agaknya tu yang teringat nak buat hibah. Tak dapatlah aku nak tolong, aku nak appealkan permohonan pun tak lepas sebab terang-terang dah ada rekod doktor.

Hibah ni takde kenaikan setiap tahun sebab tak terlibat dengan inflasi perubatan. Apa yang kau start bayar, sampai bila-bila itulah komitmen nilai carumannya. Aku buat masa umur 35 tahun, RM100/sebulan. Sampai sekarang after 13 tahun masih lagi RM100/bulan. 

Buatlah masa tengah sihat ni, sebab once kau ada sakit je, terus decline application kau. Jangan takut or segan nak tanya En Wan pasal ni. Dia akan advise pelan apa yang kau boleh buat, sesuai dengan bajet. Jangan aim nak hibah tinggi-tinggi terus. Nanti kau tak mampu bayar. Start je dengan RM250K dulu.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2025-12-11

Post iQIYI Scream Night


Sabtu lepas sebenarnya masa tengah iron baju tu aku tengok live streaming red carpet iQIYI Scream Night. Tunggu Johnny melintas. Tapi lepas dapat berita Aireen meninggal, aku off live. Terus tak tengok-tengok dah award night. Nasib baik team Whale Guardian Vietnam and Brazil supply aku dengan material - gambar and video. Sempat aku mesej dorang mintak supply material sebab aku ada emergency. Tu pasal malam tu aku just share kat IGS, takde tulis apa-apa. So hari ni baru nak story.

Malam tu Johnny busy turun naik stage, as penerima award sebagai co-producer, award diri sendiri and as presenter. Nama dia tak tercalon dalam Best Actor sebab tahun ni seketul drama dia tak release. Padahal ada pending 8 drama and 3 movie. 

Tahun ni dia pulun filming saja, maybe tahun depan baru beratur semua projek dia keluar. Macam last year dia menang Best Actor sebab projek keluar berderet. However tahun ni dia menang anugerah khas - Best Actor in Charisma. Terlampau banyak projek back to back dan setiap naskah genre berbeza. So he won that category.

Johnny ada a few company.

1. Shanghai Fushifanhua Film and Television Culture Co., Ltd.
Pemilikan saham: 95%

2. Shanghai Qianshuo Culture Media Co., Ltd.
Pemilikan saham: 90%

3. Chongqing Xianlong Culture Media Co., Ltd.
Pemilikan saham: 85%

4. Chongqing Xingyu Shengjing Film and Television Culture Co., Ltd.
Pemilikan saham: 85%

5. AstroEntertainment

6. AstroMusic

Bawah Astro ada total 11 actors and singers. Kebanyakan drama yang dia berlakon adalah co-production dengan company sendiri. Jadi selain dari dapat gaji as actor, dia juga dapat gaji as co-producer. Last year drama The First Shot pun company dia co-produce. Filem tu cross lebih RMB500 juta (lebih USD 70 juta). Kalau dia as male lead dibayar USD5 juta, berapa agaknya dia dapat as co-producer? Wahh seronok mengira duit orang.

Walaupun dia memang CEO and Chairman in real life, cuma sekali je dia carry watak CEO - drama Love Designer. Agaknya letih carry watak tu in real life, dah malas nak pegang watak tu dalam drama. Bagi jelah Miles Wei pegang watak CEO 🤣. Miles Wei asal berlakon je jadi CEO. Tapi CEO kejung. Aku tengok Johnny jadi CEO gi meeting pakai jacket kulit, naik motorbike pulak tu. Takde pulak pakai full black suit. Tu pasal dalam Love Designer dia carry style yang sama, ke mana-mana dengan motor. Sebab in realiti gitulah dia as CEO.

The next day selepas award night, Hot Search dia number 1, ranking WeChat dia number 1 and ranking Douyan also dia number 1. Padahal dia hanya dapat award khas, bukan menang Best Actor pun. 

Then nak tahu apa jadi??

"The system" tried to cleankan ranking tu. Dorang nak organic reach sahaja. Lahhh tiber. Tiberrrr nak hanya organic reach. 

Maksudnya dorang nak ranking tu based on IP yang berlainan. Kalau kat rumah kau ada 10 orang, dikira 1 saja. Tiba, kan? Tapi yang best tu, setelah "dicleanedkan", tetaplah Johnny nombor satu. Menganjing teruk dak-dak Whale Guardian hari tu. Nasib baik aku tak masuk, kalau tak, dengan aku-aku sekali join menganjing.

Last year 2024, Johnny menang Best Actor. Masa ni jauh beza ranking dia tinggalkan orang lain. Tu agaknya "the system" tak puas hati. Setahun dorang berdendam gamaknya. Mesti dorang berpikir-pikir macamana Johnny yang bukan traffic actor boleh berdesup pergi tinggal orang lain yang lebih fofularr? Tak logik...tak logik. So this year dorang cuba "cleankan". 

Dah cleankan pun tetepppplah Johnny nombor 1. Kalau tak clean entah-entah 200 juta perginya. Kahkahkah.

Ranking ni bukan voting tau. Ini system dalam Yunhe yang detect post dari audience sempena award night tu. Bermakna, dengan ketiadaan official fanclub dalam negara sendiri, dia masih orang sebut-sebut. Ini kalau international fans nampak data ni, konfem dorang tak percaya. Konfem dia kata aku edit. Eh banyaklah pulekkkk masa aku nak edit. Kosser. Tu cara-cara Johnny takde pencalonan, kalau ada? Tenggelamlah yang lain. 

Aku cari-cari juga nama Chen Zheyuen dalam ranking ni sebab tahun ni dia ada 3 drama. Tapi tak masuk dalam ranking lansung. Padahal hari tu dia datang KL kemain lagi ramai peminat, kan? Orang tak tahu kat China dia bukan antara yang orang pandang pun dari segi acting. Dari segi muka oklah hensem, tak dinafikan. Malam award tu nama dia tak banyak disebut sampai lansung takde dalam ranking. Ni kalau peminat-peminat kat Malaysia tahu ni, mau murung. Ada ke fans CZY kat sini? Mintak mahaplah ya kalau terbaca post ni. I bukan gossip, I share fakta.

Tu pasal aku cakap Netflix bagi mis-leading idea bahawa actor-actor berwajah cantik adalah famous dan hebat di negaranya sendiri. Lansung tak pun sebenarnya. Dari segi marketing, Netflix ni pandailah. Sebab dia tahu audience lebih tertarik tengok muka berbanding jalan cerita. Maka, itulah yang dorang jual. Hakikatnya, cerita-cerita tu tak masuk list dalam negara sendiri pun. Contohnya Dilreba. Famous internationally, kan? Tapi tahu tak rating Douban (macam IMDB), takde satu pun drama mahupun movie melepasi rating 7.5? NONE!

News seterusnya adalah, semalam iQIYI dah announce drama Johnny Punishment 2 akan release bulan ni. Hamlau betul. Ingatkan The Dazzling Days keluar dulu, rupanya Punishment 2. Siapa yang nak tengok Punishment 2, harap habiskan dulu Chasing the Undercurrent. Karang kau tak paham jalan cerita.

Hari tu masa ambil award Johnny sound iQIYI.

"Banyak drama saya pending ni, cepat clearkan inventory"

Pastu MC cakap "Mana ada orang ambil award sambil sound organizer kenapa peram drama lama sangat?" 🤣

Tapi memang pun. Apa kena ntah iQIYI peram drama dia lama sangat. Ni mesyi iQIYI dibayar oleh mana-mana agensi supaya jangan keluarkan drama Johnny supaya actor dorang dapat masuk pencalonan and menang. Hahaha.

News semalam, fresh dari Weibo adalahhhhhhh *drum roll*.....

...GOSSIP JOHNNY ADA GIRLFREN!

Letih mak gini. Dah macam upacara tahunan. Every year, setiap kali Johnny nak keluar new projek akan ada gossip macam ni. Aku yang dengar pun letih, pelik yang buat cerita ni tak letih ke? Masalahnya, same old tektik. Takde bukti pun, semuanya narratif and andaian. Asal ada gambar Johnny and sorang perempuan dalam satu frame dan perempuan tu nampak cantik sikit, terus kena cop girlfren. Patutlah Johnny malas nak layan gossip murahan. 

Dia macam ni. Kalau kau berani buat cerita, keluarkanlah sekali bukti. Kita nak gak tengok bukti Johnny pegang tangan awek ke, makan sama bersuap-suapan ke, merenung mata ke, apa-apa je lah. Barulah meyakinkan. Ini tak. Asal ada gambar perempuan satu frame dengan Johnny, seboleh mungkin dia cipta naratif nak kaitkan dengan Johnny. Bodoh punya naratif. Come onlah. Takkanlah 8 tahun satu bukti tu tak dapat cari? Paparazzi apa gini?

Kalaupun Johnny ada girlfren, patut padan pun, Umur dia dah 33, bukan 13. Dah selayaknya kawen. Apa yang peliknya kalau dia ada girlfren? Tapi tulah, takkanlah hampir 10 tahun Johnny dalam industri, sorang paparazzi pun tak berjaya tangkap gambar dia and "girlfren"? Apa bangang sangat ke paparazzi China? 

Paparazzi Malaysia, hari ni keluar gossip, esok dah bersepah bukti bergambar keluar merata-rata. So nampak tak kat sini yang sebenarnya dorang ni fabricate story je nakkan engagement. Bertahun-tahun jual cerita yang sama nak membenamkan Johnny, tetaplah dia top ranking, tetap ada job non-stop. Kau? Kekal loser recycle issue yang sama.

Ni aku tunggu WYX pulak. Dia ni selalunya akan create issue hujung-hujung tahun. Entah hape lagi issue dia nak buat pasni.

Kawen senyap-senyap, ✅
Kena pukul, ✅
Curang, ✅
Skandal, ✅
Keguguran, ✅
Anak mati dalam perut impak dari kena pukul dek Johnny, ✅

Kita tunggu apa lagi dia nak create. Kadang seronok gak layan perempuan gila ni. Macamana la Johnny boleh terjebak dengan Amber Heard China ni. Kesian.


2025-12-10

Medical Card: Boleh je nak menabung. Tak salah pun.


Boleh je nak menabung. Tak salah pun. Orang yang ada habit menabung ni jauh lebih terurus daripada yang takde apa-apa saving langsung. Tapi, ada satu realiti yang kita kena terima dengan hati terbuka.

Menabung untuk kos perubatan tak sama dengan medical card protection. Ini hakikatnya.

Aku ambil contoh screenshot atas. Dia simpan RM200 sebulan selama 7 tahun. Now dah RM16,800. Alhamdulillah, konsisten. Bagus. Dalam dunia savings, itu satu achievement. But in the medical world, RM16,800 is actually tak cukup untuk apa-apa yang serius.

Apendiks boleh cecah RM8-12K.
Denggi dengan platlet drop kena masuk wad 4 hari roughly can hit RM4-6K.
Accident patah tangan masuk OT boleh dalam RM15-25K.
Angiogram, RM8-12K.
Angioplasty (stent), RM25-60K.
Kanser? RM80-300K setahun, depending jenis rawatan.
ICU sehari je dah RM2-4K.

Bukan nak menakutkan, tapi nak cakap realiti. Sekelip mata, habis semua savings 7 tahun tu dalam masa 24 jam. 

Menabung ni, duit habis sekaligus. Kau kena start savings all over again bila dah guna nanti. Tapi medical card, company bayar berkali-kali. Ini ramai yang tak tahu. Sebab tu dorang rasa takde beza bayar medical card dengan menabung. Sebab tak faham konsepnya.

ADA BEZA.

Kalau ada RM16K simpanan pastu kau guna RM12K untuk apendiks, tinggal RM4k balance. Kalau tahun depan kena demam denggi, kau bayar lagi. Kalau dua tahun lagi accident, kau bayar lagi. Banyak mana sangat dalam tabung tu kalau lepas kumpul guna, lepas kumpul, guna. 

Kalau ASB ada RM100K, tup-tup kena bayar bil hospital RM40K, tetap rasa sakit. Sebab nak kumpul RM100K tu makan tahun, tapi RM40K habis gitu je sekejapan.

Medical card, lain. Katakan now bayar RM300/sebulan, tiba-tiba next  4 months accident. Company akan bayar bil rawatan walaupun jumlahnya RM60K. Padahal kau baru bayar caruman RM1200. RM300 sebulan ni kalau menabung sampai 10 tahun baru dapat RM36K. Bil accident katakan RM30K. Memanglah cukup duit nak bayar tapi sakit bila tengok sekejapan dah hilang RM30K dari savings yang 10 tahun tu. 

Medical card tak tengok “kau dah carum berapa”. Dia tengok “kau dilindungi berapa”. Itu beza paling besar between savings and medical card.

Aku baru lepas bersembang dengan Amiza (dulu founder Ephyra). Last year dia kena cancer thyroid. 2 kali surgery with treatment, RM144K bilnya. Ini kalau nak menabung 20 tahun maknanya kena simpan RM600/bulan. Tu untuk treatment setahun. Kalau tahun depan kena buat treatment lagi? Mana nak cekau, dah habis RM144K dah. 

Amiza cakap nasib baik dari umur 21 dah ambil insurans. Siapa sangka umur 40+ tiba-tiba dapat sakit? Dia kata simptom takde, tau-tau je kanser. Benda ni kita tak jangka. Arwah Aireen gitu juga. 27 tahun dengan medical card, at age 54 dapat kanser. 

Memanglah medical card tak menjanjikan kita sembuh. Itu bukan tujuan ambil medical card pun. Tujuannya untuk kurangkan beban, bukan hilangkan sakit. Sebab dalam dunia perubatan, kos hospital naik hari-hari. Kalau benda jadi tiba-tiba, at least kita tak payah fikir pasal bil hospital dulu. Kita boleh fokus pada treatment, pada proses nak sembuh, pada emosi kita.

Apa yang Amiza cakap ni betul. Bila sakit, tak nak pikir duit, nak pikir sihat saja. Jadi, apa saja option yang doktor suggest, tak perlu fikir berlama-lama sebab kos bukan issue, terus je proceed dengan treatment yang ada.

Aku tak kata takyah menabung. Silakan. Aku pun menabung. Cuma, tabung tu berguna kalau kau tak sakit teruk. Sakit-sakit ringan, demam, memang boleh guna duit tabung. No issue. Tapi kalau kena masuk wad, kena buat procedure, kena surgery, waktu ni tabung yang kita kumpul bertahun silap-silap tak cukup. Tabung ni untuk kecemasan kecil saja, medical card untuk kecemasan besar. Dua-dua ni bukan saling "siapa lebih baik", tapi pelengkap.

Aku pelik dengan influencer yang influence orang takyah ambil medical card. Kau takde medical card, itu kau punya pasal. Tapi boleh tak educate orang benda yang betul. Balik-balik hujahnya "lebih baik menabung". Eloklah. Esok kalau bil hospital sesiapa sangkut, gi mintak duit kat dia sebab dia menabung lama dah tu.  Banyak dah duit dia. 

Hakikatnya, orang kaya pun ambik medical card. Padahal dorang mampu bayar cash. Sebab apa orang kaya ambil medical card? Bukan sebab dorang mampu bayar caruman tapi sebab dorang tahu konsep risk transfer. Bagi dorang, kenapa nak berhabis ratus ribu guna duit sendiri bila aku boleh transfer risiko tu pada syarikat takaful hanya dengan RM350 sebulan? Aaa gitu cara dorang berpikir.

“Company untung atas angin bila orang terminate polisi awal” kata si polan.

Itu bukan salah insurance/takaful. Itu salah client. Client yang nak terminate. Selalunya yang terminate polisi awal ni tak faham kenapa dia ambil. Selalunya jenis ni nak untung. Dia cepat rasa rugi bila takleh claim. Kadang aku pelik some people yang tak sakit pun dia susah hati. Nak sangat ke jatuh sakit semata-mata nak guna medical card baru rasa berbaloi bayar tetiap bulan?

En Wan pernah cerita ada prospek yang dia pernah approch tahun 2022 dulu. Dah bagi explanation and quotation semua, tapi tak proceed. Tak kisahlah kalau tak nak proceed tapi, after 2 years contact En Wan balik nak buat medical card sebab dah sakit. Pastu marah-marah bila medical underwriter letakkan exclusion pada sakit yang sedia ada.

Sayangku...mana ada company nak cover sakit yang sedia ada? Ni macam kau pergi kedai spare part kereta, bawa kereta yang enjin dah kong, lepas tu mintak, “Boss, harapnya warranty boleh cover ya?” 

Warranty pun ada expiry, sayang. Sama macam medical card. Dia cuma protect pada penyakit di masa depan, bukan sakit yang dah ada atau yang pernah ada. Bila sakit tu dah wujud, itu dah jadi pre-existing. Tak akan cover punya. Tapi, walaupun dia tak cover penyakit sedia ada, masih ada banyak lagi penyakit yang kita berpotensi untuk dapat. Contohnya demam, pneumonia, surgery - ini semua masih boleh pakai medical card.

Syarikat takaful/insurans bukan badan amal. Dorang tak boleh cover penyakit yang dah wujud. Kalau buat macam tu, caruman semua orang akan naik gila-gila. Orang yang sihat pun rasa tak fair sebab kena bayar caruman lebih tinggi hanya kerana orang lain diberikan non-exclusion bila dah sakit. 

“Kalau ada darah tinggi, apa-apa sakit berkaitan darah tinggi memang takkan cover ke?”

Ya. Betul. Memang takkan cover. Ini proses normal dalam mana-mana under writing insurans. Bukan Malaysia je, satu dunia ikut konsep yang sama. Kalau someone dah ada penyakit kronik, risiko kecederaan organ, risiko serangan jantung and risiko strok akan buatkan caruman jadi lebih tinggi dan ada exclusion pada penyakit sedia ada.

Ini bukan sebab syarikat nak untung semata, tapi semua dibuat atas penilaian risiko. Insurance bekerja berdasarkan matematik risiko. Kalau statistik dah tunjuk orang dengan penyakit A kebarangkalian tinggi untuk masuk hospital, syarikat perlu protect diri dorang so that dorang can protect client lain dengan adil. Kalau tak, syarikat terpaksa naikkan caruman semua orang, ujung-ujung takde siapa mampu bayar. Itulah munasabahnya dorang buat exclusion.

“Insurance banyak sangat reject claim”

Claim kena reject mesti ada sebab. Kalau suka-suka reject, dah lama kena saman, dah lama hilang lesen. 

Selalunya claim kena reject sebab kes tu tak cover dalam polisi (contoh, pre-existing condition). 

Atau dokumen tak lengkap. Report doktor takde, bil tak submit, maklumat tak tepat. Maklumat tak tepat ni selalunya doktor punya hal. Sebab apa yang doktor tulis itulah yang akan dianalisa oleh medical underwriter. Kalau doktor tulis "During admission, we ran a blood test and the patient's blood sugar was 17" - ini salah agen ke? Salah company takaful ke? Tak. Blood sugar kau yang mencanak, jangan salahkan company bila claim kena reject.

Walaupun kau kata "Saya masuk hospital sebab demam"

Ya, betul. Tapi medical underwriter kena hold claim tu sebab dorang nak investigate blood sugar tinggi. Sebab dalam polisi kata no health declaration, tapi now after 1 year blood sugar tinggi? Diabetis takkan jadi dalam masa setahun, ya. Diabetis ni dah berakar dalam badan 3-4 tahun baru simptom keluar. Jadi, kau punya demam tu boleh jadi simptom-simptom diabetis. Sebab tu claim kena put on hold until dorang investigate.

Bab ini kena work dengan agen. Agen selalunya akan cuba appeal. Tapi kau pun janganlah buat agen tu macam kuli batak. Semua benda serah kat agen untuk uruskan. You bayar caruman untuk your hospitalization benefit, bukan bayar gaji agen untuk buat semua benda. Kalau agen minta kerjasama collect medical report, tolonglah buat. You nak agen proseskan claim tapi medical report malas collect sebab kena bayar RM100. Boleh pulak minta agen bayarkan kos medical report. Itu medical report you, youlah bayar.

Dah cukup bagus agen nak panjat hospital turun naik untuk pastikan doktor isi requirement form. Collect report lagi. Berjam-jam menunggu. Tu pasal ada agen tak nak handle client yang ada history penyakit sebab letih kena buat kerja. Ada agen yang hanya nak buat hibah je, medical card tak nak buat sebab too much hassle dan karenah. So kalau sesiapa dapat agen yang willing accept polisi medical card, berterima kasihlah. 

Sometimes claim kena reject sebab waiting period belum habis lagi tapi dah nak guna medical card. Ini memang payah nak claim. Client En Wan kalau nak masuk hospital mesti call dia dulu. Nanti En Wan akan advice apa yang perlu buat, apa yang jangan buat and apa yang perlu bagitahu doktor. Ni semua sebab nak tolong client bila time nak claim nanti.

Selalunya kes-kes claim kena reject ni berkaitan dengan client yang tak faham polisi sendiri. Caruman tak bayar beberapa bulan pun ada. Yang ni no choice kau kena bayar dulu yang pending baru company proceed claim. 

Ada yang time nak claim baru tahu polisi dah lapsed. Pastu salahkan company "Aku dah bayar 4 tahun, takde timbang rasa lansung!"

Ya, kau dah bayar 4 tahun tapi polisi tu lapsed berapa lama dah? Kalau bayar 4 tahun, polisi takkan lapsed hanya kerana kau tak bayar 2 bulan. Sebab dalam polisi ada savings yang boleh ditolak untuk bayar caruman. Bila polisi dah lapse bermakna savings dalam tu dah kering. Maknanya kau dah tak bayar banyak bulan!

Ada juga yang masuk hospital bukan untuk rawatan tapi untuk investigation saja. Ini kalau doktor yang tulis report macam ni, memang konfem takkan dapat claim punya.

Tapi orang tak cerita semua ni, kan? Dorang cuma cerita "Claim aku kena reject”

Komen yang tanya “Kenapa masa sihat tak nak ambik insurans?

Opsss. Ini pedih.

Realitinya ramai orang tak ambil medical card masa sihat sebab rasa tak perlu. Umur tengah muda, rasa macam badan sihat. Takkanlah aku sakit awal kot? Aaa gitu. Bila umur dah masuk 30-40 dah mula nampak hawa-hawa darah tinggi mula naik, kolesterol dah start, gula dalam darah dah start 7-8, bukan below 6 lagi dah. Masa tu baru panik. Masa tu barulah berdoa supaya medical card cover penyakit existing.

Bila ada komen yang kata agen menipu, tak dinafikan itu ada berlaku, tapi sangat minor. Majoriti agen tak berani menipu sebab BNM dan regulatory body boleh gantung lesen. Sebab tu polisi wujud sebagai black and white. Client kena pegang pada polisi.

Jangan sorok apa-apa dari agen. Masa nak sign-up tu declare segala macam medical history - yang pernah ada tapi dah baik, yang sedang ada, SEMUA. Ini untuk mudahkan masa claim nanti. Dibuatnya masa nak claim sekali rekod doktor tunjuk blood pressure reading dah tinggi since 2 tahun lepas, camana?

Kita nak agen tolong appeal kenalah ada bukti sokongan yang memihak pada kita. Kalau medical history kita teruk, toksah marahlah kalau agen tak dapat tolong. Company pun bukan bodoh. Rekod klinik dan hospital semua digital. Bila underwriter nampak data bercanggah, kes kau kena hold punya. Aku tahulah bab ni sebab masa jadi medical underwriter dulu pernah hold-kan claim client bila rekod medical bercanggah. Kau menipu, kau tanggung. Itu je jawapannya.

Orang selalu emo dengan medical card, as if company takaful tahu nak ambik duit orang dan tak bagi manfaat. But that’s really not how it works in real life. 

Medical card sebenarnya antara produk PALING TAK MENGUNTUNGKAN bagi syarikat takaful, sebab kos rawatan hospital meningkat setiap tahun 12-15%. Sebab tu dorang strict. Sebab tu ada exclusion. Sebab tu ada waiting period. Dan sebab tu lah jarang atau hampir tak pernah tengok orang letak profile kat media sosial "Profession: Medical Underwriter". Tak pernah nampak, kan? Sebab profession ni boleh mengundang ramai hatred dan makian dari dengan netizen ber-IQ 2 digit. Jadi, biar ex-medical underwriter tolong buat kerja membagi pencerahan ni.  

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2025-12-09

Belajar menghadapi kehilangan

Thank you yang ucap takziah pada post aku tentang arwah Aireen. Terlampau banyak, sorry aku tak dapat reply satu-satu. Terima kasih.

Yang tanya samada aku ok ke tak today...

Hidup kita semua nampak sama pada luaran, kan? Pagi tetap kena bangun macam biasa, datang kerja macam biasa, mesej masuk macam biasa, tanggungjawab kat rumah and ofis tak pernah berhenti hanya kerana ada satu orang meninggal. That's life. Orang tengok kita kerja macam selalu, update blog macam biasa, update media sosial macam biasa, bercakap macam biasa. Dari luar macam tak terusik. But on the inside, there’s a gap we never take a moment to truly feel.

Aku tak sempat or maybe takde masa untuk grieve properly. Ada banyak kerja yang aku kena siapkan, ada plan yang aku tengah run, ada benda yang aku kena deliver sebelum dateline. Semua kena jalan macam biasa. Tak sempat nak pause. And when you never take the time to pause, that sadness becomes like something you keep in your pocket. You carry it everywhere, but never take it out.

Orang kata life goes on, dan memang betul. Hidup takkan berhenti walaupun kita tengah bersedih. And bila kita tak grieve betul-betul, mudah nak rasa lost. Buat benda yang sama, tapi macam autopilot. Masuk opis, automatik bukak laptop, check mesej, check wahstapp, check system. Badan tu bergerak sendiri, but the soul lags far behind. Itulah yang aku rasa sejak semalam.

Because Aireen pergi terlalu cepat. I wasn't prepared and ready. Aku masih lagi mencari alternative suplement and produk and share pada dia. Walaupun dia dah cakap banyak kali her liver hanya ada 10% function. Untuk survive perlu at least 25%. Tapi entahlah, aku percaya pada keajaiban. Everyday aku doa berikan keajaiban pada Aireen walaupun dalam ilmu manusia nampak macam takde harapan. Setiap kali visit dia, aku always plan to come visit again. Ayat aku always "I'll see you again" Takde lansung terlintas dalam fikiran aku Aireen akan pergi this soon.

Orang selalu ingat bila kawan meninggal, tak sebesar ahli keluarga meninggal. Tapi orang tak tahu relationship dengan someone tak diukur melalui lama mana kita kenal or gelaran. It’s about the moments we have experienced together. Alangkan Leslie yang tak pernah jumpa tu pun aku menangis bagai nak rak, lagikan someone yang kita ada physical touch. Ada yang kita jarang jumpa tapi dekatnya macam dah kenal 10 tahun. Ada orang yang kita baru kenal 2 bulan tapi bila bersembang mesra dah macam keluar dari perut yang sama.

Aireen memang sakit, tapi dia masih bergerak and bercakap macam biasa. Umpama selsema. Selsema tu sakit tapi masih bangun buat kerja. Macam tu lah keadaan Aireen. You just imagine, Isnin 1 hb hari tu dorang KG team bermeeting di ward. En Wan ada ambik gambar group. Dorang semua meeting dalam keadaan duduk kat meja makan. Macam bilik meeting jadinya. Bilik ward Aireen tu ada 2 section. Satu katil and sofa. Another section is meja makan besar with pantry. Dorang satu group buat Monday meeting kat situ sejak Aireen warded. She was ok. Boleh buat kerja. 

Khamis yang nak discharge tu, pagi tu dorang ada meeting lagi. Katanya ok je dia. Ahad lepas masa aku visit dia kata doktor suruh banyakkan ambil protein sebab muscle tak kuat after lalui a few treatments. Dalam pikiran aku dah terpikir nak order grilled salmon from Kay's & Lobster untuk her, bawak next visit. Tengahari tu dia discaj and suddenly boss bagitau dia sakit and terpaksa masuk hospital balik. Aku pun anggap oklah, nanti weekend gi visit Aireen lagi.

I came to see you, Aireen. I did. I had promised, “I’ll see you again,” tapi last weekend I datang sebab you dah takde lagi ðŸ˜­.

Meninggal mengejut ni trauma dia lain. Kalau meninggal sebab sakit yang dah berlama-lama, at least kita dah bersedia mentally and emotionally. Tapi meninggal sudden ni, dia punya numb lain. Aku menaip ni pun tengah menangis. Rasa lost tu macam entahlah. Like, kita baru jumpa kot! 

What hit me the hardest wasn’t just losing her. It was the reality that I never got the chance to fully process it all. Macam kau tengah makan, tiba-tiba ada emergency hal lain. Yang dalam mulut pun tak sempat telan. 

My grief is the same. I never got the chance to fully digest it. Semalam lepas settle kat kubur, balik makan. Sampai rumah, kepala aku migrain sebab banyak nangis. Makan ubat, and tido. Bangun for Asar, nangis lagi. Mengaji. Pastu Maghrib, nangis lagi. Kita baru je berhoya-hoya kat Melbourne 4 bulan lepas. Takde tanda-tanda sakit and suddenly you gone macam tu je, Aireen. But what choice do I have? Life goes on, kan. 

Dulu masa arwah atok meninggal pun sudden juga. Tapi aku ada masa untuk grieve properly. Sebab masa tu budak-budak lagi. Takde komitmen, takde tanggungjawab. Cara-cara gitu pun, sampai sekarang masih lagi menangis bila bercakap pasal atok. Now dah tua-tua ni, tak sempat nak berlama-lama sedih. Sebab ada banyak benda kena buat next day. Inilah yang orang kata mid-life crisis. Mid-life crisis is real. At this age, banyak yang kita kena tolerate, walau dengan perasaan sendiri. You start realizing that life is not about waiting to feel ready. Terus bergerak ke depan, bawak kesedihan tu dalam diam.

Aku terbayang, kalau hilang kawan pun rasa berat macam ni, apa rasanya hilang pasangan? Suami atau isteri yang kita balik rumah hari-hari dia ada, setiap kali bangun pagi dia ada kat sebelah. Macamana dorang grieve properly dalam masa yang sama asih kena pergi kerja, uruskan anak, bayar bil, dan settle semua benda yang sebelum ni kita and pasangan buat sama-sama? Tu belum cerita perebutan harta pusaka and faraid segala. Macamana nak proses semua emosi ni serentak?

Kita selalu ingat grief datang bila loosing someone. Tapi sebenarnya grief paling berat datang bila kita tak boleh stop. Badan tetap kena buat urusan dunia, tapi otak masih try terima kenyataan someone dah tak ada. Itulah yang aku rasa sekarang. Ini baru aku, macamana agaknya Boss rasa now. Dia hilang isteri, a good friend and also rakan sekerja. Kat rumah ada Aireen, kat ofis pun ada Aireen. Aku pesan kat En Wan, Boss tu terpaksa jadi strong because he runs the company. Dia kena kerja macam biasa and lead you people. Tapi sebenarnya dia tak kuat mana tu. Please work with him.

3 minggu lepas, masa visit kat rumah dia sembang dengan En Wan "Aireen nak buat MDRT this year"

Sambil gelak-gelak dia kata "Sakit pun boleh MDRT! Mati pun MDRT-lah!" 

Kitorang gelak-gelak and bagi support kat dia. 

Khamis lepas, dia announce kat group "Alhamdulillah, I achieved my 7th MDRT! Tunggu company keluarkan my poster, nanti Aireen belanja semua kita celebrate beramai-ramai". And she officially achieved it on the day she left all of us. 

27 tahun with Prudential, 7 kali MDRT. MDRT terakhir semasa sedang battle stage 4 cancer. That's how bersemangatnya Aireen. Beruntungnya aku ada kawan yang hebat. Last year En Wan sorang je MDRT. Tahun ni before this hanya En Wan official MDRT di KG Group. And today, Aireen. If Aireen ada, maybe dorang berdua yang naik stage tahun depan. Allah...menangis lagi aku.   

Aku macam tu lah hari ni. Pergi kerja macam biasa. Buat kerja macam biasa. Sembang macam biasa. Menulis blog pun macam biasa. Tapi kejap-kejap meleleh airmata. Accepting death will take time differently, I know. Buat masa sekarang, I’m just going with the flow. If work needs to be done, I do it. If it’s time to hang out with friends, I go. And when it’s time to cry, I will let myself have a proper good cry.


2025-12-08

Nur Aireen Jannah, you deserve a special post on my feed and on my blog.


Nur Aireen Jannah, you deserve a special post on my feed and on my blog.

Assalamualaikum, Aireen.

Today is the first day I wake up having lost you as a friend. We didn’t know each other for very long. This month would’ve been exactly three years, ever since 2022 when Abang Wan joined Khalifah Group.

I wasn’t someone very close to you, not as close as Boss, the KG team, or colleagues who worked with you daily. But since every month Abang Wan received Toppers Treat, I followed along. And somehow, it was always the two of us who were the only women at the table. Maybe that’s why we became close. Both of us knew that every month we would end up talking about things no one else did with you. Because I wasn’t a colleague, our conversations were always different, always a little special.

Every time we met, you always asked about what I wrote on my blog. Without fail, your first question would be:

“Macamana you dapat idea menulis, Diana? Your writing I boleh baca from satu perenggan ke satu perenggan. Habis perenggan atas, perenggan bawah lagi best, perengan bawah dari tu lagi best. I baca sampai habis. You memang suka membaca ke?”

You asked this every single time.

Today I want to write about us. I’ll put this on my blog together with our pictures too, but this time, you won’t be reading it.

We had such a good time in Paris. Remember the four of us - Abang Wan, me, Boss, and you - menapak all the way from Parc des Princes stadium to find breakfast sebab merchandise store lambat bukak? The distance felt endless just for a cup of coffee 😆. Then menapak all the way back again. And the queue! Ya ampunnn, panjang nak mampus.

After that we shared a cab to Galeries Lafayette. You meracun I masuk LV store untuk dapatkan experience saja. We queued so hard just to take pictures with the bags, didn’t buy anything. LOL! The sales assistant was Japanese, happily chatting in Nihongo with our husbands. Speaking Japanese inside a boutique in Paris 🤣.

Then we wandered around the perfume section laughing at the names. Some sounded like mencarut! We laughed like crazy in there.

Then we had Japanese food outside Lafayette before walking again all the way to Hard Rock Café. I swear we each lost 1kg that day.

That same year, we went for umrah together. On the day of departure I was still on my period. I told you I might not get the chance to enter Raudhah. You told the ustaz, and he took me to buy the necessary medicine. That was you, always thinking of others. Because of that, I managed to enter Raudhah.

That night, we prayed side by side before entering Nabawi. In Raudhah, we also prayed side by side. After that, we walked back to the hotel together. We were hungry, remember? But our husbands were busy cari daging unta, so the two of us ate together at the hotel.

In Makkah we didn’t see each other as much because we followed our husbands. It was your first umrah, after all, so Abang Wan said you should just follow Boss closely.

Then last August we went to Melbourne together. Boss didn’t come, so Abang Wan said we had to walk with you, take care of you. Everywhere we went, always the three of us. Remember when u bought jersey for Boss, we hasut you “Kalau balik nanti Boss tak jemput you kat airport, jangan bagi dia baju tu!” You gelak sampai keluar air mata!

On the first day kat Melbourne, during lunch break, we prayed together while everyone else was still eating because we were worried it would get crowded. Just the two of us in that “surau” without a qiblat sign, struggling to find the direction because the internet was slow.

The next day at the Animal Farm, remember how open the prayer space was, people could see us from all directions? The carpet was damp because of the cold air. Basah je dahi kita masa sujud. And the moment we finished praying, a peacock walked right onto the prayer mat. We both jumped. I menjerit macam nak gila, you gelakkan I sampai tak keluar suara.

At Chadstone Mall, the three of us searched for perfumes from one end to the other. Gigihnya kita googled harga kat Malaysia at every counter. That night you wanted to buy chocolates, but I couldn’t follow because of my period pain. You were so kind, you bought two big packs one for me, one for Abang Wan.

I never expected that after Melbourne together in August, on 7 October we would have our last meal together. It was monthly treat, combined with Abang Wan’s birthday celebration. You had a fever. I thought it was just the influenza season. But it wasn’t. After two weeks of on-and-off fever, the doctor diagnosed cancer.

I terkejut. I texted you immediately. But you were so positive and tenang. On your first day in the ward, you still had your laptop, still talking to the KG team about work. With that positivity, I was sure you would win this battle. Since then, I made sure to always text you, always check on you. I wanted you to recover because we still had so many places to eat together.

The second time I visited, you looked thinner, but still warm and friendly, still chatting as usual. You pesan to recite Al-Fatihah for you. I wanted to break down but I didn’t want to upset you. I cium dua-dua belah pipi you, hugged and said “I’ll come again next week.”

When I received your message at 5:40 am regarding the bad news and your critical condition, I froze. Why did it spread so fast? You were already doing treatment. I asked Abang Wan, why? What went wrong? Why was your liver getting worse? I even snapped at him like it was his fault.

The third time I visited you was last Sunday. You were lying down, too weak to sit up without help. But even then, you still talked about your plans with the KG team. You were happy because the doctor allowed you to go home for a while before being admitted again on Monday (tomorrow). I told you that once you were home, I’d visit you. I’d bring whatever food you wanted.

On Friday, Abang Wan told me you were admitted again because you felt unwell right after reaching home. Boss didn’t allow visitors yet, you were too weak. I thought, okay, I’ll visit next week.

Then yesterday evening, a little after 6, while I was ironing clothes, Abang Wan called. I was shocked when I heard him crying. He was on his way to see a client.

“Di… Aireen dah takde.”

I was so stunned my ears went silent like all sound disappeared except a faint ringing. I broke down 😭.

After Isyak we went to the hospital to see you. When I entered the ward, your body had already been covered in kain batik. So many people came. I sat on the sofa and baca Yassin. Menitik-nitik airmata I jatuh kat phone screen. I didn’t ask for the kain batik to be lifted. I didn’t want to see you in that state.

This morning, very early, we went back to the hospital. We followed the van jenazah from behind. The KG team was there too. I prayed at the mosque. But this time, you were in front of me, not beside me anymore.

When the imam angkat takbir, airmata i keluar nonstop. Aireen, we will never hug each other again after prayer. I didn’t take a single photo at the mosque. I never looked at your face, not once. I didn’t want that to be my memory. I want to keep only kita dalam keadaan happy cantik-cantik.

Thank you for this friendship. Three years isn’t long, but every month, every trip, we shared something different. And that made us close in a special way.

You will always be remembered. Goodbye, Aireen. I’ll see you again.

Click here: Our photos

2025-12-07

Kalau semikin, kau dengan kau punya hensem pegi jalannnnn.


Ya, betul. Itulah namanya beauty and money privillege. Kau berdegar-degarlah cakap duit tak penting, hakikatnya kau sekarang atas dunia. Cantik, ada kelebihan. Banyak duit, laaaaagi banyak kelebihan. Yang perempuan nak lelaki kaya. Yang lelaki nak perempuan cantik. Nak lelaki kaya, kenalah bercantik-cantik. Nak perempuan cantik kenalah berduit. Itu formulanya.

Bunyinya macam kejam dan keji, tapi itulah hakikatnya. Tak boleh kata "Senangnya jadi perempuan. Bercantik-cantik sebab nak cari lelaki kaya"

Masalahnya kalau lelaki kaya tu tak nak, perempuan tu tak jadi apa. The thing is, lelaki kaya MOSTLY memang cari perempuan cantik. Perempuan-perempuan cantik ni semua hanya berusaha to get noticed je. Kalau dapat, dapat. Tak dapat, tak jadi benda pun.

Bagi aku, “Senanglah jadi perempuan cantik, semua benda pun dapat” - ini statement orang jealous.

Dunia kita sangat visual. Otak manusia automatik tertarik dengan apa yang sedap mata memandang. Sains kata manusia cenderung kaitkan rupa cantik dengan sifat-sifat positif, walaupun tanpa bukti. Contoh, tengok K-Drama atau C-Drama. Yang hensem tu kita rasa dia memang baik hati. Padahal kita kenal dia pun tak. Tapi itulah sains. Otak kita buat shortcut. Cantik = positif.

Itulah sebabnya perempuan cantik lebih dapat perhatian, trust, peluang and approachable. Manusia memang bias and our system memang suka pada rupa cantik, gaya menarik, penampilan kebabom. Looks can open doors that are harder for others to get through. Ini bukan salah perempuan cantik. Kita semua hidup dalam sistem yang menilai rupa sebelum isi dalaman.

Yang kita nampak, semua perempuan cantik yang bergaya dan gojes mesti akhirnya dapat lelaki kaya. Hari tu masa awal-awal berita Nora Danish dapat new boifren, ada orang kata "Kalau dia tak kaya, kau ingat Nora nak?" 

Well, kita nampak macam Nora kejar semua yang kaya-kaya but realitinya lelaki kaya tu yang approach dia dulu. Kalau laki tu tak berduit, ingat berani nak approach Nora? Lelaki-lelaki kaya tu yang choose her. Kenapa? Sebab lelaki kaya dah stabil financially. Orang yang berduit ni, dia mampu pilih apa yang dia suka and majoriti memang pilih yang sedap mata memandang. Simple.

Being attractive gives you an advantage early on. Dapat perhatian awal. Tapi advantage datang dengan expectation tinggi. Kalau muka nampak penat, orang tegur. Kalau berat naik sikit, orang judge. Nak maintain cantik tu sebenarnya penat. Kita takkan tahu kepenatan dorang me-maintain cantik sebab kita tak cantik. Kahkahkah. Kita tu aku lah. 

So "senang jadi perempuan cantik" tu sebenarnya tak senang pun. Effort mau lebih. Kalau macam aku ni yang lepas solat nak mekap balik pun dah malas, memang selayaknya aku dapat Wan Mohd Ridzuan saja. Mbahahahaha.

Lelaki lebih tertarik dengan visual. Rupa jadi first filter. Perempuan usually tengok kestabilan, karakter dan rasa selamat. Maknanya, bila lelaki kaya pilih perempuan cantik, si lelaki dah ada semua benda-benda material. Dia pilih pasangan berdasarkan energy dan yang match dengan vibe dia. Itu logik. Takkan dia kaya bergaya tapi pasangan sememeh keladak, ye tak? Perempuan cantik yang pilih lelaki kaya dapat apa yang dia nak. Si lelaki pun dapat apa yang dia nak. Win-win.

But to maintain a relationship, looks are not the main factor. Ramai perempuan cantik end up stuck in unhealthy relationships sebab lelaki sukakan rupa, bukan personality. Bila cantik mula hilang, privilege tu pun hilang. Dan lelaki pun, kalau kau jatuh miskin, chances are - kena tinggal. 

Kita orang luar ni nampak macam perempuan tu tak ikhlas, nakkan laki tu sebab kaya saja. Tapi kalau kita berada di tempat perempuan tu, maybe kita boleh faham. Dia dah dibiasakan dengan lavish lifestyle. Anak-anak dari kecik hidup mewah, sekolah pun private, jajan dia pun caviar agaknya. Boleh ke dorang survive hidup susah setelah sekian lama terbiasa hidup mewah? Jangan kata dia, kita yang marhaen ni pun tengok bank gaji tinggal RM100 dah gelabah tenuk. So kalau perempuan tinggalkan laki tu bila dah jatuh susah, aku rasa dorang pun tahu consequence tu. Dari awal dia pilih kau pun sebab kau kaya. 

"Kenapa perempuan tak suka lelaki biasa?"

Biasa tu biasa yang macamana? Yang biasa makan telur goreng kicap sebulan 5 kali? Yang kawen 5 tahun tak pernah bawak bini pi fine dining? Yang nafkah RM100 sebulan 10 tahun tak tambah-tambah?

Jangan question. Kau as lelaki pun kalau mampu dapat yang cantik mesti tak pandang perempuan biasa-biasa, kan? So ceritanya, kita akui saja apa kurang kita dan apa lebih dia. Memang zaman sekarang ni hensem saja tak cukup. Puppy love time skolah dulu kita pandang yang hensem je sebab takde komitmen. Kita hanya pikir nak yang hensem macho bergaya. Dah kerja esok, dah belajar hakikat hidup, hensem tak hensem. Kalau semikin, kau dengan kau punya hensem pegi jalannnnn.

Kalau tak hensem, kau kena kaya.
Kalau tak kaya, kau kena pandai.
Kalau tak pandai, kau kena rajin.
Tu je formulanya. Insyallah kau akan dapat pasangan yang serasi dengan apa yang kau ada. 

Cuma kau pun janganlah demand. Kau pun takde semua, so berlebih-kuranglah dengan perempuan yang seadaanya. Ni tak, kau pun takde apa, tapi kemain demand nak taraf Miss World.


2025-12-06

GreenAard: Nutrijuice boleh menyebabkan sembelit ke?


First sekali nak bagitau GLOEI DAH SAMPAI. Izinkan kami clearkan inventory dulu dan akan start post pending Gloei ESOK. 

Dengan ini, hari ini kita TUTUP OFFER GLOEI. 

Paling panjang offer Gloei kali ni, drag sampai ke mid Nov! *lap peluh* Memandangkan kita start pos semua esok, maka sehingga petang ini kita masih terima sesiapa yang nak beli offer Gloei. Esok kita start balik dengan pakej Gloei yang standard.

Now nak cakap pasal Nutrijuice. Tadi staff aku tanya Nutrijuice boleh menyebabkan sembelit ke? Sebab ada sorang customer kata bila makan Nutrijuice dia dapat sembelit.

Mula-mula check history of purchase dulu untuk confirmkan. The customer start beli Nutrijuice 1 botol in Julai and 1 botol lagi in Sept. 1 botol Gloei tahan 10-14 hari. Kalau 2 botol tahan dari Julai hingga today (Nov), ok aku boleh explain kenapa jadi sembelit. Ini penting untuk aku explain sebab tu kena check history of purchase dulu.

Nutrijuice ni bahan-bahan dalamnya adalah ekstrak plant. Banyak buah-buah citrus, jadi secara logiknya, ia TAKKAN menyebabkan sembelit. Malah, ini first time aku dengar customer dapat sembelit bila ambil Nutrijuice. Tapi takpe, ada explanationnya.

Yes, possible Nutrijuice boleh jadi penyumbang kepada sembelit. Tapi ada caranya.

Ok macam ni. Nutrijuice ni suplement. Cara suplemen bekerja tak macam ubat, tu jam makan, tu jam dia bertindak. Cara Nutrijuice bekerja mula-mula dia stabilkan sistem pencernaan. Secara berperingkat, bukan dan-dan tu menjadi. Mula-mula dia akan rangsang pergerakan usus dulu. Ini thru ekstrak apple pectin, lemon, madu, etc dalam Nutrijuice. 

Tapi kesan ni bergantung pada KONSISTENSI. Bila diambil everyday, usus akan dilatih untuk bergerak secara teratur. Bila intake tak konsisten (contohnya beli 1 botol 1 bulan lepas tapi masih ada stok sampai bulan ni), maknanya sistem pencernaan jadi on-off, tak sempat nak adapt sepenuhnya.

Macam siram pokok. Kalau siram hari-hari, segarlah pokok tu. Cuba kau siram seminggu sekali, kadang siram banyak, kadang lupa. Pokok memang tak mati, tapi tak healthy lah. Gitulah juga dengan usus. Bila Nutrijuice diambil tak konsisten, usus tak dapat rythm tetap untuk buang toksin and najis dengan lancar. This can contribute to temporary sembelit.

Suplemen memang kena ambik secara konsisten kalau nak nampak kesan. Sebab suplemen bukan ubat. Dia baiki fungsi badan secara perlahan dan berterusan. Contohnya cuma minum Nutrijuice bila teringat. Ini boleh jadi punca sembelit. Sebab usus tak dapat rangsangan konsisten. Badan cuba untuk sesuaikan diri dengan Nutrijuice, tapi lepas tu kita stop. Ini buatkan badan “terkejut” bila pengambilan terganggu. Detoksifikasi dan pembuangan tak dapat berjalan dengan stabil.

Badan kita ni berfungsi secara biokimia that repeat every day macam mesin jalan 24 jam. Bila kita ambil suplemen, bahan aktif kat dalam (vitamin, serat, mineral, fitosterol, etc) akan top-up keperluan badan setiap hari. Kalau pengambilan terputus-putus, badan tak sempat simpan cukup nutrien. The positive effects that started to build up will fade away again. Sistem pencernaan tak sempat nak stabil. Sebab itu when you start suplemen, bagi konsisten dulu. Lagi-lagi orang yang aim nak turunkan kolesterol. Minum sebotol skip-skip takkan turun kolesterol tu.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.  


2025-12-05

Katanya tanpa sekolah dan ijazah kamu tak akan berjaya, tapi aku belum pernah melihat guru memakai Lamborghini.


Lalu dia pun diri depan sport car dengan muka confident. Gitulah selalunya. Comel budaknya tapi tu lah...
 
Inilah contoh klasik mindset yang merasa success tu bila berduit. Asal berduit je dikira berjayalah. Ramai budak muda sekarang rasa benda ni cool. Belajar tak penting sebab ujung-ujung habis belajar kita kerja untuk dapat duit juga katanya. Better buat duit je terus, buat apa nak belajar. Gitulah mindset paras tumit kaki bila berfikir.

Duit memang penting. Tapi duit tanpa ilmu biasanya tak tahan lama. Ramai yang berduit tapi duit cepat habis sebab banyak spend untuk dapatkan validation orang. You know why? Because kau takde pelajaran tinggi. Takde sijil. Takde kepakaran. Kau sebenarnya tahu tanpa akademik kau kalah beratus langkah kat belakang. Sebab tu kau beria cari validation dengan menayang kereta, tayang duit, tayang lifestyle sebab nak orang percaya kau ada something walaupun tak belajar tinggi. Kan?

Tak nak belajar? Tamat sekolah nak terus kerja? Silakan. It's your call. Tapi jangan tunjuk bodoh tu kat orang. Tak perlu mention "aku belum pernah melihat guru memakai Lamborghini"? 

Nak cakap cikgu yang bijak tu pun tak berjaya sebab tak pakai Lambo? Statement tu sendiri dah menampakkan level of mindset you have. Boleh tahulah belajar takat mana je. Sebab hanya orang yang tak belajar habis je yang rasa duit = kejayaan.

Ilmu yang dapat dari sekolah, dari belajar, dan exposure itulah yang bagi kita kemampuan untuk manage duit dengan bijak dan buat keputusan yang betul. Yang kita nampak Lamborghini depan mata tu cuma SIMBOL CEPAT KAYA saja, bukan ukuran sebenar kejayaan. Kejayaan sebenar takde kena-mengena dengan material, tapi kemampuan untuk maintain hidup stabil jangka panjang dengan selesa walaupun tak kaya mana. Bak kata kawan aku, duit kalau banyak memanglah senang manage. The real success is bila kau boleh manage duit yang sikit.

Itu sebab aku selalu kata mindset “duit lambang kejayaan” ni bahaya sebab dia ajar kita appreciate hasil yang sementara, bukan the real process. 

Duit ni sifatnya datang dan pergi, tapi ilmu dan kemahiran akan kekal. Bila cuma kejar duit, kau mudah lupa proses sebenar. Apa prosesnya? 

Practice, experience, discipline, connections, and mindset. All of this helps people maintain long-term success. Duit boleh habis, orang boleh tipu, market boleh drop. Tapi skill, mindset and knowledge-lah keeps you afloat when everything else falls apart.

Orang yang takde ilmu, bila duit habis otomatik dia rasa gagal. Sebab sandaran dia pada duit, bukan ilmu. Jenis macam ni bila ada duit je dia konfiden. Takde duit, dia down teruk lost tak tahu nak buat apa. Sebab dia takde strong foundation untuk handle hidup tanpa duit. Tapi kalau mindset ada pada proses, ilmu and growth, even bila duit takde, tetap boleh create value dan tetap confident.

Orang yang ada ilmu, bila bisnes jatuh, dia boleh bangkit balik. Dia ada foundation, nak takut apa? Habis kuat pun gagal lagi. Tapi masih boleh bangkit lagi. Dia tahu strategi, cara fikir, problem solving. Orang yang hilang kerja, dia masih berpeluang untuk cari kerja lain sebab now dia ada ilmu + experience. 

Tapi kalau takde ilmu dan hanya ada duit? Habis duit, habislah semua. Takde apa yang boleh selamatkan kau. Takde foundation, takde skill, takde pengalaman. Kau mudah tergolek bila situasi berubah. Rasa dunia kiamat. Masa tu nanti baru terfikir, "kalaulah ada sijil, at least aku boleh..."

Aku tak tahu apa motif budak ni buat caption macam tu. Atau bitter dengan orang yang pandai? Adakah dia mencari downline? Adakah dia agen takaful? Kahkahkah.

Tak, bukan apa. Ada je agen takaful cikai-cikai yang buat caption macam tu juga. Jenis yang tayang kereta tak habis-habis. Dari observation aku, ada beza agen takaful yang educated dengan tak. Tak payah tengok kereta pun tau dah.

Dari perspektif aku, dari caption budak tadi, jelas dia cuba claim “Belajar tak penting, korang boleh berjaya tanpa ijazah” or “Ijazah tu overrated, kerja keras lagi penting”.

Maybe dia ingat yang pulun belajar tu tak perlu kerja keras kot. Dia tak nampak pulun buat 4 assigment seminggu tu kerja keras. Dia tak anggap final year project tu kerja keras. Dia tak rasa pulun study untuk kekalkan good pointer tu kerja keras.

Budak-budak muda zaman sekarang mudah terpesona dengan benda flashy. Especially material. Ramai dak-dak now beli kereta bukan sebab nak pakai tapi nak show off. Alah jangan cakaplah aku menudoh. Aku dah hidup 48 tahun. Dah sampai umur ni aku dah boleh baca perangai orang. Boleh tahulah orang tu beli kereta mahal sebab apa. Nak-nak lagi kalau umur tu muda.

Gaya takde pelajaran pakai kereta sport dengan berpelajaran pakai kereta sport ni orang boleh tahu tau. Orang just malas nak cakap je. Gaya kau, cara bercakap kau, mindset kau orang boleh nampak tak selari dengan kereta kau tu. Nampak murah walaupun kereta kau mahal. 

Perasan tak cikgu-cikgu kita dulu sekali imbas boleh tahu dia cikgu, padahal bawak kereta biasa je. Sebab gaya dia melambangkan mindset dan ilmu yang dia carry. Orang boleh tahu itu gaya cikgu. 

Sekolah dan ijazah/sijil adalah penting. Kalau ambil aliran kemahiran sekalipun tetap ada sijil kat hujungnya, betul tak? Itu bukti bahawa sijil penting sebab itu tanda kemahiran dan kepakaran kau diperakui. Kalau ada experience kerja 20 tahun tapi takde sijil, apa cara kau nak buktikan kat orang yang kau pakar dalam bidang tu? Tu pasal sekarang banyak adult learning course. Ini cara untuk dapatkan sijil.

Ramai budak-budak muda rasa belajar tu tak bawa dorang ke mana. Label orang tak berjaya sebab lifestyle tak flashy. Dorang confuse cause & effect. Masalahnya dorang jadi macam ni sebab mak bapak sendiri pun support. Jenis mak bapak yang takpelah, asalkan anak berduit. Anak tu buat apa pun, ok. Sebab berduit. Nak tengok mak bapak enabler ni tengoklah cara dorang bersembang. Kalau asyik tanya gaji anak orang, pasti anaknya jenis yang bergambar tepi Lambo ni.

Salah satu faktor kenapa dak-dak muda suka kaitkan kereta dengan sucess adalah media sosial yang amplifies lifestyle flashy. Everyday nampak orang update travel sana-sini, shopping sana-sini, makan best-best, otak muda mudah compare. Tapi dia compare material, bukan compare effort dan skill. Tu sebab ramai percaya “Kalau aku ada benda luxury, barulah success”.

Tak belajar dari pengalaman betul dorang ni. Dah banyak dah contoh-contoh kita nampak yang dulunya tayang itu ini ala-ala lifestyle kayangan, tup-tup kena cekup dadah, tup-tup scammer, tup-tup hutang berjuta tak bayar. Maksudnya, tak semua yang kita nampak tu hakikat sebenar. Ada struggle yang dorang tak ceritakan. Yang kau pulak percaya buta-buta sampai sanggup berhabis beli itu ini sebab nak "in". Pastu kau pun tergolek sama. Orang tu tergolek ada backup, yang kau tergolek bodo.

Anak-anak muda, please. Learning and hard work matters! Luxury cars, baju branded, holiday overseas, itu semua bonus, bukan syarat success. Kalau nak tunjuk “aku berjaya tanpa belajar,” itu hak kau. Tapi don't label orang berpendidikan tinggi sebagai gagal. As if belajar sampai ijazah tak menjadikan someone success. 

Some people belajar tinggi-tinggi bukan untuk jadi kaya-raya pun. Dorang nak ilmu, nak explore potensi diri, nak buat impak. Knowledge and skills give them freedom, choice, and power to navigate their life - something duit dan luxury items tak boleh beli.


2025-12-04

Hibah: Sekiranya PERNAH dapatkan apa-apa rawatan penyakit sebelum ni, walaupun now penyakit tu dah takde, tetap kena inform agen.


Barulah sempat nak menjawab pertanyaan hari ni. Ini aku jawab secara pukal lah, ya.

Ini sebenarnya susulan post IG aku last week, yang aku teman En Wan uruskan hibah client dia (also blog reader). Aku recap sikit.

This client ambil hibah dengan En Wan Disember tahun lepas (2024). Dia bayar caruman, tapi person covered adalah suami. Sekiranya suami meninggal, hibah akan dapat kepada dia. Ditakdirkan around 3-4 bulan selepas tu, suami meninggal accident. Sejak dari tu, En Wan uruskan claim hibah.

So, soalan yang ramai tanya, boleh ke isteri ambil hibah utk suami tapi isteri bayarkan. Kalau suami mati, hibah tu dapat kepada isteri?

Ya boleh. Sah. Halal.

Pemilik sijil hibah adalah orang yang nama dia dalam sijil takaful sebagai peserta (dalam kes client En Wan ni, suaminya adalah peserta). Suami adalah pemilik sebenar polisi tu. Walaupun isteri yang bayar, niat bayaran tu dianggap hadiah atau sumbangan (tabarru’) kepada suami, tak menjadikan isteri pemilik polisi. Analogi mudahnya gini. Kalau isteri bayarkan rumah atas nama suami, rumah tu tetap milik suami, betul tak? Takkan jadi milik isteri.

Caruman isteri tak menjejaskan hukum hibah. Isteri yang membayar tak menjadikan hibah itu “tak sah”. Sebab dalam takaful, niat utama ialah tolong-menolong (tabarru’). Bila isteri bayar, dia tolong suami untuk sediakan protection. Caruman dari isteri dianggap sebagai hadiah atau sumbangan kasih sayang. Tak menjejaskan status hibah.

Yang penting, pastikan struktur takaful patuh syariah. Polisi tu MESTI takaful, bukan insurans konvensional. Dan pastikan semua rekod pembayaran dan persetujuan jelas, so that tak timbul disoute kendian hari. Sebab itu En Wan keep track payment client. Kalau korang terlupa nak simpan rekod, agen korang ada bukti boleh trace payment.

Cuma please please please sekiranya PERNAH dapatkan apa-apa rawatan penyakit sebelum ni, walaupun now penyakit tu dah takde, tetap kena inform agen semada apply hibah. Jangan sorokkan sikit pun maklumat kesihatan korang. Sebab hibah ni syaratnya adalah SIHAT SEMASA APPLY. Kalau pernah ada penyakit, just bagitahu agen. 

Kalau medical underwriter keluarkan requirement, senang agen nak buat kerja. Kalau kau lansung tak disclose medical history, tup-tup kematian berlaku dan report doktor mengatakan meninggal sebab heart attack. Bila semak balik ohh rupanya 5 tahun lepas pernah jumpa doktor dan doktor pernah bagi ubat cuma tak sambung treatment sebab dah ok. You know what will happen to your hibah? DECLINED.

En Wan ada kes macam ni. Bila nak uruskan claim, medical history shows a few years back pernah ambil ubat asthma. Tapi disebabkan dah lebih 10 tahun takde asthma attack, arwah ingatkan dia dah baik. Ditakdirkan accident, meninggal. Medical underwriter punya judgement adalah ada possibility arwah kena asthma attack semasa memandu yang lead to accident. Which, medical underwriter tak salah sebab ada kemungkinan betul.

Tapi kes tu miracle. Aku tak tahu apa roommate aku buat, dia kan kaki membangkang. Dia appeal sampai client dia dapat. Kalau ikut polisi, mati sebab accident akan dapat double nilai hibah. Kalau hibah tu asalnya RM350K, syarikat akan bayar RM700K. Double. Tapi disebabkan ada pelanggaran polisi sebab client tak disclose pernah ada penyakit, hibah tu hampir di-decline. En Wan fight, akhirnya dapat hibah asal. Tak dapat double, tapi oklah dari kena decline lansung.

So please, tiada rahsia antara client and agen. Jangan risau, En Wan tak pernah cerita kat aku penyakit-penyakit client dia. Kalau perlu khidmat aku meng-appeal baru dia cerita. Itupun tetap aku tak kenal siapa. Nak tanya apa-apa, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  


2025-12-03

Ada kemungkinan tak China memang ada market-market tertentu untuk orang hensem?


Post aku semalam pasal hero-hero cina kat Netflix, ada yang tanya aku kat China dorang-dorang tu semua tak famous ke?

FAMOUS. 

Tapi not really sebab lakonan, tapi sebab fan base yang besar. Nama-nama besar kat international platform macam Yang Yang, Chen Zheyuen, Zhang Linghe, Arthur Chan, Xiao Zhan, Wu Lei, Dylan Wang, Zhou Yiran - ni semua TAK PERNAH nominated pun dalam mana-mana prestige award film and drama yang jury-based. Tapi dorang ni always nominated and menang dalam award yang fan-voting (popular awards).

Untuk rekod, Johnny ada a few nominations jury-based (prestigious):

1. Asian Film Awards - nominated and menang
2. Huading Awards — nominated dan menang.
3. Shanghai Film Critics Awards — nominated tapi kalah.
4. Domestic TV Series Ceremony (China) — nominated and menang.

Kalau Wang Yibo, yes, dia ada nominated dalam jury-based award tapi belum pernah menang apa-apa.

Selalunya gitulah. Kat mana-mana negara JARANG muka-muka hensem comel ni power berlakon. Boleh berlakon tu boleh tapi belum mencapai tahap power. Yang selalu menang prestige award ni muka biasa-biasa macam Johnny. Sebab tu drama Johnny takde dalam Netflix sebab muka dia takleh jual kat platform antarabangsa. Tapi kat China dia antara actor yang orang tunggu setiap drama and filem. Banyak tak banyaknya projek dia, now ada 7 drama dan 3 movie yang dah siap tinggal tunggu date nak release. 10 projek belum release, dia dah start shoot new drama 3 hari lepas.

Ada someone tanya ada kemungkinan tak China memang ada market-market tertentu untuk orang hensem?

Selalunya muka-muka hensem ni duduk bawah agency. Agency beli dorang dari talent agency. Agency akan melobi director and production house untuk dapatkan skrip. Selalunya skrip genre romance sebab senang jual. Artis di bawah agency takyah buat apa-apa. Marketing, fan club, skrip, endorsement, press, semua agency uruskan. Artis tinggal buat kerja je. Cuma, kau takde growth dalam lakonanlah sebab skrip kau balik-balik berkisahkan cinta.

Kalau agency kata sampai bila-bila kau kena berlakon genre romance, maka kau hadap je la genre yang sama. Fokus dorang adalah drama idol, romance trope, high aesthetics and light acting requirement. Taknak lakonan yang lasak-lasak sebab dorang nak jaga kecantikan muka artis. Because artis-artis dorang ni dorang dah ikat dengan 30+ endorsement. Tu pasal muka-muka cantik ni genre dorang sepesen je.

Lagipun, genre inilah yang paling senang secure brand deals, traffic, dan short-term profit. Tapi dari sudut growth sebagai pelakon? Tak ke mana. Bila kau asyik buat karakter yang sama, balik-balik CEO, balik-balik ideal boyfriend, good-looking hero, memang konfem kau takkan dapat peluang buat watak yang betul-betul push skill. Tu pasal muka-muka cantik ni tak pernah nominated untuk prestige award sebab skill lakonan tak teruji.

Hanya pelakon yang berani berpisah dari agency atau yang berani pilih skrip sendiri, mampu grow dalam industri ni kat China. Kat sana bukan semua pelakon ada daya untuk lawan sistem ni. Sebab kalau kau keluar, kau bukan saja kena bayar penalti tapi hilang semua kemudahan. Kau hilang press, hilang media push, hilang fan club management, hilang sponsor and kau kena pitch diri sendiri kepada director. Basically kau kena start balik from zero dari segi credibility.

Tu pasal hari tu Zhou Lusi kena depression. Bukan sebab banyak sangat job, tapi dia stress nak keluar dari agency takde duit nak bayar penalty. At the same time dia pikir kalau dia keluar dia kena start balik from scratch. Industry kat sana kejam, ya. What you expect kan, negara komunis. Kat sana, kalau kau tak duduk bawah agency, kau bukanlah traffic actor. Bila bukan traffic actor, kau hilang hak untuk buat fan club, takde siapa nak marketing kau, semua kau kena gerak and sedia sendiri dari MUA, PA, Manager, transport, wardrobe - everything! Kalau kau dah biasa dispoon-fed selama ni, macamana kau nak hadap selepas semua ni gone?

Muka-muka comel tu kebanyakannya ada 30+ endorsment! Kalau kau keluar, kau hilang semua income kau dari endorsement ni. Sanggup? Dulu bila aku pikir-pikir, mana dorang ambik masa nak buat semua endorsement? Dengan iklan, dengan meet & greet, dengan interview. Pastu baru aku terpikir balik, logikla dorang sempat buat banyak sebab dorang tak banyak offer berlakon. Tu pasal boleh ambil sampai 30+ endorsement.

Johnny so far ada 6 only:

1. FILA (active sportswear) since 2018
2. ECCO (kasut) since 2023
3. Breitling (jam) since 2023
4. Zhou Liufu (gold jewelery) since 2024
5. Yifu (spek mata) since 2025
6. Taobao (super ambassador) since 2025

Ini pun aku rasa banyak sangat untuk dia.

Kalau celebriti lain sanggup hilang semua ni and start from scratch, silakan. Bolehlah merasa apa yang Johnny rasa selama ni.

Johnny tak datang dari agency yang hulurkan skrip senang jual. Dia kena cari sendiri peluang tu. Pergi dari satu house ke satu house jumpa director buat casting. Disebabkan dia sedar diri dia takde rupa setanding dengan actor yang hensem-hemsem, dia casting kat cerita army. Tahun 2017 dia try audition kat filem Operation Red Sea. Masa tu filem ni tengah cari supporting actor. Dorang offer kat ramai actor tapi disebabkan pengambaran kena buat 6 bulan kat Morocco, ramai tak sanggup. Johnny masa tu belum ada nama, dia menadah diri. Production kata kalau nak berlakon, kena masuk training dalam real camp 3 bulan. Training macam real sniper sebab dia akan bawak watak sniper. He did. Melalui watak sniper Gu Shun ni dia menang kat Asia Film Award, and the rest is history.

Aku tak rasa celebriti yang dah famous now nak buat cara Johnny ni sebab dorang sure segan nak gi audition, nak meminta-minta peluang berlakon. Sebab selama ni semua agency buatkan. Dorang hanya perlu jaga imej saja. Now dah ada nama tetiba kena buat kerja dari bawah. Mana maunya. Lagipun muka-muka cantik ni konfem nak maintain genre love story. Kau rasa dia boleh compete dengan agency? Memang taklah. Dah tu, sanggup bawak different genre? Belum tentu. Tu pasal dorang terpaksa stuck dalam agency. Career growth memang takdelah.

Hari tu masa Johnny kat Milan pun ada yang question apesal actor lain takde bodyguard? Dia ingat Johnny sorang dapat bodyguard agaknya. Dah kalau agency tak supply bodyguard nak buat camana. Agency supply manager and MUA pun dah besar rahmat tau. Johnny hari tu tak bawak MUA lansung. Dia hanya bawak bodyguard, manager and gym trainer. Rasanya gym trainer dia yang setting rambut dia kat sana.

Oh nak tau tak, baru-baru ni aku reply kat fans Yu Menlong. Dia komen kat post Johnny gini:

Ni international fan. Dia perasan Yu Menlong lebih bagus dari Johnny hanya kerana dia tak kenal Johnny. Eleh, kau kenal Yu Menlong pun sebab 1 drama kat Netflix. Tu pun kau tengok sebab Dilreba and Yang Mi. Bila Yu Menlong mati je baru masing-masing nak mengaku fans. Blahlah.

Aku cakap kat dia, Yu Menlong tu berlakon sejak 2015, Johnny belum jadi pelakon pun masa tu. Dari 2015 sampai 2025 tak pernah sekali pun jadi main lead. Asyik jadi supporting actor. Tu tandanya apa? Tandanya market kat sana memang tahu dia takde strong acting skill. Bukan sebab tak diberi peluang tapi sebab dia tak fit untuk dapat peluang. Tu je reasonnya. Uihh, melenting dia. Aku cakap fakta. Taknak terima sudah.




2025-12-02

Perempuan sukakan duit


Kesian perempuan ni, ramai hentam dia. Semua kecam dia sebab materialistik. Aku tak bacalah semua komen tapi aku syak aku bagi komen yang berbeza sebab dia reply “Thank you for actually understanding the full context…”

Kat situ je aku dah nampak ramai orang sebenarnya salah faham konsep “perempuan sukakan duit”. Laju-laju nak kaitkan dengan gold digger, materialistik, etc. Padahal konteksnya jauh lebih matang daripada tu.

Dalam masyarakat kita, atau maybe culture orang Melayu, ada satu persepsi pelik. Lelaki kumpul duit atau kejar kekayaan, itu normal sebab lelaki ada tanggungjawab besar. Tapi bila perempuan ada impian yang sama, itu namanya mata duitan. Padahal dua-dua cuma nakkan security in life, but the way society judges sangat double-standard. Just like post perempuan tadi. Ramai bash kata tak ikhlas bersuami, nak kejar duit je. Teruk lelaki kena kerja nak meet kau punya demand.

Ada beza antara nak "hidup selesa" dengan "materialistik". 

Materialistik tu bila kau obses pada kemewahan sampai hilang hormat, empati, usaha, akhlak semua tolak tepi, janji lifestyle. Itu memang red flag-lah. Tapi nak stability, security, dan kualiti hidup yang lebih baik, itu normal, logik, dan matang for both men and women. Masalahnya, bila lelaki work hard siang malam sampai takde masa kat rumah, kita panggil “bertanggungjawab.” Bila perempuan letakkan satu standard dalam hidup, kita panggil “demanding.” Tak ke obvious sangat double standard tu?

Perempuan yang ada taste, ada goal, dan ada expectation sebenarnya tak menyusahkan lelaki. Selalunya dialah yang push lelaki untuk grow yang menjadi reason kenapa lelaki nak upgrade diri. Perempuan jenis ni dia tak spend duit laki dia sebarang-sebarang. Dia lebih kepada nak grow sama-sama. Dia bagi support supaya laki dia berusaha jadi lebih baik. Dia tak settle for bare minimum tak bermakna dia materialistik. Dia ambition with purpose.

Dalam healthy relationship, dua-dua sepatutnya saling menaikkan, bukan sorang struggle, sorang lagi selesa hidup seadanya. Konon tak nak menyusahkan suami. Itu kurang tepat. Truth is, perempuan yang ada standard tak perah laki. Dia cuma tak nak hidup susah dengan mindset “cukuplah apa yang ada” sampai 30 tahun pun masih duduk tang tu.

Perempuan macam ni sebenarnya jadi catalyst untuk growth dalam relationship. Dia bukan demanding, tapi dia tahu apa yang dia nak, and she believes both of them should grow together. Kalau lelaki rasa pressure dengan perempuan yang ada standard, that’s not because the woman is materialistic or insincere. Itu cuma reflect mindset lelaki tu sendiri samada dia nak struggle terus atau nak upgrade diri so that hidup dorang sama-sama lebih baik.

A woman with taste and standards won’t make demands without a reason. Dia akan invest dalam relationship tu, not only money, tapi dari segi masa, tenaga, dan emosi. Dia akan jadi supporter kuat suami. Percayalah, lelaki yang matang akan appreciate perempuan macam ni. Sebab bila ada partner yang push dia untuk grow, dia tak anggap diri dia sekadar jadi provider, tapi his best version. Relationship tu sendiri sebenarnya adalah teamwork, partnership, dan growth together.

Wanting financial security is not greed. It’s planning for a better future. Aku tak tahu pandangan orang lain macamana, tapi aku sendiri mencari "team mate" dalam marriage. Aku suka pasangan tu jenis yang boleh duduk berdua deep talk, bertukar-tukar fikiran and pandangan and learn together. Bukan jenis yang mentang-mentang aku isteri jadi aku takleh bagi pendapat and semua idea aku dianggap bodoh. 

Aku benci lelaki yang anggap isteri tak boleh lebih pandai dari suami. Walaupun isteri cakap benda yang betul, tapi sebab yang bercakap tu bini dia, dia tak nak terima. Tapi kalau member lelaki dia cakap benda yang sama, nak pulak dia ikut. Macam sial.

Bagi aku as perempuan, my partner is someone yang made me hustle harder. Walaupun dia push aku dengan cara mengkondem, takpe. Sebab aku adalah someone yang makin kau kondem, makin aku push my limit. Jadi walaupun beliau adalah annoying, he doesn’t drain me. Lelaki juga perlu ada partner gini. Yang grow you. Kalau lelaki pilih perempuan yang “tak kisah duit”, tak kisah hidup seadaanya sampai bila-bila, you will never grow sebab kau tak jumpa reason untuk grow. Kau akan kekal low maintenance.

Suami kita mesti ada peningkatan. Ni bukan cerita banyak atau sikit, tapi growth. Tak kisah banyak atau sikit yang penting ada growth. Sebab bila ada isu dengan financial, yang paling menderita nanti adalah orang perempuan. 

Sebab yang kena urus anak, orang perempuan. Yang nak urus rumah, orang perempuan. Yang nak adjust lifestyle family, orang perempuan. Yang paling terkesan bila pendapatan tak cukup, orang perempuan. Dan orang perempuanlah yang paling dihentam bila rumah tak cukup duit. So bila perempuan kata "Aku tak nak hidup susah”, itu bukan materialistik.

Perempuan materialistik hanya nak duit lelaki, dia takkan mahu spend duit dia. Semua benda dia nilai ikut harga. Nak barang branded tapi tak contribute apa-apa. Bila suami jatuh miskin, dia cabut. Tapi perempuan yang "suka duit" with purpose, dia ada vision. Dia tahu kehidupan yang selesa perlukan sumber yang banyak. Perempuan macam ni tak suka lelaki pemalas. Dia nak partner yang sama-sama nak naik. Bila lelaki tu down atau jatuh, dia support because dia tak nak lelaki tu kekal jatuh. Perempuan nombor 2 ni lah yang post tadi maksudkan. Jenis ni bukan gold digger tapi push lelaki untuk jadi better.

Lelaki-lelaki yang bash kat post tu sebenarnya takut dengan perempuan yang letakkan standard. Sebab lelaki yang tak ada standard untuk diri sendiri akan rasa terancam. Padahal bukannya mintak kau jadi jutawan, cuma minta ada usaha, ada fokus, ada vision, konsistensi and disiplin. Tu je. Lelaki yang takde semua ciri ni selalunya memang suka hidup “asal cukup”, “janji ada kerja”, “tak kaya pun tak apa”, "bersyukurlah apa yang ada". Macamlah orang yang kaya-raya tu tak reti bersyukur.

Tak kiralah lelaki or perempuan, kalau kau adalah someone yang letakkan high standard untuk diri sendiri, secara natural kau memang akan cari partner yang ada drive. Sebab orang yang ada standard tahu relationship without growth is a trap. Kalau kau sendiri push diri jadi lebih baik setiap tahun, upgrade knowledge, upgrade mindset, upgrade income, upgrade lifestyle konfem kau nak partner yang bergerak seiring, kan? Takkan kau nak partner yang buat kau slow down sampai semua cita-cita kena pause sebab nak jaga ego dia.

Bila dua orang ada drive, relationship tu jadi powerhouse. So that bila ujian datang, dua-dua tak goyang sebab dua-dua tahu apa mission masing-masing. In short, high standard attracts high effort. Kalau kau nak fly, tak boleh couple dengan orang yang selesa merangkak.

Perempuan yang "suka duit" usually ada kerjaya, ada income, ada savings and ada future plan. Dia bukan tak perlukan lelaki. Dia cuma menunggu lelaki yang boleh match her energy saja. Jadi kalau lelaki jumpa perempuan macam ni and you don't like her, tak payahlah kecam kata dia demanding atau berlagak atau besar kepala. Dia cuma tak se-frekuensi dengan kau je.

Perempuan macam owner post tadi jangan rasa bersalah bila ada standard. And lelaki pun jangan salah faham dan tak patut risau dengan perempuan high standard. If a woman wants a better life, that’s actually the perfect opportunity for a man to level up himself. Jangan anggap perempuan yang wants you to be better tu menekan hidup kau. Ada beza perempuan yang menekan and memaksa dengan perempuan yang push you to grow. Dia push you sebab dia nampak your potential. Lelaki yang matang je akan faham benda ni.

Perempuan yang cakap “saya tak berapa kisah duit”, bunyinya macam sweet, tapi realiti hidup tak sweet. Cinta tanpa duit hidup dalam drama bolehlah. Jangan dibawak ke dunia nyata. Jadi sumber derita yang tak berkesudahan nanti.


2025-12-01

GreenAard: Kalau puasa, ambil GC Plus dulu sebelum Maaltyd.


Ramai yang start nak ganti puasa sementara Maghrib tengah awal sekarang. So dorang ni semua pulun beli GC Plus hari ni. Masalahnya HARI NI baru nak beli. Menggagau staff mereply wasap hari-hari minggu. Nasib baik semua bawak balik henfon. Ramai beli GC Plus 2 botol hari ni sebab hari ni last day beli 2 botol dapat FREE Maaltyd. Dah hari last hujung-hujung baru kau nak grab, kan?

Ok, ni aku nak explain kalau puasa, ambil GC Plus dulu sebelum Maaltyd. GC Plus kena ambil semasa perut kosong, sebaiknya ambil sebelum sahur. Kalau kau sahur pukul 5.30 pagi, ambillah GC pukul 5 pagi. Sebab GC Plus perlu 30 minit sebelum serotonin keluar dengan optimum. Kalau rasa awal sangat nak kena tunggu lama, kau ambil je sebelum tido. Bangun sahur karang terus makan sahur.

Maaltyd, ambil sebelum berbuka. Maaltyd ni takyah tunggu 30 minit, lepas kau togok Maaltyd, terus boleh makan nasi.

Ok baca baik-baik kenapa GC Plus kena ambil sebelum berbuka (masa perut kosong), kenapa bukan lepas makan. Kenapa tak boleh telan lepas makan.

Perut kosong bukan maksudnya tak makan apa-apa. Maksud "perut kosong" adalah bila paras insulin rendah dan sistem pencernaan tengah rehat dari memproses makanan. Usually dalam 3–4 jam lepas makan, insulin dah jadi rendah. Masa ni badan in fasting mode. Waktu ni hormon ghrelin (hormon lapar) kat pada paras tertinggi. Ghrelin nilah yang hantar signal kat otak untuk makan. Bila ghrelin tinggi, otak kita wired untuk rasa lapar, even baru lepas makan jajan.

So now apa kaitan GC Plus dengan ghrelin?

Ok. GC Plus ada kesan satiety modulation. Dia turunkan hormon ghrelin supaya otak tak hantar signal lapar. Bila ghrelin rendah, kita lebih fokus, kurang cravings, dan selalunya makan lebih terkawal. Inilah rahsia kenapa customer GC Plus selalu kata sejak makan GC Plus kurang rasa nak mengunyah, tak craving benda manis, and boleh portion control tanpa paksa diri.

Ingat ni apa aku tulis: Bahan aktif dalam GC Plus bekerja paling berkesan bila ghrelin sedang tinggi, iaitu ketika perut kosong. Sebab itu GC PLUS KENA DIAMBIL SEBELUM MAKAN KETIKA PERUT KOSONG.

Kalau ambik selepas makan, hormon ghrelin memang dah rendah. Ni point ambil masa ni. GC Plus dah hilang timing dan kesannya tak optimum. Timing sangat penting sebab ada kaitan dengan cara badan serap bahan aktif dalam GC Plus. Kalau makan GC Plus dalam keadaan perut penuh, perut akan ambil masa lebih lama untuk kosong. Sebab makanan bercampur dengan GC Plus. Masa ni enzim pencernaan bertumpu kat karbohidrat, protein, dan lemak dalam makanan. Dalam keadaan ni, badan akan pilih prioriti. GC Plus akan jadi nombor dua untuk diproses.

Berbanding semasa perut kosong, enzim pencernaan tengah takde kerja. Waktu ni badan lebih mudah serap bahan aktif dan hantar komponen-komponen ni ke usus kecil dengan lebih cepat. Bila kadar serapan optimum, kesan GC Plus pun lebih jelas. That's why GC Plus tak sama macanm makan Maaltyd. GC Plus lebih teknikal, kena ikut dos dan kena ikut waktu yang disarakan. Ada yang pikir “janji makan”, padahal WAKTU PENGAMBILAN memainkan peranan penting terhadap keberkesanan sesuatu produk.

GC Plus BUKAN bakar lemak. Dia tak paksa badan buang air, tak paksa hormon naik turun dengan agresif, dan tak bagi kesan drastik macam ubat. GC Plus bekerja dengan cara yang natural. Dia akan influence signal kenyang dan lapar, dia akan tolong badan kawal cravings, dia akan bagi rasa tenang so that kita tak rasa asyik nak mengudap sebab bosan.

Untuk jenis produk yang mekanisme-nya macam ni, timing sangat penting. Signal kenyang muncul dari otak, bukan perut. Jadi bila GC Plus diambil waktu perut kosong, ia sampai ke otak sebelum makanan sampai. Otak akan reset signal lapar, supaya kita makan dalam keadaan lebih waras dan terkawal. Kalau makan GC Plus selepas kenyang, brain signaling dah selesai. Maka kesannya jatuh separuh atau lebih.

Lagi satu, kalau ambil GC Plus lepas makan, ada kebarangkalian kau rasa sangat mengantuk. Sebab selepas makan, paras insulin naik. Bila insulin naik, badan dalam fasa digest. Kesan ini jadi berganda bila ambil GC Plus selepas makan. Badan confused nak fokus pada pencernaan ke pada penyerapan GC Plus. Akhirnya apa jadi? Kau rasa tersangatlah mengantuk, badan lemau, leyih and mental fog. Ini bukan salah produk. Ini salah timing.

Cravings pun bukan bermula dari perut. Craving bermula dari otak. Bila stress, otak cari benda manis untuk tenangkan diri. Bila penat, otak cari makanan berminyak untuk cepat naikkan tenaga. Tapi bila GC Plus diambil waktu perut kosong, it puts your brain ahead of the game. Otak tak lagi bergantung pada signal lapar yang tak stabil. Bila otak stabil, barulah makanan tak mengawal kita.

Dalam sains, ada konsep dipanggil absorption window. It basically means the best time for your body to absorb the active ingredients before food gets in the way. Kalau makanan dah masuk, window tu tertutup. Banyak produk sebenarnya perlukan empty stomach window, tapi tak dinyatakan dengan jelas. GC Plus memang direka khas untuk bekerja pada window tu supaya kesannya lebih baik.

Absorption window paling optimum adalah ketika paras insulin rendah, ghrelin tinggi, dan perut kosong 3–4 jam sebelum makan. Sebab tu waktu pagi atau sebelum lunch adalah pilihan terbaik. Nak makan GC Plus semasa berbuka pun boleh tapi nanti kena tunggu 30 minit baru boleh makan nasi, kebulur pulak karang. Jadi, makanlah GC Plus semasa sahur atau sebelum tido.

Banyak suplemen lain yang boleh dimakan selepas makan macam multivitamin, mineral and probiotik. Since these products don’t affect your hunger hormones jadi timing tak kritikal. Boleh ambil bila-bila masa. GC Plus bukan produk “tambah nutrisi”. GC Plus lebih kepada kawal selera dan craving jadi proses hormon sangat penting. Bila hormon lapar berada kat paras tertentu, barulah GC Plus bekerja.

Maaltyd kita suggest ambil sebelum makan atau sebaik mula makan. Kenapa?

Sebab dalam Maaltyd ada campuran protein + serat. Serat bagi rasa kenyang awal. Protein pula digests more slowly. Jadi bila Maaltyd dimakan sebelum makan makanan lain, perut kurang rasa nak makan banyak sebab serat dalam Maaltyd dah mengembang membentuk gel dah mengisi sikit ruang perut. 

Maaltyd basically kind of early absorber for what your body needs. Dia bagi rasa kenyang, dia kawal gula darah and kurangkan rasa lapar in between waktu makan. Kalau kau makan Maaltyd as breakfast, perut kau tahan lapar sehingga lunch (at least). Jadi, kat sarapan kau dah jimat kalori. 1 sachet Maaltyd hanya 45 kalori berbanding sepiring nasi lemak 600 kalori.

Kalau tak sengaja ambil Maaltyd selepas makan, takpe, takde kesan negatif besar. Cuma kurang dapat manfaat “kenyang & kontrol selera”. Maybe rasa lapar semula tu datang lebih awal and susah nak kontrol portion makan. Lebih kurang macam kau makan shake selepas kenyang. Shake tu bagi nutrisi, tapi tak mengubah cara kau makan. Boleh faham semua anak-anak?

Bagus.

Last day PAY DAY NOVEMBER malam ni. Beli 1 GC Plus, free Maaltyd. Ini pun aku tak tahu cukup ke tak sebab Maaltyd yang kita allocate untuk Pay Day takdelah banyak sangat. Sebab kena simpan stok untuk yang nak beli Maaltyd juga.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.