2025-12-10

Medical Card: Boleh je nak menabung. Tak salah pun.


Boleh je nak menabung. Tak salah pun. Orang yang ada habit menabung ni jauh lebih terurus daripada yang takde apa-apa saving langsung. Tapi, ada satu realiti yang kita kena terima dengan hati terbuka.

Menabung untuk kos perubatan tak sama dengan medical card protection. Ini hakikatnya.

Aku ambil contoh screenshot atas. Dia simpan RM200 sebulan selama 7 tahun. Now dah RM16,800. Alhamdulillah, konsisten. Bagus. Dalam dunia savings, itu satu achievement. But in the medical world, RM16,800 is actually tak cukup untuk apa-apa yang serius.

Apendiks boleh cecah RM8-12K.
Denggi dengan platlet drop kena masuk wad 4 hari roughly can hit RM4-6K.
Accident patah tangan masuk OT boleh dalam RM15-25K.
Angiogram, RM8-12K.
Angioplasty (stent), RM25-60K.
Kanser? RM80-300K setahun, depending jenis rawatan.
ICU sehari je dah RM2-4K.

Bukan nak menakutkan, tapi nak cakap realiti. Sekelip mata, habis semua savings 7 tahun tu dalam masa 24 jam. 

Menabung ni, duit habis sekaligus. Kau kena start savings all over again bila dah guna nanti. Tapi medical card, company bayar berkali-kali. Ini ramai yang tak tahu. Sebab tu dorang rasa takde beza bayar medical card dengan menabung. Sebab tak faham konsepnya.

ADA BEZA.

Kalau ada RM16K simpanan pastu kau guna RM12K untuk apendiks, tinggal RM4k balance. Kalau tahun depan kena demam denggi, kau bayar lagi. Kalau dua tahun lagi accident, kau bayar lagi. Banyak mana sangat dalam tabung tu kalau lepas kumpul guna, lepas kumpul, guna. 

Kalau ASB ada RM100K, tup-tup kena bayar bil hospital RM40K, tetap rasa sakit. Sebab nak kumpul RM100K tu makan tahun, tapi RM40K habis gitu je sekejapan.

Medical card, lain. Katakan now bayar RM300/sebulan, tiba-tiba next  4 months accident. Company akan bayar bil rawatan walaupun jumlahnya RM60K. Padahal kau baru bayar caruman RM1200. RM300 sebulan ni kalau menabung sampai 10 tahun baru dapat RM36K. Bil accident katakan RM30K. Memanglah cukup duit nak bayar tapi sakit bila tengok sekejapan dah hilang RM30K dari savings yang 10 tahun tu. 

Medical card tak tengok “kau dah carum berapa”. Dia tengok “kau dilindungi berapa”. Itu beza paling besar between savings and medical card.

Aku baru lepas bersembang dengan Amiza (dulu founder Ephyra). Last year dia kena cancer thyroid. 2 kali surgery with treatment, RM144K bilnya. Ini kalau nak menabung 20 tahun maknanya kena simpan RM600/bulan. Tu untuk treatment setahun. Kalau tahun depan kena buat treatment lagi? Mana nak cekau, dah habis RM144K dah. 

Amiza cakap nasib baik dari umur 21 dah ambil insurans. Siapa sangka umur 40+ tiba-tiba dapat sakit? Dia kata simptom takde, tau-tau je kanser. Benda ni kita tak jangka. Arwah Aireen gitu juga. 27 tahun dengan medical card, at age 54 dapat kanser. 

Memanglah medical card tak menjanjikan kita sembuh. Itu bukan tujuan ambil medical card pun. Tujuannya untuk kurangkan beban, bukan hilangkan sakit. Sebab dalam dunia perubatan, kos hospital naik hari-hari. Kalau benda jadi tiba-tiba, at least kita tak payah fikir pasal bil hospital dulu. Kita boleh fokus pada treatment, pada proses nak sembuh, pada emosi kita.

Apa yang Amiza cakap ni betul. Bila sakit, tak nak pikir duit, nak pikir sihat saja. Jadi, apa saja option yang doktor suggest, tak perlu fikir berlama-lama sebab kos bukan issue, terus je proceed dengan treatment yang ada.

Aku tak kata takyah menabung. Silakan. Aku pun menabung. Cuma, tabung tu berguna kalau kau tak sakit teruk. Sakit-sakit ringan, demam, memang boleh guna duit tabung. No issue. Tapi kalau kena masuk wad, kena buat procedure, kena surgery, waktu ni tabung yang kita kumpul bertahun silap-silap tak cukup. Tabung ni untuk kecemasan kecil saja, medical card untuk kecemasan besar. Dua-dua ni bukan saling "siapa lebih baik", tapi pelengkap.

Aku pelik dengan influencer yang influence orang takyah ambil medical card. Kau takde medical card, itu kau punya pasal. Tapi boleh tak educate orang benda yang betul. Balik-balik hujahnya "lebih baik menabung". Eloklah. Esok kalau bil hospital sesiapa sangkut, gi mintak duit kat dia sebab dia menabung lama dah tu.  Banyak dah duit dia. 

Hakikatnya, orang kaya pun ambik medical card. Padahal dorang mampu bayar cash. Sebab apa orang kaya ambil medical card? Bukan sebab dorang mampu bayar caruman tapi sebab dorang tahu konsep risk transfer. Bagi dorang, kenapa nak berhabis ratus ribu guna duit sendiri bila aku boleh transfer risiko tu pada syarikat takaful hanya dengan RM350 sebulan? Aaa gitu cara dorang berpikir.

“Company untung atas angin bila orang terminate polisi awal” kata si polan.

Itu bukan salah insurance/takaful. Itu salah client. Client yang nak terminate. Selalunya yang terminate polisi awal ni tak faham kenapa dia ambil. Selalunya jenis ni nak untung. Dia cepat rasa rugi bila takleh claim. Kadang aku pelik some people yang tak sakit pun dia susah hati. Nak sangat ke jatuh sakit semata-mata nak guna medical card baru rasa berbaloi bayar tetiap bulan?

En Wan pernah cerita ada prospek yang dia pernah approch tahun 2022 dulu. Dah bagi explanation and quotation semua, tapi tak proceed. Tak kisahlah kalau tak nak proceed tapi, after 2 years contact En Wan balik nak buat medical card sebab dah sakit. Pastu marah-marah bila medical underwriter letakkan exclusion pada sakit yang sedia ada.

Sayangku...mana ada company nak cover sakit yang sedia ada? Ni macam kau pergi kedai spare part kereta, bawa kereta yang enjin dah kong, lepas tu mintak, “Boss, harapnya warranty boleh cover ya?” 

Warranty pun ada expiry, sayang. Sama macam medical card. Dia cuma protect pada penyakit di masa depan, bukan sakit yang dah ada atau yang pernah ada. Bila sakit tu dah wujud, itu dah jadi pre-existing. Tak akan cover punya. Tapi, walaupun dia tak cover penyakit sedia ada, masih ada banyak lagi penyakit yang kita berpotensi untuk dapat. Contohnya demam, pneumonia, surgery - ini semua masih boleh pakai medical card.

Syarikat takaful/insurans bukan badan amal. Dorang tak boleh cover penyakit yang dah wujud. Kalau buat macam tu, caruman semua orang akan naik gila-gila. Orang yang sihat pun rasa tak fair sebab kena bayar caruman lebih tinggi hanya kerana orang lain diberikan non-exclusion bila dah sakit. 

“Kalau ada darah tinggi, apa-apa sakit berkaitan darah tinggi memang takkan cover ke?”

Ya. Betul. Memang takkan cover. Ini proses normal dalam mana-mana under writing insurans. Bukan Malaysia je, satu dunia ikut konsep yang sama. Kalau someone dah ada penyakit kronik, risiko kecederaan organ, risiko serangan jantung and risiko strok akan buatkan caruman jadi lebih tinggi dan ada exclusion pada penyakit sedia ada.

Ini bukan sebab syarikat nak untung semata, tapi semua dibuat atas penilaian risiko. Insurance bekerja berdasarkan matematik risiko. Kalau statistik dah tunjuk orang dengan penyakit A kebarangkalian tinggi untuk masuk hospital, syarikat perlu protect diri dorang so that dorang can protect client lain dengan adil. Kalau tak, syarikat terpaksa naikkan caruman semua orang, ujung-ujung takde siapa mampu bayar. Itulah munasabahnya dorang buat exclusion.

“Insurance banyak sangat reject claim”

Claim kena reject mesti ada sebab. Kalau suka-suka reject, dah lama kena saman, dah lama hilang lesen. 

Selalunya claim kena reject sebab kes tu tak cover dalam polisi (contoh, pre-existing condition). 

Atau dokumen tak lengkap. Report doktor takde, bil tak submit, maklumat tak tepat. Maklumat tak tepat ni selalunya doktor punya hal. Sebab apa yang doktor tulis itulah yang akan dianalisa oleh medical underwriter. Kalau doktor tulis "During admission, we ran a blood test and the patient's blood sugar was 17" - ini salah agen ke? Salah company takaful ke? Tak. Blood sugar kau yang mencanak, jangan salahkan company bila claim kena reject.

Walaupun kau kata "Saya masuk hospital sebab demam"

Ya, betul. Tapi medical underwriter kena hold claim tu sebab dorang nak investigate blood sugar tinggi. Sebab dalam polisi kata no health declaration, tapi now after 1 year blood sugar tinggi? Diabetis takkan jadi dalam masa setahun, ya. Diabetis ni dah berakar dalam badan 3-4 tahun baru simptom keluar. Jadi, kau punya demam tu boleh jadi simptom-simptom diabetis. Sebab tu claim kena put on hold until dorang investigate.

Bab ini kena work dengan agen. Agen selalunya akan cuba appeal. Tapi kau pun janganlah buat agen tu macam kuli batak. Semua benda serah kat agen untuk uruskan. You bayar caruman untuk your hospitalization benefit, bukan bayar gaji agen untuk buat semua benda. Kalau agen minta kerjasama collect medical report, tolonglah buat. You nak agen proseskan claim tapi medical report malas collect sebab kena bayar RM100. Boleh pulak minta agen bayarkan kos medical report. Itu medical report you, youlah bayar.

Dah cukup bagus agen nak panjat hospital turun naik untuk pastikan doktor isi requirement form. Collect report lagi. Berjam-jam menunggu. Tu pasal ada agen tak nak handle client yang ada history penyakit sebab letih kena buat kerja. Ada agen yang hanya nak buat hibah je, medical card tak nak buat sebab too much hassle dan karenah. So kalau sesiapa dapat agen yang willing accept polisi medical card, berterima kasihlah. 

Sometimes claim kena reject sebab waiting period belum habis lagi tapi dah nak guna medical card. Ini memang payah nak claim. Client En Wan kalau nak masuk hospital mesti call dia dulu. Nanti En Wan akan advice apa yang perlu buat, apa yang jangan buat and apa yang perlu bagitahu doktor. Ni semua sebab nak tolong client bila time nak claim nanti.

Selalunya kes-kes claim kena reject ni berkaitan dengan client yang tak faham polisi sendiri. Caruman tak bayar beberapa bulan pun ada. Yang ni no choice kau kena bayar dulu yang pending baru company proceed claim. 

Ada yang time nak claim baru tahu polisi dah lapsed. Pastu salahkan company "Aku dah bayar 4 tahun, takde timbang rasa lansung!"

Ya, kau dah bayar 4 tahun tapi polisi tu lapsed berapa lama dah? Kalau bayar 4 tahun, polisi takkan lapsed hanya kerana kau tak bayar 2 bulan. Sebab dalam polisi ada savings yang boleh ditolak untuk bayar caruman. Bila polisi dah lapse bermakna savings dalam tu dah kering. Maknanya kau dah tak bayar banyak bulan!

Ada juga yang masuk hospital bukan untuk rawatan tapi untuk investigation saja. Ini kalau doktor yang tulis report macam ni, memang konfem takkan dapat claim punya.

Tapi orang tak cerita semua ni, kan? Dorang cuma cerita "Claim aku kena reject”

Komen yang tanya “Kenapa masa sihat tak nak ambik insurans?

Opsss. Ini pedih.

Realitinya ramai orang tak ambil medical card masa sihat sebab rasa tak perlu. Umur tengah muda, rasa macam badan sihat. Takkanlah aku sakit awal kot? Aaa gitu. Bila umur dah masuk 30-40 dah mula nampak hawa-hawa darah tinggi mula naik, kolesterol dah start, gula dalam darah dah start 7-8, bukan below 6 lagi dah. Masa tu baru panik. Masa tu barulah berdoa supaya medical card cover penyakit existing.

Bila ada komen yang kata agen menipu, tak dinafikan itu ada berlaku, tapi sangat minor. Majoriti agen tak berani menipu sebab BNM dan regulatory body boleh gantung lesen. Sebab tu polisi wujud sebagai black and white. Client kena pegang pada polisi.

Jangan sorok apa-apa dari agen. Masa nak sign-up tu declare segala macam medical history - yang pernah ada tapi dah baik, yang sedang ada, SEMUA. Ini untuk mudahkan masa claim nanti. Dibuatnya masa nak claim sekali rekod doktor tunjuk blood pressure reading dah tinggi since 2 tahun lepas, camana?

Kita nak agen tolong appeal kenalah ada bukti sokongan yang memihak pada kita. Kalau medical history kita teruk, toksah marahlah kalau agen tak dapat tolong. Company pun bukan bodoh. Rekod klinik dan hospital semua digital. Bila underwriter nampak data bercanggah, kes kau kena hold punya. Aku tahulah bab ni sebab masa jadi medical underwriter dulu pernah hold-kan claim client bila rekod medical bercanggah. Kau menipu, kau tanggung. Itu je jawapannya.

Orang selalu emo dengan medical card, as if company takaful tahu nak ambik duit orang dan tak bagi manfaat. But that’s really not how it works in real life. 

Medical card sebenarnya antara produk PALING TAK MENGUNTUNGKAN bagi syarikat takaful, sebab kos rawatan hospital meningkat setiap tahun 12-15%. Sebab tu dorang strict. Sebab tu ada exclusion. Sebab tu ada waiting period. Dan sebab tu lah jarang atau hampir tak pernah tengok orang letak profile kat media sosial "Profession: Medical Underwriter". Tak pernah nampak, kan? Sebab profession ni boleh mengundang ramai hatred dan makian dari dengan netizen ber-IQ 2 digit. Jadi, biar ex-medical underwriter tolong buat kerja membagi pencerahan ni.  

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)