2025-12-13

Gossip Weibo


Ok sementara menunggu nak tengok cerita Tamil kat TV, marilah aku bertenang-tenang cerita pasal news-news kat Weibo. Ok dimulakan dengan news William Chen dah ada anak. 

Actually kat Weibo, ramai yang masih bergossip dengan berita tu. Sebab yang pertama, masih tak dapat dipastikan samada William and He Sui dah kawen atau just live together. Tapi itu bukan masalah besar sebab kat sana “baby first, marry second” tu dah common.

The thing yang jadi gossip tu sebab ramai tak suka dengan history He Sui berbanding dengan image William yang clean. He Sui pernah kawen tahun 2014. 7 tahun kawen then cerai. Sebelum cerai dia pernah ada hubungan dengan lelaki lain tapi tak menjadi. Tahun 2021 kenal dengan William dan bercouple. Sepanjang 4 tahun ni takde satu gambar dorang berdua. Jadi orang ingatkan gossip tu sekadar hoax je. Rupanya sepanjang 4 tahun ni dorang berdating kat gym. Takde siapa perasan pun taktik dorang ni.

Disebabkan isu dating kat gym, netizen kaitkan dengan Johnny. Mulalah dorang bukak balik gossip Johnny dengan mysterious woman kat gym awal tahun hari tu. Dorang kata mesti Johnny guna tektik yang sama sebab Johnny and William kawan baik since 2019 lagi. Konon dorang berdua share the same taktik - dating dengan girlfren masing-masing kat gym. 

Disebabkan William pandai simpan rahsia dan takde satu gambar leak, tau-tau je announce dah ada anak, so netizen kata ada possibility Johnny and Dilreba pun macam tu. Dah tak memasal semalam malam-malam buta naik balik gossip Johnny-Dilreba. Dek kerana William, masing-masing now mengkaji balik history Johnny-Dilreba.

Nak dijadikan cerita ada event Dior kat Paris. Dilreba duta Dior China. Di Paris dorang address Dilreba as MADAM, bukan MISS lagi. Terkejutlah semorang kenapa Madam? Dah kawen ke? Dengan siapa? Pastu ada sorang ni kata big brands sangat mementingkan personal life duta sebab segalanya akan bagi impak pada brand. Kalau Dior panggil Dilreba Madam, pasti Dior tahu apa yang netizen tak tahu (kawen).

Maka, naiklah balik gossip Johnny-Dilreba. Hanya gossip between Dilreba and Johnny saja yang management Dilreba tak pernah keluarkan statement penafian. Gossip dengan actor lain semuanya dorang keluarkan official statement untuk menafikan. Kenapa gossip dengan Johnny, management Dilreba senyap? Hat ni mengundang rasa pelik.

Aku sebenarnya tak yakin dengan gossip ni. Sebab Dilreba ni Islam, etnik Ughyur pulak tu. Mustahil dia kawen dengan Johnny. Sedangkan Johnny masih visit temple. Kecuali kat sana amalkan kawen campur tanpa tukar agama, yang tu aku tak tahulah. Kalau Johnny dah kawen atau ada steady gf aku percaya tapi kalau dengan Dilreba payah nak percaya. Tapi kalau betul dorang dah kawen memang powerlah Johnny. Dalam ramai-ramai, dia dapat Dilreba. Kahkahkah. Mau kiamat Weibo.

Ok itu satu cerita. Satu lagi announcement dari production Natural High. This season, Johnny diserap as regular member . Last year Johnny dijemput as guest. Disebabkan rating program ni naik mencanak and involvement Johnny changed the vibe dalam program tu, ramai minta Johnny kekal as regular member. Johnny awalnya refuse sebab schedule dia padat. Tapi tahun ni dia setuju as regular member cuma maybe dia takkan ada sepanjang season. Kalau 1 season ada 10 episod, maybe dia hanya akan involve 8 episod saja bergantung pada schedule dia.

Natural High ni macam Korea punya Running Man. Yang terpilih as regular member kriterianya mesti active, lasak, sporting, kelakar dan bongok-bongok perangainya. 

Shen Teng tu berlakon dengan Johnny dalam Pegasus 1. Hu Xian Xu berlakon dengan Johnny dalam Pegasus 2. Now Johnny tengah filming Pegasus 3 tapi dua-dua tu takde dah.

Jia Bing (Bing Ge) berlakon dengan Johnny dalam Our Dazzling Days. Belum tayang.

Gina Jin baru-baru ni dengan Johnny dalam program Top Car Racer. Dah tayang.

Kalau tengok Gina tu dalam Natural High pun dia satu-satunya perempuan, dalam Top Car Racer pun dia satu-satunya perempuan. Sebab dia gila-gila sikit so memang boleh join team lelaki-lelaki bongok ni semua.

Ada satu game between Wang Anyu dengan Johnny. Dorang kena re-create iconic scene dalam drama masing-masing tapi bersembang (tanpa skrip asal). Hanya aksi saja tiru drama. Anyu pilih Johnny as partner. Memang dah agak Anyu konfem pilih Johnny. Selesa betul dia dengan Johnny dari season 2 lagi. Tapi bila dah pilih Johnny, kau termalu-malu. Dah kenapa kau 🤣.
 
Pastu kat Weibo Anyu tulis dia berdebar dengan scene tu sebab kat situ dia realised how attractive Johnny. Kau rasa?? Tak ke mengundang sangat post kau tu? Nasib baik orang tahu Anyu and Johnny memang gila-gila, jadi takde yang buat gossip. Kalau Bai Jinting yang cakap gitu konfem kena cop gossip gay terbaru Johnny.

Tapi personally aku tersentuh bila scene game Bing Ge. Bila ditanya kalau transport ke badan orang lain, siapa yang dia akan pilih. Then Shen Teng tanya “Nak tak jadi Huang Jingyu”. Bing Ge jawab “Nope. Terlalu penat jadi Huang Jingyu”

Kalau orang yang tak faham maksud sebenar akan ingat penat jadi Johnny sebab asyik berlakon action genre je. Tapi Bing Ge dengan Shen Teng antara senior yang Johnny rapat. Dorang tahu ‘seksa’nya menjadi Johnny. Dengan macam-macam isu dia kena hentam, gossip, fitnah. Berlakon tu memang tahu dah always busy tapi menjadi Johnny tu sendiri orang tak sanggup. Bak kata Bing Ge “Penat”.

Tak tahulah apa jadi kat Weibo malam ni. Aku malas nak tengok. Harap-harap gossip dengan Dilreba tu tak merebak sebab nanti si WYX tak pasal-pasal muncul. Semak! Dia ni kau muncul rosak mood satu dunia. Amber Heard China orang gelarkan dia. Sesuaiiiiii ngat!