2025-12-12

Hibah: Hibah untuk orang sakit kenapa tak keluarkan lagi?


Post aku tunjuk gambar En Wan serahkan mock cek hibah semalam buatkan ramai tanya aku "Hibah untuk orang sakit kenapa tak keluarkan lagi?"

Hibah untuk orang sakit sebenarnya memang tak wujud dalam standard offer. 2 tahun lepas Prudential keluarkan offer hibah untuk orang sakit. Tapi dorang keluarkan limited time je. Siapa yang grab waktu tu memang untunglah. Sebab lepas tu tak bukak dah. 

Company berdepan dengan risiko kerugian sebenarnya bila offer hibah untuk orang sakit. Just imagine, orang yang dah ada risiko kematian yang besar diberi peluang untuk buat hibah. Walaupun nilainya rendah antara RM50-250K saja, tapi risiko tu dah ada. Sebab tu dia buka kejap je offer tu. Memang ramai gila yang grab. En Wan ramai client yang sign-up hibah untuk orang sakit.

Salah satunya client di Johor, yang dah pun arwah. Isterinya blog reader. En Wan paling ingat client ni. Sebab arwah kerap whatsapp En Wan bersembang pasal sakitnya. Maybe dia perlu someone untuk bercerita. Memandangkan En Wan memegang amanah dia (hibah), jadi dia agak selesa bercerita dengan En Wan. Hujung-hujung hayatnya, dia call En Wan tanya "Takde cara ke untuk isteri saya dapat nilai hibah yang saya apply kalau tak cukup 2 tahun?"

Sedih pulak bila ingat-ingat balik. Nampak yang dia teringin nak tinggalkan sesuatu untuk isteri. Anak kecik lagi. Hajat dia tak kesampaian. Hibah untuk orang sakit, tempoh matang polisi adalah 2 tahun. Kalau capai tempoh matang, waris akan dapat hibah. Kalau meninggal sebelum 2 tahun, company akan pulangkan balik kesemua duit caruman yang dah dibayar. Hibah tak dapat.

Orang kata hibah ni tak penting. Buat apa nak ambik hibah sebab hukum Allah tu terbaik (faraid) katanya. 

Takde siapa pertikaikan hukum faraid. Hibah tak menggantikan faraid pun. Faraid tetap jalan. Hibah ni untuk melengkapkan apa yang faraid tak boleh selesaikan. Faraid dibahagi ikut ketetapan. Tapi faraid tak ambil kira realiti hidup kita. Faraid memang hukum Allah yang sangat adil. Tapi manusia? Manusia tak selalu adil, tak bijak dan tak bertanggungjawab.

Harta yang dibahagi ikut faraid tu mungkin jatuh ke tangan orang yang tak mampu manage dengan baik. Ramai orang yang tak faham tanggungjawab sebenar sebagai penerima faraid. Dorang ingat faraid tu duit FREE untuk kegunaan diri sendiri. Padahal faraid tu datang bersekali dengan tanggungjawab. Dapat duit faraid, bantu balu besarkan anak, bayarkan hutang si mati. Itulah tujuan kenapa waris dapat sorang sikit, untuk memastikan dalam ramai-ramai tu ada yang bertanggungjawab. Masalahnya MOSTLY yang dapat faraid berjoli dengan duit tu. Selalunya balu terkontang-kanting uruskan segalanya berbekalkan bahagian faraid yang 1/8 tu.

Yang aku pelik tu sampai ke rumah pun nak dituntut dah kenapa? Terang-terang rumah tu nama suami dan isteri, dah kenapa yang bahagian si suami tu nak jugak direbutnya? Kau takde rasa simpati ke dengan menantu? Dahlah hilang suami, now rumah yang menjadi kenangan dia dengan suami pun kau nak sebat. Kau takde share pun dalam rumah tu! Kenangan kau pun takde dengan rumah tu. Nak ugut-ugut menantu bayar bahagian rumah si arwah tu dah kenapa?

Masa orang tu kerja macam nak mati bayar loan rumah, mak bapak di mana? Ada hulur? Takde.
Masa orang tu bayar duit kereta bulan-bulan, ada hulur? Takde.
Orang tu buat harta bersama, kau ada share ke? Takde.

So kenapa beria benau nak menuntut segalanya lepas arwah dah takde. Yes, aku tahu waris ada hak ke atas harta-harta si mati. Tapi, TIMBANGRASA letak mana? Orang kalau ada otak, dia ambil hak faraid dan selepas tu dia tanya menantu "Ada hutang-hutang arwah yang belum settle? Pakailah bahagian yang mak dapat ni untuk settlekan hutang arwah".

Itu kalau ada otaklah. Selalunya takde. Selalunya takde yang kisah pun pasal hutang ni. Korang yang buat hutang, koranglah bayar katanya. Ohh pandai. Hutang yang suami isteri tu buat bersama, kau tak nak campur. Tapi harta yang suami isteri tu buat bersama, kau sibuk nak!

Faraid tak tanya siapa yang jaga masa sakit?
Berapa jumlah perbelanjaan anak-anak setiap bulan?
Isteri ada pendapatan sendiri ke tak?
Rumah tu siapa bayar selama 20 tahun?
Loan kereta siapa settle tiap bulan?

Semua tu tak masuk dalam kiraan faraid. Bila mati, harta tetap dibahagi ikut formula. Maka hibah wujud untuk isi gap tu. Supaya spouse tak perlu serabut menunggu bahagian faraid. Ini bukan untuk ganti faraid, tapi melengkapkan sistem supaya bila kita takde, keluarga tak sengsara, anak tak terabai, dan amanah kita dijaga. 

Jangan ingat ada orang nak bela anak bini kita lepas kita takde. Jangan ingat ada orang nak tolong anak bini kita setiap bulan. Hari kematian kita tu je dah boleh nampak, orang nak sedekah RM100 pun berkira-kira. Kau rasa ada orang nak hulur tetiap bulan? Memang taklah.

Untuk orang yang sakit, memang takde hibah yang boleh dioffer. Sebab tu ambillah hibah sebelum sakit. Masa tengah sihat, buat. Yang dah sakit tu, aku suggest korang boleh try ambil investment. Nilainya tak sebanyak hibah, but sekurang-kurangnya adalah sikit amount untuk ditinggalkan. Kalau sampai tempoh matang, kau pun boleh keluarkan untuk guna sendiri. Kalau ditakdirkan meninggal, waris yang dapat. Tak perlu difaraid sebab dah ada penama siap-siap.

Yang masih sihat, bolehlah consider ambil hibah. Client En Wan yang dia visit semalam tu pun asalnya no idea lansung pasal hibah. Dia baca post aku and tergerak nak buat hibah. Tak sangka 3 bulan selepas tu suami accident and meninggal. 

Ada sorang blog reader yang En Wan dah approach dia since 2023. Masa tu dia minta quotation tapi dia tak proceed for what reason aku pun tak tahu. Awal tahun ni dia contact semula En Wan nak sign up hibah. Tapi dah ada rekod kena mild stroke. Maybe dia dah di-diagnose dengan heart problem agaknya tu yang teringat nak buat hibah. Tak dapatlah aku nak tolong, aku nak appealkan permohonan pun tak lepas sebab terang-terang dah ada rekod doktor.

Hibah ni takde kenaikan setiap tahun sebab tak terlibat dengan inflasi perubatan. Apa yang kau start bayar, sampai bila-bila itulah komitmen nilai carumannya. Aku buat masa umur 35 tahun, RM100/sebulan. Sampai sekarang after 13 tahun masih lagi RM100/bulan. 

Buatlah masa tengah sihat ni, sebab once kau ada sakit je, terus decline application kau. Jangan takut or segan nak tanya En Wan pasal ni. Dia akan advise pelan apa yang kau boleh buat, sesuai dengan bajet. Jangan aim nak hibah tinggi-tinggi terus. Nanti kau tak mampu bayar. Start je dengan RM250K dulu.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)