2025-01-12

Student yang bijak-bijak nak tak jadi cikgu?



Sistem pendidikan Finland memang terkenal for its emphasis on the quality of teachers and education. Asal pendidikan je, "Cuba tengok Finland". Asal cakap pasal pendidikan je, "Cuba tengok Finland". Tapi orang tak tahu kat Finland, guru bukan profesion biasa-biasa yang dipandang rendah macam kat negara kita. Kat Finland, guru adalah profesion elit, setanding dengan doktor dan peguam. That's why yang benar-benar cemerlang saja eligible to join this field. Itulah juga sebabnyakenapa kat Finland course pendidikan lebih kompetitif daripada course perubatan.

Kat Malaysia (or maybe di Indonesia juga), persepsi terhadap course pendidikan agak berbeza. Ramai yang melihat menjadi cikgu adalah last resort. Kalau tak dapat cari kerja, jadi cikgu. Tak dapat cari kerja yang best, gi sambung master jadi pensyarah. Jangan nafikanlah bab ni. Ini memang berlaku. Dah takde pilihan sangat, baru nak join pendidikan. Secara tak lansung it gives the impression that teaching profession is less valued, atau tak sepenting bidang lain. 

Dan sebab itulah juga some parents pandang lekeh dengan cikgu-cikgu. Jangan kata cikgulah. Zaman aku belajar dulu pun, fakulti aku, sains & teknologi adalah course paling last. You know why? Sebab orang dok membayangkan masuk coure tu mengkaji tumbuhan, mengkaji haiwan. Nak jadi apa lepas grad nanti? Aaa gitu.

Kat Malaysia, imej and status soial guru selalunya dilihat sebagai profesion "biasa-biasa", tak macam doktor, engineer, atau akauntan yang dianggap lebih berprestij. Sebab di peringkat pengambilan student pun, course-course medic and engineering requirementnya lebih tinggi. Kena betul-betul pandai baru layak. Jadi dari awal lagi persepsi kita semua terhadap kerjaya doktor, engineer, akauntan and lawyer dah tinggi. Lagipun, dari dulu lagi orang tahu gaji guru tak besar. Title pun takde. Guru tak sinonim dengan gaya yang nampak macam orang "ada-ada". 

Tengok je lah cikgu-cikgu kita dulu. Mana ada bergaya mana. Bukan kerana dorang tak mahu bergaya tapi mereka terikat dengan protokol sebagai seorang guru. Imej guru tu dibawa luar dan dalam waktu sekolah. Even di luar waktu sekolah pun jarang kita nampak guru berpakaian selekeh, betul tak? Sampai boleh tahu gaya seorang cikgu macamana - dari segi wataknya, cara jalannya, cara bercakapnya.

Lagi satu, orang kejarkan gaji. Semua nak gaji tinggi. Profesion guru kat Malaysia tak dilihat sebagai profesion yang bergaji tinggi. That's one of the reason kenapa profesion ni jadi pilihan terakhir to many people. Tapi bab ni aku tak rasa boleh berubah banyak sebab guru is penjawat awam, melainkan jadi cikgu swasta, mungkin ada beza kot.

Tapi aku lebih berminat nak tahu, kalaulah requirement untuk masuk course pendidikan dinaikkan lebih tinggi dari (atau sama taraf) dengan course medic or engineering, student yang bijak-bijak nak tak jadi cikgu? Haaa...ini lebih penting untuk difikirkan.


2025-01-11

He is on HOT SEARCH


Kena ambil mood dulu sebelum nak start post ni *strectching kejap sebab post panjang*.

Ok, mana aku nak mula, ya. Sebab banyak nau DM aku tanya soalan-soalan pasal Johnny and Dilreba. Yang tanya aku kenapa aku refer Dilreba as 88. Yang tanya ALICE tu siapa. Aku rasa macam dah pernah cerita dah dulu, ni mesti tak perasan aku dah cerita.

Secara ringkasnya, "88" adalah panggilan untuk Dilreba dalam entertainment industry kat sana.

ALICE pula adalah fanclub Dilreba.

Rumours Johnny and Dilreba bermula selepas dorang berlakon dalam drama Love Designer. Reasonnya mudah. Sebab dua-dua single dan dua-dua sama umur. Dalam banyak-banyak female lead Johnny, hanya Dilreba je yang orang rumourskan sedang bercinta. Why only Dilreba?

Dalam My Dear Guardian, female lead is Li Qin. Li Qin lebih tua dari Johnny. Lagipun, waktu ni Li Qin rumours bercouple dengan Xiao Zhan. Li Qin and Xiao Zhan same age, jadi lebih lojik untuk bercouple.

Dalam Bright Eyes in the Dark, Zhang Jingyi is too young. Beza umur 6 tahun. Dan dalam interview semasa drama released, Johnny dah address siap-siapa yang Zhang Jingyi is a like a sister to him. Orang China ni kalau beza umur 5 tahun pun dia tak rasa lojik nak bercinta, jadi couple dua ni terselamatlah dari “dijodohkan” netizen.

Dalam Lucky With You, female lead terang-terang lebih tua. Memang takde chance lansung nak dicouplekan. Same goes to female lead dalam drama Moonshine and Valentine, iaitu Victoria Song. Ini semua lebih tua dari Johnny.

Dalam Something Just Like This, memang takde peluang sebab Wu Jinyan dah bercouple dengan Hong Yao. Tahun lepas dah kawen dah pun. Samalah dengan Sun Qian, heroin dalam Love Song in Winter. Sun Qian dah ada rumours bercouple dengan Chen Jingke. That’s why walaupun drama ni trending macam nak gila, coupling tak wujud sebab Sun Qian dah ada couple. Dan dalam upcoming drama Our Dazzling Days rasanya takkan ada coupling gossip juga sebab female lead Guan Xiao Tong pun dah ada couple.

88 saja yang single. That’s why coupling between Johnny and 88 wujud. Until now ALICE masih lagi tuntut 88 buat statement untuk nafikan rumours between dia and Johnny. Gila betul budak-budak ALICE. Dorang pulak sibuk nak tentukan love life orang. 

Until now 88 lansung tak buat statement apa-apa. Johnny tak perlu buat statement sebab Johnny takde fanclub. Takde siapa tuntut dia untuk explain. Aku pelik juga kenapa bila 88 digossip dengan Yang Yang, laju aja 88 nafikan. Padahal gossip dengan Johnny lagi awal dari tu, tapi dia buat senyap. Kenapa ya? Jeng jeng jenggggg 😆.

But personally, aku tak rasa Johnny couple dengan 88. Looking at his schedule yang kejap fly sini kejap fly sana, shooting non-stop — I don’t think dia ada masa untuk bercinta. Tapi kalau dia bercinta, we are ok with that. As long as career kau tetap berterusan.

Ok habis part tu, ya. Now aku nak start dengan apa yang berlaku semalam 10 Jan 2025.

Semalam Hari Polis China. Like I said, Johnny sinonim dengan watak army-police. Impak dia carry role-role ni memang menjadi betul. Contohnya, Yang Yang, William Chan, Gong Jun, Allen Ren — semua ni pernah berlakon as firefighter. Tapi, Johnny yang dipilih as ambassador untuk Hari Bomba China. 

Johnny juga adalah spokes person untuk program army and police. Padahal ramai actor yang pernah berlakon polis and army, contohnya macam Bai Jingting, Xu Kai, and Wang Yibo. Tapi setiap kali army open untuk new recruit, gambar Johnny yang digunakan as poster and banner. Maknanya, role pakaian uniform ni dah bertepek kat dahi dia. Kalau sebut polis role, orang terbayang Johnny. Sebut army role, orang akan comparekan dengan Johnny.

So, ceritanya semalam Hari Polis China. Video Johnny buat wish dan bercakap pasal program-program khas sempena Hari Polis bertebaran di media sosial. Department polis pun share video tu.



Ramai yang share this video, termasuklah official akaun polis. Dalam beberapa post, ni dorang mention nama Johnny. This is logik sebab ada beberapa drama Johnny jadi polis. 

Kau tau apa jadi kat ruangan komen?

Aku translatekan komen dorang. Atas tu kau tengok.
Kau nampak tak berderetttttt fans Wang Yibo komen?
Kau nampak tak betapa bengangnya dorang bila nama Yibo tak dimention?

Yibo berlakon dalam movie Formed Police Unit bersama-sama Johnny, tapi nama Johnny je yang dimention. Mau tak panas hati dorang? Geleng-geleng kepala aku tengok komen. Tak, yang kau nak bengang kenapa nama Yibo tak dimention tu dah kenapa? Letihlah kalau nak mention semua nama cast yang jadi polis dalam setiap drama. Lagipun Johnny memang dah sinonim dengan watak polis, of cos dia lebih diingati.

CCTV pun mention nama Johnny, dan dorang refer drama The First Shot. Ini pun sama. Berapi jugekkkk kat ruangan komen. Kadang aku pelik betul dengan fans dorang ni. Dorang ni bukan fans tau, tapi kategori obses. Padahal post tu jelas-jelas mention nama Johnny, tapi takde satu pun komen referring to Johnny. Itu bukti Johnny memang takde traffic. Tapi fans Yibo macam satu team tau. Dorang macam "Jom kita serang ruangan komen! Semua kena mention nama Yibo!". Aku rasa Yibo pun seram dengan perangai fans dia yang gila ni.

Ok settle bab ni.

Aku nak cerita pasal issue Wang An Yu pulak. Hat ni aku tak tahu nak kategorikan dalam kategori recognition ke, sweet ke, atau disaster. Nak gelak pun ada.

Siapa kenal Wang Anyu mesti tahu dia sinonim dengan love story. Muda lagi orangnya, baru 26 tahun. Dia takde buat movie, so far hanya drama. Tapi sebab muka handsome boleh tahan, sesuailah dia dengan cerita cinta. Pernah berlakon dengan Zhou Lusi juga. Pernahlah kejap digossipkan dengan Lusi. Last year Johnny join variety show sebagai artis jemputan. Dalam program variety season kedua, Wang An Yu is one of the regular member. Johnny join untuk 7 minggu punya episod saja. Bila Johnny left the program, An Yu cakap dia rindu dengan Johnny.

Satu kali dia cakap.

Pastu kat episod seterusnya, dia cakap lagi rindu Johnny. Ok kali kedua cakap.

Pastu selepas season 2 habis, dia tulis kat Weibo farewell note. Dalam post tu dia mention jugak orang yang paling dia seronok dan rindu is Johnny. Kali ketiga.

Pastu dalam program yang lain, bila ditanya siapa kawan artis yang you senang bergaul dan nak bekerjasama, dia jawab, HUANG SIR. Kali keempat.



Now kat Xiaohongshu orang dok korek balik scene-scene dalam variety show tu. Dorang tengah busy study "love language" between An Yu and Johnny. 

Ada satu klip tu Johnny peluk An Yu sebelum balik, cakap "Love you". Itupunnnnn jadi bahan. Padahal that's not the first time. Banyak kali Johnny cakap "Love you" kat kawan-kawan yang dia baik. Maybe Johnny ni dibesarkan dengan environment yang biasa dengan saying I care about you, I love you. Aku dengan Nurul pun gitu gak. Kiss pipi and cakap "Aku sayang kau". Adakah kami gay??

Rumours dengan Wang Ziqi belum settle, now dengan An Yu pulak. Yang si An Yu pulak, kau dah tahu kan netizen China gila macamana, boleh tak jangan ekspresikan sangat yang kau rindu and selesa dengan Johnny? Non-stop captain tu kena cop gay.

Pastu semalam, kat Weibo orang share post dari Jia Bing-ge. Semalam Jia Bing punya premiere new movie. Ni pelakon senior. Dalam post tu Jia Bing ucapkan thank you kat Johnny sebab Johnny beli satu cinema punya tiket untuk support his new movie. Johnny tak dapat hadir sebab ada shooting, so dia beli semua tiket and invite fans gi tengok the premier. Maka, bertebaranlah post Jia Beng semalam dishare sana sini. Banyaklah positive post about Johnny semalam. 
 
Johnny and Jia Beng in Our Dazzling Days. Drama ni akan disiarkan tahun ni.



Pastu semalam juga, video masa anniversary Beitling hari tu gone viral. This video.

Kisahnya, reporter-reporter ni semua nak pass mic kat Johnny, tapi takde stand. So dorang semua membongkok supaya badan tak masuk frame. Then Johnny kata "No need for that! I'll hold them all, so you don’t have to crouch". ---> This thoughtful act even made it to the hot search!

Bila nama dah masuk Hot Search, memanglah ramailah yang share stories. Ada sorang ni share post Weibo Johnny tahun 2016. Orang ni kata back in 2016, masa Johhny mula-mula famous, setiap kali dia sampai airport, large crowds of fans would show up. Sometimes keadaan jadi chaotic. Ada yang bertolak-tolak sampai terjatuh, terpijak. So after one event Johnny tulis kat Weibo dia:

"Are you okay after falling? I deeply regret not being able to help you. I felt worried and helpless. From now on, I will wait for you. So take your time filming and stay safe. Safety is the most important thing. I’m scared that you’ll get hurt and that the airport might stop letting me use the regular entrance, which could mean not meeting you anymore. I treasure every meeting. This is my first long Weibo post, and I hope everyone will pay attention to this issue".

This person tulis Even though he’s busy, Johnny always waves to his fans during meetings, cherishing each moment, just as he promised years ago.

Then ada sorang crew production post kat Weibo:

While filming a variety show at the Shaolin Temple in Zhengzhou, Johnny noticed our red, tired eyes during a late-night script review. He kindly said to us, "Your eyes are so red. Why not rest a little? You don’t need to rush the script. I’m always available."

Even though Johnny’s own shoot schedule was packed, he prioritized our well-being. The next morning, despite only getting a few hours of rest himself, Johnny ensured the we the crew had coffee waiting at the start of the day. His kindness made the hard work feel completely worth it.


Pastu ada sorang crew drama The First Shot tulis:

During filming for Snow Maze, Johnny was incredibly down-to-earth. He’d joke with the crew, chat with everyone, including background actors and he even noticed when one of them was wearing pants that were too tight. What made him even more endearing was how he ate with us the crew in the back, casually sitting among the props. His thoughtfulness and humility stood out in an industry where extras and staff are often overlooked.

Pastu ada sorang fans tulis:

While filming on location, Johnny noticed us. Back then we were young fans nervously trying to snap pictures of him. But one of his staff sternly told us off. Johnny realized we had been scolded. He approached us and gently said, "Scared, huh?" in a soft voice that instantly melted our hearts. Taking advantage of the moment he came closer, we managed to snap as many pictures of him as we wanted!

Then sorang lagi crew media tulis:

Before an interview, our team were moving heavy standees. Seeing they were all women, Johnny offered, "Let me handle it," and carried the large standees himself. After the interview, he stayed to help pick up scattered flower petals, not stopping until every piece was cleaned up. When told about how they had to bring a female crew because the male crew had to navigate Beijing's notorious traffic by bicycle, Johnny jokingly said, "Next time, I'll join you."

Yang best tu ada sorang pelakon extra post:

I was a supporting cast at one of his movie. I am nobody. At one scene, I tripped and hit my head on set. It was Johnny who rushed to help. He crushed ice with his bare hands (BARE HANDS kau!!!) and brought me more ice packs from his car, repeatedly checking on me throughout the day and giving detailed care instructions.

Hoih!!! Kalau perempuan ni jatuh chenta dengan Johnny pun memang patut padan sangatlah caring gini.

Banyak gila nama Johnny dalam hot search semalam. Tak larat nak baca. Betullah pepatah kata, buat baik dibalas baik. Diam-diam beli tiket satu cinema untuk support Jia Bing, pastu beramai-ramai orang share hal baik yang dia pernah buat, yang orang tak pernah tahu. Tapi aku yakin, mesti dak-dak ALICE akan berusaha untuk highlite gossip Wang An Yu dengan Johnny so that news about Johnny kekal negative.

Kepada yang angau dengan Johnny, semoga post aku hari ni buatkan weekend anda jadi lebih baik. Mbahahahaha.


2025-01-10

Medical Card: Senang ke nak claim takaful?


Ramai tanya aku pasal claim takaful.

"Senang ke nak claim takaful?"
"Ramai kata claim takaful susah"
"Agen dah hilang, macamana saya nak claim?"


Baik. Korang bertanya pada orang yang boleh jawab soalan ni. Sebab:

1. Aku anak-beranak pemegang medical card
2. Ada pengalaman guna dan claim medical card
3. Laki aku agen takaful
4. Aku ex-medical underwriter

Kalau nak kata susah atau senang claim, itu bergantung pada syarikat takaful yang korang pilih sebab polisi claim berbeza-beza. Tapi generally, dokumen kena lengkap dan hospital mestilah hospital panel syarikat takaful. Kalau bukan hospital panel, macam hospital kerajaan, proses claim lebih panjang sebab melibatkan pay & claim. Kalau hospital panel, dorang direct bayar pada hospital, kita tak perlu keluarkan duit sendiri.

Walaupun katanya "Ramai kata susah nak claim", sebenarnya jauh lebih ramai yang dapat claim. Contohnya aku. Tahun 2023 aku masuk hospital sebab UTI. 3 hari 2 malam je, bil sampai RM7K. Aku guna new medical card yang diambil bulan Januari. Sebulan bayar RM350. Bermakna, aku baru bayar RM3,850 caruman, tapi bil hospital RM7K, ditanggung medical card. Untung, kan? Alhamdulillah.

Soalannya mudah ke tak aku buat claim?

Ya, mudah. Sebab, it is UTI only. Takde apa-apa yang suspicious. Yang buatkan claim susah nak dapat sebab ada suspicious dalam doctor's report.

Again, aku ulang - DOCTOR'S REPORT.

Contohnya, medical card kau 2 tahun dah. Lepas tu kau hospitalized. Then dalam report doktor kata they found out kau ada cancer. Hat ni yang buat claim di-hold. Sebab, dari perspektif underwriter, cancer takkan muncul hari ni. Dia dah start develop maybe 3 tahun lepas. Maybe dah ada lump pada breast, tapi kau ignore. Only after 3 years, baru found out itu adalah canncer, sedangkan medical card baru 2 tahun. Ini yang menyebabkan kena hold untuk siasatan. 

Bab siasatan ni yang ambil masa. Ada banyak report kena kumpulkan. En Wan dah lalui proses ni dengan some of his clients. Client tak tahu pun ada darah tinggi. Client tak tahu ada diabetis. Bila masuk hospital atas sakit lain, barulah tahu dia ada diabetis, ada darah tinggi. Nak claim dah susah sebab under siasatan. Ke sana sinilah pak incik tu collect report and appeal pada underwriter.

That's why aku tak percaya bila yang viral-viral tu kata syarikat takaful penipu tak nak release claim. Tak. Ada proses yang dia tak bagitahu. Dia tahu nak mengecam je. Mesti ada sebab kenapa claim kena hold. Ingat syarikat takaful berani ke nak pertaruhkan reputasi dia untuk sengaja tak reimburse claim? Kau tanya doktor yang rawat kau, apa yang dia tulis kat medical report.

Ini client En Wan. So far caruman dia bayar tak sampai RM2,500 untuk 16 bulan, tapi claim hampir RM10K lulus. Kisah-kisah macam ni tak pulak diviralkan. Nampak nau yang tukang viral tu takde medical card. Dia nak hilangkan rasa bersalah takde medical card, dia sharelah post-post macam tu. Ni post aku ni sharelah kalau berani. Hahahaha.

Ini post pak incik aku. Aku curi gambar ni. Dia meneman client buat medical check up untuk new application medical card. Awal-awal tahun ni bagus buat medical card sebab semua orang masih fresh penuh motivasi nak hit new target. Kalau tengah sihat, time ni apply. Bersedup underwriter approve sebab dorang pun tengah bersemangat. Aku tahulah, sebab aku pernah jadi one of them. Bulan-bulan January ni CEO bagi ucapan tahniah pada underwriter, pastu umumkan bonus, pastu umumkan new target. Memang bersemangat betul nak close case. So, buatlah now. Underwriter tengah good mood ni.

Semalam ada housewarming kenduri rumah boss En Wan. Anak dia pun agen. Kawan En Wan kenalkan aku as ex-underwriter Prudential. Terkejut dia. Dia kata first time jumpa underwriter. Hahahahah. Ya, ya. Aku faham perasaan tu. Takde agen boleh jumpa dengan undewriter. Tapi zaman aku dulu, boleh. Now dah tak boleh. Semua agen berurusan dengan customer service. Agen MDRT macam En Wan pula ada customer service sendiri yang sometimes, underwriter sendiri yang bercakap dengan dia. Tu yang dia suka sangat tu dapat bercakap dengan underwriter.

Dia cakap nak jadi agen pun susah sebab kena pass exam. Apetah lagi jadi underwriter. Aku ceritalah, nak jadi underwriter kena lalui 3 stage interview. Stage pertama dia bagi a set of soalan tentang penyakit dan situasi pemohon medical card (real case). Kalau tak lepas ni, bye bye. Pastu dia tanya "So all underwriter must know medicine?"

Aku cakap, some of underwriter zaman aku dulu adalah medicine graduate sendiri.

"We have our own clinic"

Dia terkejut. Kenapa Prudential ada clinic?

"Doktor di clinic tu tak jumpa patient. Tapi jumpa underwriter. They are the consultants"

Lagi sekali terkejut dia. First time dengar doktor tak jumpa patiet.

That's why agen and client tak boleh "beli" doktor di hospital. Konon-konon nak kawtim dengan doktor supaya report cantik. Takleh, ya. Sebab they have doctors too untuk verify report tu.


2025-01-09

Everyone brings a white envelope with congratulatory money inside.



Part "Everyone brings a white envelope with congratulatory money inside. Most of that cash ends up covering the wedding expenses".

Ini kalau kau tulis kat FB dan ruangan komen dibuka kepada public, nescaya 99% kecam kau. Orang kita cukup sensitif bab bagi salam kaut ni. Nak-nak lagi jenis datang majlis kawen berlenggang tak bawak hadiah, angkut satu rumah datang jemputan, duduk 2 jam.

Kat negara kita, ini dipanggil SALAM KAUT. Benda ni bukan baru. Dari zaman mak aku kawen lagi dah ada. Cuma orang kampung dulu tak ramai yang hulur duit. Masing-masing bawak beras dari rumah. Kat tempat lain aku tak tahulah, Kalau kat Tampin, style-nya bawa beras dari rumah, bubuh dalam bakul sia. Dulu masa kecil, aku selalu lepak kampung everytime cuti sekolah. Biasalah time cuti sekolah banyak kenduri kawen kat kampung. Aku follow arwah nenek. Nanti nenek isi beras dalam bakul ni untuk bawak ke rumah orang kawen tu.

Mula-mula aku tak tau yang dalam bakul ni isi beras. Aku dok ingatkan bakul ni untuk isi lauk barkat and telur orang kawen bagi kejap lagi. Kahkahkah. Ye lah dulu kan mana ada goodie bags. Zaman dulu, orang bagi telur bungkus dalam tisu je. Susah nak bawak balik kalau takde bekas nak simpan. Aku syak bakul sia inilah tujuannya, untuk simpan telor orang bagi nanti. Bila aku nampak nenek curah beras dalam bakul sia, aku tanya kenapa nak kena bubuh beras?

Nenek cakap, orang sini (kampung tu) kalau pi kenduri, tetamu kena bawak beras. Ini kalau tetamu dari bukan keluarga atau kenalan rapat. Kalau kenalam rapat, dorang akan BERTANAM. Bertanam ni contohnya, aku kawenkan anak. Kau sponsor 100 biji telur. Nanti esok kau kawenkan anak, aku kena balas dengan 100 biji telur juga. Nenek aku cakap, kalau yang bertanam ni, dorang siap tulis dalam buku sebagai reminder. Nanti esok kalau aku kawenkan anak, aku akan ingatkan kau yang kau kena balas balik apa yang aku 'tanam' ni. Aku syak buku hutang 555 tu wujud sebab konsep bertanam ni.

Salam kaut sekarang lebih kurang sama macam konsep bakul sia tu. Cuma lebih ringkas. Now, hulur duit saja. Kadang tu nak beli hadiah tak sempat, hulur je lah senang cerita. Persoalannya wajar atau tak?

"Bukan ke kau yang jemput aku datang, kenapa nak kena hulur duit pulak?"

Pastu kalau bagi RM10 nanti dia kata "Takkan bagi RM10 tak boleh? Tu pun mujur aku bagi".

"Orang sekarang buat kenduri tak pakai musim sekolah. Tiap-tiap minggu ada jemputan kawen. Kalau sehari sampai 3-4 biji rumah, tak ke bankrup semuanya nak menghulur? Kalau nak harap orang hulur duit, tak payahlah jemput!"


Wah, gitu dia menjustifikasi. Marah nampaknya tu.

Oklah, takyah guna contoh salam kaut kenduri. Kita guna contoh birthday party.

Kalau kawan kita jemput datang rumah dia sempena birthday party anak, agak-agak sedap tak kalau datang berlenggang? Memanglah dia tak suruh bawa hadiah, tapi sebagai orang yang dah dijemput dan dah dimaklumkan yang jemputan tu adalah birthday party, kau tanya balik diri kau, patut tak datang berlenggang?

Samalah macam menziarah orang sakit. Boleh je nak datang ziarah tak bawak apa-apa. Dia pun bukan suruh kau datang bawak macam-macam. Tapi kalau datang bawak sesuatu dengan niat nak menggembirakan orang yang diziarahi, bukan ke tu lebih baik? Kadang-kadang kita bawa makanan tu bukan orang sakit tu boleh makan, tetapi keluarga yang menjaga si sakit tu tadi boleh je makan. Yang menjaga tu mesti rasa happy. Hilang kejap letih menjaga orang sakit bila orang ziarah bawak buah tangan. Kan ke seronok dapat happy-kan orang?

Aku pernah datang melawat orang kat hospital tak sempat nak beli buah tangan. Plannya nak singgah cafe atau mini shop beli apa-apa dari situ. Kebetulan kat parking ada makcik-makcik jaja keropok. Aku beli je keropok tu. Rupanya yang menjaga orang sakit kat atas tu memang tengah lapar sebab tunggu turn orang lain datang tapi orangnya tak muncul-muncul. Rezeki dia rupanya keropok tu.

Ada setengah orang, disebabkan dia sedar yang dalam ramai-ramai tu dia sorang je yang tak bawak hadiah, maka dia terasa diri. Padahal orang lain tak cakap apa pun. Tapi dia termalu sendiri. Bila dah termalu sendiri mulalah dia bangkitkan isu tetamu tak payah bawak hadiah, tetamu tak payah hulur duit. Ini semua ikutan budaya kaum lain katanya. Eh nak sentap pulak.

Dia macam ni. Pendapat bahawa tetamu tak payah bagi salam kaut atau bagi hadiah sebab mereka dijemput sebagai tanda meraikan majlis, ok ini ada logiknya. Jemputan ke majlis kawen is a symbol of appreciation tuan rumah dan pengantin untuk berkongsi hari bahagia. Dalam banyak budaya, bawa hadiah (termasuk salam kaut) adalah tanda menghargai jemputan. Especially kalau majlis tu dibuat kat tempat yang perlu kos besar, macam dewan atau hotel. Bagi sikit duit adalah cara untuk "balas budi" sebab dalam ramai-ramai kenalan dia, dia jemput kita untuk hadir di majlis yang selesa, tempat yang selesa, makanan yang sedap, tambah pulak dapat goodie bag. Itu pandangan aku lah.

Jiran aku dua langkau rumah is chinese. Everytime aku jemput datang open house raya, aku yang naik segan dengan dia. Rasa segan pulak nak menjemput lagi. Dia datang bawak sebanyak-banyak buah tangan. Hamper. Dah bagi hamper, dia bawakkan sebakul oren. Pastu malam tiba-tiba dia datang hulur seplastik coklat and biskut-biskut. Aku tanya kenapa. Dia kata tadi nenek (mok) bungkuskan makanan untuk dia sebelum balik. Dia tak sedap hati, tu yang dia bagi lagi hadiah. Dah aku pulak segan. Dah lah kitorang tak sembang lama dengan dia time majlis tu sebab melayan orang lain, tapi dia punya berterima kasih tu macamkan dia satu-satunya tetamu yang aku jemput.

Aku rasa bab ini berbalik pada culture kaum tu sendiri, kan? Chinese bab attend majlis kawen ni sama macam Korea. Jenis datang bawa duit, bawa hadiah. Tu pasal masa aku tulis aku always avoid attend kenduri kawen masa kitorang laki-bini baru membina hidup dulu, ada yang tanya kenapa aku mengelak pi kenduri. Maybe maksud aku tak sampai kot. Aku mengelak sebab inilah - sebab takde duit, dik. Takde duit nak hulur, atau nak beli hadiah. Segan nak datang melenggang gitu. Jadi, aku avoid. Bagilah macam-macam alasan. Walaupun orang tu tak mintak pun hadiah atau duit, tapi aku menghidupkan culture begitu dalam family aku. Pergi majlis, bawak hadiah. Tak bawa hadiah, bawak duit. Tak bawak duit, bawa buah tangan. Dan, makan dulu kat rumah sebelum pi majlis orang. Jangan kebuloq sangat nanti semua kau bedal.

Aku berpendapat bila orang jemput ke birthday party, atau ke housewarming, atau ke kenduri nak pi haji, kalau bawa buah tangan or beri sumbangan, ini menunjukkan adab. Ini pandangan aku tau, tak agree pun tak apa. To me, tuan rumah bersusah payah buat majlis dan nak aku jadi sebahagian daripada hari istimewa dorang, jadi dengan bagi hadiah, buah tangan atau duit show I appreciate their efforts and celebrate together. Lagipun, dalam culture kita, bawa sesuatu untuk tuan rumah adalah tanda hormat. Lagipun, budaya memberi ni mengeratkan hubungan antara kita dan tuan rumah. It creates a friendly atmosphere and shows we care.

Majlis kawen sekarang pun, at least untuk some of jemputan yang aku dapat, dalam kad ditulis "suami isteri". Hat ni jangan ambil mudah, ya. Bila dapat kad, baca betul-betul. Kadang-kadang dalam kad tulis "Tuan/Puan sekeluarga dijemput...". Ada kad yang tulis "Tuan/Puan suami isteri..." Jangan memandai-mandai "Dia jemput kita suami isteri maknanya anak-anak sekalilah tu..". Oh, belum tentu, ya! 

Aku ada pengalaman attend majlis kawan En Wan, pada kad tulis "suami isteri". Sekali ada yang datang bawak anak-anak. Memang tak dapat masuk, ya. Sebab seating arrangement pada meja dan dikira hanya couple saja. Pastu sebab dorang dah bawak anak, terpaksalah meriba anak-anak. Pastu dia buat-buat tanya aku "Macam pelik je takde kerusi extra, kan?". Aku jawab "Kat kad memang dah tulis jemputan suami isteri". Tapi aku cakap se-polite yang mungkinlah.

Benda-benda macam ni orang ambil mudah kadang-kadang. Jangan question kenapa jemputan hanya dua, kenapa ini, kenapa itu. Majlis orang kot. Dia jemput kita dah besar rahmat. Yang tak boleh blah bila dare to komplen "Makanan dia bercatu. Tak selesa nak makan". Nak selesa, pi bayar buffet. Makan kau situ sampai muntah.

2025-01-08

Boleh tengok Bright Eyes in the Dark


Peminat Lusi, yang bertanya khabar. Maaf, ya. Lusi tak update akaun Weibo. Yang last aku share update dari dia hari tu, itulah last. Pastu dia tak update dah. Rasanya dia ok tu, tengah dalam treatment. Hari tu siapa eh yang berlakon jadi mak dia dalam Hidden Love. Pelakon perempuan tu ada update dia gi visit Lusi. Nampak Lusi ok. Now orang tengah tunggu hal management dia. So far management dia ada buat statement kes yang Lusi dipukul oleh bos, katanya kebetulan masa bos tengah mabuk. Makin menyiraplah fans Lusi baca. So kalau mabuk, kira tak sengaja pukul ke camana? Eh, bangkai juga statement tu.

Tu pasal kelmarin masa orang share behind the scene clips Johnny tengah pastikan ikatan tali kat pinggang Wen Peng tu, fans Lusi share share the video and perli "Now this is what a good boss looks like. Caring for the well-being of their actors. Not like that other boss who just exploits their effort and pockets the profit". Dorang nak tuju kat management Lusi yang menganiaya Lusi. Tak macam Huang Jingyu Studio, bosnya sendiri pastikan ikatan tali kat pelakon adalah ikatan yang selamat. Tarik je lah Lusi masuk management kau, Johnny. Bayarkan penalti Lusi tu. Bodoh betul management Lusi. Dah dapat secure artis yang bagus, tak reti nak jaga. Cuba tengok camana aku handle "retis" aku yang annoying tu. Mendonia dia sekarang.
 


Baru-baru ni kat event Prudential HQ di Genting Highlands, dia rupanya listed antara Toppers Nationwide. Duduk seat khas. Pastu diraikan naik ke stage. Ramai pulak kenal dia tu.

"Abang Wan!!"
"Abang Wannn!"


Kemainnnn. Dah pandai naik stage rekod video sendiri. Nak buktikan kat aku dia mendonia la tu. Maklumlah management tak dapat join sekali hari tu. Kahkahkah.

Oh by the way, aku rasa ramai yang dah start angau dengan Johnny lepas tengok Last Song in Winter. Semalam dengan rasminya drama ni tamat (untuk siaran VIP). Yang non-VIP rasanya belum cecah episod 20 pun lagi kot. Again, Johnny made it. It hits 10K Heat Index. Yang tanya aku cerita Johnny apa lagi yang boleh ditengok. Kalau kau nak genre macam Last Song in Winter, maybe boleh start dengan Bright Eyes in the Dark. Tapi ini sad ending. Cerita ni best, tapi aku takleh terima ending dia, maka aku always tak kasi orang tengok. Sebab nanti kau sedih. Aku 4-5 hari jugaklah takde mood dek kerana scripwriter matikan watak Johnny. Bukan aku je, tapi satu China mengamuk kenapa endingnya gitu. Kau dah bagi kitorang semua layan baekkkk, tup-tup last episod hari mati. Masalahnya, 5 minit sebelum ending baru tahu hero dah mati. Kau rasa?? Gila punya sudden ending gitu. Terpana kejap.

Disebabkan ramai marah ending macam tu, Johnny and female lead kena buat post khas untuk meredakan keadaan. Johnny tulis "I'm still alive, guys!"

Aku rasa skrip writer tu dah bertaubat taknak buat ending macam tu lagi. Sejak dari drama tu, belum ada lagi sad ending Johnny mati dalam mana-mana drama. Tak berani skrip writer nak buat. Boleh hilang pekerjaan kau nanti. Disebabkan drama tu, yang impaknya sangat besar, sampai sekarang gambar and video Johnny dalam drama tu digunakan oleh firefighters untuk promote anything related to firefighters program termasuk Hari Bomba China.
 


Korang boleh tengok Bright Eyes in the Dark di iQIYI. Kisah tentang seorang penari nama Nan Chu, yang join reality program bersama firefighter. Kat situ dia di-trained oleh Ketua Operasi Khas, Captain Lin Lu Xiao (Johnny). Rupanya Captain ni adalah bomba yang selamatkan Nan Chu dalam kebakaran 5 tahun lepas. Dorang akhirnya bercinta. Drama ni tak heavy bab cinta, lebih heavy bab operasi menyelamat and friendship between team firefighters. Sedih bila ramai kawan-kawan dia yang mati masa operasi menyelamat. Dan akhirnya dia sendiri mati terbakar. I is kenotlah repeat drama ni. Heartbroken betul rasanya. Tapi best cerita ni. Silakan tengok.



Bermula dengan drama ni la Johnny and Wang Ziqi jadi buddy. Lepas drama ni, Johnny tarik Ziqi jadi buddy dalam The First Shot. Pastu now both of them tengah shooting Chasing the Undercurrent pulak. Last-last dua-dua kena cop gay. Kat China ni kau takleh berlakon dengan orang yang sama banyak kali, kalau tak, kena cop gay.
 


His acting is so powerful dalam drama ni, sampai kena gelak dengan Wang Ziqi sebab takleh stop menangis. Ini episod last, scene yang mana semua orang baru realized Captain Lin mati. Dia sendiri pun nangis berlakon this scene, lagikan kita yang tengok. Konfem merembes! Korang boleh tengok ini dulu, nanti aku suggest drama lain.

Kat Weibo hari ni dah start dah. Hawa-hawa nak bertekak antara fans Wang Yibo dengan produksi Formed Police Unit *geleng-geleng kepala*.

Tahun ni Johnny ada satu movie, tajuknya Formed Police Unit, released bulan May hari tu. Berlakon dengan Wang Yibo. Cerita tentang peacekeeper UN di Afrika. Awal-awal movie ni release pun dah kecoh sekejap. Bukan kecoh apa pun. Fans Yibo tak puas hati kenapa dalam official poster movie ni gambar Johnny lebih ke depan dari Yibo. Padahal takdelah ke depan mana pun. Depan 5 inci je kot. Itupunnn jadi hal. Dalam movie tu Johnny jadi kapten, Yibo jadi sniper. Dah tentulah kapten duduk depan, takkan sniper duduk depan kot. Alahaiii.

Ni haa posternya. Johnny depan sikittt je dari Yibo. Itupun nak merentan. Yang pelik-pelik je perangai fans ni.
 
Pastu baru-baru ni produksi dah start calonkan nomination untuk Film Award di China. Produksi calonkan Johnny untuk Best Actor Award. Ada la sikit kecoh hari tu management tak puas hati kenapa Yibo tak tercalon sebab lakonan Yibo katanya mantap. Aku tengok biasa-biasa je. 

Bukan apa, dalam movie Formed Police Unit ni, aku rasa both lakonan Johnny and Yibo sama je, tak memberi impak sangat sebab 2 jam je kot. Mana puas tengok. Lagipun aku dah layan drama Johnny yang lebih banyak action scene, so aku rasa Formed Police Unit ni biasa-biasa je. Akhirnya semalam, produksi calonkan nama Yibo, menggantikan Johnny. Aku tak tahu apa reasonnya. HJY Studio takde keluarkan statement apa-apa.
 
Fans Johnny hari ni start post posting-posting lama dari UN and China Policekeeper. Walaupun tak tercalon, tapi Johnny di-recognized oleh UN sendiri, malah dalam post UN (akaun Weibo) dorang up pasal Johnny. UN pun pernah buat interview dengan Johnny untuk bercakap pasal policekeeper. Pastu dorang up post dari official account China Policekeeper yang recognized Johnny as ambassador police unit. 

Kiranya fans Johnny merentan dalam senyap la ni. Dia tak petik nama Yibo. Dorang re-post posting-posting lama je. Hahahaha. Gelak aku baca. Abang Johnny pun tak merentan nama kena ganti tau. Entah-entah dia yang tarik diri. Korang yang bertekak sama sendiri. Tapi aku syak dorang ni panas hati sebab masih dalam mood Love Song in Winter. Masih terbawak-bawak demam Captain Jiang Chengyi agaknya.

2025-01-07

C-Drama: Love Song in Winter


3 hari lepas aku janji dengan beberapa orang yang DM minta aku review Love Song in Winter sebab aku dah habiskan dulu series tu sebelum orang lain. iQIYI ada bukak offer untuk VIP list, kalau beli express voucher (one-time only), boleh terus tengok 6 episod terakhir sekaligus. Aku pun apa lagi, dengan pantazzzzzzz beli. Padahal aku stop agak lama juga dari tengok the drama. Sebab taknak tunggu sambung-sambung. Sengaja aku biarkan dulu, biar settle semua 36 episod baru start tengok semula.Tetiba iQIYI bukak offer. Memang zasss terus. Rasanya buy now semua orang dah settle tengok, kan?

Ok, review.

Kalau dari segi jalan cerita - OK. Romance and suspens ada balance. Kalau dari segi romance, ini adalah drama pertama Johnny yang ada banyak romantik scene. Jarang dia nak layan adegan romantik sebab dia lebih prone ke action genre. Kali ni dia tapau romance genre, terus bergegar Douyin, Xiaohongshu and Weibo. Aku 2 hari tak masuk Weibo sebab bosan balik-balik orang dok share klip-klip video romantic scene dalam Love Song in Winter. Tu konfem stok-stok yang tak boleh move on tu.

Dari episod 1 lagi dah best. Fast pace. Takde melalut-lalut. Transaction dari satu plot ke satu plot kemas. Even adegan flash back semua tersusun, takdelah orang kata melompat sana, melompat sini. Kita boleh faham dan relate kenapa ada flash back. Scene yang palingggg aku suka ada pada episod 1. Masa dia bangun dari kerusi and pandang Dr Lu Yan masuk untuk bagi briefing pasal sakit bapak dia. Muka Jiang Chengyi masa aduuhhhhh, sumpah terpancar betul dia punya kecewa, sedih, sakit, rindu - semua dalam satu pandangan. Johnny terjemahkan unscripted scene ni hanya dengan reaksi muka. Menjadi sungguh! Kita boleh terasa sakit dan kecewa tu.

Ramai orang kata Sun Qian tak pandai berlakon. Sebenarnya bukan tak pandai. Sun Qian bukan pelakon baru. Cuba tengok list aku tepek bawah ni. Tahun ni saja 3 drama dia release. Yang tengah tunggu date nak release ada lagi 4. She is a good actor. Cuma watak dia as Lu Yan perlukan dia jadi macam lembik and manja gitu.

Actually bukan dia tak boleh berlakon, tapi tak compatible dengan Johnny sebab acting Johnny too strong dalam drama ni, jadi Sun Qian nampak tenggelam. Jiang Chengyi is a police officer, watak dia perlu menonjol. Maybe sebab itu juga drama ni banyak scene romantik untuk tone down a bit karakter Jiang Chengyi supaya everytime dia dengan Lu Yan, nampaklah yang Jiang Chengyi pun ada sisi lembutnya.

Oh ada citer best. Sebelum aku lupa.

Kat Weibo, geng-geng ALICE sibuk nak up klip video Dilreba dengan Johnny. Kahkahkah. Kelako sungguh la dak-dak ALICE ni. Menjak orang share klip-klip video romantik scene Johnny & Sun Qian, dorang kata itu bukan pertama kali Johnny berlakon romance. Dengan Dilreba tahun 2021 dulu pun ada jugak dorang kata. Pastu asyik share klip ni:



Ini bukan romantik scene, bengong. Ini hot scene! Satu ni je pun dalam drama tu. 

Walaupun drama Love Designer tu genre love story, scene romantic tak macam dalam Love Song in Winter. Dalam Love Song in Winter, Jiang Chengyi and Lu Yan sangat close, manja, sweet and natural. Macam couple-couple marhaen. Dalam Love Designer, watak Johnny is CEO, jadi approach dia berbeza. Yang pelik tu, masa drama kau tengah hot dulu, bukan main berlagak taknak Dilreba digossip dengan Johnny. Canang yang drama tu boom sebab Dilreba, bukan Johnny. Eh sekarang, sibukkkkkk. Sibuk nak highlite balik drama dan mengimbau kenangan? Tak payahhhh! This is Sun Qian punya time. Dilreba punya time dengan Johnny dah lama settle. Aku bukan menyampah kat Dilreba, tapi dak ALICE. Beruk.

Ok berbalik pada review. Drama ni tentang unconditional love. Macamana 8 tahun terpisah tanpa sebab-sebab yang jelas, but both of them masih lagi simpan rasa cinta to each other. Walaupun masing-masing boleh je bertanya khabar each other melalui kawan-kawan, but they refuse to do so. 

Part Jiang Chengyi cakap "I’m scared to ask how you’re doing because I’m afraid you might not remember me. I’m scared to meet you because I might see you with someone else. For these 8 years, I’ve never loved anyone else but you". Kalau aku jadi Lu Yan pun, aku cair.

Pickup line yang best dari Jiang Chengyi, masa dia nak mengorat balik Lu Yan after they met again:

Jiang Chengyi: In these 8 years, I’m sure there have been a lot of people who were interested in you, right?

Lu Yan: Yeah, they’ve been lining up from here all the way to the end.

Pastu Jiang Chengyi jalan ke arah Lu Yan tunjuk tadi.

Lu Yan: Why did you stop here?

Jiang Chengyi: I’m here to join the line. But it seems like no one's around. How about I just slip in front?

Aduiii. Pikap line apekah iniiiii. Terus speechless Lu Yan. Gitu je dia mengorat balik.

Aku suka bila after 8 years dorang lebih matang, especially Lu Yan. Dulu Lu Yan banyak berahsia. Apa-apa problem, simpan sendiri. Now, bila kembali dengan Jiang Chengyi, dia lebih transparent. Apa-apa semua dia share. Aku suka bila dia share sekecil-kecil perkara dengan Jiang Chengyi. Contohnya bila Wen Peng mintak Lu Yan start calling him nama instead of "senior". Pastu bila mak Jiang Chengyi minta tolong sampaikan surat pada Wen Peng pun dia bagitau Jiang Chengyi terlebih dulu. Aku suka sangat bila scriptwriter tonjolkan yang benda-benda simple like that sebenarnya adalah benda besar when it comes to relationship. Pasangan kita perlu tahu, especially kalau melibatkan orang yang kita tahu nak mengorat kita juga macam si saiko Wen Peng tu.

Aku suka friendship dalam Love Song in Winter. Macam sama dengan friendship aku dengan Dusty Pink Tits. Masing-masing close sampai ke besar, tahu suka duka each other, saling support kerjaya and life masing-masing and setiap kali berjumpa masih lagi reminisce kisah cinta zaman uni. Cuma aku tak suka Deng Man. Bagi aku Deng Man punca segala-galanya!! Kalau bukan dia ada scandal dengan cikgu sendiri, video dia berkissing dengan cikgu takkan tersebar. Dan dia takkan ambil jalan nak bunuh diri. Dan dia takkan dibunuh. Dan Lu Yan takkan rasa bersalah. Dan Lu Yan takkan break dengan Jiang Chengyi tanpa sebab. Semua salah Deng Man. Nasib baik Jiang Chengyi and Lu Yan memang love each other so deeply. Kalau dibuatnya salah sorang kawen dulu? Pada aku, DENG MAN ADALAH MAUT!

But secara jujur, aku tak berapa suka Johnny berlakon romance genre. Romance genre ni senang nak hit, dan senang nak dapat tempat di hati audience. Biasalah, kita semua kan kekurangan kasih sayang. Memang seronok tengok drama cinta. To me, talent Johnny wasted bila berlakon cerita cinta. Dia punya acting sangat powerful. Tolong letakkan dia di tempat yang tepat. Dia lebih menonjol dalam crime-detective-military type drama. Aku rasa inilah sebab Johnny accept role Jiang Chengyi. Sebab kali ni berbeza - ada crime, suspens and the same time ada romance - something yang tak pernah ada dalam drama sebelumnya. My Dear Guardian ada elemen ni sikit, tapi tak heavy.

Like I said, genre cinta ni modalnya muka hensem saja. Asalkan kau hensem, konfem boleh bawak role tu. Tapi action drama perlu lebih dari sekadar rupa. Kalau hensem, itu bonus. Johnny dah sinonim dengan watak polis and army. Gaya dia suit dah dengan watak macam tu. Next time kalau nak buat drama cinta, kena ada elemen crime juga. Jangan jadikan Johnny CEO. Aku tak puas tengok. Wasted.

Oh lagi satuuuuu. Semalam data V-Pulse rating orang dok share kat Weibo, Xiaohongshu and Douyin.

Pelik kan, macamana worldwide ranking artis China, Johnny boleh Top 2, tapi dalam negaranya sendiri rank ke 38? Hahahaha. Inilah yang aku cakap hari tu, masyarakat sana pelik. Dorang lebih prefer muka dari talent. Sedangkan international audience lebih mature dan celebrate talent. No wonder fandom Johnny tak besar, tapi dia bertuah sebab international fans dia strong.
 


Pastu kat Weibo orang share behind the scene clips Love Song in Winter 👆🏻. Post ni went viral sebab orang tu tulis "Now this is what a good boss looks like. Caring for the well-being of their actors. Not like that other boss who just exploits their effort and pockets the profit".

Rupanya dia perli management Zhou Lusi. Ha ni pun aku lupa nak update. 

Hari tu mak bapak Lusi kena hentam dengan netizen. Rupanya mak bapak dia tahu Lusi kena pukul and marah dengan management sejak 2019 lagi tapi parents dia takde pun usaha nak tolong malah dibiarkan saja sebab Lusi kena penalti kalau langgar kontrak. Teruk betul management dorang kat sana. Kebanyakan pelakon sana duduk under management. Management dorang yang pilihkan skrip, yang decide berapa berat badan kau kena maintain, yang decide kau boleh bercinta ke tak. Gila.

Pastu bila post video behind the scenes tu viral barulah ramai netizen tahu rupanya syarikat Johnny adalah co-producer dalam Love Song in Winter. No wonder dia beria pastikan ikatan tali tu betul, kedudukan anchor tu dibaringkan, and dia sama-sama pastikan lokasi tu nampak macam betul-betul abandon place. 

Then, orang start korek macam-macam. Rupanya 3 pelakon dalam Love Song in Winter - Wen Peng (watak jahat), Bofeng (artis) and Prof Yu (pensyarah perempuan) - adalah artis di bawah management syarikat dia, Huang Jingyu Studio. Bertuahlah 3 orang ni. Disebabkan bosnya popular, drama ni meletop, dengan dorang sekali jadi popular.

Dulu kan, pernah kecoh sekejapan orang kata Johnny ni ada cable besar sebab itulah skrip gred A selalu dapat kat dia dulu. Padahal dorang tak tahu, setiap drama yang Johnny berlakon, HJYS adalah co-producer. Maka tak heranlah kalau skrip dapat kat dia dulu. As producer, mestilah dia ada hak pilih drama yang dia nak invest. Kau nak skrip gred A, mintaklah management kau jadi producer. That's why dalam Dark Eyes in the Dark and The First Shot dia ada kuasa untuk tarik Wang Ziqi jadi pelakon, sebab dia co-producer.

Pastu dalam post yang sama ada sorang ni komen, "Remember that press conference incident when a reporter got scolded by her boss in public? Johnny stepped in and asked the boss if he could "borrow" the reporter to help his team at the back. Later, it was revealed that Johnny was actually trying to save the reporter from getting scolded further".

Aku baca macam...wow! Patutlah ramai fans orang lain beria nak jatuhkan dia. Sebab dia sebenarnya green flag sangat. Kahkahkah.

Pastu tadi kat Xiaohongshu aku jumpa satu post ni. Dia senaraikan semua vehicles Johnny. Takde kerja betul dorang ni gi skodeng harta benda orang.



Pastu aku tanya "Is this the bus he’s always seen getting in and out of at the shooting location? Is this his bus?"

Orang tu cakap, YES. Dia ubah bus tu jadi RV. Dalam tu senang dia nak bersiap, mekap dan berehat setiap kali kat tempat shooting. Teringat masa aku shoot iklan dulu. Berlendir mekap belakang van bawah matahari. Kahkahkah. Nampaklah beza international actor dengan pelakon iklan picisan keluar 1 minit setengah. Kahkahkah.


2025-01-06

Peperiksaan adalah "push factor"



Aku sokong cakap brader sebelah tadi. Aku masih tak jumpa apa yang stressnya menjadi seorang pelajar sekolah. Ini peringkat SEKOLAH masalahnya, belum peringkat UNI. Aku tak faham kenapa kerajaan nak mansuhkan exam. Bukanlah sesuatu yang NORMAL bila kita belajar sesuatu, kita mesti diuji samada faham tak apa yang kita belajar? Kalau ambil short course kat mana-mana pun, hujung-hujung kita ambil test sebelum dapat sijil. Aku ambil sijil Certified Trainer, lepas complete learning hours, kitorang diuji terlebih dahulu dengan buat presentation, baru certified. Ini apa benda belajar 5 tahun takde exam besar?

Bagi aku, peperiksaan adalah "push factor" yang buatkan pelajar lebih serius belajar. Tanpa exam, some pelajar mungkin hilang dorongan untuk berusaha. Takde reason nak belajar. Datang sekolah sekadar memenuhi kehadiran. Balik, tak payah baca buku. Nak buat apa baca, bukannya diuji. Dorang kata kalau ada exam, nanti pelajar hanya belajar sebab exam, maka motivasi dorang bersifat luaran. Sedangkan sistem pendidikan yang ideal perlu bantu pelajar untuk ada minat belajar secara dalaman.

PUND! Banyaklah kau punya falsafah.

Padahal tanpa major exams, some students may not take learning seriously because takde ancaman kegagalan! Inilah punca-punca generasi lembik. Exam pun dikatanya tekanan? Hello, hidup ni penuh dengan tekanan. You like it or not, kau kena hadapi tekanan dalam hidup. UPSR, PT3 and SPM, hanyalah "latihan kecil" untuk cabaran hidup yang lebih besar. Tekanan semasa exam membantu pelajar untuk belajar urus masa (time management), belajar hadapi kegagalan dan kritikan, belajar bina daya tahan mental untuk berdepan situasi mencabar. Bukan saja-saja exam tu. Sebab tu bukan nak katalah, some intern yang pernah latihan industri kat company aku, bagi 2 kerja je dah menggelabah. Esok MC. Bagi kerja lebih sikit, esok MC lagi. Sikit-sikit burnout. Padahal lembik. Tu semua jenis yang mengelak dari tekanan. Sebab tak biasa dengan tekanan. Tak tahulah camana pensyarah dorang handle jenis-jenis ni kat kelas. Aku yang 3 bulan hadap dorang ni pun kadang rasa macam nak libas je.

Aku tak tahulah pandangan orang lain. Tapi apa yang aku nampak, bila ada major exam, struktur pembelajaran dapat disusun dengan jelas. Pelajar tahu dorang kena capai tahap tertentu dalam akademik. Tapi apa yang berlaku sekarang, without major exams, mungkin ada kekurangan struktur atau sasaran yang jelas untuk pelajar. Ini menyebabkan students feels like they "just come to school" without a concrete purpose. Aku tak pasti apa yang menggantikan exam besar ni. Ada ke mini exams yang datanya nanti dikumpul di peringkat kementerian? Atau adakah diganti dengan elemen projek atau experiential learning? Atau diganti dengan insentif untuk pelajar yang tunjukkan prestasi cemerlang dalam penilaian?

Aku tetap rasa major exams perlu, selain daripada mini exams at school. Sebab major exams ni adalah sebagai penilaian holistik untuk gukur sejauh mana pelajar faham keseluruhan silibus dalam tempoh masa tertentu. Peperiksaan besar ni bagi gambaran jelas tentang tahap pencapaian pelajar secara menyeluruh, dan membezakan students who understand concepts daripada student yang hanya menghafal. At the same time, mini exams kena diteruskan sebab mini exams memastikan pelajar continuously belajar sikit demi sikit sepanjang tahun, bukan hanya "last-minute study" sebelum major exams.

Dalam hidup ni, tekanan datang dari banyak arah. Tak sekarang, esok time kerja. Belum lagi tekanan dalam relationship, tekanan financial, etc. Analoginya, umpama train otot dalam badan. Semasa kita buat muscle training, yang sedang ditekan sebenarnya adalah ketahanan mental. Cuba buat sit ups. Kalau mental tak kuat, susah nak teruskan. Let alone nak disiplinkan diri. Same goes to major exams. Ini salah satu cara melatih pelajar untuk jadi lebih kuat mentalnya. Of course tekanan yang melampau tanpa sokongan emosi pun tak baik. That's why exam besar ni tak dibuat setiap tahun. Supaya mengurangkan tekanan nak hadapi exam besar. Takkanlah sampai nak mansuhkan terus. Hidup ni memang penuh tekanan. Tapi, tekanan bukan musuh.


2025-01-05

10,000 tak ambil SPM pada hari pertama.


Sejak tahun lepas dah ada berita macam ni semasa SPM bermula. Tahun lepas pun ada statistik macam ni diambil. Tahun ni lagi awal. First day dah 10K tak hadir. Kat mana silapnya? Adakah sebab dah terbiasa dengan TAK ADA EXAM di sekolah membuatkan pelajar tak nampak pentinnya SPM ni?

Aku tak tahulah sekolah korang. Sekolah aku dulu sekolah harian. Sekolah harian ni lain. Lagi ramai budak yang taknak belajar dari yang nak belajar. Tapi, seteruk-teruk budak dulu, belum ada lagi yang kurang ajar dengan cikgu. Let alone tak datang SPM! Bodoh macamanapun, SPM datang! Biar nanti dapat result SAP sebab semua fail, janji datang! 

Tak tahulah kenapa budak zaman aku dulu macam tu. Sama ada sistem pendidikan kita dulu lebih hebat, cikgu dibenarkan jadi cikgu (you know what I mean), atau mak bapak jenis akan bantai anak kalau kau tak datang SPM.

Now, makin menjadi-jadi pulak isu tak ambil SPM ni. Memang pengaruh media sosial ke camana ni? Memang semudah itu ke nak jadi kaya dan berjaya sampai tak perlu dah ambil SPM? Konfem jap lagi ada set-set influencer ajet-ajet kaya dan berjaya keluar statement "Saya dulu SPM 9D, tapi sekarang alhamdulillah berjaya menggajikan kawan-kawan yang straight As".

Cuba tanya dia kenapa dia tak gajikan kawan-kawan yang straight D macam dia dulu? Kenapa dia pilih orang berjaya dalam akademik juga yang bekerja dengan dia? WHY? Minta dia jawab. Takyah cerita pasal kau punya berjaya. Cerita dulu kenapa kau ambil orang-orang yang pandai akademik manage bisnes kau.

Aku tak kata semua yang tak belajar tinggi, atau semua yang tak excel dalam pendidikan tak berjaya. Memang ada yang berjaya. Ramai. Dan kita tak boleh nafikan, ada di antara yang academically success tak seberjaya mana dalam alam pekerjaan. Tapi, ramai juga yang berjaya. Contohnya kawan-kawan aku. Contohnya kawan-kawan En Wan. Proven, akademik mereka bagus, kerja pun bagus. The issue here is, KAU mengangkat diri kau sebagai "ikon" berjaya walau SPM kantoi, seolah-olah nak berjaya macam kau tu mudah sangat! Kau hanya cerita yang best je. Yang onak dahn durinya kau tak cerita!

Sebelum aku sambung, aku nak share video ni dulu. Ada kaitannya. Tengok sampai habis.



Johnny tak belajar tinggi. Sampai umur 16 tahun je. Dia drop school sebab merasa engineering line yang dia dapat tu tak match dengan interest. Lalu, dia keluar mencari kerja. Nak sampai ke tahap sekarang, see apa dia kena lalui dulu. Jadi waiter pernah, jadi pekerja kedai BBQ pernah.

Hat ni yang ramai influencer "berjaya" tak cerita. Kau nak dapat ke tahap sekarang, bukan saja kena usaha gila-gila tapi juga kena ada LUCK. Berapa ramai yang usaha macam nak gila tapi kerana takde LUCK, tak ke mana. LUCK ni bukan senang nak dapat dan bukan semua orang dapat. Jadi, kalau kau encourage budak-budak ni dengan statement bijak kau "saya dulu SPM tak pass tapi sekarang jutawan", memang patutlah kau 'bijakkkkk' sangat.

Patutnya, mention sekali yang nak sampai ke tahap kau tu bukan sekejap. Bukan senang. Bukan sekelip mata. Hat ni yang bukan semua orang mampu nak lalu. Sebab itulah, apa yang kita ada sekarang, jalani dulu. Sekolah, habiskan. Exam, ambil. Because, bukan semua orang kental dan gigih. Dalam ramai-ramai yang tak nak belajar tu, lagi ramai yang lembik dari kental. Kalau kau kental, takde maknanya kau drop school dan drop exam. Yang betul-betul kental tak ramai sebenarnya. Yang ramai tu, PEMALAS. Perasan nak jadi influencer, nak jadi artis, nak jadi celebriti. Kau ingat senang ke nak capai breakthrough?

Becoming an influencer atau celebrity banyak bergantung pada IF your content goes viral. Kalau viral, ada potensi rapid success. Kalau konsisten, maybe boleh dapat sponsorships, endorsements, and partnerships. Tapi ada challengesnya juga. 

Bidang ni sangat competitive, perlukan strong persona, unik conteng dan perlukan standout talent. Standout talent tu macamana? Maknanya kau ada exceptional skills. Kalau nak jadi penyanyi, sekadar boleh menyanyi je, ramai boleh nyanyi. Tapi nak jadi penyanyi with an extraordinary voice macam Adele's soulful tone, ini namanya standout talent. Bukan semua orang ada. Nak capai breakthrough kena ada talent macam ni. 

Nak jadi comedian? Sekarang ni bersepah. Setakat nak bagi orang gelak, aku pun bagi orang gelak. Tapi nak ada UNIQUE sense of humor macam Kevin Hart's relatable jokes, is rare. Ini namanya standout talent.

Dalam industry art, setakat nak memenuhi industry, senang. Tapi nak capai breakthrough, kalau setakat "saya boleh buat" memang habis kat situ je la. Melainkan ada exceptional skill DAN luck, baru boleh pergi jauh. 

Contohnya Johnny Huang tadi dalam videonya. Dia ada rupa ada, bentuk badan bagus. Sesuai jadi model. Tapi tak capai breakthrough pun. Padahal dia ada requirement untuk jadi model. 

Pastu dapat jadi pelakon. Boleh berlakon, tapi hanya pada tahun 2018 dengan skrip filem Operation Red Sea barulah dapat breakthrough. Rupanya his STANDOUT TALENT adalah action skill. Ada rupa, bentuk badan tegap, tinggi 187 cm, boleh berlakon, ada martial art skill - dia paling sesuai pegang role military/action. Inilah talent unik yang dia possess yang buatkan dia sampai sekarang. Dalam banyak-banyak requirement yang dia ada, hanya martial art saja skill yang dia belajar. Muka, bentuk badan, ketinggian, bakat berlakon dan skrip yang bagus - ini semua adalah LUCK. 

Dia buat macam-macam kerja dari umur 16 tahun. Umur 24 baru dia start his first debut in entertainment. Dan 2 tahun selepas tu baru breakthrough. Berapa ramai yang sanggup bertahan 10 tahun baru success? Itupun sebab dia sedar diri dia takde sijil akademik jadi dia terpaksa lalu juga apa yang dia sedang jalani sampai berjaya. Ceritanya sekarang, dia tunjuk kat kita yang nak berjaya tu bukan hari ni drop sekolah, tahun depan jadi jutawan. Tak, ya. Silap-silap 20 tahun baru kau dapat hidup selesa kalau tak kena gaya.

Itu baru cerita tentang luck, belum lagi dengan public scrutiny and criticism, which can affect mental health kau. Sebab kau deal dengan orang awam. Crowd awam ni besar. Kalau bagus, success kau besar. Tapi kalau tak success, hancur sehancur-hancurnya.

Kalau ada sijil akademik (at least lulus SPM), at least ada clear path sebab ada well-defined milestones (ijazah, sijil). Kalau makan gaji, akan dapat stable income and career growth opportunities. 

Ada challenges? Of course ada. 

Nak naik pangkat tu mungkin slow sebab openings at top level tak banyak. Pastu kena sentiasa upgrade skill from time to time untuk dapat kenaikan pangkat. Tapi breakthrough potential dalam bidang ni lebih mudah sebab with disiplin dan kebijaksanaan menyelesaikan task, the rewards are more predictable. 

Actually neither path is "easier". Ceritanya sekarang, kau jangan cerita yang best-best je, mengajar budak-budak muda yang kononnya tak ada akademik qualification pun takpe. Kau jangan cerita pasal Elon Musk yang drop dari uni tu. Dia drop bukan sebab malas, tapi sebab nak buat benda yang berbeza. Dan dia gigih berusaha untuk realisasikan apa yang dia nak buat. Kau ada motivasi macam tu? Kalau takde, pegi habiskan SPM dulu.

 


2025-01-04

GreenAard: Kenapa sejak makan GC Plus 2 bulan lepas, haid kejap banyak, kejap sikit?


Ini ringkas saja. Ada sorang ni tanya "Kenapa sejak makan GC Plus 2 bulan lepas, haid tak kejap banyak, kejap sikit?"

Yang ni boleh dikatakan ramai pengguna GC PLUS kali pertama akan dapat perubahan pada period. Jangan panik! Itu menunjukkan badan korang sedang mengurangkan lemak.

You know why?

Sebab, bila berlaku perubahan berat badan, lapisan endometrium (dinding rahim) boleh menebal atau menipis secara tak sekata. Inilah punca haid kejap heavy, pastu next month light. Bulan ni dia datang dengan banyak dan sekejap. Bulan depan dia datang sikit-sikit tapi lama. Bagi badan masa untuk get used dengan perubahan berat badan yang mendadak, lama-lama nanti ok.

Walaupun korang nampak macam tak banyak turun berat, hakikatnya kat dalam badan tu tengah "terkejut" sebab air berkurang dengan mendadak, lepas tu lemak pun berkurang sikit demi sikit dengan konsisten. Jadi dia tengah stress kat dalam tu. Maka hormon pun terganggu. Isokay. Bagi masa. As long as period masih ikut rutih, insyallah ok. By the way, Y.E.S GreenAard tamat Selasa ni (7 Jan).


2025-01-03

The universe steps in to shift things around.



Aku setuju dengan video ni. Sometimes, hint tu dah ada. Gerak hati pun dah berasa. Rasional (logik) pun jelas. Tapi entah kenapa, masih lagi kita ada dengan orang yang sama. Berkali-kali hint tu ditunjuk depan mata, tapi masih lagi hati men-deny. Sampailah satu masa tu kita rasa sakit yang amat sangat yang buatkan kita akhirnya keluar dari relationship tu. Itulah cara the universe nak suruh kita bergerak. Selagi tak dapat sakit, selagi tulah kita bertahan.

Sabtu baru-baru ni jumpa dak-dak Dusty Pink Tits. Biasalah, kalau dah ramai-ramai berjumpa tu, mesti topik kisah cinta bodoh aku diungkit balik. Some of them tak tahu sangat kisah tu. Dorang hanya tahu bila baca blog aku. 

Dalam group DPT, yang betul-betul tahu adalah Ina and Rozie. Sebab dorang ni housemate dari awal. Ada some part tu, aku sendiri ingat-ingat lupa, tapi dorang ingat. Bila kupas balik insiden-insiden aku dengan dia XXXX, aku pun terpikir mana datang ketabahan aku eh? Ke, kebodohan? Kalau sekarang kena lalu balik momen-momen tu, boleh gila agaknya aku.

Meh aku ekstrak satu-satu.

1. Beg duit hilang.
Tiga kali beg duit aku hilang. Tiga-tiganya hilang masa nak balik bercuti. Dan tiga-tiganya hilang masa aku dengan dia. Yang pertama, hilang kat airport. Aku tinggalkan kejap troli beg untuk pi check in. Masa tu dia offer diri untuk jagakan troli sementara aku pi check in. Aku bawak tiket dengan IC je ke kaunter. Beg duit tinggal dalam troli. Ikut lojik, kau boleh sangka ke boifren sendiri nak rembat beg duit kau? Of coslah tak. Kejap je aku pi check in. Patah balik kat troli nak simpan IC, beg duit dah takde. Padahal dia yang jaga troli tu. Dia boleh buat muka cibai tercangak-bangak macam tak tahu apa-apa. Sumpah pandai berlakon! Dalam beg duit aku ada RM600, ya! Yang aku pulak boleh tak tersyak dia lansung! Kali kedua hilang masa bertenet depan rumah, bawah lampu jalan. Esoknya aku nak balik bercuti. Dia tak balik. Kitorang duduk bersila kat ruang jalan kaki, betul-betul depan rumah. Bawah tiang lampu. Terang. Maksudnya, kalau beg duit aku terjatuh, konfem nampak. Dah habis bertenet, aku pun masuk rumah. Kejapppppp je aku masuk, pastu tersedar purse takde kat tangan. Keluar balik tengok takde pun purse aku kat depan. Macam pelik, kenapa sekejap nau hilang? Mustahil sangat-sangat. Kali ketiga, esoknya aku nak balik cuti juga. Dia tak balik. Kitorang balik dari beli KFC. Bawa motor. KFC masuk dalam bakul moto. Purse aku masukkan dalam plastik KFC. Lojik tak purse tu boleh tercampak keluar dari bakul moto? Again, aku tersedar purse hilang bila dah masuk rumah. Kawan aku pernah cakap aku macam ni, "Diana, cuba kau pikir. Everytime kau dengan XXXX, purse kau asyik hilang. Masa kau dengan Wan, purse kau hilang tak?" Masa tu jawapan bangang aku, "Ye lah, sebab Wan takde kat Malaysia". Bongok kan aku? Masih lagi nak bersangka baik. Now, aku rasa apa kawan aku cakap tu ada logiknya. Dengan En Wan, purse aku tak pernah hilang. Letak merata pun jumpa balik.

2. Setiap kali purse hilang, dia kaya
Yang ni dulu aku tak perasan. Now aku realized benda ni. Setiap kali beg duit aku hilang, dia macam mewah sangat. Kadang-kadang aku syak bila dia mampu beli PC and henfon masa belajar dulu, entah-entah hasil rembat purse aku.

3. Pecah masuk bilik
Aku balik dari kelas, nampak motor dia park betul-betul depan tangga blok aku. Patutnya lelaki takleh masuk compund hostel perempuan. Moto lelaki kena park depan pagar. Tapi kali ni moto dia park kat dalam. Aku dah cuak. Tapi tenangkan diri, terus berjalan masuk ke blok. Kat tangga nampak ramai orang berkumpul situ, termasuk akak-akak senior. Aku noticed dorang macam terkejut nampak aku. Bila aku masuk bilik, hah kau! Dia tengah baring atas katil dengan keadaan bilik bersepah, laci aku terbongkar, baju-baju dalam almari semua berselerak atas lantai. Takut gila aku masa ni. Aku bukan takutkan dia, tapi takutkan keadaan tu. Macam saiko. Sambil baring sambil main pisau lipat. Kau rasa?? Barulah aku sedar kenapa yang berkumpul kat tangga tadi macam terkejut nampak aku. Dorang ingatkan aku tengah berkhalwat kat dalam bilik. Dorang semua tengah tunggu warden sampai nak cekup aku. Sekali nampak aku berlenggang balik dari kelas.Tu yang masing-masing surprised tu. Aku lagi surprised masuk bilik nampak setan tengah baring. Kalau ikut hati, nak bunuh je dia dah alang-alang kau pegang pisau. Tapi tak boleh. Sebab orang saiko ni kena main emosi dulu. Dalam keadaan tahan marah menggelegak dalam hati, aku pujuk dia lembut-lembut untuk keluar dari bilik sebelum warden sampai. Aku tak takut kena cekup sebab ada bukti aku tak berada dalam bilik. Yang aku takut adalah, kena buang dari U. Ini yang aku takut. Kalau kena buang sebab result exam teruk, tahan lagi. Ini kena buang sebab masalah cinta. Tak berbaloi sungguh.

4. Nak convert!

Dia punya drama tu sampai ke tahap ugut nak convert! Satu petang tu, dia redah masuk rumah kitorang sebab bengang aku dah bertunang. Dia tarik aku masuk dalam bilik and kunci dari dalam. Si Rozie and Ina gendang pintu macam nak pecah mintak dia keluarkan aku dari situ. Dorang dengar aku kena bantai dengan sebab aku dah menjerit-jerit kat dalam. Lepas dapat bukak pintu, Rozie cuba tenangkan dia. Ina dah buat muka pembunuh bersiri. Kalau ada pisau kat tangan, mampus kena rodok dah tu. Dia boleh kata "Aku nak convert sebab Diana tinggalkan aku". Kau nampak tak, macamana orang narsistik buat drama? Macamana pun dia akan pusing cerita bagi nampak aku yang bersalah. So bila orang dengar macam "Ya Allah, teruknya Diana buat dia, sampai dia nak convert!". Eh sial.

5. Nak toreh nadi aku
Ini insiden yang melibatkan ramai orang. Masa ni aku melepak kat rumah sewa Dusty Pink. Ni year 2. Aku sorang je dapat duduk hostel. Bila takde kelas, aku lepak rumah Dusty. Kitorang kat rumah tengah lepak gelak-gelak, until boifren kawan aku call cakap "Bawak Diana lari. XXXX on the way dengan bawak weapon". Bertempiaran budak-budak ni lari nak selamatkan aku. Dengan baju tido aku naik moto, kawan aku pecut selaju-lajunya, tapi takde arah tujuan. Janji keluar. Yang dalam rumah tu bertempiaran masuk kereta, zassss keluar. Masa kitorang semua takde, dia pecahkan pintu dapur and masuk dalam rumah, geledah beg baju dan baca diary aku. Padahal masa ni kitorang dah lama break dan aku pun dah couple dengan En Wan. Dia tahu hakikat tu, tapi dasar seorang narsistik, egonya tercabar bila dapat tahu aku dah ada pengganti. Dia takleh kalah. Kitorang balik semula ke rumah lepas dapat call dari boifren kawan aku yang mengatakan rumah dah kena pecah masuk. Dia letak pisau kat tangan aku (nadi) and ugut aku untuk balik pada dia. Ijad dengan Mazlan pujuk dari belakang dia "XXXX, bak aku pisau tu. Bagi aku pisau tu kejap". Macam tengah pujuk orang gila. Aku kau jangan tanyalah. Masa ni aku dah tak pikir apa dah. Macam kering. Kalau mati, matilah. Sebab aku dah penat.

6. Jalan kaki dari Samarahan ke Stutong
Orang sana mesti tahu berapa jauh Kota Samarahan dengan Stutong. Kampus utama UNIMAS dulu di Kota Samarahan. Rumah sewa Dusty Pink kat Stutong. Dia pernah jalan kaki dari kampus ke Stutong dengan bawak pisau, semata-mata nak cari aku. Masa tu moto rosak kot. Sanggup dia buat gila jalan kaki. Padahal kau boleh je naik van (teksi). Oh takkkk. Narsisist memang macam ni. Dia suka buat teruk. So that orang akan cakap "Kesian XXXX, sampai macam tu sekali impaknya bila Diana tinggalkan dia". Dia nak orang question "Kenapa kau buat dia macam tu, Diana?", supaya orang tak tanya dia "Kenapa Diana tinggalkan kau?" That's why apa yang dia buat, biar nampak teruk macamkan dia terpaling menderita.

7. Balik cuti sebab nak stalk aku
Dia pernah ikut aku balik cuti semata-mata nak stalk aku. Padahal dia takde duit. Sanggup pinjam duit orang nak beli tiket flight. Aku sampai rumah hari ni, esoknya kawan call "Diana, XXXX balik KL tau. Dia takde duit tu. Nanti aku ambik dia kat airport boleh?" Macam babi perangai. Dah tahu takde duit, takyahlah balik! Nak jugak balik pastu takde arah nak tuju, nak menumpang makan tido rumah mak aku sepanjang cuti. Mental tak? Ingatkan dia takkan berani nak call aku mintak fetch kat airport. Rupanya berani, ya. Jenis muka tembok. Dia call mintak Pak Aji jemput dia kat airport. Kau rasa??

8. Call Mak Aji pukul 1 pagi
Yang ni berlaku awal-awal masa kitorang break. Dia punyalah nak buat teruk, pukul 1 pagi call Mak Aji bagitau "Makcik, saya nak minta maaf saya tak dapat nak jaga Diana, kami dah putus". Common sense kau mana call orang tua pukul 1 pagi? Kat situ pun dah nampak biadap. Call just nak bagitau dah putus dengan anaknya. Kau ingat kita dah kawen ke? Kita hanya couple saja. Kenapa sampai nak mengadu kat mak bapak aku? Later baru aku sebabnya. Bila aku call Mak Aji, "Diana, kenapa buat macam ni? Kesian dia, sampai tak boleh tido pukul 1 pagi call mama nangis-nangis bagitahu dah putus". Cilaka tak?? Macam tu je dia spin fakta. Aku cakap kat Mak Aji "Ma, mana ada student tido pukul 12 malam? Semua pukul 1 tak tido lagi. Diana pukul 1 pun tengah study". Mak Aji marah aku. Dia tak percaya. Nak pulak bila aku tak menangis-nangis macam si binawe tu. Lagilah mak aku tak percaya anak sendiri. Geram betul aku. Drama nak mampus!

9. Jumpa bomoh
Yang ni salah sorang kawan lelaki jumpa aku bagitahu, "Kau nak percaya atau tak, terpulang. Tapi aku nak bagitahu XXXX pernah jumpa bomoh kat Padawan bawa gambar kau"

10. Rajin call mak bapak and nenek aku
Ni satu modus operandi seorang narsistik. Tanpa pengetahuan aku, dia rajin call Mak Aji tanya khabar. Call arwah nenek aku kat Tampin tanya khabar. Dia build relationship supaya semua orang sayang dan favor pada dia. So apa dia cakap, orang akan percaya dia lebih dari aku. Dia berjaya bab ni. Memang mak bapak aku termakan drama dia. Pak Aji yang payah nak side sesiapa pun boleh ter-side dia. Power tak powernya seorang narsisist. Sebab tu aku cakap kalau kau jumpa orang narsisist, jangan banyak cakap. RUN!! Aku ni mujur kepala batu. Kau tak nak percaya dia, percayalah. I don't mind tak dapat support dari sesiapa. Kalau aku kata tak taknak, tetap taknak!

11. Duit Ibal hilang
Setiap kali tido rumah Mak Aji, dia akan share bilik Ibal. Setiap kali itulah duit Ibal hilang. Bila Ibal mengadu kat aku, aku malas nak panjang-panjang cerita, aku gantikan je duit dia. Masa tu aku tak nak kecoh konon tak nak si setan tu kecil hati orang tuduh dia ambil duit. Rupanyaaaaaaaa!!

12. Pukul aku di rumah aku sendiri
Dahlah datang menumpang rumah mak aku. Pastu sibuk geledah laci bilik tido aku. Terjumpa surat-surat En Wan. Pastu nak mengamuk. Pukul aku. Hentak aku kat dinding. Tekup muka aku dengan bantal. Bangang tak? Kau dalam rumah aku kot. Dalam bilik aku. Dah tentulah dalam bilik aku ni barang-barang aku. Takkan aku simpan surat dalam bilik mak aku, bangang?? Kau yang mencari, memang kau jumpalah. Siapa suruh cari?

13. Hidung berdarah, puncanya aku
Apa-apa benda sekalipun, dia akan babitkan aku dan buat teruk supaya aku nampak buruk di mata orang lain. Pernah satu malam dia kena tumbuk dengan member sebab the member found out VCD-VCD yang hilang ada pada si XXXX. Bila orang tanya kenapa hidung bengkak berdarah, dia cakap dia stress sampai jatuh sakit sejak aku tinggalkan dia. Babi betul.

14. Pisau lipat bawa ke mana-mana
Kau rasa secure tak kalau boifren bawak pisau lipat ke mana-mana? Kejadah apa nak bawa pisau? Setiap kali tengah tunggu makanan sampai, dia akan main-main pisau tu atas meja. Toreh-toreh meja. Aku tak tahu dia nak buktikan apa. Maybe dia nak takut-takutkan aku. Jenis yang suka tayang macam ni sebenarnya pengecut. Sebab tu dia perlu tunjuk dia ada pisau. Masa kena tumbuk dengan member apesal tak bawak keluar pisau kau?

Dah lah cukuplah tu 14 point. Makin panjang list nanti, makin aku realize betapa bodohnya aku always bersangka baik pada dia. Buang masa! Sebab tu aku cakap, aku orang yang sangat layak nak bercakap pasal orang narsisist, sebab kau takkan sangka apa aku dah lalui dengan orang macam ni dan jauh mana aku bertahan. Macam-macam dia dah buat tapi aku bertahan sebab aim aku cuma nak habiskan degree. Itu je yang buatkan aku senyap. Orang cakap apa pun, aku senyap. Orang bercerita buruk pasal aku, aku senyap. Sebab kalau aku bercerita hal sebenar, dia mungkin akan mengamuk lebih teruk sebab ego tercabar. Aku takut kes ni jadi besar, melibatkan aku, sampai kena buang uni. Jadi, aku paksa diamkan diri walaupun hati aku sakit sangat.

Masa En Wan ajak jumpa 23 Dis 1998, aku tak pernah plan nak jumpa. Ingat nak kawan-kawan chatting je. Aku refuse bila dia ajak jumpa. Tapi dia kata lama dah kawan kat chat, alang-alang balik Msia dan ada di KL, nak jumpa kejap. Lepas tu nak balik Tganu dah katanya. Then balik Jepun semula. Aku pun oklah jumpa kejap. Tak sangka pulak first time jumpa tu dia terus ajak jadi girlfren. Aku terus jawab "YES!". Tak tahulah apa aku pikir masa tu. Cuma nak lepaskan diri je. Apa nak jadi, kendian kita pikir. Yang penting aku dah ada new boifren.

Sometimes, bila semua pain yang kita terima tak mampu buatkan kita berubah sebab kita dah terlalu biasa dengan kesakitan tu, the universe steps in to shift things around. It might introduce a situation, or a person, so impactful yang buatkan kita berani keluar dari comfort zone tu, forcing us to transform. Change often happens not because we seek it, but because the universe sets it in motion when we need it most.


2025-01-02

GreenAard: Vagina tak boleh terlalu kering.


Our GreenAard Year End Sale akan tamat pada 7 Januari (Selasa depan). Hari tu kita ada tambah toiletry bag sebab belum masuk 2025 dah habis. Macam tak best pulak kalau gift takde sebab masa tu masih ada seminggu lebih lagi. Now free gift dah ada.

By the way, nak umumkan CLEANSING GEL akan masuk new production. Stok Cleansing Gel dah sold out. Kita pun dah tutup product Cleansing Gel di website and Shopee. Jadi, siapa yang dah borong Cleansing Gel hari tu, insyallah stok anda cukup sementara nak tunggu new Cleansing Gel siap. New Cleansing Gel ni akan ambil masa sebab new, jadi NOT number semua kena apply baru di KKM.

Ok ni aku nak jawab soalan customer, pengguna baru Gloei. Dia beli Gloei sempena GreenAard anniversary bulan September hari tu. Tapi baru start pakai Nov. Dia bagitau selepas ambil Gloei, keputihan dia berbau. Dia tak pasti disebabkan Gloei atau kebetulan vagina ada masalah keputihan berbau. So dia nak try Herba Rahsia Rimba (HRR), tapi aku tak bagi. Jangan beli HRR sebelum kenalpasti ciri-ciri keputihan terlebih dulu, sebab bukan semua keputihan tu membawa masalah. 

Vagina kita tak boleh terlalu kering. Memang perlu some cecair/lendir. Asalkan tak berbau, tak berwarna dan tak gatal. Tak berbau maksudnya, tak bau hanyir. Vaginal discharge yang biasa ada baunya tersendiri, tapi tak hanyir. Kena faham yang apa saja makanan yang boleh buatkan nafas berbau, akan menyebabkan vaginal discharge berbau juga.

Perasan tak, some makanan yang bagus untuk badan contohnya bawang putih dan bawang merah, boleh buatkan hafas berbau. Even asparagus pun buatkan nafas berbau. Padahal semua tu makanan sihat, bukannya jajan. Maksudnya kat sini, bukan semua yang berbau tu adalah petanda buruk. Aku rasa orang perempuan faham kot bau yang macamana yang aku maksudkan. Asalkan vagina tak bau hanyir dan gatal, tak perlulah ambil HRR.

Gloei tu banyak ekstrak tumbuhan. Antaranya extract Chamomile. Chamomile ni bau busuk tau tak. Kalau tak percaya gi beli EO Chamomile. Busuk! Sebab tu vagina jadi sedikit berbau, tapi percayalah itu bukan bau hanyir. Itu hanya bau yang 'lain dari yang biasa'. Asal tak gatal, tak perlu ambil HRR. Tapi kalau rasa nak ambil juga, silakan. Takde masalah.

Dah alang-alang cakap pasal keputihan, aku nak explain pasal keputihan jenis warna kekuningan. Sesiapa yang ada keputihan jenis ni, selagi ia tak gatal, tak berbau pelik - isokay. Tak perlu ambil HRR (kau ada jumpa founder yang kata tak payah beli produk dia?)

Keputihan tu nama je PUTIH, tapi tak semestinya bila dia keluar kuning bermakna ada masalah berat sedang berlaku. Keputihan yang berwarna kekuningan, namanya kurang air. Sama je macam kau tak cukup minum air, kencing jadi kuning. Gitu jugak dengan vaginal discharge. Tak cukup air, ia akan bertukar jadi kekuningan. Jadi, petuanya, minum air banyak dulu. Kalau ok, tak perlu ambil HRR. Kalau masih tak berubah, ok boleh cuba HRR. Tapi kalau vaginal discharge tu kekuningan dan tebal macam cheese, ok boleh ambil HRR terus. Yang tu sahih yeast infection.

Yang kuat bersenam kena hati-hati bab ni. Kalau tak minum air dengan cukup, jawabnya pantyliner kau kekuningan. Apetah lagi kalau berpeluh dengan banyak, pakai pulak spender yang tak berangin, memang senang nak dapat infection kat bawah tu. Oh yes, yang tengah berdiet DAN work out dengan aktif, kalau keputihan keluar berlambak-lambak, itu BIASA. Asalkan tak berbau, you are ok. Cuma maybe tak selesa sebab keputihan banyak sangat.

Bila kita bergerak aktif, kitaran period akan berubah. Perasan tak bila kau makan GC atau Gloei buat pertama kali, period cycle kau berubah? Kadang datang cepat, kadang lambat, kadang sebulan 2 kali? Hat ni biasa, sebab ada perubahan diet. So, bila kitaran period berubah, keputihan juga akan keluar dengan tak menentu. Ini perubahan semulajadi sebab ia bergantung pada paras estrogen and progestron. Bila badan dah get used dengan new diet and senaman rutin, lama-lama nanti semua jadi ok. Serupalah mama macam kita start kerja kat tempat baru. Awal-awal masuk memang lintang-pukang semua benda, segalanya kena start baru. Tapi lama-lama dah jadi otai. Gitulah perumpamaannya.

Oh lagi satu nak bagitau. Setiap kali selepas intercourse, tolong kencing. Intercourse membuatkan bacteria masuk ke bladder. Sebab itu, selepas settle gedebak gedebuk, pegi kencing. Orang lelaki lain, dorang ada big distance because of the penis length. Tapi kita tak. Kalau kau sejenis yang prone tu infection, paksakan kencing setiap kali selepas intercourse untuk avoid UTI. Ya, aku faham kencing ni bukan boleh dipaksa-paksa. Tapi mesti practise untuk kencing setiap kali selepas bersama sebab penis ada potensi 'menolak' bacteria masuk lebih ke dalam. That's why orang perempuan terdedah untuk dapat UTI. Kalau takde rasa nak kencing, caranya, selepas intercourse, minum air. Mesti lepas tu kau rasa nak kencing. Standby botol air 1 L tepi katil. Habiskan 1 L tu.

Apa-apa yang SELAIN dari yang aku list kat bawah ni, adalah masih OK:

- warna macam ada nanah
- discharge keluar dengan tebal macam cheese
- bau hanyir and busuk pelantung
- warna keladak, yellowish, greenish and ada tompok-tompok merah
- gatal, pedih and sakit macam melecet

Kalau takde ciri-ciri di atas, itu namanya vaginal discharge yang biasa. Cuma mungkin dia berbau 'tak macam selalu' selepas ambil Gloei sebbab dalam Gloei ada Chamomile. Nanti lama-lama ok je tu. Aku makan Gloei dari 2018. En Wan tak kata apa-apa pun. Eh.


2025-01-01

Apa la nak dipertikaikan cara orang manage duit?

Tadi aku nampak ni lalu kat FB. Katanya perkongsian dari seorang surirumah sepenuh masa yang gaji suaminya RM1300+. Ramai yang memuji pandai si siteri hemat berbelanja. Dan tak kurang juga ramai yang kata ini macam menipu sangat sebab banyak loop hole. Banyak expenses yang diragui.

Kadang aku pelik juga masyarakat bumi ni. Orang tu berbelanja mewah kau sakit hati. Orang tu berjimat-cermat pun tak percaya. Kau nak apa sebenarnya? Kau nak buktikan kau bergaji 3 kali ganda pun masih tak cukup dan tak dapat menyimpan? Masih tak cukup? Ok kalau tak cukup, itu masalah kau. Masalah dia dah settle. Yang benaunya kau takut kalau majikan kau baca post ni. Payah nak mintak naik gaji nanti, sebab ada orang buktikan gaji dia RM1300+ pun masih cukup, betul tak?

Gini. Ada orang hidup sekadar mahu terus bertahan hidup. Ada orang lain, mahu menikmati hidup. Macam si isteri ni, dia selesa dengan bertahan hidup. Dan dia ok with that arrangement. Dia willing untuk basuh lampin everyday. Dia willing duduk PPRT. Dia willing bangun pagi buat bekal untuk suami. Dia willing belanja dapur dan barang basah RM400/bulan sahaja. Wallahualam kita tak tahu dia makan apa selama sebulan tu. Tapi dorang selesa, and happy. Biarlah. Kenapa nak pertikaikan ada loop hope lah, diraguilah. Ada yang lebih bitter lagi, "setakat tulis, aku pun boleh". Halah halahhh bitternyadia.

Some people, dia takde pilihan lain. Apa yang ada, terpaksa cukupkan. Esok kalau gaji dia naik ke RM2000, konfem dia takkan stay dengan perbelanjaan sekarang. Dia akan upgrade perbelanjaan dia. KONFEM! Sebab kita semua macam tu. Masa aku belum kerja dulu pun, bergantung pada duit gaji En Wan je. Gaji kasar RM2,500. Kalau nak makan sedap, shopping sedap, bercuti sedap, boleh je kitorang sewa rumah flat biasa. Boleh jimat banyak. Tahun 2001 sewa flat masih murah. Tapi En Wan nakkan keselesaan, dah keselamatan, maka dia sewa guarded and gated apartment, RM820/bulan. Itu pilihan.

Kitorang pilih untuk duduk di rumah yang selesa. Makan tak sedap takpe. Tak shopping takpe. Tak holiday, takpe. Some people sanggup duduk rumah sewa kecil, janji ada duit lebih untuk makan sedap, shopping sedap, holiday selalu. Itu pilihan.

Nak lagi jimat, tak payah pakai maid. Dah jimat RM800/bulan (gaji maid zaman Redza). Tapi aku pilih untuk taknak hantar anak aku ke nursery. Aku nak dia duduk rumah, biar dia selesa dalam rumah sendiri, dan bibik boleh tolong kemas-kemas rumah sekali. Sebab aku balik kerja malas nak buat benda ni semua. Aku nak melepak bergentel dengan laki aku depan TV. Itu pilihan.

Belanja sekolah. Boleh je nak jimat. Dari RM8 bagi Rayyan, aku downgrade kepada RM1. Tapi kena top up dengan bekal. Jimat memang jimat, tapi tenaga dan masa tak jimat. Kalau kau boleh korbankan tenaga dan masa untuk jimat cash, silakan. Aku pilih untuk bagi je RM8/hari. Sebab aku taknak kacau masa dan tenaga aku. Bukan kata aku busy sangat sampai tak sempat nak buat bekal anak. Tak. Aku pilih untuk tak nak susahkan diri je, sebab aku ada pilihan. Kalau takde pilihan, sure aku buat macam dia juga. Esok kalau dia ada pilihan untuk bagi duit belanja lebih pada anak, konfem dia bagi lebih so that tenaga dan masa boleh dialikan ke tempat lain.

Kau nak takaful RM23 sekeluarga? Pilihlah.
Kau nak belanja barang basah dan barang kering RM400 sebulan saja? It's your call.
Kau nak on kipas bila betul-betul panas je? Buatlah, takde siapa larang. Bil kau bayar.
Kau nak percutian bajet, duduk hotel bajet, bercuti sekadar cuci mata takde shopping? Sanggup?

Tak, ini bukan nak merendahkan dia. Tapi nak emphasize tentang PILIHAN. Dia pilih untuk buat begitu. Kau pun boleh, cuma kau taknak. So bila kau taknak, tak payahlah nak kondem bajet dia. 

Apa la nak dipertikaikan cara orang manage duit? Yang pelik tu pertikaikan perbelanjaan orang yang lebih susah dari kau. Tadi aku baca perbelanjaan dia, aku bersyukur. Bersyukur sebab aku tak perlu bercatu sampai macam tu sekali. Post si isteri tu bukannya nak riak konon dia pandai manage duit, tapi untuk kita bersyukur. Allah sengaja nampakkan kita post tu supaya kita dapat cari sekecil-kecil perkara untuk disyukuri awal-awal tahun baru ni. Yang kau asyiklah nak mengkondem orang.

Masing-masing ada lebih dan kurang. Apa yang dia kurang, aku tak mahu dapat kat aku. Tapi apa yang dia pandai manage, insyallah aku cuba ikut. Contohnya, jimat letrik. Guna bila perlu dia kata. Maybe lepas ni aku akan try buat kerja di bawah, pakai kipas. Kalau duduk bilik karang, aku on aircond pulak. Padahal bawah pun ada aircond juga tapi tangan aku tak gatal bukak aircond bawah. Kalau kat bilik tu, masuk je bilik PAP on aircond terus. So, azam tahun baru sis yang pertama adalah, limitkan penggunaan aircond di bilik. Kita start dengan tu dulu.