2022-11-16

LI adalah subject, bukan kerja.


Semalam aku dah buat video pasal Intern, ok hari ni aku nak menulis pulak.
Sebab semalam lepas buat video tu, ramai betul share experience masing-masing dengan intern, di tempat kerja.
Gelak-gelak aku baca. Aduiii macam-macam perangai.
Bukan apa, sebab aku pun pernah jadi intern, jadi some of perangai dorang ni aku takleh brain.
Kadang terfikir, apalah yang buatkan some of them ambil mudah dengan internship.

Aku ada 2 orang kawan yang sama-sama run business.
Aku cerita part dorang ni dulu.
Kawan aku yang pertama ambil intern dalam 3-4 orang.
Niat dia, kalau semua ni bagus, nak terus serap.
Sebenarnya untung tau intern zaman sekarang sebab internship dibuat pada semester akhir.
Ada peluang diserap jadi permanent staff tanpa perlu lalu probation period.
Zaman acik dulu, intership adalah pada tahun 2 tau Habis 3 bulan, takde peluang kau nak kerja situ terus sebab kena balik Uni habiskan final year.
By the time acik habis belajar, dah kena re-apply.
Tu pun mujur kalau ada kekosongan, kalau tak?
Terpaksa apply tempat lain, lalu balik training and probation period.
Dah buang masa kat situ.

Salah satu tujuan Latihan Industri (LI) dibuat pada semester akhir adalah untuk bagi persediaan pada student belajar real work dalam industri sebelum anda diserap masuk sebagai PEKERJA.
Sengaja aku pakai capital letter kat situ sebab some intern perasan dorang sudah dapat kerja, sedangkan mereka sedang dalam LI.
Bila perasan dah bekerja, maka dorang mahukan hak-hak yang sama seperti pekerja lain iaitu cuti, OT, gaji, etc.
Ok hat ni aku touch jap lagi.
Nak habiskan cerita kawan aku dulu.

My friend berada dalam bidang food business.
Bukan semua orang ada skill dalam bidang ni, that's why dia prefer ambil intern, boleh melatih dorang dalam masa 3 bulan ni dulu.
Agak-agak bagus, serap je terus.
Akan tetapiiiii, intern-intern tersebut perasan bagus.
Mereka perasan yang majikan (kawan aku) perlukan mereka kerana nak mengambil kesempatan.
Hanya disebabkan dorang tak entitle untuk dapat cuti sama seperti pekerja lain, dorang tuduh dorang sedang dipergunakan.
Gelak gila aku dengar kawan aku bercerita.
Tinggi sangat skill sampai ingat majikan nak gunakan kau, kan.
Ingat majikan tu cap ayam ke takde skill yang sama?
Skill majikan tu dan pengalamannya silap-silap tak boleh dicompete.
Kalau majikan tu takde skill, takkan boleh sustain the company bertahun-tahun siap dapat projek besar-besar.
Tapi takpelah, dah kau nak feeling sangat, kan.

Kawan aku cerita intern dia dalam meeting tak pernah ambil notes, macamkan faham.
Bila dibagi task, takleh buat sebab lupa apa yang dah diajar.
Pukul 11.30 meja dah clear untuk untuk tido.
Aku dengar macam...hah? Tido?
Macamana dia boleh terfikir untuk tido?
Aku dulu nak keluar lunch pun tunggu bos keluar dulu, punyalah takut nak keluar awal dari bos.
Yang dia siap boleh tido pukul 11.30 pagi semasa bos ada dalam bilik!
Yang paling best, kawan aku bawa intern ni ikut jumpa client.
Si intern sama-sama menyoal bos (kawan aku).
Contoh client tanya "Product ni bila agaknya boleh siap?"
Nanti intern sambung tanya "Produk ni ada expiry date tak?"
Kahkahkah. Aku konfius siapa yang client ni?
Aku syak client kawan aku tu pun sama konfius.

Lagi sorang kawan aku, internnya pesan "Setiap hari Jumaat saya kena balik pukul 5pm (office hour habis at 6pm), sebab pakwe saya yang jemput. Kalau lambat nanti jalan jem". Kau rasa??

Boleh eh budak-budak sekarang minta balik awal bodo-bodo gitu je?
Setiap minggu pulak tu.
Dahlah alasan bukan main rempit -- "pakwe jemput".
Aku syak esok kalau pakwe mati, sampai bila-bila hari Jumaat dia tak kerja sebab dah takde pakwe nak jemput πŸ™„.

Macamana eh nak bagi budak-budak ni faham LI adalah subject, bukan kerja.
You come to the office bukan untuk bekerja tetapi untuk belajar.
LI adalah kerja kursus.
LI adalah sebahagian dari mata pelajaran dalam course yang diambil.
Subject LI tidak diajar dalam dewan kuliah, tetapi di industri.
Segala task yang company bagi adalah assignment yang mesti dibuat dengan baik because itu carry marks.
LI adalah peluang untuk anda dapat 4.0 flat!
Maka wajib datang setiap hari seperti anda datang ke kuliah setiap hari.
Siapkan tugasan yang diberi dengan baik.
Ambil peluang belajar banyak benda dari syarikat.
Ambil hati majikan because dalam tempoh 3 bulan ini majikan adalah your lecturer.
Dia menentukan marks anda untuk subjek ini.

Aku terfikir, budak-budak ni baca tak Learning Outcome subjek LI?
Kalau ada anak-anak yang baca post ni, acik nak bagitau yang setiap subject ada Learning Outcome.
Zaman acik belajar dulu, dapat je module, acik cari Leraning Outcome dulu.
Kat Learning Outcome ni kita boleh predict apa yang keluar exam esok.
Kat Learning Outcome ni juga kita boleh predict macamana kiraan marks.

Ini contoh Learning Outcome [LO] yang aku buat untuk course Food Safety.
Nak mengeluarkan LO ni boleh bawa bertekak jemaah meeting.
Punyalah nak memastikan candidates dapat sesuatu yang benefit them dari module ini nanti.

Dari LO ini kita bina module pembelajaran dan soalan exam.
Senang je nak predict bentuk soalan yang bakal keluar hujung sem nanti - kau baca je LO.
Apa yang dorang mahukan dari student semua ada kat LO tu.
Kalau LO kata student akan dapat keupayaan untuk membezakan antara hazard dah risk, maka itulah antara soalan yang bakal keluar nanti.

Dalam Latihan Industri juga ada LO-nya.
Antaranya, meneroka alternatif kerjaya sebelum tamat pengajian, atau carry out performance objectives, atau develop work habits and attitudes.
Kat sini je boleh tengok apa sebenarnya yang kau kena achieve.
Kalau task buat ala kadar, balik nak awal sokmo, asyik nak cuti segala, kau rasa sikap tu kena tak dengan "develop work habits and attitudes"?
Memang taklah!
Lepas tu jangan purak-purak frust kalau gred LI teruk.
Sendiri mau ingatlah. Omputih kata what you sow is what you reap.

Jangan merasa diri tu entitled untuk dapat cuti dan segala keistimewaan lain seperti gaji, OT atau claims sama seperti pekerja lain.
Pekerja tu bekerja di syarikat itu.
Awak bukan bekerja, awak sedang menjalani latihan industri.
Dalam ertikata lain, awak adalah student yang sedang belajar.
Sijil pun takde, nak kerja amendanya.
Maka, segala keistimewaan yang pekerja lain dapat awak tak boleh komplen kenapa awak tak dapat.
Hanya terpulang pada budi bicara company.
Kalau company tak bagi, awak tak boleh kata company mempergunakan intern. No such thing, dik.

Dulu masa aku praktikal kat SIRIM, jauh ya dari Bangi ke Shah Alam everyday.
Pergi dengan Pak Aji. Pukul 6.30 pagi dah keluar.
Kalau kena hari Pak Aji outstation atau dia ada meeting di tempat lain, aku pergi SIRIM naik komuter.
Aku tak minta cuti, ya. Apetah lagi nak gunakan alasan "Saya takde transport nak datang". NO.
The moment you decide to buat LI di sesuatu tempat, perkara pertama kena consider adalah transport.
Because you nak kena attend "class" everyday.
Maka transport kena pikir dulu. Bukan cuti, atau gaji, atau boleh balik awal ke tak.
Jangan mengharap boss consider masalah transportation kita.
You yang nak buat LI di tempat itu, you kena settlekan transport.

Kadang aku rasa some budak-budak ni lemak.
Dibagi task minta siapkan on tarikh sekian-sekian, "Boleh tak extend? Sebab hujung minggu ni saya balik kampung. Kat sana internet slow".
Kampung dia yang takde internet, kita pula kena settlekan kerja dia.
Nak suruh stayback karang, nangis pulak satu hal aku nak menjawab kat mak bapak dia.
Biasakan diri MAKE TIME.
Kalau nak tunggu ada masa, memang tak bersiaplah kerja tu.
Maka, kena MAKE TIME.
Kalau perlu stayback siapkan kerja, stay back.
Kalau perlu bawak balik kerja ke rumah siapkan sebelum balik kampung, maka buat.

Aku pernah cerita macamana aku bawak kerja balik Bangi tumpang internet jiran sebelah bila mana majikan aku tak perasan aku dah apply leave untuk aku ke Phuket esoknya.
Dia tak perasan leave application aku.
Adakah dia bagi aku perlepasan gitu je? Tak, ya.
Memandangkan presentation depan customer tetap kena buat esok, dia minta aku siapkan slide dan submit kat dia malam tu juga.
Dia akan tolong presentkan.
Boleh tak aku cakap "Please....I kena balik Bangi malam ni. Rumah mak saya takde internet".
Kau rasa bos Devil Wears Prada aku kisah?
Aku siapkan juga slide tu malam-malam. Nak seribu daya, ya.

Haaa, sebut pasal mak ni aku nak cerita hal pernah jadi kat aku.
Ofis tengah cari junior graphic designer.
Ada sorang budak ni minta interview secara zoom. Ok aku layankan.
Nampak macam ok, dia ada skill yang aku mahu.
Cuma dia minta untuk work from home.
Aku tak boleh accept sebab my requirements, staff mesti berada di ofis.
Jadi aku tolak secara baik. Settle dah.
Sekali esoknya, MAK dia call.
Diulangi, MAK dia call.
Mak dia punya statement "Dik, takkan tak boleh tolak ansur".

Panassss hati aku.
Hal kerja nak libatkan parents ni yang aku cukup tak berkenan.
Dah lah panggil aku "Dik".
Bukan nak minta dihormati, cuma be profesional sikitlah, at least panggil Puan.
Bila aku cakap "Maaf ya, boleh panggil saya Puan?"
Mak dia reply "Ya, saya tahulah awak Puan, tapi awak ni baya-baya adik saya je".

Dah la mula-mula kau address aku "Dik". Lepas tu "Awak".
Again, aku bukan someone yang beria sangat dengan title.
Staff-staff aku panggil aku "Kak" je.
Cuma aku bengang bila kau takde kena-mengena dengan company, mintak kerja on behalf of anak kau, tapi tak pakai proper salutation.
Ingat ni bersembang dengan jiran belakang rumah ke apa.

Kawan aku ada pengalaman handle parents gak, tapi bukan intern.
Budak nak cari kerja. Dah dapat dah kerja tu.
So this parents agaknya nak tengok letak duduk company kawan aku ni di mana.
Biasalahkan kita tengok ofis anak kita kat mana.
Dah nampak ofisnya kat mana, dahlah. Balik.
Tapi this parent tak, ya.
Dia siap masuk dalam ofis nak tengok workstation anak dia di mana, panas ke tak ofis tu, apa lagi kemudahan ada dalam ofis, etc.
Kawan aku bercerita dengan mata terbeliak-beliak menahan marah, aku boleh imagine bengkeknya dia. Hahahah.
Last-last budak tu dia tak confirmkan.
Dia kata tak sanggup aku dibuatnya esok apa-apa hal, mak bapak dia sampai dulu kat opis.

Parents pun, agak-agakla kalau ye pun nak tengok sama ada anak dapat tempat kerja yang ok or not.
Takkan sampai ke workstation, pantry, toilet segala nak dikelebet.
Ini bukan menghantar anak masuk boarding school, segala nak ditengok.
Anak tu dah berbulu atas bawah, belajarlah lepaskan anak berdikari.

Intern aku lepas sebulan mintak berhenti.
Aku tanya kenapa nak berhenti. Dia kata dia perlu settlekan masalah keluarga.
Aku tanya masalah apa yang besar sangat sampai perlukan bantuan awak?
Masalah perangai adik-beradik katanya yang mengkusutkan fikiran mak. Ayah dah takde.
Aku cakap "Tinggal 2 bulan je lagi, nak berhenti? Kalau berhenti tak graduate tau. Jangan pikir singkat. Esok masalah adik-beradik settle, masalah awak yang takde sijil ni ada dorang nak settlekan?"

Aku paling pantang budak berhenti belajar atas sebab yang bukan dari dia tetapi masalah keluarga.
Benda boleh settle.
Aku bagi dia task siapkan kat rumah.
Task mesti siapkan, itu saja aku nak sebab aku nak bagi grad.
Sayang, tinggal 2 bulan je lagi.
"Takpe, akak bagi buat kerja kat rumah. You must grad next year", aku cakap.
Ni kalau Redza ada ni mesti dia kata "Welcome to my world, dude". Hahhahaha.


2022-11-15

"SAYA DAH IKHTIAR TAPI SAMPAI BILA NAK SABAR?"


Pos Sabtu lepas, pasal "No more expectation, now is requirements", ada 2-3 orang tanya tentang paragraph ni - "SAYA DAH IKHTIAR TAPI SAMPAI BILA NAK SABAR?"

Ok, macam ni.
Yang pertama sekali, aku tak tahu apa situasi korang, atau how buruk situasi korang sekarang, atau sejauh mana ikhtiar yang memberi impak, atau apa masalah dan siapa yang korang berdepan (suami/bf/tunang/ayah/bos)?
Aku tak boleh selesaikan masalah korang.
Kalau berpeluang pun aku tak mahu.
Aku sekadar memberi pencerahan melalui pengalaman sahaja.
At least you have some ideas what to do sekiranya melalui situasi yang sama.

Tentang lama mana nak sabar, itu bergantung pada your AIM.
Like I said, sabar bukan duduk saja-saja, tetapi mesti disertakan dengan usaha.
Setiap usaha mesti disandarkan kepada AIM.
Kalau takde aim, sampai bila kita nak berusaha, betul tak?
Situasi aku dulu, aku sendiri tak tahu sampai bila aku harus berdepan dengan masalah cinta yang mensaikokan hidup aku, tetapi aku ada AIM.
Aim aku simple:

1. Grad dengan pointer yang bagus kerana aku tak mahu bayar balik pinjaman.
2. Pastikan tidak ada kes sampai aku dibuang Uni.
3. Jangan ada kes undang-undang (melibatkan polis) yang buatkan aku kena stay di Kuching lebih lama. Aku nak balik.

Ini 3 aim aku. Dan semuanya berkait.
In order untuk aku grad dengan flying colors, aku kena pastikan aku complete belajar.
In order untuk complete belajar, aku tak boleh kena buang dari uni.
In order untuk aku tamat belajar dengan aman dan tenang pada waktu yang ditetapkan, aku mesti bebas dari sebarang tindakan undang-undang.

Tak kira betapa teruk keadaan aku ketika tu, aku berpegang pada 3 aim ini.
Apa nak jadi, jadilah.
Kalau kena bersabar dengan perangai dia, aku sabar asalkan aku complete 3 aim ini.
Kalau perlu nampak bodoh oleh orang keliling kerana ikutkan perangai dia, aku akur asalkan misi aku accomplished.
Aku memang pegang pada 3 aim ini saja.
Plan aku, settle je aim ni semua, aku akan berdepan dengan dia dan cakap "FUCK OFF!"

Bukan apa, masa ni mesti aku dah balik Semenanjung.
Support sistem aku kuat - ada mak bapak aku, adik-beradik, saudara-mara, dan kejiranan yang strong.
Dan aku pun duduk rumah mak bapak, bukan hostel yang sesuka hati dia nak ceroboh masuk.
Bolehlah dianggap situasi aku di rumah jauh lebih selamat. Plan aku macam tu lah.
Tapi takdir Allah, dalam perjalanan menghabiskan aim itu, aku kenal dengan En Wan.
The whole plan pun bertukar, iaitu di pertangahan journey aku selamat bertunang.
Maka, keadaan menjadi lebih baik.
This chapter aku tak pernah merancang.
Memang tak pernah ada dalam plan untuk kenal sesiapa waktu tu. Masih dalam mode serik.
Tapi tu lah kan, hint-nya dah ada, cuma kita tak perasan.

Kisahnya, balik bercuti, makcik aku from Singapore bagi komputer lama.
Komputer jenis kotak tu.
Jadi, Mak Aji pasang internet.
Aku balik rumah ajar Ima main chat.
Nak tunjuk cara nak start chat dengan orang, aku pilih satu nama. Aku klik kat nama KIMUTAKU. Inilah En Wan.
Tapi masa tu tak sembang apa pun, sekadar nak tunjuk kat Ima cara nak mulakan chat. Lepas tu aku blah.

Naik balik semester, aku lalui rutin biasa as student, sampailah ke cuti semester berikutnya, balik rumah teringin pulak nak masuk chat sebab dah lama tak masuk.
Saja nak kill the time orang kata. Eh, nampak balik nama KIMUTAKU.
Aku pun tegurlah dia. Aku bagitau aku pernah chat kejap dengan dia dulu.
Dia ingat aku.
Wow hebatnya aku chat kejap pun masih diingati. Kahkahkah.

Dari situlah aku chat dengan En Wan agak kerap.
Tak hari-hari sebab takde kepentingan nak chat hari-hari.
Dia pun chat sekadar nak tunggu next class je.
Yang buat aku jadi rapat tu sebab ada satu kali tu, budak nama MEEN chat aku, marah-marah sebab aku nak sailang KIMUTAKU.
Aku macam, ehh? Kau pehal? Bila masa aku nak sailang.
Rupanya, budak-budak chat pada ketika tu dah tahu KIMUTAKU dan MEEN kerap chat sama-sama.
Jadi, dorang kenen-kenenkan budak berdua ni.
Aku pun bagitau si KIMUTAKU yang awek dia sound aku sebab kacau pakwe dia.
Si KIMUTAKU terperanjatlah "Mana aku ada awek kat sini?".
Wahhh gitu ayat dia.
Dia pesan "Kau jangan nak hanyut sangat dalam chat ni. Sini tempat release tension je. Mana ada orang bercinta dengan orang yang dia tak pernah jumpa?"

Balik uni, aku dah jarang chat dengan dia.
Sesekali je, itupun kalau ada PC kosong kat lab.
Kitorang bersembang melalui email saja.
Itupun sembang kosong, cerita pasal study mostly.
Sebab dia budak chemical engine, aku budak biotech -- sama-sama budak lab.
Seronoklah bersembang sikit.
Bila aku balik ke Uni, aku tak masuk chat.
Rupanya dia mencari aku.
Dia mencari budak-budak dari UNIMAS yang kenal aku.
It so happen, batch aku ramai gila main chat.
Mudah untuk KIMUTAKU sampaikan pesanan kepada aku melalui kawan-kawan.
Salah sorang kawan aku bagitau dia "Diana tu ada pakwe la kat sini".
Padahal masa tu aku dah break lama tapi ramai tak tahu sebab aku terpaksa mengawal keadaan supaya takde kejadian gila isim berlaku dalam kolej πŸ™„.

Mengamuk KIMUTAKU dalam email. Kahkahkah.
"Kawan kau cakap kau dah ada balak? Kau tak cakap kat aku pun? Aku nak penjelasan kau. Aku tunggu kau kat Server 2A petang nanti".

Blur kejap aku. Dah kenapa kau ni?
Bukan hari tu kau yang kata "Mana ada orang bercinta dengan orang yang dia tak pernah jumpa?" 
Ni namanya ayat makan tuan. Mbahahahaha.

Cut short, KIMUTAKU minta gambar.
Aku bagilah sekeping, dengan perjanjian kena pulangkan balik gambar tu in his next surat.
Dia tak pulangkan pun.
In his chat dia cakap "Aku taknak pulangkan gambar kau, aku nak simpan".
Wah gituuuu beliau bagi hint.
Sorang kawan dia di sana (junior) nama Omar.
Omar ni baya aku, dia satu batch dengan Azrul (adik ipar aku).
Omar ni pun chatting gak.
One day tu Omar cari aku kat chat.
Dia kata saja nak kenal dengan awek senior dia.
Aku cakap bila masa aku jadi awek kawan kau? Jumpa pun belum.
Omar kata "Masa surat kau sampai, dia panggil kitorang (junior-junior dia). Dia tunjuk gambar kau lepas tu dia warning - aku nak mengorat budak ni. Korang semua jangan kacau".
Gengster jugak KIMUTAKU, ya. Hahahahaha.

Ok sampai situ je la aku cerita sebagai iklan.
Korang dah tahu pun endingnya apa.
Dalam tempoh yang kejap tu Allah jumpakan aku dengan someone yang willing untuk tukar my whole mission menjadi lebih mudah.
Kalau En Wan tak come into the picture mungkin jalan untuk aku tamatkan mission aku lebih susah.
Boleh tercapai tapi laluannya mungkin susah sikit.

My point is, kita boleh bersabar, tetapi mesti ada aim.
Takkan boleh nak bersabar sampai bila-bila.
Kena tetapkan satu tempoh sampai bila kita mahu bersabar.
Bila ada aim, barulah ikhtiar tu jadi lebih senang untuk kita rancangkan.
Kalau hanya sabar tak tahu arah, itu yang buatkan seseorang stress "Sampai bila nak sabar?".
Jadi, persoalan "Sampai bila saya nak kena sabar" itu bukan aku yang menjawabnya, tetapi you all.
You yang tentukan sampai bila nak bersabar.
Wajib setkan satu limit. Kalau perlu bersabar, listkan aim sampai bila.

Sampai hujung tahun?
Sampai hujung tahun depan?
Sampai anak-anak dah habis sekolah?
Sampai anak-anak dah kahwin?

Aku ada relatives yang suaminya berkahwin lain.
Tapi dia simpan rahsia tu tak bagi anak-anaknya tahu kerana taknak anak-anak terganggu emosi.
Hanya bila anak-anak semua dah grad, baru dia bagitau yang selama ni setiap kali ayahnya "outstation" sebenarnya ayah balik rumah bini muda.
Begitu sekali dia bersabar tetapi dia letakkan aim until anak-anak habis belajar.
Lepas anak-anaknya habis belajar, dia pindah duduk dengan anak dan serahkan terus suaminya untuk dijaga oleh isteri kedua.
Ambiklah, jaga terus.
Walaupun dia terpaksa menangung sabar yang sangat lama, at least dia ada aim.
Maknanya dia tak plan untuk bersama suaminya hingga akhir hayat.
Dia aim hingga tempoh anak-anak boleh berdikari.  
Maybe dia tahu kalau berpisah awal, ada potensi nafkah anak-anak terabai.
Untuk itu dia bersabar sehingga aim dia completed.

Itulah juga yang aku buat masa nak lepaskan diri dari si anu.
Kalau ikut hati memang nak memberontak, dan nak lepaskan semua.
Tapi, as much as kita mahu ikutkan hati, jangan sampai otak tinggalkan kat belakang.
Kena pilih mana yang menguntungkan.
Kalau perlu bersabar 3 tahun untuk achieve apa aku nak, aku sanggup.
Future aku lebih penting.

Sabar, ikhtiar dan tawakkal adalah tiga perkara yang ada hubung kait. 
Semuanya mesti bergerak secara dinamik. Tak boleh salah satu. 
Sebab itu, dalam setiap ikhtiar, letakkan limit/aim/goal supaya kita tak buat perjara yang sia-sia dan at the same time boleh track productivity. 
Kadang-kadang perkara yang kita kena sabar ni perlu masa yang sangat panjang. 
Maka wajar kita setkan threshold tertentu supaya perjalanan sabar tu jadi lebih tenang-tenang.


2022-11-13

Malas solat


Kalau tak nampak nak baca, meh aku tulis semula tapi aku ringkaskan.
Basically she asked — “Masa Kak Di free hair dulu, Kak Di jaga solat atau “malas”? Saya bertudung dari kecil tapi masih malas solat. Macamana nak istiqomah?”

Iman manusia wajar ada turun naik.
Bila iman turun, kualiti solat wajar berkurangan, tetapi jangan tinggalkan lansung!
Apa maksudnya dengan WAJAR KUALITI SOLAT BERKURANGAN?
Maksudnya, kalau selama ni kita baca surah-surah panjang, atau zikirnya panjang, atau sebelum dan selepas solat kita buat solat sunat -- ketika iman menurun (terasa malas/penat), yang panjang-panjang tu nak skip pun tak apa, tetapi solat fardu jangan tinggal.
Biasakan buat qada solat kerana kita tak tahu bila kita pernah meninggalkan solat.
Maybe masa kecil dulu pernah.
Atau maybe ada solat-solat yang tak berkualiti.
Aku tak pasti if qada' solat ini memadai bagi menggantikan solat yang kita tinggalkan dulu, tapi bak kata seorang ustaz, buat sajalah.
Semoga Allah nilai usaha kita mengqada' tu sebagai ibadah.

Free hair atau bertudung atau cara berpakaian adalah bukti sejauh mana kita mahu taat pada perintah Allah, tetapi tidak ada kaitan dengan solat.
Ada orang free hair, tapi solat fardunya tak tinggal.
Ada yang bertudung litup tapi solat lompong-lompong.
Walau bagaimanapun masing-masing ada usaha untuk meninggalkan kejahatan.
Yang sorang berusaha untuk jaga solat, yang sorang berusaha untuk jaga aurat.
Jangan tengok buruknya, tapi carilah cantiknya.
Insyallah, setiap apa yang kita buat kerana Allah akan dimudahkan.
Yang paling penting, apa pun keadaan kita waktu tu, baik rambut kaler ke, pakai skirt belah sampai nampak seluar dalam ke, baju see thru ke - solat usahakan buat.
Bak kata Prof Muhaya, apapun keadaan kita ketika ini, jika solat yang kita buat itu betul, satu hari nanti solat itulah yang akan bawa kita pada hidayah Allah.

Ada perempuan bila rambut berkaler, otomatik tak nak solat.
Sebab orang kata mewarnakan rambut tak sah solat jadi dia tak solatlah.
Jangan macam tu. Buatlah apa yang kita boleh buat dulu.
Aku pun dulu sejenis rambut merah juga.
Pakaian aku...yang tau tu tau lah.
Apa ajelah yang orang tak kata kat aku.
Siap buat muka pelik bila aku masuk masjid nak tumpang solat dengan pakai skirt.
Ya, aku tahu aku tak beradab masuk masjid pakai macam tu, tapi aku nak bersolat.
Jadi, mana yang lebih penting?

Masa aku rambut merah, bukan takde orang perli-perli "Solat ke ni?". Ada.
Pernah satu masa dulu, kat Masjid Subang Jaya -- tak ingat masjid tu nama apa, tapi kat area Subang Parade.
Padahal Subang Parade dengan Putra Heights (rumah aku) bukan jauh sangat.
Tapi aku dah bajet memang tak sempat nak Asar kat rumah.
Aku stop solat kat masjid tu.
Itu zaman pakai skirt belah depan sampai paha.
Kebetulan hari tu aku pakai skirt tu.
Laju-laju lari bersolat.
Berselisih dengan 2 orang makcik kat tempat wuduk (maybe around 40s macam aku sekarang tapi sebab dulu aku 20s, jadi dorang pangkat makciklah. Hahaha).
Ya ampunnn dia punya toleh siap menjeling kemudian geleng-geleng kepala.
Dia nampak aku serupa setan agaknya.
Aku malas nak bertegur sapa, sebab dah lambat.
Lepas solat, baru perasan 2 orang makcik tu bersolat di belah kanan aku.

Lepas bersolat, aku tak terus bangun sebab aku kan pakai skirt pendek.
Jadi, dengan hanya buka telekung (kain tak bukak), aku touchup muka aku.
Ingat lepas dah touchup baru nak simpan telekung and zasss balik.
Makcik tu sound "Toksah nak mekap-mekaplah, sini tempat solat bukan tempat nak melawa".
Motif?? Macamlah kat tepi dinding tu takde cermin siap ada bench nak letak barang solek untuk touchup.
Entah apa yang dia sakit hati sangat kat aku. Agaknya pakaian aku kot.
Inilah punca orang takut nak bercampur masjid sebab puak-puak malaikat wannabe ni suka nau judge orang.
Patutnya, syukur orang tu walaupun begitu, tetap jaga solat.
Kalau tak boleh nak bercakap yang baik-baik, baik sambung zikir.

Solat ni memang berat. Sangat berat.
Kalau bukan niat kerana Allah, beratnya lebih dari biasa.
Zaman kita skolah dulu ada qiamullail.
Berat nau nak bangun. Sebab? Sebab qiamulail tu atas arahan warden.
Kalau tak datang, kena denda. Tu pasal rasa berat.
Tapi ketika kita bangun solat malam kerana kita mahu buat solat, tak payah pakai alarm pun boleh terjaga sendiri. Insyallah.

Solat memang mesti dipaksa. Tak boleh tinggal. Kena paksa.
Kalau perlu tido dulu kejap, tidolah.
Kalau perlu makan dulu, makanlah.
Asalkan lepas tu boleh solat.
Kadang balik opis 4 pm. Lagi 20 minit dah Asar.
Kalau mengantuk sangat, aku tido dulu.
Biarlah bangun 5.30 pm baru solat.
Bukan apa, kalau aku solat dalam keadaan letih, nescaya solat tu aku buat asal boleh.
Bacaannya ke mana, zikirnya ke mana, silap-silap doa pun malas.
Jadi, lebih baik aku tido dulu.
Tapi jangan amalkan selalu, sebab solat awal waktu lebih baik.

Aku pernah ke HUSM Kubang Kerian dulu, ada kerja di sana.
Masa ni free hair lagi. Tak pakai skirtlah, pakai seluar panjang tetapi baju lengan pendek.
On the way balik, tumpang solat kat satu surau ni.
Tak ingat nama surau. Masa tu dah pukul 6 pm.
Aku nak balik ke Tganu rumah mok. Jadi berenti solat dulu.
Pukul 6 pm, siapa je lah ada kat surau tu kan.
Orang surau semua dah balik. Surau tu sunyi and gelap.
Lone ranger pulak aku bersolat dalam tu. Tak pulak takut.

Lepas solat, ada sorang pakcik tengah sapu-sapu kat tangga, dia tegur. Cakap Kelantan.
Dia tanya dari mana (obvious sangat nampak aku bukan orang local agaknya sebab rambut I is merah).

"Dari Kuala Lumpur pakcik. Datang sini ada kerja kat HUSM. Singgah tumpang solat kejap".

Pakcik tu cakap "Baguslah. Kerja macamana sibuk pun jangan tinggal solat".

Sikit pun dia tak pandang slack kat pakaan aku.
Sikit pun dia tak kondem rambut aku.
Dia lebih fokuskan pada solat aku.
Sampai sekarang aku ingat kisah ni, tapi tak ingat dah muka pakcik tu.
Aku harap itu benar-benar orang la.
Sebab masa aku masuk surau tu, takde orang. Eh seram pulak.
Tapi kalau itu adalah manusia, aku akan jadi saksi depan Allah bahawa pakcik itu pernah berbuat baik pada aku, pernah sampaikan nasihat untuk aku.

Malas solat ni penyakit common.
Dalam Islam, malas adalah sejenis penyakit hati.
Dah namanya penyakit, mesti ada punca dan gejala, kan?
Kalau buat sesuatu yang kita suka, dah tentu tak malas.
Tak makan pun tak apa, sebab kita suka nak buat.
Tapi kalau kena buat perkara yang kita tak suka atau tak selesa, itulah penyebab kenapa kita tend to menunda-nunda kerja.
Jadi kesimpulannya, punca malas adalah bila kita tak sukakan sesuatu perkara.
Malas bersolat tandanya bukan sahaja tak suka bersolat malah solat itu sendiri kita tak suka.
Tak ada ubat untuk malas solat kecuali paksa diri untuk buat.

Aku pernah baca salah sorang sahabat Rasulullah saw cakap "Aku pernah tak terdaya menjalankan solat tahajud selama 5 bulan hanya kerana 1 dosa yang aku lakukan".
Maksudnya kat sini, dosa menjadi punca datangnya rasa malas bersolat.
Kadang-kadang kita tak buat dosa besar pun.
Dosa kecil yang kita pandang remeh tapi dibuat secara konsisten pun boleh menyebabkan datang rasa malas untuk solat.

Solat kena buat. Macamana penat pun mesti buat.
Kalau ada baby yang belum pandai berjalan tu, letakkan saja tepi sejadah.
Biar dia golek-golek situ (letaklah alas, jangan letak buta-buta atas lantai pulak).
Baby ni dia nak nampak muka mak dia je. Asal nampak muka diamlah dia.
Kalau dia nangis pun, biarkan je kejap.
Ada kat tepi kita je kan, bukan pi mana.
Solatlah 5 minit, biar dia melalak situ. Lepas solat angkatlah.

Dulu, walaupun ada bibik, everytime balik dari kerja aku akan bawa Rayyan naik ke bilik.
Time dia belum pandai meniarap, aku letakkan je atas katil. Pastu aku solat.
Time dia dah pandai merangkak, aku letakkan je atas lantai, tutup pintu biar jangan merangkak keluar. Pastu aku solat.
Kejap je. 5 minit done.
Bila dah pandai berjalan, aku ingatkan dia akan merayap jauh. Rupanya tak.
Asal aku solat je dia senggayut belakang badan aku. Bertabahlah. Tapi takpe, maknanya dia ada.

Penat memang penat.
Sekarang ni pun walau anak dah besar-besar tetap penat.
Penat memang takkan habis.
Balik kerja nak sambung masak, malam teman anak mengaji, sambung buat notes, sambung baca buku, etc.
Menjadi manusia memang penatnya takkan habis tapi janganlah sampai tak ada masa nak bersolat.
Itu tanda-tanda musibah bila kita tak diberikan kekuatan untuk beribadah.
Gosok baju can wait. Masak can wait. Tunggu doktor perempuan sambut bersalin can wat (tiber). Makan can wait.
Makan pukul 8 malam dengan makan pukul 11 malam, namanya tetap makan, tetapi solat please jangan tinggal.


2022-11-12

No more expectation. Now is REQUIREMENTS.


Semalam aku nampak satu video cinta tiga segi tajuknya.
Tak sure if itu sekadar content atau real.
Dia tunjuk zoom video antara 3 orang - suami, isteri dan skandal bertekak sesama sendiri.
Yang isteri lebih banyak bash suami.
Yang suami banyak kondem isteri.
Macam tahik perangai suami.
Alasannya mudah - "Kau tak pandai jaga suami". Hahaha.
Itulah modal si suami bila dah kantoi. Salahkan isteri.

Yang si isteri pula terang-terangan bagitau si suami tak pernah belikan baju sehelai pun selama berkahwin.
Alamak eiiii, malu bang. Malu! Satu Malaysia dengar.
Muka masing-masing clear pulak tu.
Aku harap itu sekadar contentlah.
Tapi kalau benar content, macam bodoh jugalah kau nak berlakon bertekak for nothing. 

Ok, tak kisahlah benar atau fake, cuma aku tertarik dengan the whole reason kenapa si isteri serang suami lebih dari si skandal.

KECEWA.

Itu adalah keywordnya.
Apabila seorang wanita (tak kiralah isteri, atau girlfren) lebih banyak highlite jasa baiknya pada si lelaki dan highlite kekurangan si lelaki -- itu bukan kerana wanita tersebut bajet good-good, tetapi dia sedang KECEWA.
Kecewa ketika sehabis daya usaha dibuat tetapi masih tak berjaya memenangi hati si lelaki, maka terungkitlah segala penat lelah dan budi baiknya selama ni.
Ini bukan isu ikhlas tak ikhlas tau, tapi apa lagi yang dia boleh buat selain dari mengungkit?
Sometimes, kat lelaki-lelaki yang takde otak ni, memang kena ungkit apa yang kita dah buat untuknya supaya dia nampak baik kita di mana.
Dan supaya dia sedar selama ini kita banyak bertolak-ansur.
Dan supaya dia celik mata bahawa banyak buruknya kelaku dia pada kita selama ni.

Aku tengok cara si isteri mengungkit apa yang dia dah buat dan apa yang suami tak buat pun aku faham itu bukan nak tunjuk bagus tetapi nak suami nampak apa tak cukup lagi ke aku buat selama ni untuk kau? Haaa, gitu.
 


Kau tengok video atas ni. Aku sebak.
Ringkas je perempuan tu cakap, tetapi itu adalah satu bentuk kekecewaannya.
Yang tak pernah jadi "victim" maybe susah nak faham kenapa aku kata sebak.
Yang pernah lalui saja tahu betapa kecewanya hati.
Kadang tu bukan hanya kecewa disakiti, tetapi sakit hati bila mana dah nampak red flag berkali-kali tapi masih lagi kita beri peluang demi peluang pada. 
Kadang tanya gak kat diri sendiri "Why? Whyyyyy? Why aku bodoh buat benda-benda macam ni again and again?"

Aku kan, sesekali datang juga perasaan sakit hati dan kecewa tu.
Kecewa kat diri sendiri kenapa kau bodoh macam tu, Diana?
Kenapa kau bagi peluang banyak kali?
Padahal dah tahu benda ni akan repeat balik, tapi masih lagi membagi peluang.
Kadang-kadang kan, masa nak bagi peluang tu dalam masa yang sama kepala tu dah berkata-kata "Nanti dia akan buat balik perangai", tapi hati tu entahlah.
Kesian ke? Sayang ke? 
Entah, sampai dah tak kenal perasaan sendiri. 

Kadang En Wan cakap aku ni troma.
Tak, ini bukan troma tapi KESAL. 
Kesal kenapa aku bodoh sangat dulu?
Kesal kenapa aku tak bagi penampor je?
Why? Why??

Just like perempuan dalam video tu kata.
Dia spend duit untuk lelaki yang repeat benda yang sama, for 3 years!
Aku syak biawak yang pompuan dia bela ni adalah sejenis yang bila takde duit, dia pujuk rayu perempuan tu. 
Lepas settle masalah dia, dia missing in action.
Dah takde duit balik, pujukkkk balik the girl, then repeat balik perangai sama.
Walaupun this girl tahu dia sedang buat kerja bodoh dan kebaikannya tidak akan dikenang pun, dia masih lagi teruskan.
Because you know why?
She is so in love with the biawak. 
Aim-nya hanyalah untuk buat the best she could so that the biawak happy, hoping that one day he realized this girl is the one.  
Walaupun this girl tahu kesungguhannya umpama kerja bodoh, dia tetap mengalah.
But deep inside, dia sedang hurt. Deeply hurt.

Boleh tak mana-mana lelaki respond kat post aku ni, sebab hanya lelaki faham lelaki.
Aku nak tahu lelaki yang buat perempuan macam ni, berkali-kali, apa sebenarnya yang dia fikir?

1. "Aku taknak perempuan ni, tapi dia sangat baik. Dia sanggup buat apa je untuk aku. Jadi, aku tak nak buang dia. She has to be here always. Kalau aku perlukan apa-apa, dia ada".

ATAU

2. "Tak sampai hati nak kata I don't want you anymore because she is so nice to me. Aku tak nak nampak jahat kalau buang dia. Tapi at the same time aku tak nak dia lagi. Jadi aku simpan dia, seolah-olah relation ni masih ada. Tapi aku tak layan dia sangat. Sesekali je, just to keep the realationship warm".

ATAU

3. "Dia yang nak sangat aku, biarlah dia bersusah-payah. Dia yang seronok dapat tunaikan permintaan aku. Layankan aje. Sesekali panggil dia "Sayang", "Love", "Baby", konfem happy dah tu".

Betul tak lelaki yang take advantage atas kebaikan perempuan always cakap macam tu? Kan?
Lelaki perlukan kebodohan perempuan itu for his own advantage, betul kan?

Aku pernah baca satu quote.
Quote tu tulis "selagi kita tak berlajar sesuatu, maka kita akan terus lalui sakit yang sama berkali-kali".
Dalam kes perempuan dalam video ni, maybe apa yang dia buat untuk lelaki itu belum cukup menyakitkan.
Sebab itu dia masih boleh tolerate buat benda yang sama berkali-kali walau dia tahu itu adalah suatu kebodohan.
This lady perlukan something yang lebih sakit untuk dia wake up.
Something like, depan-depan mata nampak boifren berkepit dengan perempuan lain.
Masa tu mungkin dia terduduk. Kes-kes macam ni memang kena sampai terduduk baru tersedar.
Selagi tak kena, forever bodoh.

Wake up call yang paling utama adalah bila kau dah mula nampak pattern dia dah kurang bagi perhatian kat kau.
Ini wakeup call paling pertama.
Tapi selalunya kita yang perempuan ni, husnuzon.

"Takpelah, dia busy agaknya"
"Dia penat agaknya"
"Esok-esok dia call la tu"


Eh sini aku nak ajar.
In relationship, kurangkan expectation.
Expect dia akan call. Expect dia akan faham kau. Expect dia akan ajak kau keluar.
NO. No more expectation dah sekarang.
Expectation-expectation ni semua tak revelan dah.
Now is REQUIREMENTS.
You want me? This is my requirement - call me every other day.
Whatsapp me everyday at least once.
Bring me out eevry weekend. Contohhhh.

REQUIREMENTS. Tak hit this requirement, jalan terus.
Barulah tak sakit hati.
Macam kau pilih employee. Mesti ada certain requirements.
Takleh nak "Ok, I expect you to bring in sales 50K every month". Memang tak hit targetlah jawabnya.
"You are REQUIRED to hit 50K every month".
Kalau dia nak, dia stay. Kalau tak, silakannnnnnn.
Macam tu juga in a relationship.
Stop giving your other half (tak kira lelaki atau perempuan) chances demui chances.
Give them requirement. Kurang sikit sakit kepala kau.

Bukan tak boleh sayang orang whole heartedly.
Bukan tak boleh nak buat lebih dari apa yang kau terima. Buatlah.
Tapi jangan mengongoi mengungkit bila one day kau dah tak tahan.
Sebab kau yang nak buat gitu.
Yang paling bagus adalah love accordingly.
Kau buat A, aku balas A. Kau bagi B, aku balas B.
Pour your love and attention on things that will benefit from it.
Don't pour into things that is already dead.
Nak buat apa bagi attention and effort pada orang yang kejung takde perasaan? Buat penat je.

Yang perempuan pulak, jangan bila kau dah moved on, ada rasa nak patah balik pulak.
Perempuan ada satu perangainya yang pantang dipujuk, dah lembik.
Pikir satu je, kalau dia betul-betul nak, dari awal lagi dia dah pujuk.
Kenapa mesti bila kau dah move on baru dia nak meleseh-leseh kat kau?
Don't run back to situations that you have already been saved from!
Sebab tu aku cakap kena ada satu wake up call yang betul-betul buatkan seseorang tersedar dari kebodohan.
Kalau balik-balik kau je making efforts tapi dia tak, itu adalah wake up call pertama.

Wake up call kedua adalah bila mana kau tak kenal diri kau sendiri.
Contoh, kau lebih banyak stalk dia, kau tertunggu-tunggu his/her call, kau asyik wondering kenapa dia begitu kenapa dia begini, kau jadi tak tenang, kau gelisah, kau jadi malas --- sedangkan kau tak begini dulu.
Means, that relation doesn't do good to you and doesn't bring good out of you.
A good relationship is when kau berdua adalah teammate.
Masing-masing saling support, saling memberi kebaikan, saling menjaga hati, saling membantu, dan saling lift up.
Relationship yang ok adalah bila hati kau tenang.
Tenang nak dengan urusan harian kau sebab kau tahu you both are in a good terms.
Tapi ketika kau selalu wondering if kau masih lagi disayangi dan diperlukan, and if you no longer even recognize the person you have become, you need to think things through.
Keluar je lah dari relation ni. What kind of relationship is this if you keep wondering and waiting?

Sabar?

Hello, kalau bertahun-tahun waiting and wondering, itu bukan sabar namanya. Itu bodoh.
Patience involves productive activity.
It means doing your very best, while understanding that hasilnya Allah tentukan.
Dalam satu ceramah Aagym, dia kata sabar sakit gigi bukan dengan tuam pipi sepanjang hari.
Tetapi, bergerak ke dentist, ikhtiar untuk merawat, kalau perlu cabut, dicabut, kalau perlu makan ubat, kena makan ubat.
Itu baru namanya sabar. Sabar with ikhtiar.
Yang kau, kena kelepet 10 kali masih lagi "Takpelah, sabar. Nanti Allah akan balas".
Hello? Tu sakit dan kecewa yang kau hadap tu sebenarnya balasanlah tu sebab bodoh sangat sabar tak kena tempat.

The funny thing about wake-up calls is that they keep calling until you answer.
Selagi kau masih boleh tolerate, kau akan berjumpa dengan masalah yang sama berulang-kali.
Tapi each wake-up call gets louder and louder.
Until you reach at a point when you get a wake-up call that cannot be ignored.

Ni lagi satu. Aku menyampah alasan-alasan macam ni.
Tak sedia sarapan punca curang? Kahkahkah.
Berapa IQ laki kau ni, dik. Macam budak-budak sekolah semua nak disediakan.
Inilah dia melayu. Sarapan nak kena disediakan, air basuh tangan nak kena hulur, cedok nasi bini kena buat.
Tapi kalau nak mengote pandai pulak usaha.
Bab lain, terus jadi cacat.
Yang kita perempuan pun berusahalah perbaiki diri.
Bangunlah seawal-awal pagi nak menyiapkan segala benda.
Balik kerja karang tak dan nak kencing pun dah bersilat sediakan dinner pulak.
Halah halahhh, rimas la alasan pengote macam ni.
Telor tu kalau aku hempaskan kat pintu baru datang akai.


2022-11-10

Yang takde anak kena ingat, isteri hanya layak 1/8 je dari pusaka suami.


Aku ni dah macam jadi duta hibah dan takaful.
Everyday ada je yang tanya pasal ni.
Tadi ada sorang agen (bukan En Wan) mintak permission share post-post aku pasal ni untuk tujuan marketing.
Ambiklah. Mudah-mudahan pencerahan yang aku bagi tu ada manfaatnya.
Baik, now menjawab soalan.

Antara medical card dengan hibah, mana satu yang saya kena ambil?
Kalau belum ada medical card, nasihat aku, ambil medical card dulu.
Sebab semakin berusia, kita berisiko untuk dapat sakit.
Lagi lambat ambil, lagi tinggi premiumnya.
Bila umur bertambah entah macam-macam penyakit sangkut kat badan yang kita tak jangka.
Kalau masa tu baru nak ambil medical card, chances are very low diluluskan.

Kalau company dah ada insurans, perlu tak saya ambil medical card lagi?
Kalau boleh, ambillah.
Sebab, company takkan tanggung medical sampai bila-bila.
Habis kuat pun sampai pencen je.
Kalau lepas pencen baru nak ambil medical card, premium dah tinggi.
Waktu tu kita dah takde income. Terbeban pula nak bayar premium yang tinggi.

Saya pernah accident. Dorang accept tak kalau mohon medical card?
Depends pada jenis acident and treatment yang you terima.
Kalau pernah patah dan dimasukkan besi, anggota yang dimasukkan besi insurans tak cover.
Tapi yang lain-lain dia cover.
Ini zaman aku jadi Medical Underwriter dulu lah. Tak sure kalau sekarang dah lain.
Tapi selalunya kalau pernah ada history of hospitalization, dorang akan mintak hospital keluarkan report.
Based on doktor’s report tu medical underwriter akan decide sama ada policy you lulus atau lulus bersyarat.
Jangan takutlah, mohon je dulu. Tak rugi apa-apa pun.

Kalau one day tak mampu nak bayar premium, macamana?
Don’t worry. Dorang ada sistem WAIVER.
Maksudnya, katakan korang sakit yang tak mampu bekerja, bayaran akan tetap diteruskan tanpa perlu dibayar oleh korang (pesakit).
Konsep ni berbeza dengan buat loan kereta atau rumah.
Pembeli kena terus bayar walau sakit tak boleh kerja, betul tak?
Manfaat WAIVER takaful, korang tak payah bayar monthly premium selama sakit. Polisi kekal aktif.
Tapi syaratnya kena sakitlah. Tak sakit camana nak waive.
Tapi, lain syarikat, lain tempoh WAIVER.
Ada yang kekal sampai akhir hayat, ada yang sampai umur 70 tahun je, bergantung kepada polisi.

Premium saya tinggi sedangkan saya takde sakit. Macamana dorang kira premium?
Ok, tak semestinya kita sihat maka premium rendah.
Calculation dibuat depending on your risk. How likely you are to make a claim.
Contoh, kalau history keluarga (mak bapak) ada HPT atau jantung atau diabetis, ini pun ada calculation juga sebab in science, you ada peluang untuk dapat penyakit ini atas faktor keturunan.
Tapi taklah setinggi kalau ada penyakit. Cuma, beri kesan sikittttt pada calculation.
Lagi satu, pekerjaan. Ada 4 kategori - Class 1, Class 2, Class 3, and 4.
Class 1 and 2 kerja2 yang kurang risiko. Mostly yang duduk kat ofis.
Class 3 and 4 high risk contoh mcm En Wan dulu Class 3 sebab handle big machines.

Ok, ni lagi satu aku nak cerita. Ini perkongsian follower.
Tapi tak dibenarkan screenshot DM. However dia bagi aku share kisah ni.

Dia duduk dengan mertua, tapi di rumah mereka sendiri.
Kiranya mertualah duduk dengan dorang.
Mertua ada rumah sendiri, tapi sejak dorang berkahwin, mertua pindah duduk sekali.
Reason, suami satu-satunya anak lelaki.
Selepas 3 tahun kawen, mertua minta anak lelakinya wasiatkan rumah kepada nama dorang.

Haaaaa gitu. Terpempan tak baca?
Why nak kena wasiatkan rumah kat nama mak bapak pula?
Ok nanti. Belum habis lagi ni.

Bukan tu je. Mertua mintak simpanan anak, KWSP, Tabung Haji dan ASB letak penama mereka juga.
Alasannya, esok kalau anak mati dulu, siapa nak jaga dorang?

Aku baca pun wowwww!
Habis anak-anak perempuan yang lain tu apa fungsinya? Membesarkan bontot sajakah?
Suaminya malas nak bising-bising, diturutkan juga.
Follower aku ni bukan suri rumah. Ada kerjaya.
Dia nak beli rumah lagi satu loan tak lepas.
Dia taknak join loan dengan suami sebab taknak nanti rumah tu pun dituntut juga.
Dia ada tanya aku pasal hibah. Pada pikiran dia hibah maybe option yang selamat.
Sebab dari cara mertuanya, dah boleh imagine nasib dia esok kalau ditakdirkan suami mati dulu.

Aku ni dari nak explain kat dia pasal hibah terus aku panas hati kat mertua dia. Geram pulak aku.
Tapi betul apa yang dia pikirkan.
Cara-cara suami masih hidup pun dah nampak hawa-hawa bakal jadi gelandangan sebab semua penama tukar ke nama mertua, eloklah ajak suami tu buat hibah.
Umur 30an masih muda. Sakit pun takde. Pegilah apply hibah.
Bukan nak suruh suami mati cepat, tapi kalau dah boleh nampak kita ni bakal dibuang keluarga mertua, eloklah prepare apa-apa yang patut.

Entahlah, aku kadang takleh brain sikap some mertua yang kemaruk harta anak.
Sampaikan takde consideration lansung dengan menantu.
Betul-betul dibuatnya menantu tu macam orang luar.
Badan tu dah bau-bau tanah, lagiiiii nak pikir pasal harta.
Takut sangat hidupnya takde orang urus.
Itulah orang kata, menantu ni jadi menantu bila diperlukan saja.
Esok kalau tak diperlukan, menantu jadi orang luar.
Silakan berbuat baik tapi jangan sampai lansung tak ada rasa curiga.
Bukan ajak bersangka buruk cuma bak kata orang tua - baik berpada-pada.
Manusia tetap manusia. Ada pasang-surutnya.
Datang time dia nak jadi setan esok, mau terkapai-kapai kita sorang-sorang.

Pujuklah suami tu buat hibah. Tinggalkan sesuatu untuk kita.
Kalau kita berduit, buatlah hibah untuk diri sendiri.
Dari suami kepada kita tapi kita yang bayar. Settle masalah.
Hibah ni tak perlu bincang dengan pasangan pun sebenarnya sebab ini adalah hadiah dari kita kepada orang yang kita sayang.
Secara lojik, benda kita nak bagi tak perlu berbincang pun tak apa. Sebab yang bayar pun kita.
Melainkan isteri takde pekerjaan dan mahukan suami bayar hibah, ok hat ni kenalah bincang.

Sedih juga bila ada yang mengadu, dah pujuk suami buat hibah tapi suami tak mahu.
Alasannya, “doa je banyak-banyak supaya saya panjang umur”.
Maksudnya, supaya mertua yang mati dulu.
Hmmm. Dah tentulah kita nak suami panjang umur. Siapa pulak nak suami mati awal, kan.
Aku pun kalau boleh biar aku mati dulu dari En Wan.
But this is not issue siapa mati awal siapa mati last, tetapi preparation sekiranya salah seorang mati ketika hutang masih banyak, atau ketika anak masih dalam tanggungan, atau ketika isteri tidak ada punca pendapatan.
Itu lebih penting untuk diusahakan.

Aku takde kata-kata lain untuk isteri-isteri yang kecewa ni.
Awak lagi kenal suami awak macamana. Aku cuma bagi pencerahan saja.
Bukan menakut-nakutkan tetapi something to ponder.
Kita selalunya tak ambil port sangat bab hibah sebab sekarang masih di zon selesa.
Tapi percayalah, orang yang paling merasa pentingnya hibah ketika ini adalah isteri yang sudah kematian suami.
Duit yang ditinggalkan memang tak boleh menggantikan suami yang dah tiada tetapi sekurang-kurangnya boleh meringankan beban.

Nak hibah pada parents pun boleh. Pada adik pun boleh. Pada kawan pun boleh!
Takde masalah sebab hibah adalah hadiah. Sukati korang nak hadiah pada siapa.
Yang ada anak OKU, anak angkat, yang tak bekerja (suri rumah), ibu tunggal — buatlah hibah.
Anak angkat korang takde hak untuk pusaka dan faraid.
Hadiahkan hibah supaya dia dapat sesuatu.
Yang ibu tunggal pun patut buat hibah sebab you are mata pencarian keluarga.
Apa-apa jadi, keluarga hilang sumber kewangan.
Same goes to isteri yang tak bekerja sebab you bergantung sepenuhnya pada kewangan suami.

Tak sama dengan menyimpan duit kat bank.
Katakan sebulan simpan RM100, selepas 10 tahun suami meninggal, dalam bank ada RM12K.
Yang ni boleh dituntut faraid tau, bukan buta-buat dapat kat isteri.
Itupun bukan mati hari ni, esok boleh dapat.
Prosesnya panjang, sila-silap hari bulan tunggu setahun untuk dapat 1/8 sahaja.

Tapi kalau bayar hibah setiap bulan RM100, untuk nilai hibah RM200K, ditakdirkan selepas 10 tahun suami meninggal, isteri dapat terus RM200K.
Tidak ada tuntutan faraid, solid you dapat semua.
Dah proses mendapatkan hibah ni sekejap kerana ini memang suami dah hadiakanh for you.
Tak ada siapa boleh dakwa-dakwi.

Oh lagi satu — yang takde anak dan yang ada anak perempuan sahaja.
Yang takde anak kena ingat, isteri hanya layak 1/8 je dari pusaka suami.
Maka, buatlah planning.
Yang ada anak perempuan saja pun kena tahu ini.
Anak lelaki boleh mematikan tuntutan faraid dari adik-beradik suami, tetapi anak perempuan tak.
Kalau anak-anak kita perempuan saja, maka bolehlah consider hibah.
Sudi-sudikan contact bakal agen korang yang paling best iaitu — En Wan 😁. Dia can assist you.


2022-11-09

In any relationship, distance bukanlah masalah. Yang jadi masalah adalah effort.


BETUL!
Living proofnya adalah aku and En Wan suatu masa dulu.
Dulu kitorang jauh. Terpisah lautan (gitewww). Jarang berjumpa.
Aku takde henfon masa ni. Tapi bak kata orang, nak seribu daya. Taknak seribu dalih.
Orang kalau nak, dia akan usaha. Dia akan make time.
Bukan nak puji diri, ya. Tapi aku kenal diri aku.
Kalau in relationship, aku memang all out.
Berhabis masa, tenaga dan duit.
Be it si anu, mahupun En Wan - ada je effort aku nak meng-happy-kan dorang.
Envelope surat pun gigih beli yang colorful, siap tampal sticker.
Tak cukup dengan surat, aku buat kad, gunting-gunting alphabet kat magazine. Konon kreatif la.
Tapi tu lah, kadang tu bila terlampau buat effort, tak sedar diri sedang diperbodohkan. Kahkahkah.

En Wan cakap, energy aku bila sayang orang sangatlah strong.
Aku buat lebih dari yang dia boleh bagi.
Masa zaman berutus surat, surat aku pada dia datang seminggu 2 kali.
Kadang-kadang serentak 2 pucuk sampai.
Padahal assignments ada, exam ada, projek ada. Entah bila aku cari masa nak tulis surat.
Surat aku bukan simple-simple, ya.
Berlapis-lapis depan belakang aku tulis. Tak caya, nanti bila-bila aku tunjuk bukti.
Nak kena geledah stor.
En Wan kata sampai satu tahap tu dia takut aku tinggalkan dia bila dia tak sempat nak balas surat-surat aku.
Dia terancam bila aku put effort lebih. Dia tak boleh match energy aku.
Aku punya effort memang another level katanya. Gituuuu.
Well, tengoklah betapa tinggi energy dengan Leslie.
Konsisten sejak umur 12 tahun sampai sekarang, sampai dia dah mati pun tetappppp.

Yang sebenarnya, aku sekadar nak membalas effort En Wan saja.
Dulu kan aku takde henfon. Segan aku dengan dia.
En Wan kalau call aku straight 3 jam. Dari Jepun, ya.
Entah berapa bill dia, aku tak berani tanya. Karang dia mintak aku tong-tong pulak.
Punyalah lama bergayut, dari duduk, menyenget, baring, duduk balik — tak habis-habis lagi bersembang.
Everytime En Wan call, bila orang tanya "Diana mana?".
Kawan-kawan aku jawab “Diana tengah berbincang hal masa depan” πŸ˜†.
Jadi, disebabkan aku takde duit nak call, aku guna apa yang aku ada untuk return the favor.
Yang ada hanyalah tenaga nak menulis. Tu yang kejap-kejap tulis surat tu.
Siap buat jadual pukul berapa start study, pukul berapa start tulis surat.
Konon pandai membahagikan masa gitu.

Dari pengalaman sendiri, menjaga hubungan jarak jauh ni tak susah, provided kedua-duanya participate.
Kalau salah sorang je put effort, yang lagi sorang tak, tak jalan.
Yang paling penting kena ada INTEREST. Takde ni, tak ke manalah relation tu.
In order nak wujudkan interest mestilah ada rasa suka, sayang and cinta.
Bila ada rasa suka, kejap-kejap nak call.
Bila ada rasa sayang, kejap-kejap nak whatsapp.
Bila ada rasa cinta, we make our partner as priority.
Bila interest ada, effort pasti ada.
Mustahil interest ada tapi takde effort. Gak nyambung orang kata.
That’s why in any relationship, distance bukanlah masalah. Yang jadi masalah adalah effort.
Effort kalau takde, komunikasi hauk.
Effort kalau takde, kau hantar whatsapp pukul 8 malam, 9 pagi esok baru reply.
Effort kalau takde, manjang je dia kata busy.

Communication is the path way to understanding other people.
Antara sebab hubungan jarak jauh berjaya regardless of distance dan jarang berjumpa adalah sebab komunikasi.
Tipulah kalau dulu aku tak insecure.
Ada juga. Especially lepas bertunang dia tak balik-balik for 1 tahun 8 bulan.
Dalam tempoh tu seminggu sekali je dia call. Itupun 3 minit.
On my part, aku tetap tak putus-putus tulis surat dan hantar gambar.
To me, aku akan buat apa yang aku boleh to maintain the relationship.
Kalau ditakdirkan habis effort aku tapi relation tu tak ke mana, I only lost someone who didn't care about me.
But he lost someone who did anything for him.
Aku punya konsep senang je.
Kalau kau rasa buang aku buatkan life kau jadi lebih baik, then do it.
Tapi don't try to come back when you realized I was never the problem. 

Sesekali tu terasa letih juga dengan relationship yang agak senyap.
Bukan kejap ya, lama.
Setahun 8 bulan En Wan tak balik, surat dah jarang aku dapat, call pun semingu sekali.
Dalam pikiran aku “Takkan tak sempat lansung tulis surat seminggu sekali?”, “Memang kena tunggu hujung minggu baru boleh call ke?”, “Takkan tak rindu aku?”
En Wan kata aku overthinking yang bukan-bukan.
Dah tu, kalau kau buat kejung, macamana aku tak pikir yang bukan-bukan?

Maybe masa tu aku belum cukup kenal En Wan.
Sekarang dah cukup kenal.
Rupanya memang itulah cara dia.
Dia memang sangat disiplin bab planning.
Padahal time belajar dulu dia pakai henfon. Boleh je nak call aku anytime sebab phone kat tangan.
Tapi punyalah nak disiplin simpan duit untuk kawen, dia blok panggilan ke luar negara.
Maknanya dia blok diri dia dari call aku.
Dia kata kalau tak buat macam tu, konfem dia akan call aku everyday.
Everytime nak call aku, dia ke public phone.
Public phone yang boleh buat call ke luar negara pula jauh dari tempat tinggal.
Memang cantek sangatlah tu alasan tak dapat call aku hari-hari
Wujud eh makhluk macam ni yang blok diri sendiri dari call tunang?

Cara-cara seminggu sekali call pun aku dah pikir macam-macam.

“Dia menyesal kot tunang cepat sangat”
“Dia baru tersedar dia salah buat keputusan kot”
“Dia sengaja taknak communicate sebab nak aku fedap dan minta putus kot”


Macam-macam aku pikir time ni.
That’s why aku cakap, distance doesn't separate people, silence does!
Bila masing-masing berjauhan apa lagi yang kau boleh harap selain dari communicate?
Nak jumpa dah tentu tak boleh jumpa. Jadi kenapa tak gunakan medium yang ada?

Zaman aku dulu, 22 tahun lepas, yang ada hanyalah fon and email.
Surat dah tak relevan dah. Aku je yang suka menulis.
Kalau aku ada henfon waktu tu agaknya aku yang berhabis call En Wan.
Aku ni jenis nekad punya orang. Kalau aku nak, aku buat. Aku tak kira walau berhabis pun.
Tu yang En Wan tak kasi aku nombor henfon dia kat sana.
Dia tak nak aku berhabis duit.
Lagi kau tak bagi, lagilah aku mikir macam-macam.
Last-last aku dapat nombor dia.
Tak susah. Kawan-kawan dia ramai yang chatting kat alamak.com tu. Aku mintak je.
Hari yang aku call dia, dia tengah discussion.
Patutnya seronoklah aku call kan. Ni tak.
“Mana dapat nombor ni? Siapa bagi? Kenapa call? Letak letak letak. Abang call balik”.
Kau rasa?? Tak ke buat aku terpikir dia tengah beromen dengan geisha kat sana?

En Wan kata “No news is good news”.
Hell no!
Maybe orang lelaki tak tahu yang women solve their problems through talking.
Apa-apa masalah senang settle bila ada communication. Kasi clear orang kata.
Zaman aku and En Wan bercinta dulu ada gak ampunnya kalau jarang call sebab aku takde henfon.
Tapi zaman sekarang, kau takleh guna alasan gini dah.
Whatsapp call free. Whatsapp video free. Whatsapp mesej free.
Banyak gila medium untuk communicate. PM boleh. DM boleh. Email boleh. Whatsapp boleh.
Ini semua free medium.
Kalau masih lagi “takde masa” hmmmm dah boleh pikir balik hala tuju relation kau tu.

Sebab tu aku tak percaya orang yang katanya BUSY sampai takde masa nak whatsapp sebaris dua tanya khabar kat pasangan (long distance relationship).
Boleh jalan dengan kau punya busy.
Mesti ada orang lain dah tu.
Bak kata omputih “No one is too busy if you are important in their life”.
Lagi satu kau pegang kata-kata ni.
Semat baik-baik dalam kepala kau - "When the conversation is getting shorter with you, it is getting longer with someone else".
Aku bukan nak menakutkan sesiapa, sekadar nak bagi ingat je.


2022-11-07

Start sekarang


Ok post ni untuk orang yang berkenaan, yang email aku panjang lebar last week.
Aku dah bagitau dia, dah alang-alang emailnya panjang, aku akan jawab dalam bentuk blog post supaya orang lain boleh baca sama.
Secara ringkas, she is a housewife.
Sudah 4 tahun berkahwin, ada 2 anak.
Tidak pernah bekerja. Tidak ada saving, tidak ada akaun Tabung Haji pun, let alone basic investment like gold, atau ASB.
Insurans tak ada, hibah apatah lagi.
Rumah menyewa.
Sebelum ni dia tak ambil tahu semua hal ni sebab no idea.
Apa yang suami bagi, itu saja yang dia guna.
Yang lain-lain dia tak ambil tahu.

Katanya, hidup mereka serba sederhana.
Barang-barang rumah yang basic.
Washing machine, peti sejuk, TV, katil dan perabot - ada.
Setakat ni belum ada plan nak sekolahkan anak yang sulung di mana-mana sebab tak pernah ada perbincangan dengan suami (maybe belum ada keperluan nak bincang lagi).
Until post aku pasal hibah hari tu, dia macam terfikir nak tanya suami.
Barulah dia tahu life mereka benar-benar "apa yang ada" sahaja.
Masing-masing tidak ada saving, investment (ASB), Tabung Haji tak ada juga, insurans and hibah totally out of the story.
Dia jadi takut dan mula merasa life dorang tak ada progress.

Sebenarnya, progress tak semestinya yang besar-besar.
The fact that YOU mula terfikirkan yang your life tak ada progress - ini juga adalah satu progress.
Kalau dulu, tak terfikir semua ni, tiba-tiba now terfikir, maka ini juga adalah satu progress.
Maknanya dah ada satu kesedaran untuk lihat balik apa goal untuk masa depan.
Many people fail to identify progress tau.
At least YOU dah mula terdetik. That's a good progress.

Dalam keadaan this lady yang baru tersedar dia tak ada apa-apa, my advice is, jangan serabutkan kepala dengan nak buat semua benda sekaligus.
Masa ni lah nak save duit, masa ni lah nak save Tabung Haji, masa ni lah nak beli emas. NO.
Jangan kelam-kelibut dulu. Tenang.
To get a comprehensive and truthful image of where you are on your journey, you need to fragment your goals into smaller stations.
Baru tak stress.

Ramai orang, jam tu dia tergerak nak buat progress, jam tu jugak dia nak significant progress.
Contoh paling senang adalah those yang nak kuruskan badan.
Jam tu dia punya semangat nak kurus sampai, terus aim nak turun 10 kg sebulan.
Kurang dari tu dia rasa macam takde progress. Terus give up.

Macam this lady, dia kata "Kak Di dah ada rumah sendiri, ada kerjaya, ada plan untuk anak-anak, ada saving, ada insuran, ada hibah, ada investment. Macamana bila Kak Di boleh terfikir nak buat semua ni. Siapa bagitau Kak Di? Sebab saya lansung tak tak pernah terfikir until baca blog Kak Di".

Ok, ni ada lagi satu benda aku nak cakap.
Many people mistake are, they compare their personal progress with other people’s journeys.
YOU baru 4 tahun kawen, akak dah 22 tahun kawen.
Jangan compare dengan perjalanan orang yang dah separuh jalan.
Kita kena compare dengan progress kita yang dulu.
Like I said, start small. Bertatih tak apa, asalkan ada progress.

Contoh, now takde savings.
Ok, start ada savings dulu.
Nafkah yang suami bagi, simpan sikit.
Tak simpan banyak tak apa, start small.
Kalau RM20 paling rendah boleh simpan, maka simpanlah RM20.
Jangan underestimate small start.
Itu lebih baik dari tak start lansung.

Measure your past self only.
Progress is not about speed. It is about consistency.
Jangan compare how well kita buat dengan orang lain.
Perjalanan kita tak sama.
Kita tak bekerja, tak sama macam orang yang bekerja.
Orang yang bekerja maybe boleh menyimpan RM300 sebulan.
Kita simpan RM20 dah bagus dah sebab tak bekerja.
Manalah tahu lagi 2 tahun menyimpan, mula tergerak nak buat bisnes kecil-kecilan pula.
That is progress too.

Progress is not about how wealthy or successful you are in comparison to orang lain.
It’s about how you compare to the pass version of yourself.
Macam weight loss journey juga.
Jangan compare dengan orang lain.
Compare berat kita pagi ni dengan berat 10 hari lepas.
Walaupun progress-nya small, it is still a progress. Slow-slow kayuh.

Ada sorang kenalan aku, dia buat bisnes. Dia adalah ex-collague.
Ini cerita 10 tahun lepas.
Masa tu aku dah 4 tahun run own company.
Tau je lah aku start dengan duit sendiri.
Setahun selepas setup company, partner aku quit sebab ikut suami ke UK.
Akulah run company sorang-sorang sebelum ambil staff.
Yang kenalan aku tu baru start company setahun, tapi dah gempak.
Ada ofis yang cantik, ada bilik sendiri.
Bilik pun kemas satu macam. Atas meja lapang je aku tengok. Bisnes ke idok ni?
Tapi aku tanya dalam hati je la.
Staff ramai dah masa tu, dalam 8-9 orang.
Aku baru 2 je waktu tu. Masuk aku, 3 πŸ˜†.

Dia macam proudlah dengan achievement dia sebab baru setahun dah nampak establish.
Boleh gajikan ramai staff.
Dia kata bisnes aku macam takde progress sebab dah 4 tahun tapi masih macam tu juga. Katanyaaaa.
Dalam pada gelak-gelak tu aku tembak balik.
Aku cakap kau bisnes bukan dari scratch tau. Kau ada capital injection.
Disebabkan orang inject kau money, maka dengan duit itu kau boleh renovate ofis gempak-gempak, hire terus 8 orang staff, buat itu ini. Sebab ada duit.
Journey kita tak sama.
Aku, on the other hand start from scratch from my hard-earned money.
Dengan duit itu aku grow business aku. Dengan duit aku sendiri, aku bayar gaji staff.
I have full control of my business, whereas kau hanya jadi CEO tapi your business is managed by Board of Directors.
Cuba kalau kau run business ni tanpa ada money injection, aku nak tengok business kau boleh jalan ke tak.
Haaa gitu aku tembak.

Kenalan aku ni, dia buat training business.
Aku tak sure wujud lagi ke tak bisnes dia ni.
Sebelum dia run business dengan investor ni, dia pernah join another company yang buat training business tapi waktu dia employee.
The reason dia quit sebab business tu takleh jalan.
Kau tau je lah training business.
Flow dia sama macam business lain - cari sales.
Kena buat training itu, training ini.
Income adalah dari mereka-mereka yang join training.
Kalau takde orang join, takdelah business.
Selepas dia setup own company, dia buat training business juga. Tapi kali ni ada investor.
Tak sure la camana dia boleh dapat investor.
Aku dengan kawan-kawan aku suspek sugar daddy dia sebab budak ni kaki club dan ada history "dibela".
Tak kisahlah tu. Kiranya dia pandailah pancing sugar daddy untuk invest duit untuk dia run business.
Bijak juga di situ, walaupunnnn.

Dia pernah buat beberapa training for free semata-mata nak create portfolio untuk dapatkan geran.
Pandai juga budak ni memanipulasikan keadaan.
Duit investor banyak. Dia run training for free beberapa sessi, jadikan satu portfolio company.
Pastu apply geran.
Kau tahu je lah bila dapat geran, memang senanglah hidup.
Duit dah ada. Kau nak plan apa pun boleh.
Business tak jalan sangat pun takpe, janji duit dah masuk. Lega banyak.
Eh pastu nak compare progress dia yang "gah" tu dengan aku. Memang kaulah menang.
Cuba kau tak de capital injection, takde geran. Belum tentu survive.
So, my point is, tak payah la compare progress kita dengan orang lain.
Walaupun journey kita macam slow sangat, as long as you are making progress, better than you 3 months ago, that is good.

Bila buat self-assessment, compare it to three, six, and twelve months ago. Barulah nampak progressnya.
Ingat tak tahun lepas aku buat Bullet Journal?
Itu adalah tracker paling bagus untuk track progress.
Tapi aku tak surelah orang guna ke tak.
Dah beli tapi tak guna, betul tak? Kau ingat aku tak tahu? πŸ˜†

Bullet Journal tu track progress kita dari sehari ke sehari.
Aku kalau pakai Bullet Journal, benda yang bodoh-bodoh je aku track.

- No sugar
- Run 10 minits
- Sedekah RMXX a day
- Saving RMXX a day
- No roti
- Hafal 2 ayat sehari

Benda-benda yang kalau orang tengok "Halahhh, lari 10 minit je sehari?"

Tapi, kalau 7 hari aku berjaya berlari 10 minit sehari, that equals tu 350 calori burned, ok? Kau ada?

Tentang soalan that lady macamana aku boleh terfikir nak start buat semua masa young, I guess situasi aku ketika itu banyak gerakkan aku untuk buat.

Rumah.
Yang ni aku nasihatkan Redza - benda pertama kena buat bila dapat gaji adalah beli rumah.
Sebab makin tua, makin tinggi interest loan.
Yang ini aku sangat berterima kasih kat En Wan. Dia punya aim masa lepas kawen memang nak beli rumah.
Aku memang tak terfikir hal ni. Aku pikir nak kawen cepat je.
Tapi En Wan sangat disiplin dengan goal dia.
Redza sambut birthday 1 tahun di rumah sendiri. That was 2005.
Kitorang kawen tahun 2001. Tempoh 4 tahun ni memang susun betul-betul duit.
Sewa rumah, gaji bibik, downpayment rumah, bayar duit kereta, dan simpan duit untuk renovate rumah.
Memang selagi boleh ikat perut, ikat.
Takde holiday-holiday ni semua.
Mujur masa ni belum ada media sosial. Kurang sikit terancam aku dengan progress orang lain. Hahahaha.
Dah settle semua, dah boleh bernafas, dah masuk rumah baru, barulah kitorang berjinak-jinak pi holiday.
Redza dah umur 3 tahun dah.
Maknanya 6 tahun selepas kawen baru nak merasa pi overseas.
Itupun ambik yang dekat je, Bali.

Insurans.
Aku ambil insurans at age 26.
Masa tu kerja as Medical Underwriter Prudential.
Aku pikir-pikir, eh aku ni kerja meluluskan polisi orang tapi aku sendiri takde polisi.
Lagipun aku masih muda, sihat, why not ambil satu.
Selalunya masa sihat and muda orang tak terfikir nak buat insuran sebab tengah sihat, kan.
Tapi yang orang tak tahu, masa kita muda, selalunya kita jarang sakit dan badan masih kurus.
Kurus tu penting sebab bila kau gemuk, insuran tak accept polisi kau.
Kan aku dulu handle kes HBP and overweight.
Mana-mana yang BMI tinggi tu, memang kitorang suruh buat medical check up dulu.
Kalau kolesterol tinggi, atau ada tanda-tanda macam nak dapat penyakit HBP atau risiko kencing manis, samada kita increasekan premium atau reject terus.
Bersyukurlah masa tu aku kerja kat sana.
Kalau tak, agaknya aku pun tak terfikir nak buat insurans. Alhamdulillah.

Tabung Haji.
Aku buat tabung haji lambat, umur 29.
Waktu tu aku di era jahiliah. Orang jahil mana ada terfikir nak pi haji.
Yang buat terdetik tu sebab customer aku di IPP Gelemi Lemi (Dr Hasla) buat haji masa umur 30an.
Masa ni dia tengah buat Phd kat UM.
Aku singgah lab dia sebab dia nak order banyak reagents and kits.
Dia kata "Saya nak pegi haji ni Diana. Sebab tu saya nak order siap-siap semua ni. Balik nanti senang barang dah ada boleh run semua".
Slow je dia cakap kat aku "Pergilah Diana, saya simpan RM50 je sebulan".
Hidayah Allah tu sampai kat dalam lab biotek, ya.
Terus aku bukak akaun haji.
Dr Hasla hanya start small. RM50 je sebulan, penuh pun akaunnya. Tak perlu banyak-banyak.

ASB.
ASB aku start dari umur 18 tahun.
Yang ni pun bukan aku yang ada kesedaran. Mak Aji yang paksa aku buka akaun.
Jadi aku sambung je lah simpan sampai sekarang.
Nasib baik mak aku paksa, kalau tak aku pun tak terfikir agaknya.

Hibah.
Aku ambil masa umur 34. Lambat.
Masa ni hibah belum popular sangat berbanding medical card.
Tapi lambat-lambat pun, masih untung lagi sebab umur 34 masih considered young.
Alhamdulillah sihat. Maka, premium pun rendah.

Wasiat.
Ini aku buat last year. Sebab sedar umur dah 40 series.
Eloklah diwasiatkan siap-siap harta-benda pada wasi yang bertauliah.
Nasib baik umur sempat cecah 40 series. Ini usia separuh perjalanan hidup.
Memang dah wajar sangat ingat mati.
Alhamdulillah Allah jentikkan rasa untuk buat wasiat.

Hutang.
Ini pun kalau dibayar sikit-sikit -- tetap progress namanya.
Masa aku nak clearkan credit card sebab kena fraud dan duit tak dapat balik.
Aku bayar sikit-sikit. Lama-lama habis jugak. Terus cancelkan.
Siap buat jadual pembayaran tu.
Dah bayar, tick.
Dah bayar, tick.
Bila dah settle, wahhh bangganya kat diri sendiri. Progress juga, kan.
Walaupun sakit hati disebabkan nak settlekan kau, terpaksa aku kurangkan saving tempat lain.
Tapi takpe, ini adalah progress.
Yang berhutang tak reti-reti nak bayar tu, nak tak aku buatkan jadual untuk korang? Free. 

My point is, start NOW. Small tak apa, tapi start NOW.
Start pun dah satu progress.
Kalau boleh diguna, gunalah bullet journal aku yang kau beli tahun lepas tu untuk track your progress.


2022-11-05

Hidup mati kerja Allah, tapi usaha untuk berubat adalah kerja kita.


Ini perkongsian dari follower, dan dia minta aku create awareness betapa pentingnya medical card kerana dia dah lalui satu chapter dalam hidup bila arwah suami menghidap kanser. 
1 tahun sahaja arwah kena kanser, from Ogos 2021 dan meninggal Ogos 2022, tapi total kos untuk treatment adalah RM600K.
Mujurlah ada insurans.
Bukan nak suruh bergantung pada insurans, tapi kita hidup kena face realiti.
Kalau dah sakit esok, nak tak nak kena berubat.
Berusaha untuk berubat itu adalah dituntut.
Hidup mati kerja Allah, tapi usaha untuk berubat adalah kerja kita.
Maka salah satu usaha adalah, apply medical card.

Aku pun have no idea treatment kanser setahun mencecah RM600K.
Aku punya premium bayar dari tahun 2003 sampai sekarang pun rasanya tak cecah nilai 600K.
Tapi itulah keistimewaannya bila dah ada medical card, walau total yang kita bayar bulan-bulan belum  banyak mana, tak risau hal treatment kerana ditanggung insurans.

Konsep takaful memang macam ni - berkongsi atas persetujuan ahli takaful.
Jika ada di kalangan ahli yang memerlukan, duit akan disalurkan dulu pada yang memerlukan.
Toksah anggap benda ni rugi "Aku bayar bulan-bulan, tapi tak guna pun".
Kalau aku, lebih baiklah tak berpeluang guna.
Buat apa mintak-mintak sakit kalau boleh sihat, betul tak?
Mudah-mudahan ikhtiar membayar premium bulan-bulan tu dinilai ibadah.

Bukan tak nak berurusan dengan hospital kerajaan. Boleh je. Takde masalah.
Maybe inilah sebab kenapa some people taknak ambil medical card sebab ada kemudahan dari kerajaan.
Takpe, pilihan masing-masing.
Kadang-kadang ketika takde pilihan lain, memang terpaksa hadap sajalah apa saja kat depan.
Kena queue lama ke, atau kena sidai berjam-jam menunggu giliran treatment ke, atau wad yang tak selesa -- kalau takde pilihan, of course kita terpaksa juga hadap.
Tetapi, kalau DIBERI PILIHAN, dah tentu semua orang nak keselesaan.
Lebih-lebih lagi bila sedang sakit, sakit yang unbearable, ketika itu kalau dapat treatment cepat, wad yang selesa, layanan memuaskan, barulah terasa berbaloinya ada medical card.

Ni bukan nak menakut-nakutkan sesiapa, ya.  
Bak kata follower yang DM aku tu, medical card telah memudahkan urusan treatment arwah suami di private hospital.
Keyword is, MEMUDAHKAN.
Mudah dari segi pengurusan rawatan dan kewangan.
Yang sakit tu satu hal, yang kita yang tak sakit tapi kena menjaga si sakit ni pun perlukan keselesaan.  
Anak sedara aku si Widad masuk hospital 1 malam je dah RM4K.
Nasib baik mak bapaknya walau kerja kerajaan tetap ambilkan anak-anak insurans.
Lega banyak dorang kata sebab selesa dan tak payah menunggu lama.
Ibal and CT nak menjaga pun selesa sebab keadaan wad yang sangat convenient.

Masa Rayyan demam tak kebah-kebah due to tonsilitis dulu, kitorang redah je DEMC (now Avisena) sebab tahu boleh pakai insurans.
3-4 hari juga di sana.
Budak-budak kan, apa lah yang dia tahu tentang sakit, tentang kena stay ward.
Bila dapat bilik yang selesa, bebas ke sana sini dalam bilik, mandi pun boleh berlama-lama sebab tak share bathroom dengan sesiapa -- kita yang menjaga pun boleh hilang stress sikit.

Sedih pula bila follower ni cerita tentang pengurusan faraid selepas suami meninggal.
Inilah. Inilahhhhh yang aku educate En Wan tentang hibah dan wasiat dulu.
Berbuih-buih aku paksa dia buat hibah.
Kitorang sama-sama ambil hibah masa mid 30s.
Murah je, baru RM100 sebulan untuk nilai hibah yang agak lumayan.
Itulah untungnya bila ambil ketika umur masih muda. Premium rendah.
Korang kalau belum ambil hibah, buatlah cepat-cepat. 
Jangan tunggu esok esok esok. 

Tujuan kitorang ambil hibah adalah untuk memudahkan urusan kalau salah sorang mati.
Proses menguruskan kewangan dan harta si mati tak senang, ya. Rumit dan mengambil masa.
Selalunya kita mengharap waris-waris yang lain faham keadaan susah kita dan tak menuntut harta si mati.
One thing kita kena faham, faraid adalah hukum Allah.
Memang ada bahagian untuk waris yang terlibat.
Nak tak nak, fakta ini kita kena terima.
Toksahlah berharap waris bertolak-ansur dengan faraid.
Kalau memang dia berhak, dah tentu dia akan tuntut regardless apa pun kepayahan kau ketika tu.

Kalau kita bekerja, bernafaslah juga.
At least ada income lain nak teruskan hidup.
Kalau ada saving, lagi bagus.
Mungkin cukup untuk menyara kita dan anak-anak sementara tunggu proses faraid settle.
What if kalau takde?
I mean tak bekerja dan takde saving yang cukup?
Nak pulak kalau hutang masih banyak berbaki.
Ini semua punca stress.
Dahlah sedih pasangan meninggal, belum reda sedih dah kena tumpu pada hutang, pada perbelanjaan harian, pada urusan anak-anak.
Aku boleh imagine serabutnya macamana. Bertimpa-timpa kesedihan.

Proses nak uruskan harta pusaka bukan kejap-kejap urusannya.
Macam follower ni cakap, proses kat Amanah Raya saja setahun.
Tu belum cerita bahagian faraid isteri. Memang tak banyak mana.
Kalau harta ada RM100k, isteri hanya dapat RM12K.
RM12K di zaman sekarang, sekejapan je habis.
Kalau anak masih kecil, hah kau tunggu esok dia 18 tahun baru boleh dapat duit.
Kalau ada orang tua (mertua), bahagian dia pun ada juga.
Dah makin sikit lagi jumlah yang kita dan anak-anak dapat.
Dengan segala tuntutan itu ini yang kita tak jangka, proses ini akan jadi lebih panjang.

Sebab itu aku push En Wan buat hibah.
Dulu dia pun takde idea pasal hibah-hibah ni.
Selalunya orang lelaki memang tak ambik port benda-benda ni.
Yang concern hal-hal ni adalah orang perempuan.
Alhamdulillah, kitorang signed up hibah dan buat wasiat sekali.
Harta tu idok le banyak, tapi kau ingat takde yang berebut esok kalau dah mati?
Hoih, benda duit ni jangan buat main.
Serban atas kepala pun melayang kalau masuk bab duit tau.

Dulu kalau sebut pasal nafkah, orang sebut - rumah, pakaian, tempat tinggal, cash money, dan makan minum.
Bak kata Ustaz Kazim, di zaman sekarang rawatan perubatan dah patut jadi nafkah sebab dah dikira satu keperluan, bukan kehendak.
Maka Takaful bolehlah dianggap satu keperluan.

Ok ni lagi satu aku nak bagi pandangan.
Bila memilih insurans, jangan compare harga.

"Oh, harga company A lagi murah dari company you"

You tak boleh compare dari segi jumlah premium, ya.
You kena tengok as a whole.
Umpama kau nak compare Ritz Carlton dengan hotel 4 star. Memang tak dapeklah.
Walaupun harga hotel 4 star lebih murah, tapi keselesaan dan kemudahan serta layanan yang kau dapat TAK SAMA.
To you maybe "Oklah hotel 4 star. Selesa juga what?".
Memanglah hotel 4 star tu ok, tapi jangan banding dengan hotel 5-6 star.  
Gi banding dengan hotel yang setaraf.
Toksah kata antara hotel, antara bilik pun boleh tengok beza.
Antara standard room dengan executive room pun ada beza tau.
Executive Room check in kat ruangan khas, siap ada free flow minum and makan di ruangan khas. Free, ya.
Itu contoh untuk kita faham bahawa jangan compare dari segi berapa kena bayar, tapi kena tengok apa yang dia provide.

Ada someone nak hibahkan pada anak. Katanya anak ini tidak berbapa.
Dia tanya aku, kena declare ke sebab malu nak declare depan En Wan.
Kalau ada yang mempunyai pertanyaan yang sama, jawapan aku - no, tak perlu declare apa-apa.
Habis kuat pun nak surat beranak anak je.
En Wan pun takkan tanya lebih-lebih yang takde kena-mengena.
As long as medical condition takde masalah, settle.

Kepada yang nak buat hibah, jangan anggap hibah satu benda yang rugi untuk dibuat.
Mentang-mentang duit kepuk-kepuk tu takkan dapat kat kita, maka kita anggap rugi bayar bulan-bulan tapi tak merasa.
Hibah adalah hadiah.
Konsep beri hadiah memanglah takkan dapat kat kita, tetapi akan dapat pada penerima.
Yang menerima tu pun orang yang kita sayang, bukan sebarang-sebarang orang.
Maka, tidak ada istilah rugi.

Ada sorang client En Wan, lelaki. Isterinya tak bekerja.
Dia ambil hibah RM200k untuk diri sendiri.
Maknanya pemberian hibah adalah kepada isteri.
Bila En Wan tanya taknak bayarkan untuk isteri ke, so that hibah dapat pada dia pula nanti.
Dia kata "Kalau isteri saya mati, saya masih boleh bekerja. Tapi kalau saya mati, isteri tak ada apa-apa".
En Wan yang bercerita, aku yang sebak.
Bukan apa, sebab hibah ni berupa hadiah terakhir dari seseorang untuk kita.
Dia dah takde masa tu, tapi hadiahnya masih ada ditinggalkan untuk kita.
Mudah-mudahan esok kalau aku mati, hibah yang aku tinggalkan bermanfaat untuk waris aku dan ada pahala yang mengalir untuk aku dari situ.


2022-11-04

Kalau dua orang genuine interested in one another, energy dorang akan sama frequency.


Hari tu aku ternampak video Ziana Zain cerita pasal marriage dia yang dulu.
Aku tak sure itu video lama atau baru sebab dia dah lama bercerai, kan?
Ada 2 tahun kot, kan?
Aku tak tengok penuh video tu, skip-skip saja sebab panjang nau.
Selain dari cerita dia menanggung family sebab suami tak kerja (was is hilang pekerjaan sebab PKP?) dan kisah anak dia dipukul suami teruk, aku terperanjat bila dia found out suami ada skandal. Kan?

OMG, Ziana Zain pun dicurangi.
Padahal Ziana Zain tu pakej semua ada - cantik, gojes, berduit, ada kerjaya yang success, keluarganya baik-baik - apa lagi yang kurang?
Entah. Maybe ada kualiti lain yang tak ada pada dia, yang ada pada perempuan lain.
Kalau akulah ada semua kualiti yang ada pada Ziana tu, tapi laki aku curang, siapa yang tak sakit hati oi!
Sedih bila Ziana kata "Saya jaga body, jaga kulit, jaga semuanya untuk dia, akhirnya dia buat macam ni".

Betul. Nak pulak kalau semua modal penjagaan diri tu dari duit kita sendiri.
Dah lah tak menghulur, demand pulak nak bini begitu begini.
Bini dah berkorban duit, tenaga, masa, berdiet macam nak gila semata-mata nak kurus untuk suami, last-last dia buat hal lain.
Sebagai isteri, apalah yang kita boleh buat selain BERSABAR πŸ™„. Katanyaaaa.
Lepas tu bila kita bercerita hal kita didera mentally, emotionally drained, dan segala macam torture yang terpaksa dihadap oleh sikap suami - kita dikatanya menyebarkan aib suami. Memang gitu eh?

Aku tak pandai bab-bab ni.
Cuma aku terpikir, kalaulah suami tu buat jahat sendiri-sendiri yang tak menyusahkan orang lain, contoh - dia kaki judi, mabuk, main perempuan - oklah, kita jaga aib dia.
Tapi kalau dah sampai memukul - ini bukan ke jenayah yang wajar dikongsi kepada umum supaya berjaga-jaga? Ke pikiran aku salah?
Jenis laki macam ni perlu ke disimpan aibnya?
Nak lagi jenis yang narcissit, dia je betul 24 jam. Yang bangsa ditegur pun tak jalan.
Kalau ditegur pun tak boleh, takkan nak diamkan aje perangai gini?

To me, jenayah rumah tangga perlu diwar-warkan.
Mengadu kat 'saluran yang betul' itu betul.
Tetapi masyarakat juga perlu tahu kisah-kisah keganasan rumah tangga ni supaya tak sewenang-wenangnya berlaku pada orang lain pula.
Entah, maybe aku salah.
Tapi, minta maaflah. Aku bukan jenis yang boleh bersabar dengan situasi macam ni sebab aku pernah lalui dulu.
Bukan keganasan rumah tangga, tapi keganasan dalam perhubungan.
Kalau dah sampai jadi jenayah, nak simpan buat apa.
Lelaki yang tak berjenis macam ni, bila kita bukak perangai sebenar dia, barulah dia nampak langit tinggi rendah. Barulah terduduk.

Cuba kau dengar laki ni cakap apa.


Maksudnya apa?
Maksudnya, kalau lelaki tu sayang kau, kau macamana pun dia tetap sayang.
Tapi kalau sayang tu dah tak ada, kau cantik macamana pun, kau bergetah macamana pun, kau berusaha jadi yang terbaik pun - dia tetap buat hal lain.
Tapi idokla kita kena give up menjaga diri dan buat baik.
Buat je lah untuk diri sendiri.
Nak cantik, untuk diri sendiri.
Nak kurus, untuk diri sendiri.
Nak sihat, untuk diri sendiri.
Nak menabung, untuk diri sendiri.
Tak salah buat demi orang yang kita sayang, tapi biar ada perkara yang kita buat kerana diri sendiri.
Setidak-tidaknya, kalau dia buat perangai, takdelah feelings tu hurt to core.

Sakit tau rasanya bila segala benda yang kau buat kerana dia, penyudahnya dia tak hargai.
Dah curang tu satu hal, top up pulak dengan perangai macam musibat, dengan mulut macam hanat.
Sampai kau confuse aku ni salah kat mana lagi?
No. Bak kata lelaki dalam video tadi - it's never your fault.
Tak payahlah kau question "Apa salah saya?", "Kat mana kurangnya saya?".
Kau tak kurang apa pun. Dia tu je yang kurang dibagi penampo.

Aku always percaya we must trust our intuition.
Gerak hati manusia ni benda yang special.
Somehow naluri boleh bagi isyarat kalau ada sesuatu yang tak kena.
Rasa ni tak boleh dibuktikan, tapi yang merasa je tahu.
Bila someone we love bertrayed us, kita dapat rasakannya.
Kita boleh rasa layanannya berbeza.
Cara dia prioritizekan kita pun dah berubah.
Gaya dia juga berubah. Cara percakapan pun berubah.
Kadang-kadang bukan berubah jadi lebih buruk, tetapi lebih baik.
Dulu tak pandai nak bersayang-sayang dengan kita, eh tau-tau panggil kita sayang.
Dulu tak caring sangat, eh sekarang dah caring tak bertempat.
Benda-benda macam ni lah yang buatkan women confuse.
Sebab kita tak mahu bersangka buruk.
Kita nak percaya dia berubah jadi lebih loving kerana dia sudah berubah. Rupanyaaaaa.

In a relationship, kena ada kerjasama.
Kalau kau sorang yang taking initiatives, sedangkan dia tak, dah boleh slow-slow pikir balik hala tuju perhubungan tu.
Bak kata Ziana Zain, dia taknak orang kata mentang-mentang suami tengah susah, ditinggalkan.
Dia mahu susah sama-sama. Atas dasar itu dia bertahan.
Takpelah, dia menanggung semua katanya.
Dia nak jadi pasangan yang baik.

Hmm..kadang-kadang kita ni banyak tengok drama, kan?
Drama kan banyak tunjuk kisah-kisah bila suami susah, isteri tinggalkan.
Sekali lagi 5 tahun suami tu jadi kaya-raya dan berjaya.
Si isteri pun menangis menyesal. *menguap*
Bila kita follow drama tak tahu hujung pangkal gini, tu pasal suami tu naik lemak.
Dia rasa isteri takkan tinggalkan dia.
Lepas tu suami menyogokkan pula ayat-ayat islamik - derhakalah, nusyuzlah, tak cium bau syurgalah.
Macamanalah perempuan tak confuse?
Akhirnya perempuan teruskan juga membela biawak dan narcissist dan pertahankan hubungan yang toksik.

Satu je kena faham.
Dalam mana-mana perhubungan, kalau dua orang tu genuine interested in one another, energy dorang sama frequency.
Bila sama frequency, maka effort pun match.
Bila effort salah sorang berkurangan, itu red flag bahawa your frequency dah tak se-level.
Penat ya, bila kita terkejar-kejar nak matchkan frequency.
Kita ni sanggup buat apa saja untuk dapatkan frequency yang sama.
Macam-macam buat dah, tapi masih tak dapat attention seperti dulu.
Yang betulnya, kau berhentilah berusaha.
Kau buat hal sendiri.
Kalau dia mulai sedar yang kau dah stop effort untuk dia, dia dengan sendirinya akan level up his effort to match you.
Tapi kalau dia masih kejung juga, at least you know dan tak buang masa trying.

Tapi tu lah, bila dah ada dalam ikatan perkahwinan, payah nak buat keras hati. Berdosa nanti πŸ™„.
Pertahankanlah kalau mahu.
Agak-agak dah fedap, and when you realize you got nothing to lose, silakan ke pejabat agama.
Aku tak kempen, ya. Sekadar mahu membuka mata saja.


2022-11-03

Tunggang-langgang


Sejujurnya, bulan lepas aku sedikit terkangkang-kangkang buat kerja.
Schedule lari habis! Penangan En Wan resigned πŸ˜†.
Sesungguhnya aku terpaksa akui dia memang power bab menjaga production.
Pengalaman bertahun-tahun menjaga production kilang sangat-sangat membantu perjalanan production semua produk GreenAard.
Selama ni dia yang manage production (dengan team dia).
Bila dia resign, aku ingat bolehlah team dia cover.
Workload yang dia tinggalkan memang boleh di-cover, tinggal lagi how dia susun production plan tu yang lebih kepada strategi.
Memerlukan pengalaman dan skill yang aku perlu belajar.

Dah lama aku tinggal operation and production, berkarat skill aku.
Banyak gila bab production yang aku terlepas pandang and totally have no idea.
Terkejar-kejar aku and budak-budak menyusun schedule production.

Bila team sales discover stok dah takde, menggelabah mode activated.

“GC tinggal satu kotak last belum buka”

“Sticker untuk stok Middellyf dah habis”

“Cleansing Gel tinggal 5 botol”


Yang paling best “Jangan buat apa-apa promo Gloei, stok habis lansung”

Ya ampunnnn. Huru-hara kejap.
Apa benda semua benda habis serentak ni?
Rupanya bukan habis serentak.
Kitorang yang overlooked.
  
Stok sentiasa En Wan replenish setiap bulan.
Dia always tahu apa yang kena ready.
Bulan lepas GreenAard Anniversary.
Selalu kalau anniversary stok memang laju dari biasa.
Nasib baik En Wan resign selepas anniversary tamat.
Dia dah pastikan production semua on time sebelum launch anniversary sale.
Helok je anniversary tamat, dia pun resign.
“Peralihan kuasa” dan workload En Wan buatkan kami sibuk menyusun balik jadual sampai masing-masing lupa hal production.
Kelam-kelibut aku.

En Wan ni pula jenis semua benda dalam kepala.
Aku pulak jenis menulis. Kalau tak nampak, aku tak ingat.
Now white board ofis dah penuh dengan stok update.
Tak cukup 2 white board, esok aku tambah lagi 2.
Biar keliling ofis penuh dengan whiteboard untuk aku conteng so that aku nampak apa perlu buat.

En Wan dah start busy now.
Awal-awal hari tu sempat juga dia tolong-tolong apa yang patut.
Now aku tak sampai hati nak minta tolong dia.
Dia sendiri awal pagi dah masuk ofis (Putrajaya).
Hari ni pun masuk kejap je, lepas tu terus ke Putrajaya untuk bawa client buat medical check up.
Dia kan dah start dengan medical card punya insurans, memang kerap la bawa client pi medical check up sana sini.

Alhamdulillah, now dah slowly in control.
Semua stok available, cuma Gloei masuk next week.
Esok aku nak masuk lab untuk monitor pembancuhan Pure Effective.
Pure Effective tak pernah berhenti tau.
Sebab kami supply kat klinik-klinik. Tapi in botol 5L-5L.
Cuma tak sempat nak buat promosi untuk botol-botol kecil.
Insyallah, lagi 2 weeks akan ada.
Kena tunggu stok botol comel-comel ni sampai dulu.
Memandangkan Omicron terbaru dah start sampai Singapore, sikit lagi masuk Malaysia la tu *nangis*.
Dah la nak PRU. Masa ni lah kau nak mengganas balik.
Maka, kami akan keluarkan Pure Effective in smaller bottle macam dulu again. Insyallah.

"Macamana life now dah tak kerja sebumbung dengan En Wan?"

Tenang. 
Hahahaha.

Suami-suami ni, bila di tempat kerja, lain tau pesennya.
Di rumah, kita kenal karakter dia sebagai suami dan lelaki.
Tapi bila bekerja bersama, baru nampak sisi dia sebagai rakan sekerja.
I tell you what, kalau aku pertama kali kenal En Wan sebagai ofismate, sumpah aku takkan kawen dengan dia. Annoying.
Tapi aturan Allah, Dia nak aku nampak sisi baik En Wan dulu sebelum nampak sisi 'buruk' dia (supaya dia tak jadi bujang terlajak. Mbhahaha).

Aku tak berapa berkenan campurkan hal-hal keluarga dalam kerja.
Bukan apa, kalau dah melibatkan keluarga, selalunya banyak main dengan emosi.
Tak kuasa aku nak 24 jam bertolak-ansur.
Dah la aku ni kalau aku tak berkenan, straight aku sound.
Dapat kat staff yang boleh bezakan kerja dan keluarga, takpe.
Ni karang, ada yang sentap-menyentap.
Tau je lah kan kalau dah melibatkan family.
Nanti melarat-larat sampai ke mak bapak dia bermasam muka dengan aku.

Dulu masa nak accept En Wan kerja sama pun aku pikir panjang.
That's why dulu, walau busy handle biotech bisnes, at the same time buat online business, aku tak kuasa nak libatkan dia.
Nak mintak dia tolong bungkuskan pun tak. Biar aku buat sendiri semua.
Mujur gak dulu ada bibik. Bibik yang tolong aku bungkus-bungkus order.

Masa En Wan buat online bisnes dulu, aku promote bisnes dia kat blog.
Masa tu aku dah nampak betapa 'bahayanya' kalau dia kerja dengan aku.
Aku tengah siap-siap nak pi kerja, dia call dari kilang "Eh, dah naikkan ke blom entry barang Abang? Dah pukul berapa dah ni".

Ewahh. Macam aku staff dia pulak.
Terkial-kial aku bersiap sambil buka laptop buat blogpost untuk dia.

Tengah drive, dia call "Awak punya entry tu salah description. Cepat tukar, order dah masuk banyak ni tapi info salah".
Aku berhentiiiiii kereta tepi jalan sebab nak edit balik entry, okeh?

Pastu kejap lagi karang dia call lagi "Tolong update bagitau kod ni ni ni dah sold out. Cepat. Nanti ada order masuk lagi susah nak kena bagitau stok dah habis".
Terkujat-kujat aku bersembang dengan customer asyik dapat call dari En Wan je.

Nanti malam lepas makan, dia bawa laptop masuk bilik Redza. Kunci pintu.
Tak nak gangguan katanya. Nak settlekan order and packing.
Entah sape nak masuk ntah. Kahkahkah.
Beria buat sales graf bagai.

Tapi bila aku dah start GreenAard, aku takde pilihan. Aku kena accept dia.
Aku ingatkan GreenAard ni part time bisnes je sebab aku masih buat biotech waktu tu.
Rupanya GreenAard buatkan aku dah jadi macam sotong.
Masa tu aku terpaksa mintak tolong dia untuk sama-sama tuliskan consignment note sebab aku tak larat tulis sorang (waktu ni masih tulis tangan lagi).
Lama-lama dia cadangkan aku pecahkan ofis untuk buat section GreenAard and start ambik staff untuk buat GreenAard sahaja.
Jangan campur staff XZIZ.

Waltu tu aku belum ready nak fokus GreenAard, let alone nak recruit new staff, nak training staff lagi. Mana ada masa.
Aku kejap-kejap outstation.
Last-last aku tanya En Wan, nak tak join aku.
Kebetulan dia pun dah boring jadi engineer.
15 tahun kot jadi engineer, dah puas katanya.

Apa yang aku boleh cakap, going into business with spouse may not be exactly what you're expecting.
Orang kata seronok kerja sekali dengan husband.
At least nampak laki kita 24 jam depan mata.

Ladies, being together all the time while working tak sama eh dengan being together for date night. Jauhhhhhh.
You really have to be in the right mindset to work and always be on the same team.
Mula-mula dulu nak dapat keserasian memang susah.
En Wan ni dah biasa jadi bos.
I mean kat kilang dia Asssistat Manager, 400 orang di bawah dia.
Jadi dia dah biasa memberi arahan.
Pulak tu dia banyak habiskan masa dengan mesin, bukan dengan manusia.
Jadi dia punya PR agak ke laut dan kurang sesuai nak handle customer.
Dia punya cara tu agak kasar sikit. Cara mesin. Takde perasaan.

Aku pulak waktu tu dah 7 tahun kerja sendiri.
Sepatutnya aku lagi biasa bagi arahan sebab aku lagi big big bog bos, kan?
Tapi sebab aku banyak turun padang jumpa customer, jadi aku dah biasa 'terima arahan' customer.
Aku juga lebih banyak deal dengan manusia jadi PR aku lebih cun dari dia.

Mula-mula tu hangin gak aku. Bertekak jangan cerita la.
Pernah aku keluar dari opis balik sendiri.
Tinggalkan dia kat opis balik tumpang kereta orang. Kahkahkah.

En Wan ni cara kerja dia Jepun style. Sangat teliti.
Ketelitian dia tu bagus, tapi aku takleh follow. 
Sebab tu lah agaknya, Allah aturkan perjalanan kerjaya dia, jump into sales dulu dengan XZIZ supaya dia boleh belajar berurusan dengan manusia, sebelum dia jump into Prudential Agent.
Dari segi ketelitian, aku tak sangkal. He is the best.
In fact, CEO company dia kerja sekarang tarik dia join Prudential sebab suka dengan cara kerja En Wan.

Bila En Wan left XZIZ, aku realized kat mana kekuatan dan skill dia.
Ketelitian dia selama ini buatkan perjalanan production GreenAard smooth.
Boleh tahan gak huru-hara penangan dia resign hari tu.

Teringat zaman join booth sana sini. Semua smooth dia handle.
Dia punya paper checklist setiap kali join booth, pening aku tengok. Sebab sangat teliti.
Engineer gini perangainya, kan.
Maka aku rasa tempat dia memang sesuai sebagai insurans agent.
Ketelitian dia, keseriusan dia and skill manage task ada pada dia.
Tahniahlah yang jadikan En Wan agen insurans korang.
Kau tunggu time claim nanti camana dia uruskan.
Pos Laju tak berani buat taik dengan En Wan.
Dia panjat sampai ke top management bawa segala dokumen bahan bukti.
Kau tak settle, aku bekukan payment.
Dia yang bekukan payment ok? Bukan Pos Laju yang bekukan service. Hahaha.

Tapi kalau diberi peluang sama ada kerja bersama semula atau tak, lebih baik tak.
Bukan apa, aku suka dia kerja meet new people everyday.
Bila dia lebih banyak jumpa orang, dia semakin banyak buat reading and lebih presentable. I is like!
Biarlah aku run company cara aku.
Satu kapal ada 2 nakhoda, tak best.
Kena ada 1 nakhoda saja.