2022-11-07

Start sekarang


Ok post ni untuk orang yang berkenaan, yang email aku panjang lebar last week.
Aku dah bagitau dia, dah alang-alang emailnya panjang, aku akan jawab dalam bentuk blog post supaya orang lain boleh baca sama.
Secara ringkas, she is a housewife.
Sudah 4 tahun berkahwin, ada 2 anak.
Tidak pernah bekerja. Tidak ada saving, tidak ada akaun Tabung Haji pun, let alone basic investment like gold, atau ASB.
Insurans tak ada, hibah apatah lagi.
Rumah menyewa.
Sebelum ni dia tak ambil tahu semua hal ni sebab no idea.
Apa yang suami bagi, itu saja yang dia guna.
Yang lain-lain dia tak ambil tahu.

Katanya, hidup mereka serba sederhana.
Barang-barang rumah yang basic.
Washing machine, peti sejuk, TV, katil dan perabot - ada.
Setakat ni belum ada plan nak sekolahkan anak yang sulung di mana-mana sebab tak pernah ada perbincangan dengan suami (maybe belum ada keperluan nak bincang lagi).
Until post aku pasal hibah hari tu, dia macam terfikir nak tanya suami.
Barulah dia tahu life mereka benar-benar "apa yang ada" sahaja.
Masing-masing tidak ada saving, investment (ASB), Tabung Haji tak ada juga, insurans and hibah totally out of the story.
Dia jadi takut dan mula merasa life dorang tak ada progress.

Sebenarnya, progress tak semestinya yang besar-besar.
The fact that YOU mula terfikirkan yang your life tak ada progress - ini juga adalah satu progress.
Kalau dulu, tak terfikir semua ni, tiba-tiba now terfikir, maka ini juga adalah satu progress.
Maknanya dah ada satu kesedaran untuk lihat balik apa goal untuk masa depan.
Many people fail to identify progress tau.
At least YOU dah mula terdetik. That's a good progress.

Dalam keadaan this lady yang baru tersedar dia tak ada apa-apa, my advice is, jangan serabutkan kepala dengan nak buat semua benda sekaligus.
Masa ni lah nak save duit, masa ni lah nak save Tabung Haji, masa ni lah nak beli emas. NO.
Jangan kelam-kelibut dulu. Tenang.
To get a comprehensive and truthful image of where you are on your journey, you need to fragment your goals into smaller stations.
Baru tak stress.

Ramai orang, jam tu dia tergerak nak buat progress, jam tu jugak dia nak significant progress.
Contoh paling senang adalah those yang nak kuruskan badan.
Jam tu dia punya semangat nak kurus sampai, terus aim nak turun 10 kg sebulan.
Kurang dari tu dia rasa macam takde progress. Terus give up.

Macam this lady, dia kata "Kak Di dah ada rumah sendiri, ada kerjaya, ada plan untuk anak-anak, ada saving, ada insuran, ada hibah, ada investment. Macamana bila Kak Di boleh terfikir nak buat semua ni. Siapa bagitau Kak Di? Sebab saya lansung tak tak pernah terfikir until baca blog Kak Di".

Ok, ni ada lagi satu benda aku nak cakap.
Many people mistake are, they compare their personal progress with other people’s journeys.
YOU baru 4 tahun kawen, akak dah 22 tahun kawen.
Jangan compare dengan perjalanan orang yang dah separuh jalan.
Kita kena compare dengan progress kita yang dulu.
Like I said, start small. Bertatih tak apa, asalkan ada progress.

Contoh, now takde savings.
Ok, start ada savings dulu.
Nafkah yang suami bagi, simpan sikit.
Tak simpan banyak tak apa, start small.
Kalau RM20 paling rendah boleh simpan, maka simpanlah RM20.
Jangan underestimate small start.
Itu lebih baik dari tak start lansung.

Measure your past self only.
Progress is not about speed. It is about consistency.
Jangan compare how well kita buat dengan orang lain.
Perjalanan kita tak sama.
Kita tak bekerja, tak sama macam orang yang bekerja.
Orang yang bekerja maybe boleh menyimpan RM300 sebulan.
Kita simpan RM20 dah bagus dah sebab tak bekerja.
Manalah tahu lagi 2 tahun menyimpan, mula tergerak nak buat bisnes kecil-kecilan pula.
That is progress too.

Progress is not about how wealthy or successful you are in comparison to orang lain.
It’s about how you compare to the pass version of yourself.
Macam weight loss journey juga.
Jangan compare dengan orang lain.
Compare berat kita pagi ni dengan berat 10 hari lepas.
Walaupun progress-nya small, it is still a progress. Slow-slow kayuh.

Ada sorang kenalan aku, dia buat bisnes. Dia adalah ex-collague.
Ini cerita 10 tahun lepas.
Masa tu aku dah 4 tahun run own company.
Tau je lah aku start dengan duit sendiri.
Setahun selepas setup company, partner aku quit sebab ikut suami ke UK.
Akulah run company sorang-sorang sebelum ambil staff.
Yang kenalan aku tu baru start company setahun, tapi dah gempak.
Ada ofis yang cantik, ada bilik sendiri.
Bilik pun kemas satu macam. Atas meja lapang je aku tengok. Bisnes ke idok ni?
Tapi aku tanya dalam hati je la.
Staff ramai dah masa tu, dalam 8-9 orang.
Aku baru 2 je waktu tu. Masuk aku, 3 😆.

Dia macam proudlah dengan achievement dia sebab baru setahun dah nampak establish.
Boleh gajikan ramai staff.
Dia kata bisnes aku macam takde progress sebab dah 4 tahun tapi masih macam tu juga. Katanyaaaa.
Dalam pada gelak-gelak tu aku tembak balik.
Aku cakap kau bisnes bukan dari scratch tau. Kau ada capital injection.
Disebabkan orang inject kau money, maka dengan duit itu kau boleh renovate ofis gempak-gempak, hire terus 8 orang staff, buat itu ini. Sebab ada duit.
Journey kita tak sama.
Aku, on the other hand start from scratch from my hard-earned money.
Dengan duit itu aku grow business aku. Dengan duit aku sendiri, aku bayar gaji staff.
I have full control of my business, whereas kau hanya jadi CEO tapi your business is managed by Board of Directors.
Cuba kalau kau run business ni tanpa ada money injection, aku nak tengok business kau boleh jalan ke tak.
Haaa gitu aku tembak.

Kenalan aku ni, dia buat training business.
Aku tak sure wujud lagi ke tak bisnes dia ni.
Sebelum dia run business dengan investor ni, dia pernah join another company yang buat training business tapi waktu dia employee.
The reason dia quit sebab business tu takleh jalan.
Kau tau je lah training business.
Flow dia sama macam business lain - cari sales.
Kena buat training itu, training ini.
Income adalah dari mereka-mereka yang join training.
Kalau takde orang join, takdelah business.
Selepas dia setup own company, dia buat training business juga. Tapi kali ni ada investor.
Tak sure la camana dia boleh dapat investor.
Aku dengan kawan-kawan aku suspek sugar daddy dia sebab budak ni kaki club dan ada history "dibela".
Tak kisahlah tu. Kiranya dia pandailah pancing sugar daddy untuk invest duit untuk dia run business.
Bijak juga di situ, walaupunnnn.

Dia pernah buat beberapa training for free semata-mata nak create portfolio untuk dapatkan geran.
Pandai juga budak ni memanipulasikan keadaan.
Duit investor banyak. Dia run training for free beberapa sessi, jadikan satu portfolio company.
Pastu apply geran.
Kau tahu je lah bila dapat geran, memang senanglah hidup.
Duit dah ada. Kau nak plan apa pun boleh.
Business tak jalan sangat pun takpe, janji duit dah masuk. Lega banyak.
Eh pastu nak compare progress dia yang "gah" tu dengan aku. Memang kaulah menang.
Cuba kau tak de capital injection, takde geran. Belum tentu survive.
So, my point is, tak payah la compare progress kita dengan orang lain.
Walaupun journey kita macam slow sangat, as long as you are making progress, better than you 3 months ago, that is good.

Bila buat self-assessment, compare it to three, six, and twelve months ago. Barulah nampak progressnya.
Ingat tak tahun lepas aku buat Bullet Journal?
Itu adalah tracker paling bagus untuk track progress.
Tapi aku tak surelah orang guna ke tak.
Dah beli tapi tak guna, betul tak? Kau ingat aku tak tahu? 😆

Bullet Journal tu track progress kita dari sehari ke sehari.
Aku kalau pakai Bullet Journal, benda yang bodoh-bodoh je aku track.

- No sugar
- Run 10 minits
- Sedekah RMXX a day
- Saving RMXX a day
- No roti
- Hafal 2 ayat sehari

Benda-benda yang kalau orang tengok "Halahhh, lari 10 minit je sehari?"

Tapi, kalau 7 hari aku berjaya berlari 10 minit sehari, that equals tu 350 calori burned, ok? Kau ada?

Tentang soalan that lady macamana aku boleh terfikir nak start buat semua masa young, I guess situasi aku ketika itu banyak gerakkan aku untuk buat.

Rumah.
Yang ni aku nasihatkan Redza - benda pertama kena buat bila dapat gaji adalah beli rumah.
Sebab makin tua, makin tinggi interest loan.
Yang ini aku sangat berterima kasih kat En Wan. Dia punya aim masa lepas kawen memang nak beli rumah.
Aku memang tak terfikir hal ni. Aku pikir nak kawen cepat je.
Tapi En Wan sangat disiplin dengan goal dia.
Redza sambut birthday 1 tahun di rumah sendiri. That was 2005.
Kitorang kawen tahun 2001. Tempoh 4 tahun ni memang susun betul-betul duit.
Sewa rumah, gaji bibik, downpayment rumah, bayar duit kereta, dan simpan duit untuk renovate rumah.
Memang selagi boleh ikat perut, ikat.
Takde holiday-holiday ni semua.
Mujur masa ni belum ada media sosial. Kurang sikit terancam aku dengan progress orang lain. Hahahaha.
Dah settle semua, dah boleh bernafas, dah masuk rumah baru, barulah kitorang berjinak-jinak pi holiday.
Redza dah umur 3 tahun dah.
Maknanya 6 tahun selepas kawen baru nak merasa pi overseas.
Itupun ambik yang dekat je, Bali.

Insurans.
Aku ambil insurans at age 26.
Masa tu kerja as Medical Underwriter Prudential.
Aku pikir-pikir, eh aku ni kerja meluluskan polisi orang tapi aku sendiri takde polisi.
Lagipun aku masih muda, sihat, why not ambil satu.
Selalunya masa sihat and muda orang tak terfikir nak buat insuran sebab tengah sihat, kan.
Tapi yang orang tak tahu, masa kita muda, selalunya kita jarang sakit dan badan masih kurus.
Kurus tu penting sebab bila kau gemuk, insuran tak accept polisi kau.
Kan aku dulu handle kes HBP and overweight.
Mana-mana yang BMI tinggi tu, memang kitorang suruh buat medical check up dulu.
Kalau kolesterol tinggi, atau ada tanda-tanda macam nak dapat penyakit HBP atau risiko kencing manis, samada kita increasekan premium atau reject terus.
Bersyukurlah masa tu aku kerja kat sana.
Kalau tak, agaknya aku pun tak terfikir nak buat insurans. Alhamdulillah.

Tabung Haji.
Aku buat tabung haji lambat, umur 29.
Waktu tu aku di era jahiliah. Orang jahil mana ada terfikir nak pi haji.
Yang buat terdetik tu sebab customer aku di IPP Gelemi Lemi (Dr Hasla) buat haji masa umur 30an.
Masa ni dia tengah buat Phd kat UM.
Aku singgah lab dia sebab dia nak order banyak reagents and kits.
Dia kata "Saya nak pegi haji ni Diana. Sebab tu saya nak order siap-siap semua ni. Balik nanti senang barang dah ada boleh run semua".
Slow je dia cakap kat aku "Pergilah Diana, saya simpan RM50 je sebulan".
Hidayah Allah tu sampai kat dalam lab biotek, ya.
Terus aku bukak akaun haji.
Dr Hasla hanya start small. RM50 je sebulan, penuh pun akaunnya. Tak perlu banyak-banyak.

ASB.
ASB aku start dari umur 18 tahun.
Yang ni pun bukan aku yang ada kesedaran. Mak Aji yang paksa aku buka akaun.
Jadi aku sambung je lah simpan sampai sekarang.
Nasib baik mak aku paksa, kalau tak aku pun tak terfikir agaknya.

Hibah.
Aku ambil masa umur 34. Lambat.
Masa ni hibah belum popular sangat berbanding medical card.
Tapi lambat-lambat pun, masih untung lagi sebab umur 34 masih considered young.
Alhamdulillah sihat. Maka, premium pun rendah.

Wasiat.
Ini aku buat last year. Sebab sedar umur dah 40 series.
Eloklah diwasiatkan siap-siap harta-benda pada wasi yang bertauliah.
Nasib baik umur sempat cecah 40 series. Ini usia separuh perjalanan hidup.
Memang dah wajar sangat ingat mati.
Alhamdulillah Allah jentikkan rasa untuk buat wasiat.

Hutang.
Ini pun kalau dibayar sikit-sikit -- tetap progress namanya.
Masa aku nak clearkan credit card sebab kena fraud dan duit tak dapat balik.
Aku bayar sikit-sikit. Lama-lama habis jugak. Terus cancelkan.
Siap buat jadual pembayaran tu.
Dah bayar, tick.
Dah bayar, tick.
Bila dah settle, wahhh bangganya kat diri sendiri. Progress juga, kan.
Walaupun sakit hati disebabkan nak settlekan kau, terpaksa aku kurangkan saving tempat lain.
Tapi takpe, ini adalah progress.
Yang berhutang tak reti-reti nak bayar tu, nak tak aku buatkan jadual untuk korang? Free. 

My point is, start NOW. Small tak apa, tapi start NOW.
Start pun dah satu progress.
Kalau boleh diguna, gunalah bullet journal aku yang kau beli tahun lepas tu untuk track your progress.