2022-11-16

LI adalah subject, bukan kerja.


Semalam aku dah buat video pasal Intern, ok hari ni aku nak menulis pulak.
Sebab semalam lepas buat video tu, ramai betul share experience masing-masing dengan intern, di tempat kerja.
Gelak-gelak aku baca. Aduiii macam-macam perangai.
Bukan apa, sebab aku pun pernah jadi intern, jadi some of perangai dorang ni aku takleh brain.
Kadang terfikir, apalah yang buatkan some of them ambil mudah dengan internship.

Aku ada 2 orang kawan yang sama-sama run business.
Aku cerita part dorang ni dulu.
Kawan aku yang pertama ambil intern dalam 3-4 orang.
Niat dia, kalau semua ni bagus, nak terus serap.
Sebenarnya untung tau intern zaman sekarang sebab internship dibuat pada semester akhir.
Ada peluang diserap jadi permanent staff tanpa perlu lalu probation period.
Zaman acik dulu, intership adalah pada tahun 2 tau Habis 3 bulan, takde peluang kau nak kerja situ terus sebab kena balik Uni habiskan final year.
By the time acik habis belajar, dah kena re-apply.
Tu pun mujur kalau ada kekosongan, kalau tak?
Terpaksa apply tempat lain, lalu balik training and probation period.
Dah buang masa kat situ.

Salah satu tujuan Latihan Industri (LI) dibuat pada semester akhir adalah untuk bagi persediaan pada student belajar real work dalam industri sebelum anda diserap masuk sebagai PEKERJA.
Sengaja aku pakai capital letter kat situ sebab some intern perasan dorang sudah dapat kerja, sedangkan mereka sedang dalam LI.
Bila perasan dah bekerja, maka dorang mahukan hak-hak yang sama seperti pekerja lain iaitu cuti, OT, gaji, etc.
Ok hat ni aku touch jap lagi.
Nak habiskan cerita kawan aku dulu.

My friend berada dalam bidang food business.
Bukan semua orang ada skill dalam bidang ni, that's why dia prefer ambil intern, boleh melatih dorang dalam masa 3 bulan ni dulu.
Agak-agak bagus, serap je terus.
Akan tetapiiiii, intern-intern tersebut perasan bagus.
Mereka perasan yang majikan (kawan aku) perlukan mereka kerana nak mengambil kesempatan.
Hanya disebabkan dorang tak entitle untuk dapat cuti sama seperti pekerja lain, dorang tuduh dorang sedang dipergunakan.
Gelak gila aku dengar kawan aku bercerita.
Tinggi sangat skill sampai ingat majikan nak gunakan kau, kan.
Ingat majikan tu cap ayam ke takde skill yang sama?
Skill majikan tu dan pengalamannya silap-silap tak boleh dicompete.
Kalau majikan tu takde skill, takkan boleh sustain the company bertahun-tahun siap dapat projek besar-besar.
Tapi takpelah, dah kau nak feeling sangat, kan.

Kawan aku cerita intern dia dalam meeting tak pernah ambil notes, macamkan faham.
Bila dibagi task, takleh buat sebab lupa apa yang dah diajar.
Pukul 11.30 meja dah clear untuk untuk tido.
Aku dengar macam...hah? Tido?
Macamana dia boleh terfikir untuk tido?
Aku dulu nak keluar lunch pun tunggu bos keluar dulu, punyalah takut nak keluar awal dari bos.
Yang dia siap boleh tido pukul 11.30 pagi semasa bos ada dalam bilik!
Yang paling best, kawan aku bawa intern ni ikut jumpa client.
Si intern sama-sama menyoal bos (kawan aku).
Contoh client tanya "Product ni bila agaknya boleh siap?"
Nanti intern sambung tanya "Produk ni ada expiry date tak?"
Kahkahkah. Aku konfius siapa yang client ni?
Aku syak client kawan aku tu pun sama konfius.

Lagi sorang kawan aku, internnya pesan "Setiap hari Jumaat saya kena balik pukul 5pm (office hour habis at 6pm), sebab pakwe saya yang jemput. Kalau lambat nanti jalan jem". Kau rasa??

Boleh eh budak-budak sekarang minta balik awal bodo-bodo gitu je?
Setiap minggu pulak tu.
Dahlah alasan bukan main rempit -- "pakwe jemput".
Aku syak esok kalau pakwe mati, sampai bila-bila hari Jumaat dia tak kerja sebab dah takde pakwe nak jemput 🙄.

Macamana eh nak bagi budak-budak ni faham LI adalah subject, bukan kerja.
You come to the office bukan untuk bekerja tetapi untuk belajar.
LI adalah kerja kursus.
LI adalah sebahagian dari mata pelajaran dalam course yang diambil.
Subject LI tidak diajar dalam dewan kuliah, tetapi di industri.
Segala task yang company bagi adalah assignment yang mesti dibuat dengan baik because itu carry marks.
LI adalah peluang untuk anda dapat 4.0 flat!
Maka wajib datang setiap hari seperti anda datang ke kuliah setiap hari.
Siapkan tugasan yang diberi dengan baik.
Ambil peluang belajar banyak benda dari syarikat.
Ambil hati majikan because dalam tempoh 3 bulan ini majikan adalah your lecturer.
Dia menentukan marks anda untuk subjek ini.

Aku terfikir, budak-budak ni baca tak Learning Outcome subjek LI?
Kalau ada anak-anak yang baca post ni, acik nak bagitau yang setiap subject ada Learning Outcome.
Zaman acik belajar dulu, dapat je module, acik cari Leraning Outcome dulu.
Kat Learning Outcome ni kita boleh predict apa yang keluar exam esok.
Kat Learning Outcome ni juga kita boleh predict macamana kiraan marks.

Ini contoh Learning Outcome [LO] yang aku buat untuk course Food Safety.
Nak mengeluarkan LO ni boleh bawa bertekak jemaah meeting.
Punyalah nak memastikan candidates dapat sesuatu yang benefit them dari module ini nanti.

Dari LO ini kita bina module pembelajaran dan soalan exam.
Senang je nak predict bentuk soalan yang bakal keluar hujung sem nanti - kau baca je LO.
Apa yang dorang mahukan dari student semua ada kat LO tu.
Kalau LO kata student akan dapat keupayaan untuk membezakan antara hazard dah risk, maka itulah antara soalan yang bakal keluar nanti.

Dalam Latihan Industri juga ada LO-nya.
Antaranya, meneroka alternatif kerjaya sebelum tamat pengajian, atau carry out performance objectives, atau develop work habits and attitudes.
Kat sini je boleh tengok apa sebenarnya yang kau kena achieve.
Kalau task buat ala kadar, balik nak awal sokmo, asyik nak cuti segala, kau rasa sikap tu kena tak dengan "develop work habits and attitudes"?
Memang taklah!
Lepas tu jangan purak-purak frust kalau gred LI teruk.
Sendiri mau ingatlah. Omputih kata what you sow is what you reap.

Jangan merasa diri tu entitled untuk dapat cuti dan segala keistimewaan lain seperti gaji, OT atau claims sama seperti pekerja lain.
Pekerja tu bekerja di syarikat itu.
Awak bukan bekerja, awak sedang menjalani latihan industri.
Dalam ertikata lain, awak adalah student yang sedang belajar.
Sijil pun takde, nak kerja amendanya.
Maka, segala keistimewaan yang pekerja lain dapat awak tak boleh komplen kenapa awak tak dapat.
Hanya terpulang pada budi bicara company.
Kalau company tak bagi, awak tak boleh kata company mempergunakan intern. No such thing, dik.

Dulu masa aku praktikal kat SIRIM, jauh ya dari Bangi ke Shah Alam everyday.
Pergi dengan Pak Aji. Pukul 6.30 pagi dah keluar.
Kalau kena hari Pak Aji outstation atau dia ada meeting di tempat lain, aku pergi SIRIM naik komuter.
Aku tak minta cuti, ya. Apetah lagi nak gunakan alasan "Saya takde transport nak datang". NO.
The moment you decide to buat LI di sesuatu tempat, perkara pertama kena consider adalah transport.
Because you nak kena attend "class" everyday.
Maka transport kena pikir dulu. Bukan cuti, atau gaji, atau boleh balik awal ke tak.
Jangan mengharap boss consider masalah transportation kita.
You yang nak buat LI di tempat itu, you kena settlekan transport.

Kadang aku rasa some budak-budak ni lemak.
Dibagi task minta siapkan on tarikh sekian-sekian, "Boleh tak extend? Sebab hujung minggu ni saya balik kampung. Kat sana internet slow".
Kampung dia yang takde internet, kita pula kena settlekan kerja dia.
Nak suruh stayback karang, nangis pulak satu hal aku nak menjawab kat mak bapak dia.
Biasakan diri MAKE TIME.
Kalau nak tunggu ada masa, memang tak bersiaplah kerja tu.
Maka, kena MAKE TIME.
Kalau perlu stayback siapkan kerja, stay back.
Kalau perlu bawak balik kerja ke rumah siapkan sebelum balik kampung, maka buat.

Aku pernah cerita macamana aku bawak kerja balik Bangi tumpang internet jiran sebelah bila mana majikan aku tak perasan aku dah apply leave untuk aku ke Phuket esoknya.
Dia tak perasan leave application aku.
Adakah dia bagi aku perlepasan gitu je? Tak, ya.
Memandangkan presentation depan customer tetap kena buat esok, dia minta aku siapkan slide dan submit kat dia malam tu juga.
Dia akan tolong presentkan.
Boleh tak aku cakap "Please....I kena balik Bangi malam ni. Rumah mak saya takde internet".
Kau rasa bos Devil Wears Prada aku kisah?
Aku siapkan juga slide tu malam-malam. Nak seribu daya, ya.

Haaa, sebut pasal mak ni aku nak cerita hal pernah jadi kat aku.
Ofis tengah cari junior graphic designer.
Ada sorang budak ni minta interview secara zoom. Ok aku layankan.
Nampak macam ok, dia ada skill yang aku mahu.
Cuma dia minta untuk work from home.
Aku tak boleh accept sebab my requirements, staff mesti berada di ofis.
Jadi aku tolak secara baik. Settle dah.
Sekali esoknya, MAK dia call.
Diulangi, MAK dia call.
Mak dia punya statement "Dik, takkan tak boleh tolak ansur".

Panassss hati aku.
Hal kerja nak libatkan parents ni yang aku cukup tak berkenan.
Dah lah panggil aku "Dik".
Bukan nak minta dihormati, cuma be profesional sikitlah, at least panggil Puan.
Bila aku cakap "Maaf ya, boleh panggil saya Puan?"
Mak dia reply "Ya, saya tahulah awak Puan, tapi awak ni baya-baya adik saya je".

Dah la mula-mula kau address aku "Dik". Lepas tu "Awak".
Again, aku bukan someone yang beria sangat dengan title.
Staff-staff aku panggil aku "Kak" je.
Cuma aku bengang bila kau takde kena-mengena dengan company, mintak kerja on behalf of anak kau, tapi tak pakai proper salutation.
Ingat ni bersembang dengan jiran belakang rumah ke apa.

Kawan aku ada pengalaman handle parents gak, tapi bukan intern.
Budak nak cari kerja. Dah dapat dah kerja tu.
So this parents agaknya nak tengok letak duduk company kawan aku ni di mana.
Biasalahkan kita tengok ofis anak kita kat mana.
Dah nampak ofisnya kat mana, dahlah. Balik.
Tapi this parent tak, ya.
Dia siap masuk dalam ofis nak tengok workstation anak dia di mana, panas ke tak ofis tu, apa lagi kemudahan ada dalam ofis, etc.
Kawan aku bercerita dengan mata terbeliak-beliak menahan marah, aku boleh imagine bengkeknya dia. Hahahah.
Last-last budak tu dia tak confirmkan.
Dia kata tak sanggup aku dibuatnya esok apa-apa hal, mak bapak dia sampai dulu kat opis.

Parents pun, agak-agakla kalau ye pun nak tengok sama ada anak dapat tempat kerja yang ok or not.
Takkan sampai ke workstation, pantry, toilet segala nak dikelebet.
Ini bukan menghantar anak masuk boarding school, segala nak ditengok.
Anak tu dah berbulu atas bawah, belajarlah lepaskan anak berdikari.

Intern aku lepas sebulan mintak berhenti.
Aku tanya kenapa nak berhenti. Dia kata dia perlu settlekan masalah keluarga.
Aku tanya masalah apa yang besar sangat sampai perlukan bantuan awak?
Masalah perangai adik-beradik katanya yang mengkusutkan fikiran mak. Ayah dah takde.
Aku cakap "Tinggal 2 bulan je lagi, nak berhenti? Kalau berhenti tak graduate tau. Jangan pikir singkat. Esok masalah adik-beradik settle, masalah awak yang takde sijil ni ada dorang nak settlekan?"

Aku paling pantang budak berhenti belajar atas sebab yang bukan dari dia tetapi masalah keluarga.
Benda boleh settle.
Aku bagi dia task siapkan kat rumah.
Task mesti siapkan, itu saja aku nak sebab aku nak bagi grad.
Sayang, tinggal 2 bulan je lagi.
"Takpe, akak bagi buat kerja kat rumah. You must grad next year", aku cakap.
Ni kalau Redza ada ni mesti dia kata "Welcome to my world, dude". Hahhahaha.