2022-01-21

RFID, BOOSTER and HE.


Ok ini sesi menjawab soalan peminat [gitu feelingnya].

RFID

Nampaknya ramai yang bermasalah dengan RFID.
Ramai juga update kat FB masalah-masalah yang dihadapi.
Yang paling selalu orang update adalah kerja menggohed-gostan kat lorong RFID.
Tak terkecuali aku.

Pengalaman pertama aku guna RFID hari Rabu baru-baru ni, untuk ke Tanjung Malim.
Tol Putra Heights memang dah takde lansung lorong Smart Tag, digantikan dengan RFID.
Dengan tawakkal aku redah. Lepas. Alhamdulillah.

Sebab aku lalu Guthrie jadi aku kena lalu 3 lagi RFID tol sebelum tol terakhir di Tanjung Malim.
Kat tol ni aku stuck.
Dah lah aku kena catch meeting dengan UPSI pukul 9.30am.
Beria aku set meeting 9.30am tapi aku yang lambat.
Aku sampai tol Tg Malim 9.15am.
Dah bajet memang boleh sampai kampus sebelum meeting punya sebab dekat dah tu. Sekali stuck.
Jenuh jugaklah dorang nak identify apesal aku punya takleh read.
Kereta belakang pulak kemain dekat lagi follow aku, RFID dah boleh scan dia punya.
Tapi sebab aku tak lepas, kau kena tunggu belakang la, siapa suruh rapat sangat.

Sampai 3 orang staff tol keluar nak cari punca aku punya takleh scan.
Nasib baik juga ada bukti kat e-wallet aku memang lalu RFID sepanjang perjalanan.
Sebab awal-awal akak tu kata takde rekod menunjukkan aku keluar tol guna RFID.
20 minit juga aku stuck situ.
UPSI dah called "Puan Diana kat mana?"

Saja aku cakap kuat-kuat "Ya, Dr. Saya stuck kat tol Tg Malim ni. RFID takleh scan tag kod saya".

Pastu CEO MJA pulak call "You kat mana?"

CEO ni aku tak pernah panggil dia Dr.
Tapi saja nak bagi staff tol gelabah, aku cakap kuat-kuat "Yes, yes, Dr. Saya dah kat tol Tg Malim ni. Stuck kat RFID. Dr proceed dulu".
Wahhh aku pulak yang mengarah CEO πŸ˜†.

Staf tol tengok dah 2 kali call masuk cari aku.
Macam urgent nau bunyinya, kan.
Last-last dorang stop identify.
Terus manual scan. Settle.

Situasi ni mengingatkan zaman aku berkejar ke USM hantar sample DNA.
USM rajin order ATCC dengan aku [American Type Culture Collection].
ATCC ni once sampai kat Malaysia, aku sendiri yang akan pi clearkan shipment kat kargo KLIA tu sebab culture ni kena sentiasa dalam suhu sejuk.
Aku tak yakin nak lepaskan kepercayaan kat orang kargo.
Satu culture tu harganya around RM3k.
Naya karang kalau orang kargo tak handle with care.
Once KLIA inform dah sampai, pagi ke, petang ke, aku terus ke kargo untul release barang aku.
Lepas tu terus shoot pi hantar ke USM.
Ada beberapa kali aku kena tahan dengan polis sebab speed.
Setiap kali aku lepas sebab aku bawak ATCC ni.

"Laju sangat ni cik".

"Ya, saya tau saya bawak laju, bang (panggil abang gitu). Tapi saya kena cepat. Saya bawak sample DNA ni." [lantas keluarkan storage box tunjuk dalam tu ada ice pack and dry ice berkepul-kepul asap ais keluar].
Kau rasa polis dah nampak asap kepul-kepul tu dia nak tahan? 
Dia pun ada timbang rasa u ollsss.

"Ok cik, boleh jalan tapi hati-hati, ya?"

Pernah sekali aku kena jat Jawi ke Juru.
Tak ingat dah. Polis tu siap nak tolong escort aku.

"Nak hantar ke mana ni, cik?"

"USM, saya dari KL. Benda ni takleh hold lama. Rosak nanti, bang" [abang lagiiiii].

"Bridge banyak kereta waktu ni. Perlu bantuan?"

Aku syak dia nak tolong escort. Seram pulak aku.
Karang dia bawak terlampau laju, makan asap aku kat belakang.

Hari tu masa ke Tanjung Malim aku speed pergi balik 160km/hr.
Pergi sebab nak catch meeting.
Balik sebab nak catch appointment kat UiTM.
Sejujurnya, kalau bab speeding ni serahkan pada budak-budak sales.
Budak sales dan speeding berpisah tiada.
Nak lagi kalau nak serah tender.
Dia punya speed, zon kamera tak zon kamera. Langgar je.
Saman datang tu nanti kendian pikir.
Tender submission kena on time.

Aku witness kawan-kawan sales aku yang bawak kereta dari Kelana Square (ofis lama) ke MPOB Bangi in 20 minutes.
Submit tender punya pasal.

Kawan aku dari Glenmarie ke KLIA in 30 min.
Yang ni aku sampai sekarang takleh bayangkan macamana aku boleh berani duduk dalam kereta tu.
Memang macam pelesit dia pecut.
Melantun-lantun tetek aku dia speed.
Sampai je KLIA dia terus terjun keluar dari kereta, pastu aku drive kereta dia bawak balik ofis.

Aku pernah bawak ATCC dari Putra Heights hingga ke depan building Biologi USM Penang, in 3 hours.

Bawak kereta laju sangat sebenarnya tak best tau.
Sebab sepanjang perjalanan aku dalam keadaan stress.
Mujurlah itu berlaku di zaman muda.
Orang muda handle stress masih ok lagi.
Now dah tua-tua ni kadang aku enjoy duduk lane paling kiri sambil layan lagu.
Kadang lori over take aku. Kahkahkah.

Berbalik pada kisah RFID kat tol Tanjung Malim tadi, masa nak patah balik ke KL, aku terpandangkan Smart Tag atas dashboard.
Aku syak mesti scanner tu konfius nak scan mana satu sebab lorong RFID and Smart Tag di tol sana, disekalikan.
Agaknya masa aku masuk lorong tu, scanner tu also scan Smart Tag aku. 
Tu yang dia stuck tu.
Sebab, masa aku balik, lepas aku cabut Smart Tag, helok je pun lalu lorong tu tak stuck.

Tapi masa patah balik lalu salah satu tol kat Guthrie memang stuck kejap.
Kena gohead gostan baru lepas. Tak tahulah apa masalahnya.
Tapi bagus juga hari tu nak ke sana aku dah pasang RFID. Sebab ramai yang belum pasang.
Lorong Touch N Go sesak gila.
Terasa macam mencemar duli betul aku tetiba melintas potong semua orang terus masuk lorong RFID.
Jadi, marilah kita ramai-ramai pasang je RFID ni. Tak rugi pun.


Vaksin

Ok ni ramai yang tanya aku pasal booster.
Alhamdulillah, aku dah cucuk booster 15 Jan lepas.
Kepada yang takut-takut nak cucuk booster, aku nasihatkan satu je.
There's nothing wrong with the vaksin.
Hanya penerimaan badan berbeza-beza terhadap vaksin.
Tu yang kejap dengan orang kata "Siang ok lagi, malam start demam".

"Hari pertama ok lagi, tunggulah esok. Lembik!"

"Hari pertama and kedua ok lagi. Hari ketiga tangan takleh angkat".


Aku tak kata itu semua bullshit.
Sebab aku memang faham tindak balas mencerminkan ciri unik sistem imun individu.
Tapi aku and En Wan antara yang tidak ada sebarang side effect baik dari 1st jab, 2nd dan booster.
Mak Aji and Pak Aji pun dah booster, takde side effect.
Jadi, jangan takut kalau dengar orang tu kata dia pitam, atau demam gigil-gigil, atau tangan kaki takleh angkat.
Itu semua bukan wajib dapat selepas kena vaksin.
Semuanya bergantung pada ciri unik sistem imun individu.
Each one of us makes a different kind of immune response.
Umur, jantina, genetik, keadaan sedia ada, persekitaran dan juga pemakanan kita influences bagaimana sistem imun kita bertindak balas.

Dia macam ni flownya.
Bila vaksin dicucuk kat lengan, imun sistem di kawasan lengan akan segera serang protein dalam vaksin.
Serangan sistem imun ni yang buatkan lengan jadi sakit and bengkak.
Some akan berlanjutan hingga ke sakit satu badan and demam.
Sakit-sakit ni semua nanti akan activatekan Sel B (yang buat antibodi) and Sel T (yang coodinate future attack).
Proses activate Sel B and Sel T yang membentuk satu memori yang hidup dalam badan selama berbulan-bulan hingga bertahun-tahun.
Jadi, in future kalau ada attack dari protein yang sama, badan dan keluarkan antibodi terus.

Jadi, kalau korang demam atau sakit tangan selepas kena, it’s a sign your immune system is working.
Kalau takde side effect, jangan pulak tanya "Apesal aku tak demam pun?".
Walahwei, tak demam pun question kah?
Nothing to worry.
Respon badan kita semua tak sama.
Yang penting tujuannya supaya ada antibody dihasilkan.

Memang tak dinafikan ada some unusual side-effects may also occur, tapi yang tu depending on how a person reacts to the vaccine.
Bukan vaksin tu yang problem.
Kalau vaksin tu yang problem dah tentu semua orang akan dapat effect yang sama.

Vaksin ni bukan hazard. Hazard adalah virus Covid.
Aku pakai contoh food poisoning.
Kalau makanan terkena racun Salmonella, semua yang makan PASTI akan dapat food poisoning cuma berbeza-beza tahapnya.
Maka, Salmonella adalah hazard.
Some dapat diarrhea dan demam.
Ada yang dapat diarrhea dan bloody stools.
Ada yang dapat stomach cramps.
Most people recover within 4 to 7 days tapi ada yang dapat severe diarrhea sampai ke masuk hospital dan kena masuk antibiotik.
Bila masuk antibiotik, legala sikit.

Sama macam Covid, kalau kena the virus ada yang habis kuat pun demam je, atau hilang deria bau.
Yang paling teruk dah tentulah hospitalized, dan ada yang membawa maut.
Maka, Corona virus adalah hazard, bukan vaksinnya.
Tapi dengan vaksin, insyallah legalah sikit.
Kena tak kena selepas dah jab, itu cerita lain.
Yang kita nak jaga now supaya kesannya tidak heavy sangat bila terkena.

Siapa yang nak jab booster, right after jab tu terus telan panadol and monitor panadol intake evfery 4-6 hrs, selama 24 jam.
Aku hari tu gitu aku buat.
Setiap 4 jam telan sebiji panadol hingga 12 jam.
Selepas tempoh 12 jam tu aku monitor sendiri-sendiri je. Insyallah, sihat.


Program Halal Executive

New session untuk Halal Executive dah release.
Aku sangat-sangat encourage student yang ambil Food related studies tak kira ambik kulinary ke, food sains ke, food tech ke, food safety ke, syariah mahupun pharmacy, please please go one step further dengan mengambil Halal Executive course ni.
Seriously hari tu masa aku select resume dari Penjana, ramai gila yang score pointer 3.5 ke atas.
Ramai budak pandai sekarang.
Nak compete dengan graduan lain untuk dapat 1 post, kalau hanya dengan pointer tinggi, rasanya dah kurang relevan.

Dulu zaman acik tu ye lah, tak ramai yang jejak 3 pointer ni.
Zaman acik dulu, Price Water House Coopers tulis kat requirement "at least CGPA 3.0".
That was 25 tahun lepas, ya.
Zaman tu 3.0 susah nak lepas sebab tu dia mintak at least 3.0.
Zaman sekarang silap-silap company minta at least 3.8.
Itupun baru lepas untuk shortlisted datang interview je.
Belum tentu dapat lagi sebab yang datang interview tu sah-sah cream macam korang jugak.
Jadi, apa kelebihan yang korang nak tunjuk pada bakal majikan sedangkan korang pun fresh grad, pengalaman takde.
Haaa...pandai pun!
Kat sinilah certificate-certificate seperti Halal Executive ni jadi satu kelebihan.

Hari tu masa aku select resume, boleh dikatakan sebahagian graduan fresh graduate ni dah ada sijil Halak Exec, ada HACCP cert, ada ambil ISO22000 training, ada yang ambil kursus Pengendali Makanan.
Maknanya certain graduan dah prepare nak masuk industry.
Ini bukan nak perlekeh sijil ya, tapi pengalaman aku berada dalam industry [dan juga sebagai majikan], kalau hanya ada sijil universiti, peluang untuk diambil bekerja agak payah.
Sebab orang dalam industry perspektif dia lain.

Dalam industri, perlukan sesuatu yang lebih selain teori.
Kami perlukan someone yang industri-ready.
Maknanya yang ada skill perkara-perkara yang industri perlukan.
Kalau korang hanya ada sijil uni, majikan akan banyak habis masa dan duit untuk hantar korang pi training HE, HACCP, GMP, ISO.
Itu baru nak training, belum tentu lulus lagi.
Kalau korang datang interview dengan pakej industry-ready, percayalah cakap aku, walau pointer korang setakat 3.17, majikan lebih prefer you berbanding orang lain yang bawa pakej standard.

Kadang aku kesian juga tengok resume yang cream dari PMR straight As, SPM excellent, CGPA 3.8.
Tapi itu sahaja 'modal' yang mereka ada.
Whereas yang tak se-excellent itu datang dengan bawa sijil industry-ready.
Walaupun sebagai parents, aku bangga kalau anak-anak excellent macam tu, tapi sebagai seorang majikan, aku tetap pilih those yang datang dengan pakej industri, walaupun hakikatnya mereka frsh grad.
Kerana aku perlukan pekerja yang ada added value ini.

Kepada student yang baca post aku ni, atau parents yang ada anak-anak yang sedang belajar, atau korang yang bekerja sebagai pensyarah food, atau bekerja dalam industri makanan, own a food business atau anda majikan.
Encourage people di bawah anda untuk take this course.
Tak perlu ke mana-mana sebab segalanya online.
Dan kita run class ni on weekend sahaja.
Tapi perlu attend 10 hari ini kerana requirement JAKIM perlu lengkapkan 71 jam class.

Klik sini untuk register : HALAL EXECUTIVE MEGA JATI ACADEMY JAKIM CERTIFIED.

Atau nak pertanyaan lanjut boleh email aku: diana[at]xzizbiotech[dot]com.


2022-01-18

Peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza.


Pernah ada yang bagitau aku, melalui penceritaan aku tentang kisah aku dari kecik sampai besar, hidup aku penuh dengan peluang.
Peluang dapat wakil Malaysia ke Jepun.
Peluang ke sekolah berasrama penuh premier.
Peluang wakil sekolah, daerah dan negeri dalam pelbagai competition.
Peluang wakil Universiti berjumpa Perdana Menteri.
Peluang dapat course yang benar-benar aku boleh kuasai.
Peluang dapat kerja yang sama dengan bidang aku belajar.
Peluang kenal orang-orang berpengaruh yang akhirnya membawa aku jump ke dunia bisnes.
Peluang this and that...

*melepaskan lelahan yang panjanggggg*

Tadi aku extract email lama sebab aku nak buat case study pasal kolagen.
Selain menggunakan produk sendiri [Gloei] sebagai input case study, aku nak guna projek aku dengan customer dulu sebagai bahan men-defend case study.
Aku pernah ada projek dengan customer pasal kolagen.
Jenuh aku malam-malam scroll sampailah ke email tahun 2014, akhirnya jumpa!

Jellyfish collagen project.
Salah satu projek tentang kolagen I worked on, with customer.

Ini another collab dengan customer pada tahun 2012 (lebih awal dari projek jellyfish), also berkaitan kolagen.
Tapi masa ni aku nak buat analisis DNA untuk pastikan DNA collagen tu bukan dari sumber babi.
Aku akhirnya come out with protokol untuk extract DNA dari minuman berkolagen.
Dr Jong ni senior aku masa kat UNIMAS, we share the same lab and supervisor.
Tapi masa aku bersoseh buat final year, dia tengah buat PhD dalam lab tu.
Bia dah kerja, eh jumpa balilk. Jadi customer aku pulak tu.

Masa aku buat projek ni lansung tak terlintas dalam fikiran untuk keluarkan produk berkolagen.
Padahal ilmu dah ada sikit.
Pengalaman pun dah ada sikit.
Kenal beberapa pakar yang boleh collab untuk keluarkan produk berkolagen sendiri, tapi masa tu tak pernah terfikir.
Waktu tu aku seronok buat biotech work.
Lansung tak terfikir rupanya kerja-kerja ni adalah persiapan and latihan yang Allah nak aku jalani sebelum DIA pass GreenAard kat aku.

Bila teringat orang pernah kata hidup aku penuh dengan peluang, hmm...
Selalunya bila orang nampak kita dah berjaya, segala apa yang kita capai kelihatan seperti satu peluang dan luck.
Nampak macam apa yang kita buat jatuh tepat pada waktunya.
Macam path kita smooth gitu.

Sebagai contoh, sedang aku dalam mood nak buat case study tentang kolagen, aku dah ada actual produk iaitu Gloei, yang dah pun dipasarkan, dan ada banyak testimoni.
Gloei bukan produk berkolagen tapi the konsep adalah untu stimulate kolagen.
Dalam masa yang sama aku pernah berkerjasama dengan customer buat another kolagen project (haiwan).
Semua ni material yang membantu aku menyiapkan case study.
Kelihatan macam aku ada segala yang aku perlukan untuk siapkan kerja aku.
At the same time, aku ada staff grafik yang boleh preparekan presentation slide yang menarik.
Aku tak perlu susah-payah macam orang lain semua nak buat sendiri.
Aku hanya perlu prepare apa yang aku nak tulis dan sampaikan, nanti staff aku terjemahkan dalam bentuk persentation slide.
Nak konsep animation? Konsep profesional? Cakap je, nanti dia buatkan.

Nampak macam "Beruntungnya dia. She is so LUCKY!"

Sedangkan behind the scene, pada tahun 2014, masa aku turun naik lab dengan customer bersengkang-mata siapkan paper work dan segala tok nenek RnD untuk projek kolagen ni, satu orang tak tau.
Satu orang tak nampak aku ke sana sini dengan sample, dengan reagent, dengan kits, balik rumah buat paper work sampai malam, sambung ke besok.
Pada ketika tu, semua aku buat sendiri.
Presentation slide buat sendiri.
Present sana sini untuk cari dana for commercialization, pun buat sendiri.

Sebenarnya no such thing as LUCK semata-mata.
We need luck but we should not only leave things in our luck because - "99% hard work and only 1% luck can achieve success”.
Apa yang kelihatan seperti "peluang dan luck" sebenarnya banyak dibantu oleh pengalaman.
Pengalaman dulu banyak membantu memudahkan apa yang diusahakan sekarang.
Sekarang pun tak mudah sangat, cuma pengalaman yang lepas-lepas tu membantu bagi clear sikit jalan sekarang.

Dulu masa aku join customer buat projek kolagen, buat projek saffron, aku tak tahu pun what I will get in return.
Aku cuma rasa aku tengah berkerja.
Walaupun orang kata aku buat kerja bodoh suka-suka nak tolong customer buat projek padahal nama aku tak tertulis pun dalam jurnal dia.
Yes, maybe aku memang suka menyibuk-nyibuk nak terlibat dalam projek orang lain.
Tak dapat apa-apa pun takpelah, aku cuma suka bernetwork.
Dapat sama-sama memahamkan projek customer and help apa yang aku boleh.
Sama naik aku mengkelebet jurnal pastu highlite point-point penting and pass kat customer.
Dah kenapa aku menyibuk sangat ntah.

Little that I know rupanya aku akan produce produk sendiri yang melibatkan kolagen, melibatkan penggunaan saffron, melibatkan penggunaan Garcinia and pegaga, etc.
Masa nak buat nampak macam wow semua resources aku dah ada.
Dah pernah ada pengalaman buat itu.
Dah kenal orang ini.
Dah ada resources itu, resources ini.  
Ketika tu nampak macam semuanya jatuh tepat pada waktunya, padahal dia punya 'training' dah start beberapa tahun sebelum tu tanpa aku sedar.

Setahun yang lepas, masa aku buat case study tentang overnutrition, penilai projek cakap aku punya case study agak solid inputnya.
Agaknya sebab ketika ni dah ada produk weight loss sendiri, ada supporting testimonials pulak tu, dan pernah buat projek dengan customer.
Semua tu serba sedikit membantu aku menulis case study aku dengan agak baik.

Alhamdulillah semua ni bukti kebesaran Allah.
Hanya DIA tahu kenapa dia meletakkan kita di kedudukan itu dahulu.
Kerana DIA dah susun takdir kita akan lalui ini dan itu selepasnya.
Sekarang, kalau toleh belakang and tengok perjalanan kita, mesti kita nampak kenapa kita berada di situ pada ketika tu.
Kerana kalau kita tak lalui perkara tu, kita takkan jumpa kedudukan sekarang.
 
Kedudukan sekarang pun satu hari nanti bila toleh belakang barulah faham "Oh, patutlah dulu DIA bagi aku buat tu, kerana aku boleh buat ni hari ini".

Perjalanan kita ni berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain.
Kita je yang mengaku-ngaku dah berjaya. Padahal belum apa-apa pun lagi. 
Hanya berpindah takdir saja.
Maka, ketika kita berada di titik ni, buat sehabis baik.
Itu saja formulanya.

Ini lagi satu takdir. Tahun 2014 juga ni.
Email pertama dari Ayda.
Alahhh, Ayda kawan aku yang buat Halal tu.
Yang sekarang menyetan bersama-sama aku tu. Hahahah.

Suami Ayda adalah pembaca blog aku. Ayda bukan pembaca blog.
Ayda got to know aku dari husbandnya bila Ayda mencari company yang boleh buat DNA analysis, dan she got to know me.

Dulu aku panggil dia Salma, gitu.
Sekarang "Wei setan, jom lepak Gula Cakery" πŸ˜†.
Bukan main lagi sopan aku punya reply kepada Ayda.
Ini kalau Ayda baca balik email ni konfem dia bladihel-kan aku. 

Aku buat DNA analysis (halal), manakala Ayda buat pengurusan Halal.
Bila CEO Mega Jati Academy minta aku buat program Food Biotek and Halal, aku tarik Ayda sekali.
Sekali imbas nampak macam peluang tu datang begitu je, kan?
Hakikatnya benda dah mula awal.
Aku je tak sedar semua yang aku buat dulu membawa kepada satu takdir yang baru.
Allah dah susun aku akan buat apa, kemudian berkenalan dengan siapa.

Dulu takdirnya buat Halal DNA analysis dan kerja-kerja lab.
Kemudian berpindah ke takdir mengeluarkan satu program akademik yang ada kaitan dengan kerja-kerja terdahulu.
Benda yang tak pernah terpikir dan tak pernah dirancang, tapi Allah susun perjalanannya supaya akhirnya aku boleh buat satu benda yang baru.
Tak tau apa lagi selepas ni. Buat jelah dulu apa yang ada.

Begitulah jalan takdir.
Hanya bila kita dah dikedudukan yang agak selesa, orang assume segala yang kita capai adalah mudah.
Jarang orang nak acknowledge our hardwork, kerana menganggap kerja kita senang dan siapa-siapa pun boleh buat.

Sebenarnya kita semua memiliki peluang yang sama cuma peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza.
Peluang tak datang dalam bentuk yang obvious.
Selalunya ia datang dalam bentuk yang kita tak sangka bahawa itu sebenarnya adalah peluang.
That's why Richard Brandson cakap "If someone offers you an amazing opportunity, and you are not sure you can't do it, say YES and learn how to do it later".

Kalau terasa-rasa macam nak join Program Diploma Food Biotek kat UPSI tu, join saja.
Siapa tahu, ini adalah titik tolak satu takdir baru in future. 


2022-01-17

Program Diploma Bioteknologi Makanan dan Operasi Halal dah nak mula intake pertama.


Semalam aku naikkan post ni di FB [KLIK SINI].
Insyallah intake pertama program Diploma ni akan memulakan pengambilan pelajar Mac ini.
Alhamdulillah sejak naikkan post tu malam tadi, dah start orang bertanya-tanya.
Ramai rupanya berminat nak sambung belajar tapi masalah utama bukan duit, but kekangan masa.

Aku letakkan diri aku sebagai contoh orang yang berkerja yang suka ambil short-short courses.
Kalau course satu tahun atau satu tahun setengah tu, aku boleh layan lagi.
Tapi kalau panjang dari tu ditambah pula nak kena buat projek besar, kena attend kelas - rasanya dah bukan aku misi aku dah.
Dulu zaman umur 20an yes, masa tu tapak belum kukuh, tanggungjawab pun belum banyak, waktu terluang bersepah-sepah.
Memang laju je kalau disuruh sambung belajar.
Now, aku ambil courses yang relevan dengan kerjaya aku sahaja.
I mean terus ambil course yang melibatkan module yang aku memang akan guna pakai di tempat kerja.
Subjek-subjek yang takde kena-mengena setakat nak mencukupkan kredit, tak perlu.

Atas sebab itulah Program Diploma Bioteknologi Makanan dan Operasi Halal ni dibangunkan kurikulum dan syllabusnya sesuai dengan jadual orang yang sudah berkerja.
Contohnya dalam course Food Biotech ni aku tak masukkan topik DNA extraction, water activity, jenis-jenis microbe atau segala tok nenek yang melibatkan banyak teori.
Dalam course ni syllabusnya disusun mengikut kehendak industri.
Contohnya korang akan belajar tentang food safety in food service industry, food hazards, management in food industry, regulation and legislation, food quality, food fermentation, GMO in food, halal in food, hilosophy of halal, crop production and management, hygiene, etc.
Topik Halal lagilah terus tembak pada apa yang sebuah syarikat dan produk perlu praktikkan.
Takde kona-kona teori lagi dah.
Maksudnya dalam course ni hanya belajar perkara yang orang industry praktikkan hari-hari.

Hari tu masa aku pilih calon dari program Penjana, ramai gila graduan yang hantar resume.
Pointer bukan calang-calang.
Kalau zaman aku dulu pointer 3.5 and above ni boleh kiralah.
Resume yang aku select hari tu semuanya pointer 3.7 and above.
Dan some of budak-budak ni bukan saja ada sijil Bachelor degree tapi dah siap ambil sijil Halal Executive.
Ada yang go to an extend ambil sijil attend training HACCP (bayar RM3000 kalau tak salah aku).

Sebagai majikan, kalau dah nampak resume yang lengkap ada Halal Exec and HACCP, aku tak pandaing hat lain dah.
Ye lah, dalam urusan aku, ada Halal Exec tu satu kelebihan.
Senang nak audit produk-produk aku.
In future nak produce more product, aku dah ada in house Halal Executive untuk buat paper work nak submit kat Jakim and KKM.
Ada sijil HACCP lagi bagus.
Ada sijil GMP laaaaaagi bagus.
Mana-mana industry yag melibatkan food, pharmacy, supplement, mempraktikkan HACCP and GMP.
Kalau bakal pekerja dah ada knowledge and certified dua benda ni, why not ambil dorang je, betul tak?
Maksudnya kat sini, keperluan untuk ada knowledge tambahan sangat menguntungkan.
Majikan sayang pekerja yang ada kepakaran macam ni. Sayang nak buang πŸ˜†.
Buat apa ambil orang lain kalau pekerja sedia ada rajin upskill diri.
Naikkan gaji je sudey, tak payah buang masa ambil and training orang baru.
Kelebihan untuk kita bila upskill, nak jumpa ke company lain peluang diterima juga juga cerah.

Tengok meme ni, berasa takut pun ada.
Bila kemajuan pesat, kalau kita masih di tahap knowledge dan kepakaran yang sama tak bertambah-tambah, macam tak secure je dengan kerjaya sekarang.
Hari tu aku gi makan kat mamak Mr Roti Canai Putra Heights, mak aiii dah siap ada robot penghantar makanan dah.
En Wan ada tunjuk Shopee ke Food Panda ntah yang tengah test robot penghantar makanan juga.
One day kedai-kedai yang takde robot ni boleh dikatakan akan ketinggalan dan boleh jadi akan beri effect pada sales juga. Maybe. I don't know.

Satu masa dulu proses pembelajaran Gen Z pendekatannya yang sangat linear dan satu dimensi, agak formal dan diandaikan akan bertahan lama.
Now apa jadi? Dah banyak perubahan.
Sejak Covid rupanya kita jadi tahu, belajar tak semestinya datang ke kelas.
Life-long learning dah jadi satu trend.
Pelajar boleh belajar self-pace di rumah.
Yang dah berkerja masih boleh sambung belajar tanpa perlu ambil cuti kerana semuanya dibuat secara online.
Nampaknya trend ni macam akan berterusan hingga tak tahu bila.

Today, jangka hayat pengetahuan cepat menyusut, therefore kemahiran berkurangan dengan ketara.
Oleh itu, pembelajaran harus berterusan.
Maka dibangunkan konsep lifelong learning.

Program Diploma Bioteknologi Makanan dan Operasi Halal ni 100% secara online, you learn at your own pace.
Ada certain topik yang perlu real time class dengan tenaga pengajar (tapi masih secara online).
Ada quiz, assigments, assessment, case study dan exams macam biasa.
Bezanya, tidak ada final project.
Selain dari sijil Diploma yang bakal diterima di hari konvokesyen UPSI nanti, pelajar akan menerima sijil Halal Executive certified by Jakim dan also sijil dari Mega Jati Academy. 3 sijil sekaligus.
Anda bergraduat dengan pakej industry-ready.

Semasa aku menaip ni, aku sambil-sambil bercakap dengan pensyarah di UPSI.
Aku cakap aku nak tambah topik genetic manipulation in food manufacture.
Best tau tajuk ni.
Jangan takut, program ni khas untuk yang sudah berkerja (pengalaman dalam food industry at least 2 tahun atau ada sijil berkaitan).
Orang yang dah berkerja, dah ada pengalamanan.
Setakat nak buat assignment and exam tu pejam-pejam mata je, dah tak segelabah undergraduate dulu.
Sebab sekarang belajar dalam keadaan sudah ada pengalaman berkerja di bidang yang sama.
Kalau mencekik pil minda maybe lagi senang nak jawab.

Please email aku diana[at]xzizbiotech[dot]com untuk tanya berkenaan program ini sebab UPSI belum siapkan lagi link untuk registration di website.

2022-01-16

Terpedaya dengan overclaim 'makan boleh jadi pandai'.


Korang perasan tak dulu ada satu produk untuk kanak-kanak.
Aku tak sure apa jenis produknya tapi they claim boleh buatkan anak bijak.
Katanya (based on testimoni), anak-anak yang makan produk tu lancar membaca, rajin belajar, mudah mengingat alphabet.
Lebih kurang macam tu lah.
Dan dulu kalau tak silap aku, banyak juga billboard kat tepi-tepi jalan.
Tapi sekarang dah takde aku nampak (maybe aku tak perasan).

Aku tak sure pandangan orang lain, tapi aku tak berapa suka dengan produk-produk atau apa saja statement yang overclaim macam ni.
Serious aku tak ingat nama brandnya tapi target crowd dia kanak-kanak and budak-budak sekolah.
Maka ramailah parents belikan anak-anak produk tu dengan harapan dapat jadi pandai.
Aku pernah cakap dengan En Wan "Founder ni esok kalaulah anak dia sendiri tak bijak, memang nayaaa".
Aku tak sure apa jadi dengan produk tu sekarang, sama ada masih wujud atau tidak.

Baru-baru ni ada sorang blog reader hantar email panjang lebar bercerita tentang produk yang dia bagi pada anak-anak yang katanya boleh jadikan budak senang absorb ilmu [dalam erti kata lain, jadi lebih bijak].
Dia pun tak mention produk apa, jadi aku tak sure if ada brand lain yang produce produk seumpama brand yang aku terfikirkan tadi.
Dia tanya if aku ada bagi anak-anak aku apa-apa supplement untuk perkembangan otak ke tak sebab dia rasa macam tertipu dengan produk tu.

Tak, aku tak bagi anak-anak aku sebarang supplement untuk brain development selain dari appeton untuk bagi dorang berselera makan sebab masa kecik dulu dorang ni picky eater.
Bila dah besar-besar ni dorang just makan apa yang ada je.
Susu kotak, Milo, nasi and lauk - itu la kot kalau yang berkhasiat sikit.
Tapi yang pasti kena ada adalah - BELAJAR.
Hat ni kalau tak buat, kau minum air rebusan buku pun tetap tak jalan.

Sebenarnya dalam food study, memang ada komponen dalam makanan yang can stimulate this and that. Memang ada pun.
Tapi sebagai seller, tolonglah jangan bagi statement yang misleading.
Teringat beberapa tahun lepas masa join satu group marketing ni.
Kitorang diminta buat satu pitching memperkenalkan produk, antara point yang wajib ada adalah "selling point tagline".
That tagline mesti yang crowd pulling.
Contohnya macam - 'kunyah kunyah jadi cantik', atau 'cuba sebotol, konfem UPSR straight As'.
Gitulah tagline yang dia minta.
Aku punya - "Being well shouldn't be difficult".
The so-called sifu kata tagline aku tak strong untuk sell.
Dia kata tak cukup crowd pulling. Dia kata marketing ni kena main emosi.

Aku tanya dia "Bukan ke itu namanya overclaim?"

Pastu dia marah aku. Dia cakap "Awak nak menjual barang ke nak jadi pensyarah?"

Aku bagitau aku tak rasa selesa nak overclaim atas kapasiti apa sekalipun.
Nak pull crowd memang senang.
Zaman sekarang ni buat video bodoh pun dah boleh pull crowd.
Tapi aku nak produk ni bertahan kerana memberi manfaat bukan kerana viral.
Sebab itulah aku perlu educate people.
Aku bukan nak menjual semata-mata.
Rugilah masa dan tenaga aku study buat produk kalau setakat fokus nak menjual.
Baik aku beli OEM produk je. Pastu re-branding. Tak buang masa aku.

Pastu dia tanya "Apa tujuan awak berbisnes? Sebab nak dapat lebih banyak duit, betul tak?"

Masa tu aku geram gila.
Mulut aku ringannnn je nak sebut "Saya dah banyak duit sebelum saya produce produk ni lagi", tapi dek kerana rasa hormat pada dia sebagai 'guru', jadi aku tak cakaplah.
Aku bagitau "Saya buat produk ni sebab ini background saya. Saya memang buat biotech business and analysis. Produk yang saya bakal keluarkan ni salah satu cabang background saya. Saya nak terjemahkan ilmu yang saya belajar dalam bentuk yang orang dapat manfaatnya".

Pastu agaknya dia givap dengan aku, dia kata "Oklah, good luck".

Maybe mulut dia masin, benar-benar luck rupanya aku.
Sebaliknya, 3 orang dalam group aku tu, bisnes dah mati.
Aku tanya salah sorang yang bisnes dah padam tu sebab budak ni blog reader aku juga.
Dia kata dah buat macam-macam like sifu tu suruh, berhabis nak dekat RM10K attend class, tapi tak jadi apa.
Last-last dia pulak yang dikatanya tak cukup aggresive and suruh top up lagi duit untuk tambah marketing.

Inilah yang aku menyampah bila orang yang takde produk bagi coaching cara menjual produk.
Last-last suruh top up duit untuk buat marketing.
Deyy, duit kalau banyak takyah pergi kelas kau lah, baik bagi duit tu kat profesional suruh dorang run kan je.
Kitorang duduk kat rumah mengangkang tengok Netflix, settle.

Aku tahu ramai yang menggunakan teknik marketing memancing emosi, contohnya macam produk kanak-kanak tu lah.
'Makan boleh jadi pandai'.
Well, memang some food ada komponen untuk brain function tapi, kau tak boleh jual tagline itu semata-mata. Kena ada BUT-nya.

But, you must belajar dengan konsisten.
But, you must pastikan tidur cukup.
But, you must disiplin.

Aku tahu the moment ada perkataan "BUT", mesti drop keyakinan orang nak membeli.
Kat situlah sebenarnya skill marketing kita bermula.
Meyakinkan semula mereka yang produk tu can help.
Mana-mana manusia pun nak benda senang.
Makan, terus cantik.
Makan, terus pandai.
Makan, terus kurus.
Semua orang nak magic.
Tapi, aku tak boleh nak bagi orang harapan macam tu tanpa educate them you must help with this and that. 
Dey, masak maggi memang 2 minit dah siap.
Tapi tak sedap.
Nak sedap sikit kena masuk cili api, bawang, kalau ada telur lagi umpp. 
Nak power lagi campak sosej atau isi ayam.
Itulah juga umpamanya - kalau nak magic lebih, effort kena lebih. 

Aku tak reti nak menjual buta-buta gitu.
Tak puas kalau aku tak explain biar paham.
Sebab bila aku dah explain, aku suka customer buat keputusan. Bukan aku yang decide for them.
That's why GreenAard ni nampak macam produk yang susah nak dijual oleh agen sebab banyak BUT-nya.
Maybe yang suka overclaim ni tak buat the produk tu from scratch.
Dia tak study the produk.
Dia tak tahu betapa penatnya RnD produk, test tak menjadi, test tak menjadi.
Duit keluar macam air setiap kali nak repeat test.
Mungkin dorang jual OEM produk.
Bezanya dia pandai buat marketing.
Bila terlampau fokus pada marketing maka terkeluarlah janji-janji bulan dan bintang.
Hujung-hujung tak cerita pasal produk pun tapi busy recruit more agent.
Dah tu makan pegi cerita pasal produknya?
Hilang begitu saja, sebab busy untuk fokus dapat reward itu dan ini.

Misi aku memang to share knowledge.
Knowledge aku tak banyak, mana yang aku tahu dan kuasai, aku share and aku pertahankan.
Bermula dengan jual biotech supplies, kemudian aku jump ke biotech custom lab projects, kemudian ke Halal analysis, kemudian ke produce own product, and the latest is producing academic program di universiti.
Selagi mana aku boleh share knowledge, aku akan share, sambil-sambil jual produk dan projek.
Aku tau takkan stop sampai situ saja. I have more in the pipelines.
Tapi marketing cara overclaim is still a BIG NO for me.
Walaupun kau jadi kaya, tapi takde etika.
Aku taknak cerita urusan dosa pahala, sebab dosa aku pun banyak.
Yang pasti cara itu takde etika.

Berbalik pada blog reader yang kecewa produk untuk kanak-kanak tu tak menjadi untuknya, nasihat aku, tak apa.
Apa juga produk yang dah dimakan tu, ada kebaikannya di sudut yang lain.
Maybe it did improve brain function.
Bezanya kita terkilan kerana terpedaya dengan overclaim 'makan boleh jadi pandai'.
Takpe, let's move on.


2022-01-12

Kalau hidup tu makin sengkek, sesekali cuba muhasabah diri.


Aku sebenarnya baru bangkit dari tido pukul 4 petang tadi.
Dari malam tadi dah start tak sedap badan. Perut macam bloating.
Yang ni actually benda biasa terjadi bila period.
Cuma dah lama aku tak dapat bloating ni.

Semalam dia dah start rasa berangin.
Aku dah prepare siap-siap makan Panadol and sapu perut dengan bam gamat.
Sekali malam semalam dia attack kaw-kaw.
Dari pukul 1.30 pagi santakkkk ke 5.30 pagi aku menahan sakit.
4 kali aku bangun ke toilet terbongkok-bongkok berjalan.
Bloat gila perut aku macam angin tersekat tak boleh keluar.
Tangkap sampai kepala migrain. Terus badan jadi sejuk-sejuk.
Demam sejuk orang kata. Macam demam bentan sebab menahan sakit.
Dah tutup aircond masih menggigil.

Around 7 pagi En Wan suruh makan ubat.
Dia bawak naik susu and roti. Makan sekeping pun tak habis.
Tido balik. Pukul 11 pagi terjaga, tapi En Wan pegi opis.
Aku mandi, makan ubat and tido balik.
Pukul 1 tghri En Wan tanya nak bubur McD tak, dia belikan.
Aku tak rasa nak makan. Tido balik.
Pukul 4 pm barulah gagah bangun.
Turun ke dapur tengok bubur McD dah ada tapi tak rasa nak makan.
Aku nak peluhkan badan kejap lalu aku masak.
Mengemas dapur lebih kurang and now here I am depan laptop semula.
Alhamdulillah, demam macam dah hilang.
Sakit kepala ada sikit berdenyut tapi tak sampai keluar air mata macam tadi.

Aku jarang tau kena attack time period.
Paling kuat pun sakit kat breast and pinggang je.
Kali ni entah apa kena ntah attack bahu, tangan, pinggang, perut, migrain - lengkap satu badan dia tapau.
Lembik jugak cycle kali ni.
Tapi alhamdulillah, period cycle masih regular.
Lambat lagilah nak menopos agaknya. Hahaha.

Tadi 5.30pm check henfon berderet mesej masuk.
Dari Mega Jati, dari UPSI, dari UPM, dan UiTM, dari ofis.
Sengaja aku silentkan phone.
Bila jadi macam ni rasa banyak juga benda yang boleh disyukuri, antaranya ada pekerja di ofis yang boleh teruskan urusan walaupun aku sedang melepek.
Bayangkan kalau dorang takde, berpikir-pikir jugak agaknya aku nak demam.

Gambar ni tadi aku tepek kat IGS.
Selalunya kalau aku tepek quote-quote yang mengundang kontroversi gini, mesti ada yang tanya "Kenapa Kak Di?", "Are you ok Kak Di?", "Ni mesti ada orang sakitkan hati akak ni, kan?"

I am ok.
Cuma aku rasa aku perlu bersuara tentang some people yang gemar menggunakan aku untuk kepentingan diri sendiri.
Masih ada lagi orang di kalangan blog readers and followers yang suka nak pinjam duit aku.
Yang pelik tu semua ni aku tak kenal.
Nama pun aku jarang nampak, tapi ada dalam frenlist aku.
Maybe silent reader agaknya.
Tapi adakah itu jadi kelebihan untuk meminjam?

"Saya silent reader sejak tahun 2010.."

"Saya follow FB awak..."


Itu satu hal.
Yang satu hal lagi, tergamak nak pinjam kali kedua sedangkan hutang dulu tak settle lagi.
Nak pinjam amount yang lebih banyak dari sebelumnya pulak tu.

Aku simpan ya semua nama and rekod conversation orang yang pinjam duit dengan aku.
Dari zaman aku pakai Blackberry lagi, semua conversation dari sms ke, BBM ke, DM ke, PM ke, email ke, semua aku simpan dalam satu folder dalam laptop aku. SEMUA.
Yang aku kenal, yang aku tak kenal, yang blogger, yang instafamous semua aku simpan.
Yang minjam duit aku lepas tu jadi haters aku pun aku simpan bukti hutang belum berbayar.
Kebanyakkannya PINJAM dan MERUYUP.
Orangnya ada je kat FB tu aku nampak kemain lagi tayang beli itu ini, tapi aku diamkan je.
Sebab aku sangat percaya, orang yang berhutang tak bayar ni, hidupnya tak senang mana walaupun dia try hard untuk tunjuk life dia senang.

Tup tup muncul balik nak pinjam duit.
Nak suruh aku layan ke? Sorry, aku bagi "seen" je.
Pandai-pandailah kau fikir sendiri.
Nak kata aku selfish? Silakan. I don't care.
Orang yang kuat berhutang tak bayar ni memang terer bab spin story.
Dia ingat kita tak tahu dia bercakap belakang pasal kita.
Konon "Di tu kemain lagi ajak orang bersedekah everyday tapi dia sendiri kedekut nak bagi duit dia".

I tell you what, I DON'T CARE kau nak cakap apa pun.
If that makes you happy, teruskan.
Kalau rasa dengan men-spin cerita boleh buat kau bahagian, silakan.
Tapi kalau hidup tu makin sengkek, sesekali cuba muhasabah diri.
[ni karang ada la yang gunakan ayat aku ni untuk smash aku balik. Pedih, kan? Pedih kau je kau tahu].  
Sometimes kita diuji berterusan bukan sebab "Allah sayang", tapi sebab banyak sangat salah kita buat kat orang.
Hutang-hutang tu kasi settle dulu, baru jalan hidup cerah.

At this point aku dah malas nak layan orang nak pinjam duit. Serious.
Aku dah kalau boleh taknak terlibat dah.
Sebab kebanyakan yang pinjam ni tak bayar balik pun.
Kita ni kalau meminjam dengan niat memang nak bayar balik, Allah akan mudahkan kita boleh bayar balik.
Tapi kalau minjam sabit menyebut kat tepi bibir je, memang takkan jumpa jalan nak bayar balik.

Ada sorang blogger pernah pinjam duit aku RM9K tahun 2013-2014.
Aku tak ingat untuk apa.
Masa tu aku berlawak dengan dia, aku cakap "Kau blogger famous tau, kalau kau pedajal aku, aku publish conversation ni" πŸ˜†.
Tapi mungkin disebabkan dia ada reputation untuk dijaga, jadi dia usaha susun plan pembayaran balik.
Dia pinjam bulan ni, bulan depan dia start bayar kat aku RM150 sebulan. Kadang RM200 sebulan.
Aku tak tentukan cara bayaran balik, itu inisiatif dia.
Hampir 4 tahun, settle semua.
Itu contoh orang yang pinjam dengan niat nak bayar balik.
Macamana susah, dia usahakan untuk bayar balik, dan Allah mudahkan.

The thing is takde orang nak marah kalau kau pinjam dan bayar balik.
Ini dah la minjam tak bayar balik, buat kita musuh dia pulak bila kita tak nak bagi pinjam untuk kali kedua. Akai duduk mana?

Ini salah sorang follower. Budak lelaki. Rajin dia tegur-tegur di FB.
Lama dah ni, 3-4 tahun lepas rasanya. Masa ni dia bujang lagi.
Kan aku cakap, semua conversation aku simpan [saikokah aku? Kahkahkah].
Short RM50 je, tak tahu nak pinjam siapa, dia tanya aku. Aku bagi.
Seperti yang dia janji, dapat gaji hujung bulan tu, terus dia nak bayar balik.
Orang kalau nak bayar balik, dia akan usaha bayar balik.
Orang jenis ni insyallah takkan mudah hanyut dengan duit.
Dia tahu ada duit, hutang bayar dulu. Bagus budak ni.

Aku ni berusaha untuk jadi selfish bab-bab ni.
Tapi aku tahu hati aku ni Allah pegang.
Kadang-kadang hati aku lembut dan bagi.
Pastu terkenaaaaa lagi.
Kadang aku terfikir, orang yang meminjam pastu takde ikhtiar nak bayar ni, dia tak takut mati ke?


2022-01-11

Pakai spek besar pun takde hal.

Sabtu lepas, Redza balik ke Langkawi semula.
Rezeki Allah, 2 tahun terakhir dia di sana, dia lebih banyak habiskan masa di rumah dengan kitorang.
Walaupun beliau sejenis ada ke, takde ke, rumah tu macam takde beza, but at least aku tahu keberadaan dia kat rumah tu.

Redza ni sejenis suka memerap dalam bilik.
Bak kata En Wan, Redza ni sebijik sebijon macam aku.
Boleh hidup sehari suntuk dalam bilik tak keluar.
Silap-silap esok jiran terlupa aku ada anak bujang sebab tak pernah nampak kelibat.
Dulu sebelum Covid, ada lah juga dia keluar jogging atau join budak-budak main futsal.
Sejak Covid, harammmm.
Toksah kata dia, dengan aku-aku sekali malas keluar.

Tapi memang tak sangka 2 tahun terakhir di sana, kitorang dapat banyak masa dengan dia di rumah.
Siapa sangka, kan? Alhamdulillah.
Tapi tulah, walaupun dia ada kat rumah, tak banyak yang aku boleh cerita pasal dia.
Dak Redza ni banyak nau peminat di kalangan acik-acik follower IG.
Asyik minta update Redza manjang.

"Kak Di, gambar budazah takde ke?"

"Kak Di, ceritalah pasal Redza".


Redza ni pendiam. Dia dari kecik tak seperamah Rayyan.
Rayyan ni, ko tak payah tanya dia soalan, dia yang akan tanya kau macam-macam sampai kau fedap.
Kalau Redza ni jenis senyap. Sesekali je dia bersembang.

Life Redza di rumah boleh dikatakan sangat rutin.
Dia turun breakfast selepas Zohor.
Dia ada kelas pun dia turun bawah pukul lepas Zohor. Takde kelas pun, tetap turun lepas Zohor.
Paling awal pun 12 noon.
Itupun dia turun ambil air kotak susu dan naik atas balik.
Kalau aku ada kat bawah, nanti dia tegur "Ma..."

Aku akan tanya "Nak makan? Papa ada beli nasi lemak pagi tadi".

"Nantilah".

Pastu dia bukak fridge, ambil air kotak, dan "Redza naik atas dulu, Ma".

Sekian sahajalah persembangan kami sesi pertama.

Around 3pm dia turun untuk makan nasi lemak bapak dia beli pagi tadi.
Kalau dia taknak makan sarapan bapak dia beli, dia akan makan masakan lunch aku buat.
Selalunya kali kedua dia turun ni aku takde kat bawah.
Samada aku di bilik buat kerja, atau aku masuk ofis.
Pandai-pandai kaulah cari makanan.

Kalau aku balik dari kerja, kadang-kadang dia ada di hall, atas sofa, samada tengah baring baca buku atau baring layan henfon.
Masa ni bermulalah sembang sesi ke-2.

"Ma.." (dia tegur aku masa aku masuk rumah).

"Redza, dah makan?"

"Dah.."

"Adik mana?"

"Kat bilik".


Kau nampak tak, sepatah sepetah je dia bercakap.
Kalau aku mak aku balik keje, panjang jawapan aku.

"Kau sapu rumah tak?"

"Sapu. Hall sapu, dapur sapu, porch sapu, laman pun sapu dah. Atas je tak sapu sebab semalam dah sapu, esoklah pulak."

Kau nampak tak cara aku jawab?
Bukan saja padat malah berani pulak minta diskaun bilik atas sapu besok. Kahkahkah.

Dan Redza ni suka duduk dalam gelap.
Kalau ada lampu, dia hanya bukak side table lamp saja.
Dia suka keadaan yang dim dim gitu.
Aku sampai je rumah rimas tengok rumah malap, terus PAPPP tekan suis.
5 minit lepas tu nanti Redza naik bilik. Hahahah.

Malam pun macam tu juga, dia tak boleh makan awal.
Maybe sebab dia dah makan lewat petang.
Kalau dia nak dinner, dia makan around 10pm.
Kalau tak, dia tak dinner lansung.
Aku tak tahulah dia ni kategori senang dijaga atau apa.

Makan memang takde masalah. Dia boleh buat sendiri.
Masak apa pun boleh makan.
Oh tapi Redza tak makan udang and daging merah.
Bawak dia pi Dolly Dimsum pun cari nasi goreng sebab dim sum mostly isi udang.

Hari tu sebelum balik ke sana dia minta nak beli new spec.
Aku tanya spec yang sekarang ni tak ok ke?

"Ok, tapi Redza ingat nak buat yang baru untuk belajar. Yang pakai sekarang ni boleh buat untuk sport".

Wow!! Begitu, ya anak-anak sekarang.
Ada spek mata untuk belajar dan sport.
Aku dulu itulah spek blaja, spek mengaji, spek jalan, spek bersenam, semuanya all in one.
Sampai dah senget bingkai pun aku lenjan.
Konsepnya asal kanta tak terkeluar dari bingkai, masih boleh dipakai.
Aku cakap dengan En Wan kalau dulu aku mintak nak spek baru sebab saja-saja nak ada 2, konfem aku tido porch malam tu.

Aku start pakai spek umur 12 tahun, Darjah 6.
Tapi, mata aku ni dah start rabun masa umur 10 tahun, cuma masa tu tak tahu itu adalah petanda rabun.
Aku always minta tempat duduk depan supaya nampak black board.
Darjah 5 masa KKM datang skolah untuk check gigi and mata, nurse memang dah kata aku kena pakai spek tapi aku tak berani nak bagitau Mak Aji.
Karang kena marah. Aku buat diam je.

Until Darjah 6, aku kena marah dengan nurse sebab dia ingat aku mengada-ngada nak pakai spek bila check mata baris ke-3 aku dah tak boleh baca.
That's how teruknya mata aku waktu tu.
Aku cakap aku memang tak nampak.
Nurse tulis surat (something macam form) untuk bagi kat parents.
Mak Aji baca surat tu, aku yang kena marah (seperti dijangka).

"Banyak sangat tengok TV, mata jadi teruk. Lain kali tengok lagi depan-depan biar termasuk terus dalam TV tu!"

Walhal, punca aku tengok TV dekat-dekat sebab dah tak nampak sejak umur 10 tahun lagi.
Nak tak nak, kena buat spek.
Aku cakap kat En Wan, itulah bezanya bila kita bukan dari orang berduit.
Orang tak berduit ni kalau boleh jangan sakit dan jangan ada penyakit.
Kalau tak, nanti bawa masalah.
Masalahnya duitlah.
Bila mata dah rabun, nak kena buat spek semua tu kena pakai duit.
Tu pasal aku kena marah.
Elok-elok duit boleh buat benda lain dah kena buat spek aku.

Disebabkan aku tahu aku tak berduit, aku pakai spek yang sama sampai Form 2.
Dari Darjah 6 sampai Form 2 selama 3 tahun tu aku pakai bingkai dan kanta yang sama.
Bingkai tu sampai dah terkangkang sebab kepala dah besar.
Bingkai spek tu dari depan nampak kecik sangat berbanding muka.
Tu yang aku selalu kena ejek tu.

Form 3 aku tak tahan dah pakai spek yang dah lunyai, aku minta untuk tukar.
Nasib baik dapat.
Kali ni aku beli yang besar terus.
Dia punya besar tu, bingkai tu cecah ke pipi aku. Hahahaha.

Nampak tu? Aku tak tipu punya. Aku cakap betul.
Gitulah besornya spek aku.
Walaupun aku tahu kelakar pakai besar, tapi dalam kepala aku satu je aku pikir - supaya kekal lebih lama.
Kalau kepala atau muka aku membesar nanti tak payahlah aku asyik nak tukar je.

Last spek aku tukar masa aku matrik.
Masa dah ada duit MARA u olsss. Dapatlah beli yang stylo sikit.
Aku pakai bingkai besi pulak. Saja nak bagi nampak bijak sikit.
Itulah spek terakhir sebelum aku bertukar pakai contact lense tahun 1997.

Dah 25 tahun pakai contact lens.
Belum ada cara-cara nak buat LASIK sebab rasa macam tak perlu.
En Wan banyak kali ajak aku pi check "Meh la, abang belanja".

Dia sebenarnya bukan apa, bila dah terbiasa berlebih-kurang dengan banyak hal, semua benda pun aku jadi macam "Alah, takpelah".
Ini bukan soal siapa nak belanja.
Kau rasa someone yang willing pakai spek bingkainya dah terkangkang dan sengaja pilih bingkai besar sampai ke pipi kisah ke nak buat lasik? Ahgitu.


2022-01-10

Birthday Pak Aji yang ke 72 tahun.


Semalam (9 Jan), sepanjang malam aku mengerang menahan sakit.
Aku tak sure apa puncanya.
Dia macam ni tau, semalam aku start awal macam biasa.
Tapi selalunya start early, duduk depan laptop buat kerja.
Semalam mula-mula sekali buat kuey teow goreng.
Aku dapat isi kerang fresh dari blog reader.
Fresh gila merah-merah gemuk-gemuk lagi isinya.
Hat ni nanti kau review.

Dah settle masak, terus ke step seterusnya iaity menyiang stok barang basah.
Menyiang, membasuh, menyimpan.
Kerja-kerja ni pun biasa buat dah.
Walaupun tak setiap minggu, tapi kalau sekali buat tu lengkap dengan ayam 2 ekor, sotong sekilo, udang sekilo, tok nenek ikan dan paru.
Paru selalunya pakej merebus dan memotong selepas direbus.
Sambil-sambil tu mengemas dapur sekali.
Dah alang-alang buat kerahan tenaga, maka apa yang tak berkenan kat mata sekali jalan aku settlekan.

Lepas settlekan barang basah, naik mandi pastu baring kejap.
Dapat nap 30 minit, turun bawah untuk masak memasak pulak.
Semalam aku ajak orang Bangi datang ke rumah.
Saja je nak celebrate birthday Pak Aji sehari awal (birthday Pak Aji hari ni 10 Jan).
Bukan apa, kalau dorang yang datang rumah aku, dapatlah aku sedia apa-apa yang patut.
Lebih selesa aku nak memasak sebab dah biasa dengan dapur sendiri.
Karang kalau masak-memasak kat Bangi, aku dah tak berapa reti memasak kat rumah orang (walaupun itu rumah mak bapak aku).
Kalau masak-memasak kat rumah sendiri, kalau tiba-tiba nak mintak beli barang-barang tambahan, En Wan dah biasa dengan kedai-kedai kat sini.
Dia dah tau mana nak tuju.

Semalam aku buat ikan kerapu sweet sour, asam pedas ikan merah, sayur togeh ijau goreng, tempe goreng and sotong goreng tepung. Tomyam aku beli.

Yang takde dalam gambar adalah asam pedas ikan merah.

Ok part ni aku hangin sikit.
Aku plan nak order tomyam Absolute Thai.
Malas nak masak tomyam sendiri sebab takut tak sempat.
Lagipun tomyam aku tak sesedap Absolute Thai.
Sekali tengok kat Grab, Absolute Thai closed pulak.
Maybe hari Ahad dia taknak ambil order grab sebab ramai orang kat restoran.
Aku pun belasah je lah apa-apa kedai pun dalam Grab tu asal yang ada tomyam.

Nampak la satu kedai ni nama Ala Carte Thai Primawalk Puchong.
Tengok harga situ RM10.90.
Aku syak ini mesti sikit je ni kuantiti dia kalau setakat RM10.90.
Aku order 3 bungkus. Sekali yang datang rupa ini [gambar atas].

Datang 3 bungkus.
Setiap satu bungkus tu aku cedok masuk dalam periuk.
Diulangi, aku CEDOK tau, bukan tuang terus dari plastik ke dalam periuk.
Aku cedok sebab nak tengok isi.
Satu kali cedok, dalam senduk semuanya sampah - serai, halia, bawang.
Isi tak jumpa lagi. Isinya hanya sotong 2 ketul yang kecil, ayam yang dipotong chunk kecik-kecik.
Udang dapatlah sebungkus 2 ekor yang kecik.

Hangin betul aku.
Inilah yang aku malas layan sesetengah kedai melayu.
Kuah tomyam je lebih, isinya haruk.
RM10.90 sebungkus dengan isi yang tak sampai penuh satu senduk, memang good luck lah dengan masa depan kau.
Lepas ni kalau tak dapat tomyam Absolute Thai, aku akan masak sendiri je lah.

Baiknya laki aku.
Aku minta dia pi cari bunga kantan and daun kesum untuk buat asam pedas.
Aku minta dia carikan kek kat Berry's sekali.
Rupanya dia ke Main Place untuk beli kek Komugi.

"Birthday Papa, takkan nak kek Berry's".

I is terharu.
Bukan apa, aku taknak menyusahkan dia kena keluar dari Putra Heights, tu yang aku pesan beli kek kat Berry's je.
Kalau aku tau dia keluar sampai ke Main Place, boleh aku susahkan dia beli Starbucks terus.

Ini namanya Black Forest kek yang super duper sedap!
Kek Komugi belum pernah mengecewakan lagi.
Lebih sedap dari Secret Recipe.
Kecik je tapi mahal. Tapi sedap. Tu yang penting.
Terubat sikit sakit hati aku dengan tomyam yang penuh sampah tu.
Yang penting semua kata kek Black Forest Komugi ni sedap.

Alhamdulillah Pak Aji dan 72 tahun hari ni.
Nikmat rasanya di usia aku 44 tahun masih boleh celebrate hari jadi orang tua.
Semoga Papa diberikan kesihatan, kuat tubuh badan untuk menjalankan ibadah dengan sempurna.
Alhamdulillah juga 2 hari lepas Pak Aji and Mak Aji dah ambil 3rd booster.
Syukur takde demam ke apa ke. Aku je baru nak cucuk minggu ni.

Yang ni acara wajib, tak kira saiap punya birthday, mesti ada satu scene untuk dia tiup lilin juga.

Si kecik kat belakang tu kesayangan En Wan.
Hari-hari dia zikir kat telinga aku nama anak sedara aku ni.
Yang si kecik ni pulak suka dengan Palong dia.
Dengan Malong je dia kena tenung dan kaji dulu sebelum serah diri.
Semalam masa sampai-sampai dia tenung je aku.
Mesti dalam hati cakap "La, rumah si petir ni rupanya. Kalau aku tau, aku taknak ikut"πŸ˜†.

Lepas semua dah balik, kitorang bertiga lepak dalam bilik layan Gegar Vaganza.
Masa ni aku dah terasa-rasa lenguh lengan dua-dua belah.
Aku cakap kat En Wan agaknya aku non-stop berkerja dari pagi tadi buat itu ini.
Tapi yang pelik kaki aku tak lenguh pulak padahal kaki ni berdiri hampir sepanjang hari.
Aku terasa macam heavy gila lengan and bahu masa Isyak. Nak menghabiskan 4 rakaat tu lambat gila rasanya. Dah kenapa aku ni.

Pastu tido.
Masa tido tengkuk and bahu aku rasa sakit gila, like SAKIT GILA!
Aku tukar bantal, sebab ingatkan bantal aku tak sesuai.
Tapi takde perubahan. Macam bertambah sakit.
Minta En Wan tampalkan salon pas kat dua-dua bahu.
Terus makan Panadol actifast and ubat selsema supaya aku boleh tido cepat.
Tapi terjaga pukul 1am sebab terlampau sakit.
Mencucuk-cucuk kat bahu, tengkuk and now sampai la lengan dua-dua belah. Dah kenapa aku ni.
Dah terbayang macam-macam, kot ada santau ke apa ke.
Sambil cuba lelapkan mata, sambil istighfar.
Selalunya kalau aku takleh tido aku istighfar mesti lepas tu lalok.
Tapi kali ni kenot gi.

Dari pukul 2 sampai 4 pagi aku tido duduk bersandar dalam keadaan mengerang sakit.
Laki aku kat sebelah sadaqallahualazim dia memang tak dengar bini tengah mengerang.
Aku pun malas nak kejutkan.

Aku pernah rasa sakit macam ni, sebijik macam ni, masa aku kat Madinah.
Dia punya sakit tu tangkap kat tengkuk, bahu, sampai rahang sekali.
Lepas tu aku teringat masa kat Madinah tu aku makan pain killer.
Terus geledah laci ambil pain killer, makan.
Memandangkan masa tu dah pukul 4am, aku malas nak tido sebab selalunya aku akan bangkit 4.30am.
Jadi aku pun bersandar rilek-rilem sambil tahan sakit.
Tau-tau aku tersedar pukul 10.30am dalam keadaan elok je berselimut.
Ni mesti laki aku ubah kedudukan tidur aku.

Menggelupur bangun sebab sah-sah terlajak Subuh.
Laa rupanya period.
Baru aku teringat masa aku kena the same attack kat Madinah, macam ni juga, yang rupanya aku period.
Semalam tak terpikir nak check, nasib baik tak tembus cadar aku.
Teruk betul PMS aku kena kali ni. Sampai tangkap kat bahu tengkuk segala.
Aku mati-mati ingat kot aku benda-benda halus tersangkut kat aku.
Mana lah tau kan tetiba ada jin bertenggek atas bahu aku tu yang sakit sangat tu.
Rupanya period.
Perasan gila jin nak bertenggek.
Jin tengok aku pun gostan agaknya.
Aku punya mengilai pun boleh demam jin dengar.


2022-01-07

Zon selesa adalah tempat merbahaya.




One thing yang aku enjoy memprivatekan akaun media sosial, atau limitkan kepada siapa yang boleh komen, atau menutup ruangan komen di blog adalah malas melayan komen orang yang dia rasa dia cukup kenal kita.
Contohnya semalam aku share kat FB video aku atas ni.
Ini video throwback ke Bandung tahun 2014.
FB aku public boleh view. Tapi hanya frens saja boleh komen.
Ada Hamba Allah ni agaknya ternampak post aku (tak mungkin seorang stalker, kalau stalker mesti tahu banyak pasal aku πŸ˜†).
Agaknya lepas tengok video tu teruja nak send komen kat messenger FB (sebab YT pun aku off komen).
Di penghujung video aku mention “…rupanya kami kembali ke Bandung setiap tahun”.

Kau tau dia tulis apa?

“Daripada pergi Bandung banyak kali, lebih baik duit tu bawak pegi umrah”.

Aku macam…kau ni datang dari mana?
Konfiden je aku tak pergi umrah lagi.
Inilah punca-punca kenapa aku malas kumpul “follower” tak tentu arah.
Sometimes yang ramai-ramai ni park je.
Bukan dia follow pun. Dia tak tahu pun hal kita. Sekali lalu je.

Maka perlukah aku reply “Saya dah pergi umrah 3 kali, kak”.

Tak perlu, ya.
Biar dia feeling menang. Gasak kau situ.
Dia tak tau aku champion in ignoring people.
Yang aku pernah kenal pun aku boleh buat dek, lagikan yang aku tak kenal.

Pelik betul dengan penyakit netizen zaman sekarang.
Asal dia nampak orang spend lebih, atau banyak melancong, atau shopping, ayat dia mesti bitter.

"Jangan lupa sedekah juga".

"Zakat jangan lupa bayar".

"Kalau aku, baik aku pergi umrah bawa mak bapak. Lagi seronok".

Konfiden gila orang tu tak bersedekah tak berzakat tak berumrah.
Banyak pula masa kau mengkaji ke mana orang tu spend duit dia, ya.
Kan elok masa yang banyak tu diguna untuk pikir macamana nak cari jalan nak bawak mak bapak kau ke umrah.
Dari sibukkan hal umrah orang lain, ce bawak mikir hal umrah sendiri.

Oh sebut pasal menang tadi, ada sorang follower tanya macamana nak respond kat kawan yang tak habis-habis up tentang berat badan.
Contoh “Shopping baju today, masih maintain XS”, atau “I am proud of my body”, atau “Masih muat jeans 27 walaupun ibu anak 3”.

Aku tanya “Kawan awak tu jual produk kurus ke?” πŸ˜†

Tak.

Ok. Takpe.
Sebenarnya bila seseorang kerap sangat update sesuatu perkara dengan agak kerap seperti tu, maknanya itulah achievement dia yang paling best dia pernah capai.
Seseorang yang kerap achieve new achievements tak akan pegang pada satu achievement saja.

Kalau kejap-kejap dia mention pasal body dia yang dah slim, maknanya itulah achievement dia yang paling best.

Kalau kejap-kejap cakap pasal kereta, itulah achievement dia paling best.

Kalau kerap mention pasal followers ratus ribu, itulah achievement dia yang paling dia proud.

Kalau kerap sebut pasal sale 1 juta, maknanya itulah greatest achievement dia.

Jika kita adalah orang sebegini, itu tandanya we stop growing.
Maksudnya kita stuck di comfort zone.
Tiada growth. Tiada learn new things. You stop learning.
Achievement should be celebrated kejap je, then move to another level pulak.
Keep on doing new things and create new achievement.

Your comfort zone is a dangerous place.
Comfort zone bukan petanda dah berjaya, ya.
Itu cuma petanda you have achieved satu milestone.
Celebrate kejap and move another level.
Kalau balik-balik kau mention pasal achievement itu saja, tandanya you stop growing.
Dah takde achievement baru, dah takde challenge baru.
Lama-lama jadiklah orang yang syok sendiri.
Orang lain dah achieve bermilestone-milestone, kau dok canang benda sama.

Sebut pasal 1 juta, pernah ternampak orang komen “Kalau bisnes saya cecah 1 juta banyak yang saya nak buat. Nak pi umrah dengan family, nak belikan isteri bla bla bla bla..”

Aku nak komen tapi pikir-pikir balik takyah la.
Biar la dia happy gitu, karang kalau aku cakap dia kata aku negatif pulak.
Cuma aku nak tolong bagi pencerahan sikit.

Katakan sales tahun tu RM1 juta, anggap margin separuh, maknanya company ada untung kasar RM500K.
RM500K bahagi 12 bulan dapat RM41,666 sebulan. Banyak ke sikit ni? SIKIT.

Dari RM41,666 ni tolak gaji pekerja [katakan sorang je], plus gaji kau. Total semua RM10K.
So now ada balance RM31,666.
Tolak bayar sewa opis and utilities katakan RM3K. Balance now RM28,666.
Ini boleh buat joli? Belum lagiiiiii.

RM28,666 ni ketepikan at least RM10K untuk produce new product/RnD. Now tinggal RM18,666.
Ketepikan RM3000 untuk buat marketing [ni paling cikai punya bajet marketing sebulan]. Now tinggal RM15K.
Maka inilah duit balance yang sebenar-benarnya.
Tapi jangan kerenyaikan, sebab ini duit company, bukan duit gaji.
Gaji dah ambik dah tadi.
Duit balance ni duit emergency.
Kot la nak attend seminar, nak outstation, nak hantar staff ambik course/training, etc.

Nak pi umrah, nak pi melancong, nak hadiah mak bapak, isteri and anak-anak tak perlu tunggu sampai sales hit 1 juta sebab kau tak nampak the hidden truth di sebalik 1 juta tu.
Dengarlah cakap acik ni ha.

Ada cita-cita tu bagus tapi mesti nak tau ‘belakang tabirnya’.
Bukan apa, supaya kita be prepared.


2022-01-05

Nak award boleh bayar saja.


Sila baca post di atas. Post tu baru lagi, 9 Dis 2021. Fresh.
Aku pernah tulis tentang isu ni di blog pada 16 January 2020.
Hampir 2 tahun lepas.
Bermakna, selama hampir 2 tahun, bisnes award-mengaward ni masih bertahan walaupun agak mengarut.
Bisnes sebegini laku sebab manusia memang sukakan kemasyhuran.

Manusia memang suka dipandang hebat, dikenali, nampak berjaya - walaupunnnnnn.
Aku tak katalah semua yang dapat award tu tak layak, tapi dalam isu yang post di atas ketengahkan, nampaknya begitulah.
Bisnes macam ni wujud sebab demand ada.
Mana cukup bergambar depan kereta mewah, kalau dapat award macam ni barulah nampat legit orang kata.

Aku juga pernah dioffer award ni.
Entah mana dia dapat nombor aku.
Tapi rasanya dia bukan call aku, tapi call ofis.
Dia interested nak tahu tentang Halal kit aku.
Aku invite dia datang ofis.
Mula-mula dia tanya pasal kit aku.
Aku explain dengan panjang lebah, siap buat demo bagai depan dia.
Ingatkan nak jadi ditributor, rupanya nak bagi award kat aku sebab katanya tak ramai orang buat kit ni.
Wow! Dapat award. Terharu I!

Aku ingatkan ye ye lah dia nak bagi award rupanya kena bayor, ya.
Nak participate kena bayar RM500.
Aku cakap aku taknak participate.
Malah, aku sebenarnya takde clue lansung bisnes macam ni wujud.
Ingatkan selama ni yang aku nampak gah founder tayang dapat award ni, award tu, tak melibatkan duit. Rupanya bayar, ya.
Dia kata company yang nak participate kena bayar RM500 untuk registration.
Company yang less than 5 years awardnya nama lain.
Company yang dah more than 10 years awardnya nama lain.
Tapi nama-nama award semua nama best-best lah.

In order nak dapat award-award ni, on top of registration RM500 tadi, kau kena bayar around RM30-50K untuk securekan the award.
Memang ada juri yang akan mengadili produk/company kau tapi bukan mengadili samada kau menang atau tak.
Kau tetap akan menang award.
The juri hanya akan mengadili kategori mana kau menang. Menang tetap menang.
Maybe kau tak menang kat award "Best Muslim Food" tapi menang award "Best Muslim Natural Food Product Bake From Home". Haaaa, gitu panjangnya.
Eh kata dah bayar puluh ribu kan, mestilah menang.
Kiranya, RM500 registration tu yuran untuk "Berminat untuk join".
Tapi kalau nak menang, kena tambah berpuluh ribu lagi.

Maksudnya kat sini, kalau kau berduit kau boleh buat apa saja.
Kan selalu orang kata "Duit bukan segalanya".
Memanglah bukan segalanya.
Tapi kalau berduit, benda-benda gini boleh di-create. Ada duit kan.
Bukan tak bagus award seperti ni, baguslah untuk marketing.
Tampalkan kat produk supaya orang lebih yakin.

"Best Brand of the Year"

"Top 10 Asia Best Product"

"Best CEO Award"


Gah sikit bunyinya, kan?
Tapiiii, kalau kau tak promote produk kau, orang takkan tahu pun kau dapat award tu.
Jadi, the keyword is, kena market your own produk juga.
Kalau marketing bagus, produk kau bagus, you don't really need those award pun.

Tadi, aku join satu live session di LinkedIn oleh someone yang katanya win banyak award.
Dan dia pun selalu bercerita tentang award-award dia.
Tapi yang pelik dia tak pernah share feedback dari customer dan distributor.
Takde bukti bergambar tentang placement produk atau road tour atau exhibition atau meeting dengan distributor. Takde.
Let alone testimoni customer.
Yang dia rajin bercakap tentang kisah dia berjaya membangunkan bisnes tapi bisnesnya tak jelas.
Tadi aku ternampak dia buat live, 14 orang je join live.
Agak pelik di situ.
Macamana seorang yang katanya banyak dapat award tak boleh pull crowd yang besar semasa live?
Now aku terfikir tentang award-award yang dia pernah dapat.

Tak dinafikan mendapat award adalah cara terbaik untuk membina kredibiliti.
Menang award in a way memberitahu orang ramai yang our business telah diadili oleh pihak ketiga and come out on top.
Itupun kalau award tu jujurlah.
Ramai yang selepas menang award dipanggil jadi speaker, dipanggil jadi juri, dipanggil buat kem motivasi.
Bermakna, bisness award-mengaward ni mencapai matlamatnya.
Matlamat dapat award pastilah untuk lebih dikenali (for marketing), betul tak?

Mungkin inilah sebenarnya yang dicari.
Some people invest pada award sebegini untuk jual dirinya supaya lebih banyak crowd dia dapat kumpul dan selepas itulah baru dia launch bisnesnya yang sebenar-benarnya.
Tak kisahlah apa pun jalan yang dipilih cuma beragak-agaklah sikit bila dahlah kau bayar untuk dapat award, pastu feeling "Ini semua berkat usaha dan doa yang tak putus-putus..." Dem.


2022-01-04

Jangan suka melayan bila orang-orang tua dah nak mati ni bukak cerita gosip.


Hari tu sembang dengan En Wan pasal plan raya tahun ni.
Dalam minggu ni jugak nak pi beli kain buat baju melayu.
Beli kain je dulu sementara Jakel ada sale [pernah ke takde sale si Jakel ni?].
Pastu mencongak nak balik mana raya ni.
Eh apehal nak mencongak pulak? Bahan bukti semua ada dalam blog aku.

Tahun 2019, raya Tganu.

Tahun 2020, patut turn Bangi tapi PKP kita semua terkurung di rumah sendiri.
Tapi tahun tu rumah aku jadi port orang Tganu berkumpul.
Dah macam beraya kat Tganu.
Maknanya, dah macam beraya di Tganu juga. Dahlah menu pun Tganu.

Tahun 2021, patut turn Tganu tapi sekali lagi tersadai kat rumah sendiri.
Dah berhutang banyak dah ni tak balik berkumpul kat Bangi.

Tahun 2022 of course lah BANGI.
Jangan nak spin-spin fakta, ya.
Tahun ni memang SOHIH turn Bangi.
Maka, adik-adikku sekalian, marilah kita berdoa raya tahun ni takde sekatan lagi.
Sama-sama dapat kumpul kat Bangi for raya.
Tapi rasanya tak buat dah open house raya.
Aku tak berani nak ajak orang datang rumah ramai-ramai.
Walaupun ramai dah start buat kenduri-kendara, biarlah.
Bukan semua tetamu kita boleh handle.
Jenis yang faham, faham. Dapat yang tak faham bahasa, payah.
Mulalah nanti aku nak merempan je.

Ha sebut bab merempan, hari tu nampak quote ni:

Gitu katanya.
Somehow it's true.
Mana ada orang nak merempan tak tentu hala kalau takde penyebab, betul tak?
Mesti ada puncanya. Nak tahu apa puncanya, tunggu esok kalau si punca dah takde.
Masa tu boleh nampak si perempan akan senyap tak merempan dah.
Itu tandanya punca dah takde la tu.

Kelmarin aku buat post pasal expenses rumah tangga.
Macam biasa, everytime topik kontroversi macam ni, menderu email dan DM masuk.
Semua luahan hati.
Ada sorang tu (isteri) menjaga nenek suami.
Maksudnya nenek suami duduk sekali dengan dorang laki bini.
Nenek tak sakit, cuma dah tua. Tapi masih kuat. Umur 80-an.
Aku tanya kenapa nenek duduk dengan cucu tak duduk dengan anak.
Katanya mak mertua pun dah tua, tak larat nak menjaga orang yang lebih tua dah.

Then this lady bagitau karenah nenek di rumah.
Suami pun dah tak selesa dengan karenah nenek sendiri tapi tak tahu nak buat macamana sebab mak tak nak terima nenek balik ke kampung.
Macam pelik, kan?

Dipendekkan cerita (malas aku nak cerita detail sebab panjang sangat), nenek ni suka mengajak-ajak orang berkumpul kat rumah.
Tiap-tiap minggu ada saja cousin, makcik pakcik dan bau-bau bacang datang ke rumah.
Naik bosan katanya asal hujung minggu terpacul orang depan rumah nak ziarah nenek.
Dorang jadi susah nak bergerak.
Kalau nak keluar pun nak kena masak macam-macam dulu sebab nenek dah bagitau si polan-si polan nak datang kejap lagi.

Itu saja ke? Ohh takk. Itu baru satu part.
Part keduanya, nenek dia suka bergosip dan cerita hal anak-menantu.
Bab ni si suami tak berapa suka sebab nenek mengumpat pasal mak bapak dia depan sedara-mara.
Hujung-hujung melibas cucu menantu sekali (the lady yang follow aku ni).

This lady tak bertudung.
Yang buat this lady kecik hati, masa mereka saja di rumah, nenek dia macam ok je.
Takde sikit pun tegur dia tak bertudung.
Tapi setiap kali ada tetamu, asik diperlinya.
Mula-mula tu pakcik-makcik ada cakap "Toksah ambik hati, orang tua memang macam tu".
Tapi bila dah kerap sangat, dia jadi sakit hati.
Bila sakit hati, nak marah nenek tak boleh, maka marahlah suami.
Jadinya, hampir setiap minggu bergaduh puncanya tak ketahuan.
Kadang-kadang bergaduh benda yang tak masuk akal.

Dah 2 minggu lebih neneknya balik kampung.
Akan balik semula ke sini hujung minggu ni katanya.
Dorang laki bini akan jemput nenek.
Dia dah risau. Dia kata sepanjang nenek takde, dia dengan suami aman-aman and sweet-sweet je.
Dengar nenek nak balik, tak semena-mena dia jadi stress dan mula bertekak.
Sekali lalu pulak blog post aku pasal expenses keluarga, tak pasal-pasal itu jadi punca bergaduh dengan suami.
Padahal selama ni tak pernah ada dispute tentang perbelanjaan rumah.
Dia realized dia stress sebab nenek nak balik semula.

Hmmm...aku yang membaca luahan hati pun terasa stress.
Rasanya dah banyak kali aku mention di FB, di blog, di IG - punca pergaduhan suami isteri ada dua je.
Kalau tak kewangan, mesti masalah orang ketiga.
Dan orang ketiga tu tak semestinya perempuan perampas, ya.
Bukan sikit-sikit kes cerai-berai ni datang puncanya dari ahli keluarga juga.
Tak keluarga sendiri, keluarga mertua.
Bila ada orang yang tak sedar letak duduk diri, gitulah jadinya.
Rumah orang buat macam rumah sendiri.
Harta orang buat macam harta sendiri.
Mengarah orang suka-suka tekak dia.
Pandai-pandai buat plan tak bincang dengan kita tau-tau terpacul depan rumah.
Ni semua punca kita jadi merempan.
Bila kita merempan, dikatanya kita "asyik nak merempan".
Dia tak tau puncanya datang dari dia.

Ni lagi satu bab makcik-makcik yang pesan "Biasalah tu, orang tua".
Hat ni aku cukup tak berkenan.
Asal orang tua je maka semua boleh.
Biarlah orang tua tu nak cakap apa pun, biar sebab dia orang tua. Gitu?
Sebab itulah agaknya some orang tua rasa dia betul memanjang.
Sebab takde yang menegur.
Takut jatuh derhaka. Takut orang tua kecik ati.
Padahal tegur tak semestinya menengking.
Cakap baik-baik pun menegur juga.

Ni lagi satu, suka nau melayan orang tua mengumpat anak-menantu.
Patutnya yang mendengar tu jangan melayan bila orang-orang tua dah nak mati ni bukak cerita gosip. Jangan dilayan!
Lama-lama nanti dia tahu kau tak berminat nak mendengar, dia akan stop sendiri.
Ini tak, dah kau pun melayan mana tak seronok orang tua tu.
Elok sangat lah biarkan orang-orang tua yang dah bau tanah ni mengumpat.
Akal duduk kat kepala lutut agaknya.

Come to think of it, kadang kita tengok apesal orang tua ni duduk rumah orang tua, duduk rumah cucu, padahal anak sendiri ada lagi.
Jangan banyak sangat assume, kena kaji dulu kenapa jadi macam tu. Mesti ada sebabnya.
Just like macam kes nenek ni.
Aku rasa maybe itulah punca kenapa dia terpaksa duduk dengan cucu.
Bukannya anak sendiri taknak jaga, maybe anak menantu pun kecik hati dah dengan mulut maknya.


2022-01-02

Tak contribute tak apa, asalkan jangan demanding tak masuk akal.


Benda-benda macam ni kena ada penerangan sebab wanita-wanita memang suka gunakan benda-benda macam ni untuk cari bahan bertekak ngan laki masing-masing.
Bila dia kata MESTI GUNA DUIT SUAMI, bukan bermakna asal kau nak mentekedarah semua laki kau kena bayar.
Atau kau nak duduk rumah cantik main tunjuk je nanti laki kau bayar.
Atau nak beli baju Jovian laki kena bayar.
Atau nak anak sekolah yang best tapi laki kau kena bayar sorang.
Bukan macam tu, ya.

Ada some perempuan bila nampak info-info ringkas macam ni, dia gunakan untuk menangkan diri sendiri.
Dia ingat hal-hal perbelanjaan rumahtangga semudah poster tu juga.
Semalam Pak Aji and Mak Aji lepak rumah aku, banyak benda dia share pasal kisah dorang berkongsi perbelanjaan.
Memanglah kalau ikut Islam expenses ni 100% atas suami sebab tugas mencari nafkah pun suami.
Tapi kita as isteri pun tidaklah mampu jadi seperti Fatimah yang buat roti pun from scratch - relaikan gandum sendiri.
Kalau kita sedar kita tak mampu nak buat gitu, bermakna kita kena considerlah hal-hal expenses ni.
Tak contribute tak apa, asalkan jangan demanding tak masuk akal.

Kalau aku, duit pasar and groceries memang duit En Wan.
Tapi dia beli yang perlu dan seadanya.
Kalau aku suruh beli teh, dia akan beli apa saja teh asalkan namanya teh, selalunya teh biasa Lipton.
Kalau tiba-tiba tekak aku nak berubah minum Earl Grey, maka aku beli sendiri.

Beras pun En Wan beli asalkan namanya beras.
Tapi memandangkan sejak aku mengandung Dr suggest bertukar ke Faiza Beras Poni (nak kawal sugar), sampai sekarang kitorang makan beras ni.

Nak coke? Nak cheese? Nak coklat Kit Kat?
Semua tu bukan keperluan, hanya keinginan tekak.
En Wan beli juga kadang-kadang walau tak dipesan, cuma kalau aku nak lebih-lebih tiba-tiba capai ice cream Hiagen Dasz, capai gyoza, capai frozen lamb, capai Parmesan cheese - hat ni aku top up duit aku.
Selalunya En Wan bayar dulu, kendian aku transfer jumlah yang aku kena top up.

Ini bukan soal berkira, tapi timbang-rasa.
Apa guna aku kerja kalau tak nak berkongsi.
Nak makan sedap tapi suruh laki bayar.
Abis duit aku buat apa? Peram bawak masuk kubur?

Belanja pasar pun sama, duit En Wan.
Dia kalau ke pasar complete bawak balik sotong, udang, ikan, ayam, daging and sayur every week.
Ini memang barang basah wajib beli. Tak pesan pun dia akan beli.
Tapi kalau tekak aku tetiba nak makan kambing, aku beli.
Terasa nak makan ketam aku beli.
Terasa nak makan telur ikan tenggiri sendiri beli.
Kadang-kadang kalau En Wan teringin makan yang pelik-pelik, dia beli.
Setakat ketam dia takkan berkira tapi itu tak termasuk dalam perbelanjaan wajib ada.
Yang wajib beli tanpa disuruh adalah binatang-binatang yang mention awal tadi.

Tak pun, kalau malas nak siang semua barang pasar, aku order online je sebab dah siap basuh and pack cantik-cantik.
Selalunya yang ni mahal sikit caj dia. RM200 sekali beli tak lari.
Katakan budget weekly barang pasar RM150 (contoh), aku minta RM150 je dari En Wan, balance aku top up sebab aku yang demand taknak siang bagai, kan.

Ada isteri demand nak macam orang lain, beli kat Village Grocer, beli yang dah siap siang, beli yang organik - tapi dia tak tengok kemampuan suami.
Kalau suami kita mampu beli ayam kat pasar malam, itu dah bagus sebenarnya.
Kurang-kurang dapat jugak kau makan ayam.
Cuma kena rajin sikitlah menyiang, membasuh, menyimpan. Ini tak.
Nak ikut orang. Orang beli yang organik, dia pun nak organik.
Tapi taknak topup. Macamana tak bengkok laki kau.

Peralatan mandian.
En Wan belikan kitorang shower gel Dove.
Shampoo and conditioner pun Dove.
Dove tu tak mahal dan tak murah.
Just nice untuk kegunaan sekeluarga.
Tapi sebab aku suka bilik air extra wangi, aku beli sabun lain kadang-kadang.
Ikut mood. Kadang BBW, kadang Body Shop. Beli sendiri.
Shampoo aku pakai Herbal Essence, sebab aku suka baunya. Jadi, aku top up lain.
Ubat gigi En Wan belikan Darlie.
Setiap kali shopping groceries dia akan belikan 2-3 ketul Darlie dengan 10 batang terus berus gigi Colgate.
Senang kalau nak ganti-ganti stok dah ada.
Tapi aku mengada nak pakai Sensodyne and berus gigi Oral B.
Jadi, beli sendiri.
Dia macam tu la, kalau mengada nak lain dari apa yang suami sediakan, jawabnya pakai duit sendirilah.

Masa anak-anak bersekolah tadika dulu pun kitorang share.
Aku nak masukkan Redza Smart Reader Kids.
Dulu inilah yang paling gah.
Tapi dulu Putra Heights kawasan baru, cawangan Smart Reader kat sini tak memberansangkan lansung.
The best masa tu CEC Kids. Akhirnya masuk sini.
Sama-sama setuju nak kat sini maka sama-sama share. Kongsi 50-50.

Duit sebenarnya tak berapa nak ada pun masa tu.
Muda lagi, kerja pun masih baru, dengan ada bibik lagi, loan rumah lagi.
Walaupun kalau nak ikut Islam nafkah anak tu suami kena cover tapi tak sampai hati aku.
Kita nak anak sekolah yang bagus, maka kita kena sama-sama kongsi duit skolah.
Mana boleh nak anak sekolah gah tapi main modal air liur je.

Makan minum pun gitu.
Disebabkan En Wan tak pernah gagal membelikan barang-barang pasar, maka aku sepatutnya tidak boleh gagal untuk memasak.
Malangnya aku pemalas πŸ˜‚.
Bila penyakit malas aku datang, aku selau ajak makan luar.
Bila aku yang ajak, maka akulah kena belanja.
Sape suruh malas masak kan? Gitu.

Kadang-kadang kalau outing, sampai time makan, En Wan ajak makan.
En Wan orangnya simple. Janji makan konsepnya.
Sebab tu dia tak pernah bosan makan kat mamak.
Kalau aku taknak makan mamak dan nak makan Dolly Dimsum, maka aku lah kena belanja dia makan tempat yang aku suka. Lojiklah kan.
Tapi selalunya dia pun suka Dolly, jadi selalunya dialah yang bayar πŸ˜†.

Benda ni common sense la sebenarnya.
Bila kita nak hidup bersama, timbang rasa perlu ada.
Baik suami, baik isteri.
Jangan ingat bila kata suami kena cover nafkah maka selagi ada kita serah suami bulat-bulat.
Islam tak kejam.
Memang suami kena cover expenses keluarga tapi bergantung pada kemampuannya.
Kalau kemampuannya hanya setakat setengah ekor ayam sebulan, kau nak makan seekor ayam setiap minggu kau top-up lah.

Pakaian baru.
Ok, seriously hat ni bagi aku settle sendiri.
Rasanya lebih berbaloi kalau apa yang dibeli tu aku benar-benar pakai.
Dan selalunya yang benar-benar dipakai adalah yang aku beli sendiri.
Setakat shawl takde hal kalau nak mintak dia belikan kalau harganya RM40.
Tapi kalau aku mati-mati nak shawl Ariani yang harga RM400, tak gamak rasanya nak minta dia belikan.
Sendiri nak rasa pakai cantik, sendiri beli.
Setakat ni semua pakaian dari tudung ke telekung ke stokin ke baju kecik baju besar semua aku beli sendiri.
Lebih senang sebab taste aku.

Rumah yang selesa dan bil.
Rumah lama aku dulu dah cukup selesa dah.
Tapi bila nampak projek rumah yang lebih cantik and lebih besar tetiba rasa nak beli rumah lain.
Jadi, share-share bayar rumah. Bil pun sama.
Rumah ada 6 bilik tido 6 bilik air yang semuanya nak dipasang aircond and heater.
Keliling pagar letak lampu. Astro sibuk nak pasang sampai 3.
Sorang satu henfon, sorang satu tablet yang di-charge siang malam.
Tapi bila bil datang bagi suami sorang bayar. Boleh ke macam tu?
Padahal kita sama-sama berkerja.
Segalanya nak cantik nak selesa, sama-sama keluar duit la patutnya.
Melainkan kita selesa dengan apa adanya, itu lain cerita.

Yang tu aku cerita kalau suami isteri sama-sama ada duit.
Yang kalau suami saja berkerja, aku rasa kena lebih bertimbang-rasa.
Bukan apa, dah nama pakai duit orang, walaupun suami sendiri tetap namanya duit orang.
Aku pernah rasa zaman tu. Masa tu sambung belajar. Tak kerja.
Pergi mana-mana terasa nak makan itu ini.
Masuk AEON lalu depan bra teringin nak beli bra.
Masa tu bra Scarlet baru RM10 sehelai.
Lalu je. Tak tergamak nak bagitau aku nak sehelai.
Padahal bra kat rumah sampai dah tersentil-sentil besi, tetap aku pakai.
Tak tergamak nak minta.

Kalau pergi Giant tunggu je dia masukkan barang dalam troli sambil berdoa "Mintak-mintak dia ambik biskut tu".
Nak mintak tak berani.
Bukan takut En Wan marah tapi takut dia beli dalam keterpaksaan.
Dia beli sebab takut kita sentap.
Dia beli sebab takut nanti kita tak layan dia. Tak bestlah gitu kan.

Walaupun hanya eskrim connetto yang hanya RM1.80, pada kita yang tak bekerja ni rasa macam kita dah mintak habis murah dah ni.
Sebab kita tak ada tanggungjawab kewangan.
Macam dia walaupun gaji ribu-ribu tapi dia ada tangungjawab kewangan.
Nampak macam gaji besar, tapi belum tolak bayar rumah, kereta, bagi mak bapak, belanja rumah, bills, duit minyak, duit tol...tau-tau kering.
Nak jugak standby RM400-500 kot-kot ada emergency mak bapak sakit ke, meninggal ke, nak balik kampung semua tu guna duit.
Pada waktu tu, kebanyakkan masa aku memang melopong.
Tapi asalkan tak kebulur dah bagus.
Janji peti ais sentiasa ada benda nak dimasak.
Baju tak ganti takpela. Dah nama pun duduk rumah tak bekerja.
Keperluan nak berganti baju kerap tu tak ada. Jimat kat situ.
Kadang-kadang aku belasah je pakai T Shirt dia.

Barang mekap??
Ada lipstik seketul belen-belen beli masa sebelum bergenti kerja dulu.
Pencuci muka takde, scrub takde, serum takde.
Deodoran pun aku lenjan dia punya πŸ˜†.
Deodoran bau lelaki? Apa ada halll. Janji ketiak aku tak bersengak.
Alhamdulillah. Semua ada hikmah.
Disebabkan selalu sangat 'memujuk' hati untuk tak payah beli barang yang tak perlu, menjadikan aku tak berapa kisah dan tak sakit hati kalau apa yang orang ada aku takde.
Dah 'well-trained'. Hehe.