2026-08-28

Kereta and rumah bos bukan bukti margin business besar.


"Sales RM150K sebulan. Gaji dengan modal baru RM50K. Untung RM100K. Patutnya gaji kita tinggi lagi"

Pernah tak dengar versi-versi ayat macam ni?

Company sales ratus ribu sebulan. Customer ramai. Order masuk tak putus. Bos beli kereta baru. Bos pergi travel. Bos renovate rumah. Tapi tak mampu bayar gaji staff tinggi.

Ok, mari anak-anak, duduk kat acik. 
Bawak calculator masing-masing. 
Acik nak ajar benda basic dalam dunia bisnes.

SALES BUKAN UNTUNG.

I repeat.

Sales bukan untung.

Duit yang masuk dalam akaun syarikat bukan bermaksud duit tu milik bos. Kalau sales RM150K sebulan, maksudnya bulan tu company berjaya jual produk atau servis bernilai RM150K. Bukan bos yang terima RM150K. Ini benda pertama kena faham.

Yang kedua, RM150K tu, SEBAHAGIAN BESAR dah ada tuan punya.

Ada yang pergi kepada supplier. Ada yang pergi kepada staff. Ada yang pergi kepada landlord. Ke government. Ke marketing platform. Ke maintenance and repair. Ke apps and software. Ke company secretary and audit/accountant. Ke bank. Ke utilities. 

Dan ada juga yang sekadar park kat tepi as working capital supaya business boleh bernafas bulan depan.

Meh acik bagi satu contoh simple.

Katakan company buat sales RM1 juta setahun. Bunyinya besar, kan? 1 juta ringgit. Usually kalau dengar “company ni buat RM1 juta setahun”, otomatik otak kita membayangkan owner tengah berenang dalam duit.

Takpe, takpe. Meh kita kita pecahkan dulu.

SALES RM1 JUTA.

Pertama sekali, kita ada kos barang. 
Katakan kos barang around 28%. 
So, RM1,000,000 × 28% = RM280,000.

Maksudnya daripada RM1 juta sales tadi, RM280K digunakan untuk dapatkan barang yang dijual kepada customer. So kat sini tinggal RM720,000. Ni balance duit untuk setahun.

Nampak?

Ni belum bayar gaji lagi. Belum bayar marketing. Belum sewa. Belum bayar system. Belum tax. Belum apa-apa lagi.

Ok now kita masuk gaji staff.

Katakan kos gaji 30% daripada sales. 
RM1,000,000 × 30% = RM300,000.
RM300K setahun. 

Katakan ada 5 pekerja yang semuanya gaji RM3K. Kat situ kos gaji dah RM15K. Boss katakan ambil RM10K. 

However in real business, kos tenaga kerja is gaji + statutory contribution + overtime + allowance + benefits dan segala kos tok nenek berkaitan pekerja. Maknanya kos bayar pekerja bukanlah RM15K sebulan. Lebih. Bermakna, bos kena ambik kurang dari RM10K sebulan.

Lepas tolak kos barang dengan tenaga kerja, tinggal RM420K.

Nampak tak macam mana RM1 juta sales tadi semakin mengecil? Ni kita belum selesai lagi.

Ok, kita masuk marketing pulak. 

Katakan company allocate 10% untuk marketing. 
RM1,000,000 × 10% = RM100,000.
RM10K setahun. 

Marketing bukan sekadar post kat Facebook. Ada advertising. Ada content. Ada design. Ada campaign. Platform fees. Influencer atau KOL. Printing. Promotional materials. SMS blasting. Customer acquisition cost. Semua ni KOS untuk pastikan orang tahu business kita wujud.

So lepas tolak kos marketing, tinggal RM320K.

Then sewa dan utilities. 
Katakan 7%. RM1,000,000 × 7% = RM70,000.

Inilah sewa, inilah letrik, inilah air, internet, telefon. Kalau company ada 3 admin, maknanya 3 bil mobile fon kena bayar. Tolak kos ni, balance tinggal RM250K.

Kita masuk bab admin (secretary company), system and accounting. 
Katakan 3%. RM1,000,000 × 3% = RM30,000.

Inilah kos untuk software. Accounting. Payroll system. POS. Cloud storage. Subscription. Professional fees. Administrative expenses. Balance tinggal RM220K.

Repair, tools, warranty dan miscellaneous, katakan lagi 4%. 
RM1,000,000 × 4% = RM40,000.
RM40K ni jarang staff nampak. 
Ini untuk apa?

Inilah untuk printer rosak. Aircond rosak. Laptop rosak. Mesin rosak. Tools kena replace. Stock rosak. Packaging. Unexpected expenses. And macam-macam benda yang berlaku bila kita run business.

Balance tinggal berapa dari RM1 JUTA SALES tadi?

Tinggallah RM180K, BEFORE tax. 

Itu baru sebelum tax. Kalau based on this contoh, tax around RM27,600. Maka baki bersih adalah RM152,400 setahun. Lebih kurang tinggal 15.24% daripada sales. 

Nampak tak? RM1 juta bunyinya saja macam banyak. Macam wowwwww. Sales sejutaaaaaa. Ujung-ujung balance RM152,400. Around 15% je. Itu pun belum tentu owner boleh keluarkan sesuka hati.

Tu pasal aku cakap RM1 juta tu SALES. Bukan profit. Tapi itulah masalahnya bila ramai orang ingat whem a customer bayar RM1,000 bermakna ompany dapat RM1,000. No.

Customer bayar RM1000. Tapi company mungkin jual barang yang kosnya RM300. Jadi RM700 pun belum tentu untung. 

Daripada RM700 tu kena bayar gaji dan segala tok nenek kos tadi. Tu pasal aku pelik bila orang bisnes fight harga. Orang sana jual murah, dia pun jual murah. Orang sana turunkan harga, dia turunkan harga jugak. Hello, kau buat charity ke apa? Semata-mata nak sales tinggi sanggup turunkan harga.

Sales besar memang bagus. Tapi sales besar without good margin, bisnes kau cuma akan jadi bisnes yang busy. And busy tak semestinya profitable. Revenue tinggi tak semestinya cash flow kuat. Profit accounting tak semestinya petunjuk cash tersedia dalam bank. 

Aku heran kenapa pekerja selalu nampak macam bos makan semua. You all tau tak, jual makanan TAKKAN buat owner kaya. Jual suplement TAKKAN buat owner kaya. Setakat jual tudung TAKKAN buat owner kaya. 

Tahu tak apa yang buatkan owner kaya?

Owner ada duit bukan kerana bisnes yang dia run everyday tu. Bisnes yang dia run everyday tu untuk keep the bisnes running and untuk bayar gaji pekerja sahaja. Untuk wujudkan peluang pekerjaan. Untuk create something for customer.

Owner berduit hasil dari INVESTMENT.

Katakan balance akhir duit company tadi RM152,400. Dari amount ini maybe akauntan kata shareholders boleh ambil RM10K sorang. RM10K inilah owner laburkan. Dia tak guna, ya. Yang duit hari-hari dia guna tu adalah dari gaji bulanan. Profit ni dia tak sentuh. Dia laburkan. Itu kalau dia hanya can take RM10K. Kalau dia dibenarkan ambil RM50K? Pastu dia invest, kau rasa??

Tu pasal toksah pelik bila owner pegi holiday atau renovate rumah hujung tahun. Dia tak pakai duit company. Dia tak ambil hak pekerja pun. Itu duit yang dia invest. Itu duit yang dia laburkan semasa awal buat company dulu, dan bila ada untung sikit, dia dibenarkan untuk ambil certain amount. Itu memang hak dia.

Tapi aku tak kata owner sentiasa betul. Staff memang berhak mintak gaji yang competitive. Staff berhak negotiate increment. 

Kalau company memang sangat profitable and mampu bayar lebih, then yes, company patut consider a better compensation. Kalau staff bagi value tinggi, patut diappreciate. Tapi the argument mestilah berdasarkan real numbers and contribution, bukan semata-mata sales. Kalau sales bulanan pun sengkak, kau nak demand apa kat company? Just resign and cari kerja lain.

Tu pasal aku pelik bila orang yang pegang jawatan sales tak hungry cari sales. Dia tak tahu ke jawatan sales tu LUBUK DUIT?

Aku dulu tak pernah question company bagi duit raya ke tak, bonus raya ke tak, bonus hujung tahun ke tak. Sebab setiap bulan aku ada komisyen. Yang aku kejar cuma sales target. Hujung tahun orang lain tunggu surat increment, aku tunggu sales target baru. Kalau tahun depan sales target aku RM100K = 1% komisyen, kau rasa aku tak hungry nak kejar? Konfem aku pulun.

Berbalik pada balance RM152,400 tadi, in realitinya, nilai ni owner tak dapat bawak keluar profit pun benaunya. Sebab RM152,400 tu kira-kira RM12,700 sebulan saja. Selalunya akauntan tak luluskan owner ambil. Sebab business needs cash reserve. 

Katakan bulan depan sales jatuh. Atau supplier mintak payment awal. Atau ada emergency. Kalau owner dah keluarkan semua profit pastu business tak ada cash, siapa nak cover? Owner jugak. That's why business owner kadang-kadang sangat protective dengan cash. Bukan kedekut, tapi cash is penting untuk keep the business alive.

“Tapi bos pakai kereta mahal”

So?

Kereta and rumah bos bukan bukti margin business besar. Dia pi berjalan overseas pun bukan bukti cash flow company mantap. Itu duit pelaburan dia yang dia dah buat seawal dia setup bisnes. Masa tu kau takde pun dalam company tu lagi. Kau ingat owner beli kereta baru pakai duit gaji yang dia dapat bulan-bulan tu ke.

Kebanyakan owner yang aku kenal, dorang ni enjoy duit investment, bukan enjoy duit gaji. Duit gaji dia buat bayar medical card, beli barang pasar, bayar bil, bayar minyak kereta. Dorang pi holiday 4 kali setahun tu pakai duit yang di-invest, bukan duit company sayangggg. Dorang reinvest semua profit. 

Takkan dia nak guna duit sendiri untuk bagi kau bonus? Duit bonus kena datang dari keuntungan company. Maknanya kau as pekerja kena buat kerja betul-betul supaya sales mantap. Keuntungan yang besar akan dapat kat kau balik.