2023-01-25

Kay's Steak and Lobster


Tahun ni nampaknya KMB dah bagi kebenaran student outing every week.
Redza pun dah start balik every week.
En Wan kata "Ni balik every week karang tak belajar lah tu duduk rumah main game kat bilik".
Aku cakap, "Dulu budak tu 5 tahun kat Langkawi sibuk cakap kesian kita tak dapat jenguk dia hujung minggu. Now dah komplen pulakkkk".
Selalunya gitulah, kan? Bila anak tu jauh teringat-ingat.
Bila anak tu kejap-kejap balik rumah mulalah bising.
Aku cakap takpelah sementara ada sini dia nak balik rumah.
Esok kalau dah fly, lansung tak nampak kelibat. Masa tu kalau cakap rindu anak, siap!

Bulan lepas Redza balik semester break tak dapat nak melayan dia sebab kitorang sibuk dengan urusan Rayyan kat hospital.
Aku pun tak berapa masak kat rumah.
Aku kira-kira last month duit order Grab sahaja RM1600. Terkedu.
Mahal rupanya makanan sekarang. Tapi terpaksa pejamkan mata sebab yang kat hospital request nak makan itu ini sebab dah boring dengan menu hospital.
Yang kat rumah pun aku terpaksa arrange Grab Food sebab tak berbaloi nak memasak setakat makan 2 mulut.
Jadi last Saturday, aku arrange dinner anak-beranak dengan  Kat Putra Heights je.

Kisahnya, selalu dah lalu-lalang depan restoran ni tapi tak tergerak nak singgah sebab bendanya kat Putra Heights je, bila-bila pun boleh masuk.
Nak dijadikan cerita, En Wan ajak aku join company's lunch.
Dorang buat kat Kay's IOI Connezion.
Itulah first time aku masuk Kay, order makanan dan terus balik rumah petang tu aku book dinner kat Putra Heights pulak.
Boleh tahan food kat sana.
Masa Kat Connezion aku makan grilled salmon.
Mashed potato dia ya ampunnnn sedap!
Takde pulak side dish mashed potato only. Kalau tak, harus aku tapau ini je.
En Wan makan aglio oglio with soft shell Crab. Pun sedap. Crab dia besar kau. Puas makan.

Aglio olio tu kalau untuk kitorang, dah kenyang sangat dah ni.
Tak sure la kalau orang lain cakap sikit.
Udang gabak-gabak.
En Wan add on crab pulak lagi, terus penuh mangkuk tu.
Crab tu tak termasuk dalam standard dish.
Aglio olio tu hanya seafood basic - kupang, sotong and udang.
Tapi waiter dia pandai, dia up-sell.
Suggest kot-kot kita nak tambah soft shell crab.
Ada beberapa pilihan, En Wan pilih ketam.

Salmon dia standard size, tapi untuk aku, ini adalah kecil.
Aku suka salmon setakat besar gini sekejapan je aku settelkan.
Aku syak aku boleh makan 2 set terus.
Bukan sahaja sedap, mashed potato dia pun sangattttt sedap.
Lansung tak teringat nak pelawa En Wan rasa.

En Wan bedal colleague dia punya grilled lamb sikit and lobster sandwich sikit.
Lobster sandwich tu sedap. I mean the combination of roti, lobster, dressing -- sedap.
Lobster ni kalau makan gitu je tak sedap sangat, dia kena ada geng dengan benda lain baru best.

Sabtu lepas berangkut 4 beranak ke Kay's PH. Rayyan pun join dengan bertongkat.
Itulah pertama kali dia makan di luar sejak patah kaki.
Dapatlah keluar 4 beranak. Mok taknak join.
Mok dah tak berapa nak join kalau ajak makan luar especially tempat-tempat macam ni.
Oh by the way, kalau nak ke Kay's korang kena book dulu via their website.
Punyalah sentiasa full house, ya.
Kadang kan aku rasa food bisnes macam ni yang nampak gah and luxury lebih bertahan berbanding dengan restoran yang biasa-biasa.
Contohnya, Kenny Hill's Bakers.
Punyalah mahal, tapi full house.
Semalam aku kena brand IOI City Mall, beratur boleh tahan lama.
Tapi tetap orang semua queue.
Kay's pun macam tu, kalau kau redah masuk gitu, belum tentu ada seat. Kena book.
30 minit sebelum waktu makan kau, dia email untuk confirmkan semula kau nak proceed ke tak.
Gila tak proceed? Proceeddddd. Belum tahu lagi bila aku dapat book kalau aku kensel yang ni.


Rupanya semua pun order spageti tapi macam-macam pesen.
Yang Redza pun aku no idea jenis apa.
Warnya spagetinya kuning nau, tapi bukan cheese.
Kat PH ni waitress dia tak pandai upsell.
Padahal En Wan order meal yang sama macam kat Connezion - seafoof aglio olio and air tembikai.
Dia ambik order gitu je tak upsell padahal ada pilihan.
En Wan pulak terlupa nak add on benda lain.
Macam kat Connezion, waiter dia tanya "Nak tambah crab?"
Bila En Wan order air tembikai, dia tanya "Nak tambah laici tak?"
Yang kat PH tak. Apa yang customer order itu jelah yang dia catit.
Maybe yang ambik order kat Connezion tu bos dia sendiri agaknya.

Aku order aglio olio lobster tapi lepas tu aku makan secotet je.
Sebab aglio olio tu sendiri dan banyak dan ada rencahnya sendiri.
Makan itu je dah full.
Nasib baik En Wan and Redza nak layan aku punya lobster, kalau tak mampuih En Wan membebel tak habis.
Lobster dia boleh tahan besar.
Setakat nak rasa-rasa tu puas lah.
Kalau nak kenyang aku kena order lobster sahaja. Hat tu besar sebab ikut size.
Orang depan kitorang ada makan lobster saja, besar gabak!

Carbonara ok, cuma si Rayyan tak makan beef strips tu, sayang je.
Nasib baik Redza tukang habiskan hujung-hujung.
Belgium choc ice Redza kata sedap.
Aku tak boleh minum air coklat jadi tak dapat nak sahkan betul ke sedap.
Sedaplah agaknya.

Aku ada up story pergi makan kat Connezion sebelum tu.
Sorang follower suggest ambil NZ Mussel next time.
Terus ini yang aku order dulu, nak rasa sedap benau ke. Hehe.
Ya, sedap. Mussel dia gemuk-gemuk. Agak puas.
Bendanya tak banyak mana tapi dia pandai sebab cheese and cream tu buatkan kau cepat kenyang.
That day terbuang je 2 ketul tak bermakan, kenot gi dah. 
Masing-masing tersandor.
Redza suka, En Wan pun suka. Lulus.

Aku dah plan next round nak try Lamb grill dia pulak.
Dah nampak dah colleague En Wan makan that day, nampak sedap cuma portion kecik.
Nak layan Tomahawk takut tak terabis pulak.
Hat ni kalau nak layan, kena ajak geng-geng Dusty Pink baru berbaloi bayar RM500.
Takpe, Kay's kat PH ni dekat je dengan rumah aku. Next time teringin makan kat sini je.
Belum sempat rasa mango cheese cake dia.
Nanti kita try nak tengok boleh celen Gula Cakery and Kula Cakes tak 😁.

Harga-wise -- standard makanan western.
Rasanya lebih kurang harga di TGIF je.
Yang paling mahal hanya makanan aku sebab ada lobster. Ini RM100+ sepiring.
Yang lain biasa-biasa je harganya. Jangan takut, silalah datang.