2026-05-23

Medical Card: Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.


Ramai still belum aware yang Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.

Agen-agen dah tahu since 7 May lagi. Semua proposal untuk pelan ni dorang kena submit sebelum 31 May. First payment pun kena buat SEBELUM 31 May to avoid sebarang gangguan dalam proses application. Tu pasal pak incik aku iPad berjahit kat tangan orang nak raya ni. Dia sibuk mengadap quotation.

This announcement maybe nampak biasa-biasa je to some people, but it actually carries significant implications, especially for those yang tengah pikir-pikir nak ambik ke tak, nak ambik ke tak.

Bila sesuatu pelan distopkan, bukan bermakna produk tu dah takde. Selalunya bermaksud benefit, harga, contribution ataupun konsep protection dalam pelan tu takkan ditawarkan lagi dalam bentuk yang sama in the future. Ada possibility pelan baru akan menggantikannya, tapi belum tentu benefitnya sama, contributionnya masih mampu milik, atau syarat applicationnya semudah sekarang.

Hari tu ada satu podcast cakap inflation kat Malaysia sekarang makin agresif. Kos private hospital naik berkali-kali ganda berbanding kenaikan gaji. Dulu masuk wad maybe beberapa ribu ringgit je. Now satu prosedur kecik pun dah cecah puluh ribu. Kalau melibatkan ICU, surgery, treatment by specialist, MRI, CT scan, atau treatment penyakit kritikal macam cancer and jantung, jumlahnya boleh pergi lagi tinggi.

That’s why sekarang medical card bukan optional luxury lagi dah. Dah jadi keperluan asas especially yang ada tanggungan. Tak salah ak, pernah terbaca Ustaz Kazem kata medical card ni dah boleh jadi sebahagian dari nafkah suami kepada tanggungannya sebab dah jadi keperluan di masa akan datang.

Tadi aku pergi Batik Exclusive kat Chendering. Tempat aku beli baju kurung batik memang kat sini. Dia ada kilang di Taman Perindustrian Cendering tapi showroom dia adalah di rumah sendiri. Sejak lebih 10 tahun lepas memang kat situlah aku shopping baju batik.

Tadi anak sulung dia yang layan kitorang. Dah ambil alih role mak dia. Sembang-sembang lebih kurang, dia tanya kitorang kerja kat mana apa semua. En Wan introducelah diri as agen takaful. Pastu anak dia cakap dia punya medical card pun PruBSN. Dia sebut nama agen sekali. Tapi En Wan tak kenal. Dia kata dari kecil lagi parent dah buatkan medical card untuk anak-anak semua.

En Wan kata orang kaya-kaya ni selalunya ada medical card, sebab dorang taknak guna duit sendiri for hospitalization padahal sah-sah banyak duit. Tokey kedai batik tadi siap ada kilang sendiri and doranglah tailor and supplier untuk batik staff Exxon Mobil.

Orang-orang macam ni lebih tahu bil hospital and treatment boleh ranapkan bisnes yang dah dibangunkan bertahun-tahun. Orang-orang macam ni lebih menjaga income. Selalunya dorang ada medical card, hibah and critical illness sekaligus supaya kalau jadi apa-apa, business masih selamat. Income masih diprotect.

Ramai orang yang berkira-kira nak ambil medical card actually bukan takde duit, tapi dorang rasa takde keperluan sebab masih sihat. Kebanyakannya merasa rugi kalau ambil tapi tak guna. Tapi orang yang faham apa yang sebenarnya perlu diprotect akan nampak kenapa medical card itu sebab yang diprotect bukan sekadar penyakit. Kita protect our savings, kewangan keluarga kita, masa depan anak-anak kita dan peace of mind bila emergency happens.

Takaful bukan diambil waktu dah sakit. Takde sape nak terima kita bila dah sakit. Takaful diambil waktu kita masih sihat dan masih layak untuk diprotect. Bila dah ada diabetes, darah tinggi, slip disc, masalah buah pinggang atau apa saja medical condition, application akan jadi sangat susah. That’s why timing is important.

Yang nak distopkan ni is Pelan Step-up Contribution. This plan actually sesuai diambil untuk orang yang baru mula kerja, nak ada medical card but may not yet be able to afford high contributions at the early stage. This plan allows caruman bermula dengan rendah dan slowly meningkat berperingkat ikut tempoh tertentu. For some people, this is really helpful sebab dorang boleh ada medical card tanpa terbeban nak bayar mahal awal-awal.

One of the biggest mistakes people make is being OVERLY CONFIDENT dengan duit savings. Kebanyakan ingat duit savings cukup nak bayar cash kalau berlaku emergency. Aku tahu ramai yang umur-umur macam aku ni at least dah ada RM200K dalam ASB. But just imagine kalau hospitalization kena bayar RM80K. Memanglah ada duit, tapi kau tak rasa terduduk ke after bertahun menyimpan, alih-alih sekejap gone RM80K? Tu belum campur treatment selepas sakit, kos ulang-alik hospital, unpaid leave, ubat after discharge, and komitmen bulanan yang masih berjalan.

Sebab tu takaful bukan sekadar claim hospital, tapi protection sewaktu hidup sedang diuji. It helps prevent your savings from hilang sekelip mata.

Announcement tentang Step-up Contribution yang nak distopkan ni dah nampak yang produk hari ini belum tentu still available esok. Sama macam Hibah Orang Sakit dulu. Dah takde dah sekarang. Aku cakap kau memang untung siapa yang ambil masa dorang offer dulu. Kau ingat siapa nak bagi kau ambil hibah dengan keadaan kau dah berpenyakit? Takde. Now produk tu dah takde dah. Ramai client En Wan tanya hibah orang sakit. Tapi memang dah takde. Tak dapat nak offer dah.

Step-Up contribution lepas ni dah takde dah. Maksudnya? Maksudnya kalau caruman Step-Up contribution ni RM150/bulan, maybe pelan baru yang menggantikannya akan start dengan RM200/bulan. Apa yang masih affordable sekarang maybe akan jadi lebih mahal akan datang.

So sesiapa yang memang dah lama considering nak ambil medical card, this is the right time untuk ambil. Dapatkan penerangan yang betul from agen. Jangan tunggu sampai pilihan tu dah takde.

Ni bukan nak takutkan sesiapa. Tapi sebab aku dah nampak ramai orang menyesal tak ambil Hibah Orang Sakit dulu. Janganlab repeat the same mistake. Sometimes kita terlampau selesa delaykan something sampailah peluang tu terlepas.

Ni sama je dengan everytime buat promo GreenAard. Dah tamat, barulah tanya “Offer ni valid lagi tak?”. Padahal panjang masa kita bagi offer tu.

Boleh terus wasap En Wan pasal pelan yang nak stop ni. 5 hari je lagi tinggal.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
(MDRT 2024, 2025, 2026)