2026-06-18
Medical Card: Patut ke saya terminate medical card?
Izinkanlah aku buat appreciation post to manusia paling annoying dalam hidup aku selama 25 tahun ni, Wan Mohd Ridzuan.
Semalam dia achieved one more recognition, iaitu Executive Wealth Planner.
Sepanjang dia jadi agen, dia achieved KESEMUA 4 stage ni setiap tahun:
Wealth Planner
Executive Wealth Planner
Senior Executive Wealth Planner
Premier Wealth Planner
So now dia ada lagi 2 more level to go. MDRT dia dah dapat last month. MDRT pun setiap tahun achieved, alhamdulillah.
Aku tanya dia antara reward and award, mana dia lagi suka. Dia cakap award. Sebab tu dia lebih suka share award (recognition) yang dia dapat berbanding reward. Reward ni dia kata tak perform pun, asal ada duit boleh je dapat apa yang reward tu offer.
Hari tu En Wan dapat random new client yang signup RM600K Critical Ilness and RM2M hibah (kalau tak silap aku ini figurenya). Aku tanya mana dia jumpa client ni? Dia cakap client ni yang approach dia lepas nampak FB. This client specifically nak cari agen MDRT untuk jaga polisi-polisi dia.
Dulu aku ingatkan MDRT ni just another recognition. Rupanya tak, ya. MDRT ni world recognition. Only 2% financial planner achieves MDRT every year. No wonder client En Wan tadi specifically cari agen MDRT. Sebab MDRT ni petunjuk that agen konsisten. Bila konsisten maknanya that agen memang nak kerja lama dalam bidang ni. Aku rasa orang yang serious nak dapatkan medical card atau hibah kena consider this point dalam memilih agen.
Memandangkan MDRT tu payah nak capai, maybe susah juga kalau nak cari agen MDRT saja. Tapi, janganlah rembat sebarang-sebarang orang as agen. Especially yang hire agen sebab itu kawan atau saudara.
Aku faham benda ni. Even dalam business apa-apa pun, yang support kita awal-awal adalah stranger. Sebab stranger nampak value yang kita carry. Tapi family and friends nampak kita dari old lense. Dia tak nampak kita as experts atau entrepreneur yang ada value. Bila dah berjaya, baru dorang support sebab masa tu dorang nak nampak sisi kita yang lain.
Masa En Wan jadi agen takaful, client-client pertama dia bukan dari orang yang dia kenal. Semuanya dari blog reader aku yang kenal En Wan melalui apa yang aku share selama 20 tahun berblogging. Orang-orang ni kenal En Wan as engineer, manager, business owner. Maknanya dorang kenal En Wan dan nampak value-nya di mana.
Tapi family and friends masih nampak En Wan as member, ex-schoolmate, member lepak, geng main bola, cousins, anak sedara…etc. Takde yang gah kat situ. Jadi logiklah kalau awal-awal dorang tak support. Later, bila En Wan dah buktikan dia berada dalam level yang serious dengan banyak recognition dapat, barulah family and friends sign-up. This is normal, takde apa yang nak di-bitter-kan.
En Wan punya game dah berbeza now. Dulu dia agen. Kalau ada sebarang competition pun dari kalangan agen-agen saja. Now dah dalam group leader. Game berbeza. Now competition dia dari kalangan leaders. Apa-apa pencapaian dikira dalam bentuk group. Memang tak tercompete dia kata sebab manager-manager lain dah ada ramai agen di bawahnya. En Wan baru ada 4 orang 😄.
Aku cakap kat dia takyah compete dengan orang. Buat stress je. Dah tua-tua ni takyah stress. Just hit recognition yang important macam Wealth Planner and MDRT sebab recognition ini semua dinilai based on personal performance, bukan by group. Tahun ni nampaknya dia masih capai MDRT and semalam Exec Wealth Planner. Another 2 more stage to go untuk completekan cycle ni.
En Wan nak cuba pertahankan MDRT tahun depan sebab MDRT ni banyak bantu client-client dia. MDRT ada line khas. Any claims and proposal laju berdesup customer service buat. Aku rasa ramai big clients especially key clients yang nak signup polisi berjuta memang cari MDRT agen only. Jadi, sangat worth kerja keras untuk maintain that recognition.
JANGAN TERMINATE!!
Dengar cakap aku, jangan terminate. Pergi mintak agen review and kurangkan benefit supaya caruman rendah sikit.
Yang baru nak signup polisi, aku sarankan, sebelum buat komitmen besar, signup medical card dulu. Ini pengalaman sendiri.
Aku and En Wan sebelum beli rumah sendiri, kitorang signup medical card dulu. Sebab apa? Sebab bila komitmen lain dah banyak, dah ada anak, ada kereta, ada rumah, duit kau akan spend ke semua ni. Dah takde left untuk savings pun. Jadi, better buat komitmen dengan medical card dulu. Inilah investment untuk hospitalization nanti.
Selalunya, yang decided nak stop medical card adalah bila medical card bukan komitmen dia yang utama. Dia ambil medicl card setelah ada komitmen besar yang lain. Jadi bila keadaan financial teruk, dia mudah nak buang medical card sebab rasa itu bukan komitmen penting.
Katakan medical card RM360 sebulan. Dia merasa lega bila bulan-bulan dah jimat RM360. Tapi dia tak sedar dia dah hilang protection RM360 tu sekiranya dia jatuh sakit.
In realiti, berapa ramai yang buang medical card dan gantikan caruman bulanan tu ke dalam savings di ASB? Aku boleh jamin tak ramai. Yang ramainya, buang medical card, dan terus tak replace that dalam bentuk savings. Sebab tu jangan terminate, tetapi kurangkan benefit supaya boleh murahkan caruman. Pergi jumpa agen dan mintak dia review balik.
Selalunya orang yang buat post macam ni dia sebenarnya dah pun buat decision nak terminate. Sebab tu dia dah ada macam-macam reason ready. Orang macam ni selalunya taknak cari information tapi validation.
Selalunya hoping ada komen yang cakap:
“Saya dah terminate lama dah”
“Government hospital dah cukup”
“Saya tak ada pun ok je”
… so that dia rasa lebih yakin dengan keputusan yang dia dah pun buat. Bila ada orang cakap “Pertimbangkan downgrade”, sometimes jawapan tu tak dapat respond yang sama sebab that jawapan tak mengesahkan keputusan yang dah pun dia decide.
But as someone yang kerjanya agen, your tugas bukan bagi jawapan yang orang nak dengar. Your tugas is bagi maklumat yang dorang PERLU DENGAR.
Next time kalau dengar orang tanya “Patut ke saya terminate medical card?” ATAU “Patut ke saya ada medical card?”
Cakap je “Saya tak tahu. Awak kena check apa status kesihatan awak sekarang, apa tanggungan awak sekarang (keluarga), berapa banyak emergency fund ada (atau savings) and apa sebenarnya protection yang GL bagi”
Pandai-pandailah dia pikir sendiri.
Yang rasa terbeban dengan caruman, please jumpa balik agen mintak kurangkan benefit. Tapi please jangan terminate.


