2026-10-23

GLP-1: Berat badan makin turun, tapi apa jadi kepada otot dan tulang


Hari tu aku ada share video pasal GLP-1. Video ni followers send and mintak aku bercakap pasal ni. Dah banyak kali benaunya aku tulis pasal ni, tapi takpela, aku ok je nak tulis banyak kali pun.

GLP-1 injection ni bahaya ke tak benaunya?

Ok, aku bukan anti-GLP-1. Ubat-ubat ni bagus untuk treat penyakit metabolik. Those yang ada diabetes (jenis 2), those yang ada masalah obesiti WITH komplikasi kesihatan and those yang ada risiko penyakit kardiovaskular - injection GLP-1 is a good treatment.

Masalahnya sekarang, ramai yang salah gunakan this method. Kebanyakan yang ambil injection ni takde masalah kesihatan pun. Semata-mata nak slim saja. Hat ni yang akan merosakkan badan. 

Ramai yang ambil GLP-1 injection dengan tujuan nak kurus, padahal takde penyakit pun. Memanglah cepat turun berat tapi menurunkan berat badan TAK semestinya mengekalkan kesihatan badan.

Adakah GLP-1 complicated?

Tak pun. Cuma pathway-nya saja berbeza. 

GLP-1 ni sejenis hormon yang ada dalam usus kita secara SEMULAJADI. Semua orang ada GLP-1 hormon. Antara aktif dengan tak aktif je. 

Hormon GLP-1 dihasilkan everytime kita selesai makan. Setiap kali lepas makan, GLP-1 akan slow-kan pengosongan perut. Maknanya dia akan lambatkan rasa lapar. Dia akan bagi signal kat otak "Aku kenyang". In other words, dia kurangkan selera makan.

That's why sesiapa yang ambil injection GLP-1, progress weight loss-nya cepat. Sebab hormon ni buatkan badan kurang rasa nak makan. Those yang ada masalah obesiti, atau diabetes, atau masalah metabolik yang lain, GLP-1 injection bagi banyak manfaat, bukan sekadar weight loss. Dia boleh bantu kontrol blood sugar. So, I’m not questioning the medical benefits of GLP-1.

Yang jadi persoalan sekarang, how some people promote it as an easy fix for anyone who wants to lose weight. As if sesiapa yang overweight, atau perut buncit atau nak turunkan 5-10 kg boleh ambik je injection ni. Sedangkan ini BUKAN ubat kecantikan. This is a MEDICAL TREATMENT with specific indications, specific dosages, ada side effects, contraindications and monitoring requirements.

Orang kena tahu beza between "merawat kegemukan dengan penyakit metabolik" dengan "cucuk GLP-1 untuk cantik".

Salah satu side effect UTAMA GLP-1 is kurang selera makan. Ini cita-cita semua orang. Sebab bila selera kurang, maka kurang makan. Bila kurang makan, kuranglah lemak dalam badan.

Aku pernah cakap dulu, weight loss ni tak susah. Yang susahnya adalah kawal makan. Tu pasal wujudnya meal replacement macam Maaltyd. Sebab kita hanya perlu sesuatu yang boleh menggantikan meal utama, yang kalorinya rendah tapi boleh kurangkan rasa nak makan. 

Konsep inilah sebenarnya dalam injection GLP-1, cuma ia khusus untuk orang yang berpenyakit. Bila kau tak sakit, tapi cucuk dengan GLP-1, side effect akan jadi lebih teruk.

Imagine kau selama ni ambil around 1800 kalori sehari. Lepas cucuk GLP-1, selera makan merosot dengan ketara. Kau makan sangat sikit sebab takde selera. Sometimes, 2-3 suap dah kenyang. To an extend, sehari hanya ambil 900 kalori. Badan cepat lose weight. Kau pun happy.

Does that mean you are on a healthier diet?

TAK.

You need to understand that your body need energy and nutrients to function properly. Jantung kena ada tenaga nak berdenyut, otak nak tenaga untuk berfungsi, sel nak tenaga untuk direplenish, hormon nak tenaga untuk terus dihasilkan, otot pun nak tenaga untuk heal. Semua ni perlukan tenaga and nutrition. Kalau kau ambil kalori too low secara berpanjangan, slowly badan kau hilang tenaga and nutrien.

And lagi satu kena faham yang bukan semua weight loss tu adalah lemak. Weight loss and fat loss tak sama.

Selalunya orang yang nak kurus ni, dia aim 2 benda je. Yang pertama, berat. Yang kedua, berapa cepat turun. Jarang dia ambik tahu dari kesemua berat yang hilang, berapa banyak lemak dan berapa banyak lean mass (jisim tanpa lemak). Lean mass ni termasuk otot, air, organ dan tisu-tisu lain.

Kebanyakan berat yang hilang dari injection GLP-1 sebenarnya berat lean mass, bukan lemak. That's why orang yang lose weight dengan GLP-1 injection, kurus dia nampak lain. Kurus yang layu dan lembik. Dan selalunya orang yang ambil GLP-1 dinasihatkan top-up macam-macam suplemen untuk replace nutrien yang hilang.

Those yang dah umur 40 ke atas yang ambil GLP-1 injection tanpa sebab sebenarnya mengundang lebih banyak danger. Sebab, bila masuk umur 40, secara semula jadi, jisim otot dah berubah. Kita semakin menua, berlakunya perubahan hormon, tahap aktiviti fizikal pun dah tak seaktif dulu. Semua ni contribute kepada perubahan jisim otot. 

Disebabkan perubahan jisim otot nilah ada yang nak bangun dari duduk bersila pun payah, naik tangga pun cepat penat, angkat barang dah tak kuat, berjalan jauh tak larat. So imagine dalam, keadaan umur dah 40-45 tahun, perimenopause pulak tu, aktiviti fizikal makin berkurang, tidur tak cukup, hari-hari stress kat opis, perubahan hormon lagi, pastu kau cucuk GLP-1 tanpa sebab. Dahhhhh kurang selera makan. Maka bertambah-tambahlah teruk keadaan badan bila otot makin mengecut. Angka pada penimbang maybe look great, tapi kualiti kesihatan dah tak sama.

Umur 40 ke atas, keperluan fisiologi kita dah tak sama macam umur 20-an. Kalau terlampau kurang ambil kalori, ditambah dengan weight loss yang drastik, akan kacau hormon. Jangan terkejut kalau kau menopos awal. Jangan terkejut kalau kedut-kedut pada kulit nampak lebih ketara berbanding kawan-kawan yang seusia.

Jangan lose weight, tapi lose fat! Tu pasal berbuih dah aku pesan, ukur lilitan pinggang. Ukur lilitan pinggang. Ini tempat pengumpulan lemak. Ini yang kita kena kurangkan. 

Umur-umur macam aku ni lagilah kena kawal ukuran pinggang. Bila lemak pinggang/abdomen berkurang, metabolic markers lebih cantik. HbA1c jadi lebih baik, fasting blood sugar cantik, lipid profile cantik, blood pressure cantik.

So siapa sebenarnya yang sesuai ambil GLP-1?

(1) Yang BMI 30 ke atas, atau
(2) Yang BMI at least 27 DAN ada masalah kesihatan berkaitan berat badan (diabetis, darah tinggi)

Memandangkan GLP-1 tu ada dalam badan kita semua, kita boleh aktifkan saja hormon ni. Cara paling senang, banyakkan makan soluble fibre (serat larut) macam chia seed, flaxseed, psyllium husk, avocado, brokoli, greek yogurt, salmon, tauhu, tempeh, olive oil. 

Ada reason kenapa dalam Maaltyd kita letak flaxseed, psyllium husk and white kidney beans. Sebab benda-benda ni akan stimulate GLP-1, dan seterusnya mengurangkan rasa lapar. Kita bukan letak suka-suka bahan-bahannya asal boleh bagi rasa kenyang. Tak. 

Tu pasal aku ajar, skip satu meal, gantikan that waktu meal dengan 1-2 sachet Maaltyd. Satu meal je skip. Waktu lain kalau nak makan, makanlah. You will see the difference. Cuma kesannya takde lah secepat cucuk GLP-1 sebab pathwaynya dengan Maaltyd berbeza, tapi konsepnya sama iaitu mengaktifkan GLP-1 untuk kurangkan selera makan.