2026-10-22

Ada beza antara "tak meletakkan tekanan yang melampau" dengan "tak meletakkan sebarang expectation".

Aku nampak post ni kat Threads:

"Mak bapak semua. Saya merayu, kalau nampak usaha anak-anak tu, tak kira apa pun keputusan exam mereka, raikanlah. Raikan. Manusia ni anugerah mereka berbeza. Tapi kalau usaha mereka sama, raikan. Jangan dibanding-banding. Tolonglah!"

Aku syak mesti ni cikgu yang nampak parents marah-marah anak masa ambil resport card. Kan tengah musim ambil report card ni. Or maybe anak murid mengadu mak bapak tak happy dengan result anak-anak. Maybe.

Aku faham dan aku setuju dengan mesej utama yang disampaikan. Usaha anak-anak kena raikan. Apa pun keputusan exam anak-anak, tak sepatutnya jadi satu-satunya ukuran untuk kita tentukan samada anak tu membanggakan mak bapak or not. 

Tapi, kita kena be realistik juga. Jangan sampai terlampau menerima setiap kekurangan anak, kita enabler dorang ambil ringan kepentingan academic. Ada beza antara "tak meletakkan tekanan yang melampau" dengan "tak meletakkan sebarang expectation".

Dari zaman Redza ke zaman Rayyan, aku and En Wan all out untuk pastikan anak-anak dapat pendedahan yang the best pada education. Letakkan target to them ikut potensi.

Redza, dari tadika kitorang dah nampak potensi dia macamana. Dia membaca laju. Mengira cekap. Both penguasaan bahasa melayu and english sangat bagus. Jadi bila masuk Standard 1, kitorang bagitau "Redza buat exam betul-betul so that masuk kelas nombor 1". 

Ni bukan paksaan. Kitorang nak dia cuba capai sebab tahu potensi dia. Dan dia berjaya kekal di kelas nombor 1 sampai Darjah 6.

Rayyan, umur 5 tahun masih tak boleh menulis nama sendiri. Trace words (menulis) pun slow. Penguasaan bahasa melayu out. English saja laju dari kecil. Umur 6 tahun belum boleh membaca dengan lancar. Aku bayar 1 jam extra class untuk cikgu fokus membaca kat dia sorang. 

Bila dia masuk Darjah 1, expectation aku tak setinggi Redza. Aku mintak dia jawab semua soalan saja untuk membiasakan dia habiskan soalan ikut masa. Darjah 1 dapat kelas nombor 3. Darjah 2 sampai 6, kelas nombor 2.

Sepanjang anak-anak di sekolah, aku tak pernah expect dorang naik stage ambil hadiah setiap tahun. Bukan tak kisah tak naik stage, cuma aku punya projection berbeza. 

Macam Redza dulu, PT3 dia bukan straight As pun. 7A2B. Tapi semua 7A tu subjek utama. Itu lebih penting. SPM pun kitorang tak mintak dia straight As, cukup 7A saja sebab kita nak dia hit minimum requirement untuk apply scholarship. Tapi dia yang nak tekan sampai semua A, silakannnnnn.

Maksudnya, kita tetap kena wujudkan satu standard untuk anak-anak follow. Tak payah semua-semua pun kena A, just pastikan dorang tak sambil lewa. Expectation biar sesuai dengan potensi anak. Celebrate their efforts, yes. Tapi don't lower your expectations just to protect their feelings.

Macam Ima, tahun ni Jannah SPM. Aku cakap kat Ima "Kau jangan letakkan Redza standard untuk Jannah, stress budak tu nanti"

Ini bukan nak berbangga-bangga, tapi nak bagi konteks. Redza tu dari kecil lagi jenis yang campak apa jenis subjek, dia boleh buat dan akan buat sampai jadi. Kitorang dah nampak dari awal dah. Dia jenis yang kau suruh dia buat A, dia buat. Kau suruh buat B, dia buat. Dia jenis suka challenge diri sendiri.

Masa sekolah menengah, masuk Maths Olympiad, dapat silver medal. Masuk Astronomi Olympiad, dapat silver medal. Masuk Science Olympiad dapat silver medal. Masuk STEM Competition projek Biotechnology pun boleh dapat silver medal. Kat MRSM dia XYC (Excellent Youth Club) untuk subjek Kimia and English. XYC ni pelajar yang dipilih as wakil subjek tertentu for peer mentoring. 

Maknanya dia takde kecenderungan yang khusus. Maths boleh carry, bio pun boleh, kimia pun boleh. Sampai dia sendiri tak tahu nak ambil aliran apa, because campak apa saja dia boleh carry. Redza ni sebijik macam En Wan. Jenis yang boleh memilih nak ambil apa, because kelayakan dia fits di mana-mana. 

Hari tu masa internship, dia kerja kat 2 deparment berbeza dengan task yang berbeza, dia still boleh carry both task. Orang macam ni aku tak boleh jadikan dia standard untuk anak lain ikut, sebab dia built differently. Biar dia di jalannya sendiri. Aku tak boleh jadikan Redza contoh untuk Rayyan ikut, nanti Rayyan stress.

Rayyan lain. Dia hanya buat apa yang dia minat. Aku rasa bab ni dia mengikut aku sikit. Aku pun jenis yang nak buat apa yang aku minat je. Contohnya, maths, fizik, add maths, aku tak suka. Tak pernah ada effort nak score. Aku aim lulus je. Tapi masa kat uni, aku score A subjek Algebra & Kalkulus and Biometrik. Sebab apa? Sebab nak maintain good pointer. Aku ingatkan selama ni aku bangang math, rupanya tak. I JUST CHOOSE NOT TO.

Tambahan pulak Rayyan ada mild disleksia. Tak semua benda dia boleh carry. Even penggunaan bahasa pun dia pilih bahasa yang dia selesa, iaitu english. 

Rayyan bukan tak boleh cakap melayu, boleh. Cuma penguasaan englishnya lebih baik. Orang disleksia lebih selesa and lebih cepat kuasai satu bahasa berbanding bahasa lain. Ini bukan mengada-ngada, ya. Tapi ada kaitan dengan cara otak dorang memproses bahasa, bunyi, simbol dan tulisan. Disebabkan itu aku letakkan expectation pada Rayyan sesuai dengan potensi dia.

Memang aku tak letak expectation dia straight As macam abangnya. Aku tanya dia minat ambik course apa. Dia cakap suka journaling and political science. Kitorang dah bawak dia pi tengok a few colleges yang offer course ni, mintak dia tengok minimum requirement setiap subjek. Kau perlu hit minimum requirement cukup, janji lepas masuk. 

Bagi aku encourage anak sesuai dengan potensi adalah lebih realistik. Maksudnya, belajar tetap kena belajar tapi expectations parents kena sesuai dengan potensi anak. Ada subjek-subjek yang aku tau potensinya, aku akan tekan dia untuk score. Ada subjek yang aku mintak dia asal jangan fail sudah. Sekolah tetap kena pergi, belajar tetap kena habiskan.

Aku ingat lagi masa Rayyan masuk kelas KAFA dulu. Aku jumpa ustazah bagitau yang anak aku disleksia. Dia tak dapat masuk pendidikan khas sebab disleksia dia sangat mild. Jadi dia kena duduk aliran biasa macam budak-budak lain. 

Tapi aliran perdana ni agak laju untuk dia. Jadi aku mintak ustazah ajar saja macam biasa, selebihnya aku akan monitor di rumah. Cuma aku harap ustazah ambil maklum keadaan dia sebab dia ada kekangan especially bila bab membaca jawi and Quran because dia nampak titik bergerak-gerak. Aku takut ustazah tak tahu keadaan dia nanti ustazah tu baran pulak ngajor anak aku. 

Masa tu aku tak expect banyak. Kalau Rayyan hanya boleh menghafal Al-Fatihah and 3 Qul and bacaan dalam solat dah cukup baik untuk aku. Asal dia boleh bersolat. Takpelah kalau tak pandai baca Quran. Tapi at the same time aku ajar mengaji di rumah slow-slow. Motif aku masa tu cuma nak biasakan dia dengan huruf dan titik-titik. 

Memang merangkak-rangkak! Dan masuk Iqra' 3 tetiba patah balik Iqra' 1. Ada time-time dia lansung takleh membaca. Aku syak masa tu titik-titik tu nampak macam bergerak laju. Tapi everyday tetaplah aku ajar dia mengaji. 

Until one day, masa kenduri tahlil kat Tganu ada bacaan Yaasin. Dia boleh follow bacaan orang ramai dari ayat 1 sampai 7. Menangis aku! Masa tu aku realized, NOTHING IS IMPOSSIBLE. Maka aku teruskan prektis dia mengaji everyday. Darjah 5 Rayyan khatam Quran for the first time. He might be a little slower than others, but he is making progress.

Mak-bapak kalau nak tenang-tenang hidup, sesuaikan expectation dengan potensi anak-anak. Tapi janganlah pulak "Anak saya umur 6 tahun tak pandai membaca. Biarlah, umur 6 tahun tempoh anak bermain-main. Darjah 1 nanti cikgu yang ajar. Itu tugas cikgu". 

Tak bolehlah gitu. Itu bukan anak yang takde potensi. Itu mak bapaknya yang lepas tangan!