2026-06-21

c-Drama: Until hari ni suasana kat Weibo hen re! Hen hot!


Until hari ni suasana kat Weibo hen re! Hen hot!
Fans Johnny masih lagi bercakap pasal WeTV (Tencent) yang still tak ubah kedudukan nama Johnny pada poster.

Semalam banyak akaun fans Johnny kena banned, termasuklah akaun aku. Padahal aku tak memaki hamun pun. Aku cakap dengan bersopan-santun sekali. Tapi maybe post aku tu ramai yang respond, like and share. Nampaklah macam aku kuat menentang. Nasib baik aku bijak dah ready banyak akaun. Tapi tadi aku tengok akaun aku dah boleh guna. Cuma post aku semalam dia remove.

Betul-betul pelik dengan Tencent. Dulu masa kau nak war-warkan projek baru, kau guna nama Johnny merata-rata. Dalam setiap post kau, kau letak nama Johnny as orang pertama. Kau nak dapatkan investor, kau canang nama Johnny. Bila investment dah masuk, drama dah siap, kita dah hype-kan this project, tup-tup keluar poster dengan nama Johnny di turutan yang ke-empat. Nama pertama sampai ketiga takde orang nak kenal pun.

Kita nak nama Johnny diletakkan kat tempat pertama bukan sebab kita fans dia. Tapi di mana logiknya kalau 89% scene adalah watak Johnny tapi namanya di tempat ke-4?

Ini poster awal-awal sebelum drama ni start filming. 

Masa dorang keluarkan poster ni hanya ada nama Johnny saja. Nampak tak nama dia sorang ke kat poster? Nama pelakon lain lansung takde. Not even nama female lead. 

Maknanya female lead ni bukan taraf-taraf Bailu, atau Dilreba, atau Wang Churan yang boleh gather crowd. Walaupun si Wang Churan tu berlakon macam kayu, disebabkan dia cantik, kalau ada nama dia, drama tu masih ada harapan laku. But untuk poster WINNER, hanya nama Johnny yang dorang jual. 

Maknanya apa? Maknanya Tencent sendiri awal-awal tahu nama Johnny ada pengaruh besar. Johnny ni berlakon banyak drama crime takde female lead pun. Tetap boleh gather crowd. They know exactly that. That’s why dorang konfiden letak nama Johnny dan gambar Johnny seketul kat poster.


Eh tiba-tiba bila reservation drama dah ada dalam apps WeTV, nama Johnny kat belakang!

Alasannya, dorang ikut susunan nama based on stroke pada surname. Nama HUANG tu sendiri ada banyak strok. Jadi dah tentulah sampai bila-bila nama Johnny akan ada di belakang.

Logik ke cara ni?

Kau pernah ke tengok mana-mana drama atau filem yang pelakon utama namanya kat nombor 3 atau 4. Ada? Pelakon utama mestilah namanya first! Kalau 3 dan 4 tu selalunya supporting atau guest actor.

Watak Johnny dalam drama ni adalah Lu Yunxiang. Drama ni sendiri tentang kisah Lu Yunxiang dari zaman sekolah sampai berjaya jadi founder company. Tapi Lu Yunxiang-nya di nama ke-empat. Apo??

Aku share sini respond-respond fans:

Ni lah dia. Time nak tarik investor, pakai nama Johnny sorang. Bila dah dapat investor, campak Johnny pi bubuh nama orang lain pulak.

Cerita ni heavy drama. Takde cintan-cintun. Maknanya takde tarikan untuk audience tengok melainkan pelakonnya memang diketahui powerful acting. Kau pilih Johnny untuk bawa watak ni. And kau tahu nama Johnny boleh tarik investor. Menggunakan nama Johnny, boleh. Tapi janganlah MEMPERGUNAKAN DIA pulak.

Betul. Dalam drama ni Johnny willing selekehkan muka dia. Takde mekap, rambut cutting mangkuk, kuruskan badan, gelapkan sikit kulit. Dia memang all out. 

Waktu filming drama Winner dia berulang-alik ke dua lokasi untuk filming Pegasus 3 juga. In between ada buat promosi Breitling and Aramco lagi. Tapi he managed to habiskan filming Winner dalam tempoh yang dijanjikan.

Basically people are not happy dengan Tencent now. Sebab poster drama lain takde pulak ikut bilangan stroke surname. Kenapa dengan Johnny saja kau buat macam ni?

Dalam keributan orang argue pasal Tencent, screenwriter drama WINNER naikkan post dengan hashtag #BELIEVEINHUANGJINGYU. 

Dia as screenwriter pun terkejut kenapa nama Johnny tak appear dalam teaser video. Dia kata kalau Tencent masih berkeras tak nak ubah kedudukan nama, takpelah. As screenwriter dia tahu kekuatan Johnny kat mana. 

Malulah wei, screenwriter penat-penat terlibat dalam pemilihan Johnny as main lead, pastu kau nak buang nama. Kecewa member. 

Semua crew tahu Johnny can easily pull any drama ke high index yang tinggi. Tengok je la apa dorang buat dengan drama Punishment hari tu. Dengan takde teaser, takde poster, takde date of launch, takde time of launch. Basically no marketing at all! Tau-tau je pukul  6.50 pm iQIYI naikkan post bagitahu Punishment akan ditayangkan hari ini. 

‘HARI INI’ tu bila? Takde time.
Eh tup-tup 20 minit selepas post tu terus tayang kat iQIYI. Lansung takde teaser! 

But, drama tu berjaya hit 10,000 high index terus. Semalam release statistik dari Lighthouse it’s No. 1 crime drama of 2026 (data sehingga Jun 2026). 

Bila success, doranglah yang terpaling beria bersorak kejayaan hit 10,000 index. Siap buat poster. Kau ada buat marketing ke masalahnya?? Yang buat marketing semua fans.

Pastu now Tencent (WeTV) pulak nak mengulang kebodohan yang sama. 

Patutnya ambik peluang ni letak gambar Johnny sebesar-besarnya kat poster. Sebab bulan Mac hari tu Johnny diistihar as new member of 100-Billion-Yuan-Club. 

100-Billion-Yuan-Club ni adalah group elite-chinese actor yang ada jumlah filem box office terbesar. Tak ramai dalam club ni. Siapa yang masuk senarai ni dianggap first rank dalam industry filem. Powerhouse. Johnny is the youngest member of this club. 

And Johnny celebriti pertama dipilih ke space dengan China’s first commercial spaceship tahun depan. Sepatutnya inilah peluang kau buat poster atau teaser yang gempak. Guna nama Johnny sebaiknya untuk marketkan this drama. Tapi sebab kau bodoh, kau buang pulak nama Johnny tu. Alahhhh.



Latest info. Now Johnny masih filming Love Song in Summer. Habis je ni, terus sambung new drama another 60 hari. 

Produksi lain seronok canang dapat secure Johnny. Yang kau dah dapat Johnny tapi nak hide nama dia. Wadepak.

Ini conversation aku dengan salah sorang fans:

Dasyat dorang punya boikot. Siap uninstall WeTV 😆. 

One thing yang best dengan fans-fans Johnny ni, dorang sejenis fight with black and white. Dia punya tahap menyokong tu pakai strategi siap. Kau handle sana, aku handle sini. Gitu. Hahahaha.

Aku rasa macam ramai je cina mainland yang ada otak. Yang terlepas kat Malaysia ni yang jenis takde otak kot. Samalah yang sorang Malaysian terlepas kat Cina tu, takde otak. Eh. 

Hari ni kat sana masing-masing masih buat post pasal Winnner and WeTV. Setakat ni Tencent masih diam takde buat apa-apa statement. 

Aku pun buat post aku jap tadi. Harap tak kena remove. Post semalam dia removed. Jadi sebelum post aku ni kena remove, aku printscreen simpan.



 





Siap generate Ai poster lagi aku punyalah nak menganjing dalam kesopanan. Tak tahulah sampai bila Tencent nak main game ni. Selagi takde explanation yang logik, selagi tu la topik ni akan trending kat Hot Search.

Aku idoklah sampai nak boikot WeTV. Aku nak tengok gak drama ni. Tapi sementara boleh appeal ni kita appeal je la dulu. At least I have done my part. Barulah Whale Guardian.