2026-06-22

Bila tak nampak, lebih bagus sebenarnya

Aku cakap kat En Wan, Redza dah 22 tahun. Aku umur 22 dah jadi tunang orang. Umur 23 dah kawen. Betapa expressnya ammak. Tiba kena kat anak, risau.

Redza masih single. Aku rasa dia pun tak plan nak couple dulu. Entahlah. Bagi aku time kat uni la nak cari couple sebab masa ni korang “setaraf”. Esok dah kerja lagi payah nak jumpa. Tapi itu pendapat aku jelah.

Aku, En Wan and Redza ada similar journey. Three of us study jauh dari family, yang mode of transportation hanya satu iaitu, flight. Maknanya jauh dari mak bapak. Tak selalu balik. Weekend tak balik rumah orang kata.

Bila jauh di mata mak bapak, banyak benda yang mak bapak tak tahu. Bukan sebab mak bapak tak ambil tahu, tapi sebab tak nampak. Kita pulak jenis malas nak bagitau semua benda.

Lagipun bila dah duduk jauh, segalanya kena handle sendiri. Lama-lama dah terbiasa. Bagitau yang penting-penting je. Ye lah, tefon caj mahal kot. Dulu zaman student kalau call Mak Aji dari Kuching tu terasa lajuuuu je syiling jatuh. Jadi tak biasalah aku nak sembang benda-benda simple like dah makan? Makan apa? Tadi keluar pegi mana? Takde, takde. Tak sempat nak sembang gitu.

Kalau call je, cakap yang betul-betul berbaloi dengan duit call.

“Ma, lagi 3 minggu cuti. Boleh bookkan tiket tarikh sekian-sekian?”

“Ma, boleh poskan sambal ikan bilis?”

“Ma, nanti check email ada benda kena sign and pos balik ke Diana”

Mak Aji mesti ingat aku belajar je kat sana sebab aku tak pernah bagitau dia samada nak outing ke, or nak jalan-jalan trip dengan kawan ke, or nak keluar tengok movie ke, ow nak ronggeng balik malam ke — tak pernah.

Aku rasa this is the best part study jauh. Bukan kata bebas sangat, tapi tak perlu segala benda nak inform.

Beza dengan Ima and Ibal, dorang study kat KL. Dorang duduk kampus tapi, weekend balik Bangi. Kalau tak balik, mak bapak aku datang visit. Everytime balik rumah, keluar and balik, mak bapak nampak. Bila nampak, semua benda jadi tak kena. Keluar weekend salah, balik lewat salah, balik malam salah, tido rumah kawan salah. Nak keluar ke mana-mana kena inform. Pastu kena call what time balik.

Padahal, aktiviti aku kat sinun lagilah.

Weekend keluar outing sepagi-pagi Subuh, balik malam.

Lepas study, 11 malam keluar bertenet makan burger sampai tengah malam.

Every night dinner kat cafe luar kampus. Naik moto dengan boifren.

Tido rumah dak DPT 2-3 hari, tak tido kampus.

Kul 1 pagi belum tido melayan DVD.

Aku rasa adik-adik aku pun tak enjoy macam aku time belajar. Sebabnya satu je — aku duduk jauh. Mak bapak tak nampak. Bila tak nampak dorang tak assume apa-apa. Tapi kalau anak-anak depan mata, siaplah. Semua benda dia monitor.

Now Ibal. Sebab duduk serumah dengan parents, semua benda Mak Aji tanya.

Balik makan?
Balik pukul berapa?
Ada kat mana?
Kerja ke?

Pastu stress bila Ibal tak respond.

Reasonnya tu lah — sebab dia nampak Ibal everyday. Aku dengan Ima dia tak nampak, jadi dia assume life kitorang ok.

Ibal pukul 9 pagi tak turun-turun lagi pun dia bising. Dia gi ketulnya bilik orang tu. Dia tak tahu aku kalau weekend kadang bangun pukul 10 pagi. Tapi sebab dia tak nampak, jadi dia rasa Ibal sorang je yang tak berdisiplin. Dia belum tengok aku dengan En Wan berjemaah tak mandi sampai pukul 12 tengahari. Santai-santai melunjur kaki tengok movie.

Pastu Ibal and CT kadang-kadang balik lewat malam pun dia bising. Dia tak tahu aku lagi teruk. Pukul 11.30 malam baru nak keluar tengok midnight movie. Settle movie, singgah mamak. Lepak sampai 3 pagi. Tu belum aku layan konsert bagai.

Aku selalu bising kat Mak Aji “Ohh dengan Ibal kemain risau lagi. Kitorang ni takde pun dia nak risaukan”

Bukan aku suruh dia risaukan aku, cuma aku nak dia faham, kerisauan dia tu sebenarnya bukan sebab dia care, tapi sebab Ibal tu depan mata. Bila anak depan mata, kita parents cendering nak kontrol.

Macam aku sekaranglah. Redza 2 tahun kat UK. VC seminggu sekali ke. Whatsapp kalau perlu. Tapi idok pulak aku risau. Now dia kat rumah, asyiklah aku nak check.

Pagi pukul 9 karang aku text “Dah sampai opis?”

Tengahari karang “Makan dah? Dengan siapa?”

Petang karang “Dah gerak balik?”

Laahhhhh. Dah kenapa kau Diana?

Redza now di rumah. Cuti sampai September. Aku ni kalutlah anak aku nak makan apa pagi. Lunch karang dia makan apa. Malam karang selagi dia tak makan selagi tu aku tanya kenapa tak makan.

Maybe inilah punca awal stress. Sebab terlampau mikir and nak everything falls in the right place. Padahal budak tu kat sana bila tak nampak, takde pulak nak tanya his whereabouts sangat. Dah depan mata macam-macam aku nak tanya nak pastikan dia ok.

Hari tu aku ada share komen sorang parents yang anaknya umur 13 tahun. Anak dia nak keluar outing kat mall dengan kawan-kawan.

Inilah yang aku cakap tadi pasal relationship aku dengan Mak Aji, and Mak Aji dengan anak-anak lain. Padahal semua pun anak dia.

Masa aku di rumah, Ima di boarding school, takde pun Ima call. Ima tu lagi saitan dari aku. Dia call time nak balik je. Dia sekolah Kedah. Takat nak balik kalau cuti 2-3 hari tu memang taklah. Tunggu cuti sekolah baru balik. Kalau cuti sekolah 3 kali setahun, 3 kali je la dia call mak aku setahun. Lain takde. Takde pulak mak aku risau masa tu.

Ima keluar outing sampai ke Penang pun dia tak tahu. Sebab apa? Sebab tak nampak.

Redza pun sama. Dia kat Langkawi. Memanh taklah mak bapak aku nak datang visit on weekend. Maka pandai-pandai kaulah beli toiletries sendiri, topup biskut-biskut sendiri, pergi potong rambut sendiri. Outing ke mall dari age 13 tu dah biasa. Bila dia balik bercuti sesekali nak keluar jumpa kawan kat mall, aku hantarkan. Dah settle call.

Rayyan pun sama. Kadang dia nak tengok gigs kawan-kawan perform kat cafe, aku hantarkan. Dah settle kalu, aku kutip.

Time aku di Kuching, Ima di KL. Masa ni Ima pulak yang kena perati 24 jam. Aku bebas. Masa tu henfon takde. Dia nak tahu khabar aku dia kena tunggu aku call. Kalau aku tak call, anggap je la aku selamat dan bahagia.

Now kitorang dua jauh, Ibal sorang depan mata dia. Memang masaklah. Padahal Ibal tu dah 42 tahun. Balik malam pun kena marah. Tu pasal aku cakap anak-anak kalau boleh jangan duduk serumah dengan mak bapak lepas kawen. Lagi banyak bergaduh dengan mak bapak nanti. Kalau nak duduk serumah, anak lelaki kena duduk dengan mertuanya, bukan mak bapaknya.

Kalaulah Mak Aji tahu masa awal-awal kawen dan pindah rumah dulu anak dia ni pernah berpuasa demi nak jimatkan lauk, apa dia rasa? Mesti dia salahkan En Wan sebab tak jaga aku. Tapi sebab dia tak nampak, jadi dia anggap life kitorang smooth. Pastu dia asiklah nak suruh Ibal tu tengok life aku yang dia rasa lebih smooth “Cuba kau tengok kakak tu…”

Aku selalu bidas “Ma, life kitorang ni tak smooth mana. Mama je yang tak nampak susah kitorang kat mana”

Kadang kalau Ibal terlambat keluar dari opis, nanti dia stress. Mulalah bercerita kat aku “Adik kau ni dah tahu anak tu balik pukul 6 pm, keluarlah awal. Yang duduk buat kerja lagi tu kenapa?”

Dia tak tahu dulu aku bayar extra 1 jam lagi masa letak Redza kat nursery. Kul 7 malam baru aku ambil cucu dia. Tu kalau dia nampak, dah lama aku kena sebat. Tapi sebab dia tak nampak, takdelah aku stress.

Aku ni sampai sekarang kalau memasak kat Bangi, otomatik jadi bodoh. Sebab semua benda tak kena kat mata dia. Hiris bawang salahlah. Siang ikan salahkan. Goreng ikan salah. Takde yang betullah aku ni. Padahal kat rumah sendiri aku chef!

Hari tu Redza keluar main badminton around 10.30 pm. Aku kat bilik. Turun-turun tengok satu kereta takde. En Wan cakap Redza main badminton. Oklah aku pun tido. Tak tunggu pun sebab tahu dia bawak access card.

Pukul 4.30 pagi dia call bagitau takleh masuk sebab En Wan lupa, terlock pintu dari dalam. Terkejut aku dia balik 4.30 pagi.

Rupanya aku yang tak tahu dia dah bgtau bapak dia balik lewat sebab nak tengok bola kat mamak. En Wan kata kalau bagitau aku nanti aku yang tak tido-tido.

Rupanya betul, ya. Bila tak tahu, tak stress. Boleh tido nyenyak. Tu pasal wallet laki aku, henfon laki aku, media sosial dia semua aku tak pernah check. Lagi bagus aku tak tahu dari tahu. Tapi jangan mencoba-coba, ya. Sebab kalau aku dapat tahu, siap! Aku tinggalkan getah spender je kat badan kau nanti.