2026-06-04

Aku pergi sebabkan memori itu saja


Konsert BTS bakal buat kat Malaysia. 

Aku tak kenal BTS, tapi Rayyan kenal. Cuma dia belum tahap menggila punya minat. Sekadar kenal saja.

Aku tak kenal BTS, tapi last month ada klip dorang perform kat award event di USA yang went viral, kan? Yang suara penyanyinya off tune belaka. BTS kan tu? Aku rasa betul dah cuma tak reti nak cari klip videonya kat mana. Teruk juga kena kecam video tu. Ramai kata BTS memang tak boleh menyanyi, menang kat muka and menari je.

Salah ke minat penyanyi yang tak boleh menyanyi?

Tak salah.

Actually, trend minat retis sebab muka ni dari zaman aku dulu ada. Kalau korang kenal Jimmy Lin and Nicky Wu, itu dua retis Hong Kong. Muka A class. Sekejapan mengumpul peminat, tapi habis kat situ je lah. 

Award based on populariti and voting by viewers memang menang kat dua orang ni. Tapi award based on quality, based on singing, based on performance jangan harap dapat. Alangkan Hacken Lee yang suara nak mampos punya sedap pun jarang menang award, lagikan Jimmy Lin and Nicky Wu. Lamberttttt lagi. Tapi ada satu lagu Nicky Wu aku save dalam playlist. Sedap.

Kalau perempuan pulak, Gigi Lai and Charlie Yeung. Muka cun A class. Dah elok-elok jadi pelakon, sibuk nak menyanyi. Padahal suara hauk. Tapi disebabkan dorang ni boleh berlakon, maka dapat maintain dalam industri.

Siapa nak minat artis disebabkan rupa dan personaliti silakan. Some people tak kisah suara jamban, janji personaliti bagus katanya. Tu pasal kebanyakan rancangan realiti nyanyian, akhirnya yang popular those yang suara tak sedap, tapi menang kat muka atau personaliti.

Aku memang TAK AKAN minat retis yang takde bakat, takde achievement, let alone suara karaoke jamban.

Tahun 90an, Beyond bukan retis yang sangat popular pun kat Hong Kong. Zaman tu, HK lagi minat single artis. Audience dorang suka lagu-lagu pop and slow number. Artis HK masa tu banyak nyanyi lagu-lagu dari dari negara lain yang dialih bahasa ke Cantonese. Antara lagu yang dorang convert - Hangatnya Cinta (Leon Lai nyanyi) and Cintamu Muzik Di Hatiku (Cally Kwong). Most of them banyak alih bahasa lagu from Jepun. Dulu Jepun lagu sedap-sedap.

Zaman tu, aku minat Leslie, Beyond and Hacken Lee.

Masa aku start minat Leslie, aku kenal dia thru lakonan. Tak tahu pun dia penyanyi. Bila aku study history and achievement dia, ohhh bukan calang-calang rupanya. Bila tahu yang dia banyak tulis lagu-lagu sendiri and lagu-lagunya banyak menang OST filem, semakinlah aku minat.

Beyond, aku minat sebab they play music. Dorang tak pernah nyanyi lagu orang lain selain lagu dorang cipta sendiri. And lagu-lagu dorang sedap, cuma HK tak terima musician. HK lebih minat artis solo. That's why Beyond lagi famous kat Jepun. Dorang akhirnya pindah sana. Ka Kui mati pun di sana.

Hacken Lee is sooooo underrated. Masa aku minat dia, aku tak tahu yang dia penyanyi. Masa tu dia berlakon dalam drama pukul 6 pm tajuknya Two of a Kind. Dia berlakon jadi abang tiri kepada Paul Wong (guitaris Beyond). Rupanya lagu tema drama tu lagu dia. 

Hacken ni suara sangatttt sedap, lagi sedap dari Leslie. Tapi dia takde rupa. Dia kategori cina kulit gelap. Tak ramai peminat, tapi disebabkan suara dia sedap, lagu-lagu dia semua jadi sedap.

Punyalah lama dia dalam industri orang tak recognize bakat dia, until Alan Tam jadikan dia protege. Terus meroket, sampai sekarang famous. Dia punya famous tu, masa kawen pengapit dia adalah Andy Lau! Mesti dia pun tak sangka one day Andy Lau jadi pengapit dia. Padahal masa Jade Solid Gold Award tahun 1993, dia duduk 2 row di belakang Andy Lau. Punyalah nobody. 

Sebenarnya, antara 4 Heavenly Kings di zaman Canto-Pop, hanya Jacky Cheung and Leon Lai je yang boleh menyanyi. Andy Lau and Aaron Kwok suara tak sedap. Aaron kekuatannya menari. Andy kekuatannya muka memang hensem nak mampus dan dia boleh berlakon. Tapi menyanyi tak. Suara Andy Lau tak sedap sebenarnya. Jacky Cheung and Leon Lai suara sedap, lagu-lagu pun sedap. Walaupun aku tak minat Leon Lai, kaset dia banyak juga aku beli.

Aku minat actor China pun hanya yang boleh berlakon. I dont mind muka macamana, janji boleh berlakon. After all kau ACTOR kot, buat apa kau menang muka tapi lakonan hauk? That's where Johnny Huang comes in. Puas tengok lakonan dia. Natural. Real. Walaupun tak hensem mana dan bukan traffic actor, takpe. Janji berlakon tak kayu.

Lusa aku akan ke fan screening dokumentari filem Because of You Ka Kui. Screening 3 jam. 2 jam movie, 1 jam live band. Movie ni official release on 11th. Sengaja aku join fan screening because I am a fan! 

Aku nak tengok live band. Walaupun live band tu bukan Beyond, takpelah. Aku yakin dorang akan perform lagu-lagu hits Beyond. Aku nak kan memori tu saja. Nak tengok Beyond perform tak mungkin terjadi dah. Ka Kui dah 33 tahun mati. Aku nak mengenang memori saja. Memori kumpul duit belanja sebab nak beli kaset. Memori lepak dalam kedai kaset berlama-lama belek kaset Beyond. Memori tunggu depan TV every Jumaat nak tengok music chart Jade Solid Gold.

Hari tu masa Fauziah Latif buat konsert, ramai kutuk kata suara dia dah tak sesedap dulu.

NOPE! Korang tak faham. Yang pergi tu semua tahu Fauziah Latif dah tak boleh menyanyi sebaik dulu. Tapi dorang pergi bukan sebab nak tengok dia menyanyi perfect. Dorang pergi sebab MEMORI itu. 

Samalah macam GenKRU panggil Feminin dalam konsert. Kita semua tahu Feminin cannot sing live. Tapi kenapa kita tetap suka and bersorak and sing along? Because of the MEMORI. Just like fan screening Beyond Sabtu ni. Memori tu yang mahal. Jangan aku menangis masa live band tu perform dah.



Aku nampak post ni tadi kat Thread. Boifren ugut break kalau pergi konsert BTS. 

Dik, PUTUSKAN AJE! 
Angkat kaki, blah.

Belum apa-apa dah main ugut-ugut. Kalau aku, pegi mampos!

Tak payahlah couple dengan lelaki yang tak support minat kita. Ni bukan pasal concert BTS semata-mata. Bukan sebab artis mana yang kita suka. Tapi dari situ boleh nampak macam mana someone look at happiness dan kebebasan pasangan dia. 

Kalau minat kau tak memudaratkan sesiapa, tak mengganggu hubungan, tak menjejaskan kewangan, apehal yang sampai nak ugut-ugut putus? Benda macam ni pun nak ugut putus ke? Kau imagine esok dah kawen? Asal tak kena dengan kehendak dia, ugut cerai. Eh memang taklah aku.

That's why masa bercouple kita jangan sorok perangai sebenar kita. Biar pasangan kita nampak diri kita macamana. Kalau dia boleh get along dengan perangai kita, maknanya dia boleh bertolak-ansur dengan minat kita walau selepas kawen nanti.

Masa aku berkenal-kenalan dengan En Wan thru surat dulu, aku memang bercerita pasal kaset-kaset cina aku. Dia tahu aku gila cina dari awal. Dan dia tahu perangai gila-gila aku. Aku tak sorok diri aku yang sebenar. Dari awal lagi dia dah tahu Dusty Pink macamana perangainya, jadi sampai sekarang every time kitorang nak berjimba, suami masing-masing takde halangan. Nak melepak makan-makan, nak trip sama-sama, nak tengok konsert, nak staycation -- alhamdulillah suami kitorang sekufu nampaknya. Because dorang kenal perangai bini masing-masing sebelum kawen lagi. 

En Wan takde la kata membagi sokongan aku melayan cina-cina ni semua, tapi dia jenis tak kisah. Dia tahu that is my happiness. Benda yang aku dah minat sebelum dia wujud dalam hidup aku, buat apa nak halang-halang? Alangkan Mak Aji koyak poster Leslie pun aku masih sorok-sorok beli kaset, inikan kau yang ntah sape-sape nak ugut-ugut? Jangannnnn. Kakiku di dahimu nanti. 

En Wan memang melayan aku punya minat. Dia sama-sama carikan DVD Leslie and Beyond kat Speedy and kedai kaset. Bawak aku gi Hong Kong main reasonnya sebab nak fulfilled kan impian aku "jumpa" Leslie. Pakkal masa tu Mak Aji join sekali je, kalau tak memang dah sampai aku ke kubur Wong Ka Kui. 

Last year masa kedai pertama Zhou Liu Fu bukak kat Malaysia, kat Pavi Bukit Jalil, beria dia bawak aku semata-mata bininya minat Johnny Huang. Padahal Johnny-nya takde pun. Ada video besar terpampang depan kedai je. Pun jadikkkkk. 

Ni fan screening Because of You Ka Kui, aku tak mintak sebenarnya. Aku cuma minta dia bawak aku tengok movie on 11th. Tapi dia ni observant. Tau-tau je dia book-kan 2 tiket. Aku cakap apesal 2? 1 je dah lah, aku sorang. Takpe dia kata, dia masuk sekali. Dia pun nak tengok apa benda yang bini dia minat sangat dengan Beyond ni. Aku cakap beware, ya. Aku maybe lupa aku dah ada suami kat dalam tu nanti. 

Sebagaimana aku tak halang dia dengan minat dia ke stadium bola, dia pun tak pernah halang aku dengan cina-cina aku. Dia punya tahap supportive tu sampai playlist kereta dia pun ada lagu cina. 

Kat opis, aku pasang lagu cina. Kat rumah, dia tadah je telinga dengar aku tengok cerita cina. Exam HSK (mandarin) aku pun dia bayarkan. Tu yang Mak Aji givap tu. Dulu dia buang poster-poster cina aku sebab takut aku kawen dengan cina. Sekali dapat menantu yang menyokong minat anak dia. Jem. Kahkahkah.

Dik, relationship yang healthy is bila kita boleh jadi diri sendiri tanpa dijudge atau dikontrol. Dengar aku cakap, ya. Ni bukan nak menakut-nakutkan. Tapi bolehlah dipikir-pikirkan.

Hari ni dia suruh pilih antara dia atau concert. Esok maybe dia suruh pilih antara dia atau kawan-kawan. Lepas tu pilih antara dia atau kerjaya. Lama-lama yang sedap dia, kau menganga. Orang macam tu dia akan slowly kecilkan ruang kau untuk pastikan dia selesa.

Partner yang betul tak semestinya faham semua minat kita. Tapi dia akan happy bila tengok kita happy. Dia maybe tak ikut pergi concert, tapi dia akan tanya, “Best tak?” Dia mungkin tak hafal satu pun lagu BTS kau, tapi dia akan pastikan kau sampai dengan selamat dan balik dengan happy. 

So yes, aku vote break je lah dari lelaki macam tu. 

Bunga bukan sekuntum, kote pun bukan sebatang. Move on!