2026-05-24

GreenAard: Double Chin


Semalam ada orang tanya “promo 3 GC free 1 botol dah takde?”

Itu promo last month. Kita tak repeat. Every month akan ada new deal, jadi jangan tunggu-tunggu sebab selalunya kita rasa deal this month macam tak best. Lalu kita tunggu next month, sekali rupanya yang this month lagi best. Selalunya gitulah, kan? Dah terlepas baru nyesal 😄.

Last week aku janji nak reply sorang follower ni tak berkesempatan. Cari balik DM dia, tak jumpa dah mana. DM banyak sangat. Takpe, aku jawab kat sini je. Semua boleh baca sekali. Kot-kot ada yang teringin nak tanya soalan yang sama, boleh baca sini je.

Dia tanya pasal DOUBLE CHIN.

Topik double chin ni memang selalu orang tanya. Dah banyak kali aku blog about this.

Bila tengok cermin, perasan ada lipatan bawah dagu walaupun rasa badan taklah besar mana.

Jangan risau. Double chin tak semestinya petanda kau gemuk.

Tapi secara logiknya, bila berat badan bertambah, badan akan mula simpan lebihan kalori dalam bentuk lemak. Lemak kita tak pilih tempat. Dia akan park kat mana-mana termasuk perut, paha, lengan, muka dan bawah dagu.

Kenapa bawah dagu?

Sebab bawah dagu adalah kawasan low activity. Otot kat situ tak banyak diguna untuk bergerak atau bekerja. Bila ada kawasan badan yang kurang digunakan, lemak mudah berkumpul sebab badan tak bakar tenaga sangat kat situ. Tu pasal aku cakap lemak pandai pilih comfort zone dia.

Analogi mudahnya gini.

Bayangkan rumah ada banyak bilik. Bilik yang jarang guna biasanya kita jadikan tempat simpan barang tak pakai, kan? Macam tu lah dengan badan. Dagu antara 'bilik stor' paling berjaya.

So yes, kalau kau overweight, janganlah pelik kenapa dagu berlipat. Itu adalah hasil bila lemak makin banyak and starts looking for a place to hang out.

That's why UKUR LILITAN PINGGANG adalah indicator paling bagus. Ramai suka timbang berat nak tengok samada dia gemuk ke tak. Jangan! Timbangan tu tak tepat. Timbangan atas penimbang tak boleh bezakan antara lemak, otot, dan air. Sebab tu orang yang banyak otot (macam atlet) boleh nampak fit, tapi beratnya (BMI) tinggi. Kalau apply medical card silap-silap kena reject.

Yang lebih tepat adalah ukur lilit pinggang.
Untuk perempuan:

Kalau >34 inci = ini petanda GEMUK
Kalau >31.5 inci = ini peringkat amaran, pre-risk untuk penyakit. BORDERLINE.

Kenapa penting sangat lemak visceral (lemak perut) ni?

Because visceral fat covers important organs macam jantung, hati, dan pankreas. Bila lemak ni banyak, risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung meningkat.

Double chin adalah PETANDA AWAL simpanan lemak badan dah berlebihan.

Tapi macam mana pulak dengan orang yang slim tapi tetap ada double chin?

Here’s the thing.

Double chin tak selalunya datang dari lemak berlebihan. It can also occur due to struktur tulang dagu yang pendek, atau leher yang pendek dan lebar, atau genetik.

Yes, kecenderungan simpan lemak bawah dagu boleh diwarisi.

Dia macam ni.

Pernah tak tengok orang yang baby face walaupun dah umur 30 lebih, macam Jung Hae In? The same goes for the shape of your chin. It is greatly influenced by DNA.

Kalau keluarga memang ada bentuk muka macam tu, most likely you will also get a similar double chin shape. Tak kisah walau BMI normal atau pinggang kecik.

Kepada yang dah umur 40an, double chin ada kaitan dengan aging. Masuk umur 40an, kolagen dalam kulit makin berkurang. Kulit jadi kurang tegang dan lebih kendur. Elastin yang bantu kulit bounce back pun makin sikit. Ditambah lagi dengan hormon estrogen yang semalin low which disrupts fat distribution.

Gabungan semua tu boleh buatkan kulit bawah dagu mudah melendut walaupun tak banyak lemak. So kalau kau umur 40 lebih dan perasan ada double chin, itu bukan semata-mata sebab makan banyak, tapi kulit dah kendur dari dalam.

Kita kena normalizekan satu benda, iaitu bukan semua orang yang ada double chin tu gemuk. Dan bukan semua orang yang slim itu takkan dapat double chin.

Kalau kita dah ukur pinggang dan tahu kita dalam range sihat, tak perlulah overthinking pasal dagu tu. Tapi kalau pinggang dah over limit, mungkin itu signal untuk tukar lifestyle.

Pinggang aku 27 inch. Petanda BMI aku normal dan low visceral fat. So kalau muka aku melebar ke, double chin ke, aku tak ambil pusing dah. Because yang penting lemak perut aku low dan pinggang di bawah 31 inch.

Double chin bukan semata-mata pasal gemuk. Tapi kalau dah tahu diri tu overweight dan ada double chin, janganlah defensif sangat. Bawak-bawaklah berdiet. Faham?

Karang kalau orang cakap kau kata orang tu bodyshaming. Kadang orang bukan body shaming, orang cuma pelik apesal kau dah tahu cepat penat, semput, sleep quality teruk, leher makin hilang, perut berlipat-lipat, masih lagi nak claim “saya gemuk tapi saya tak busuk”.

Dik, busuk dan gemuk tu dua benda berbeza ya. Kalau orang tegur kau gemuk, tak payah spin semata nak lari dari fakta. Kalau dah memang overweight, accept je dulu. Orang tegur sebab nampak kau makin tak jaga diri. Tu je.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.